Jurnal Minggu

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal : Ketiga Minggu Praktikum : Ketiga Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 April – 1 May 2015 Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa 1. Masalah / Peristiwa Masalah utama yang dihadapi pada minggu lepas iaitu kawalan kelas dapat diselesaikan dengan tindakan susulan yang dilaksanakan. Masalah yang dihadapi pada minggu ini ialah masalah pengurusan masa dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan masa yang baik amat penting supaya rancangan pengajaran hari dapat dilaksankan dengan sistematik. Masalah ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak berjalan dengan lancar. Contohnya, terdapat beberapa langkah pengajaran dilaksanakan secara tergesa-gesa untuk mengejar masa pengajaran yang kian kurang. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif pembelajaran pada hari tersebut. 2. Analisis Antara faktor yang menyebabkan berlakunya permasalahan ini termasuklah pengalaman diri yang kurang dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti dan berkesan. Contohnya, perancangan masa bagi sesuatu aktiviti pengajaran terlalu singkat kepada murid untuk melaksanakan aktiviti tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, keadaan ini telah menyebabkan langkah pengajaran yang seterusnya dilaksanakan dalam keadaan yang tergesa-gesa disebabkan kekangan masa. 3. Cadangan/tindakan susulan

description

Praktikum

Transcript of Jurnal Minggu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal

:KetigaMinggu Praktikum

:KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian:27 April 1 May 2015Tajuk Jurnal

:Pengurusan Masa1. Masalah / Peristiwa

Masalah utama yang dihadapi pada minggu lepas iaitu kawalan kelas dapat diselesaikan dengan tindakan susulan yang dilaksanakan. Masalah yang dihadapi pada minggu ini ialah masalah pengurusan masa dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan masa yang baik amat penting supaya rancangan pengajaran hari dapat dilaksankan dengan sistematik. Masalah ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak berjalan dengan lancar. Contohnya, terdapat beberapa langkah pengajaran dilaksanakan secara tergesa-gesa untuk mengejar masa pengajaran yang kian kurang. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif pembelajaran pada hari tersebut.2. Analisis

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya permasalahan ini termasuklah pengalaman diri yang kurang dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti dan berkesan. Contohnya, perancangan masa bagi sesuatu aktiviti pengajaran terlalu singkat kepada murid untuk melaksanakan aktiviti tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, keadaan ini telah menyebabkan langkah pengajaran yang seterusnya dilaksanakan dalam keadaan yang tergesa-gesa disebabkan kekangan masa.3. Cadangan/tindakan susulan Perancangan dan pembahagian masa yang sistematik dirancang sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Memahami situasi dan keadaan murid dan bersedia dengan tindakan susulan sekiranya masalah kekurangan masa dalam aktiviti pengajaran. Merangka aktiviti yang bersesuaian dengan masa yang ditetapkan dan bersesuaian dengan aras pengetahuan dan pemahaman murid berkenaan.4. Tempoh masa tindakan susulanMasalah pengurusan masa ini dijangka dapat diselesaikan dari semasa ke semasa. Pengurusan masa yang baik diperlukan untuk kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan nasihat daripada guru pembimbing amat dimanfaatkan saya dalam penyelesaian masalah ini.Disemak oleh Guru Penasihat/Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :