JURNAL MINGGU 7

3
Bilangan Jurnal : 7/12 Minggu Praktikum : Minggu Ketujuh Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 MAC 2015 Tajuk Jurnal : Pic suara bagi aktiviti menyanyi dalam Tunjang Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI) a) Masalah / Peristiwa Pada hari Jumaat bersamaan 27 Mac 2015, saya telah melaksanakan satu pengajaran dan pembelajaran bagi tunjang Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI) bagi standard pembelajaran KTI 2.1.4 Menyanyi dengan sebutan yang jelas. Pada hari tersebut saya memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak yang bertajuk ““Sembunyi””. Lagu “Sembunyi” merupakan sebuah lagu kanak-kanak yang mempunyai pic yang tinggi. Semasa P&P dijalankan, saya telah menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik. Namun demikian, pic suara semasa menyanyikan lagu tersebut tidak sampai ke aras yang tinggi. Oleh yang demikian, saya tidak dapat untuk memberikan pic yang tepat dan jelas kepada murid bagi menguasai lagu “Sembunyi” dengan baik. b) Analisis Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid dapat menguasai lagu dengan baik hasil daripada bantuan audio yang diiringi dengan suara penyanyi dan iringin muzik. Pada mulanya, semasa memperkenalkan lagu, saya telah mendapati pic suara saya tidak tepat. Oleh itu, hal ini telah menimbulkan kesilapan dalam kalangan murid semasa melontarkan suara mereka semasa menyanyi. Kemudian, saya telah mengambil tindakan dengan memasang lagu “Sembunyi” di laptop. Berdasarkan pemerhatian, dapat dilihat bahawa murid mula dapat menguasai lagu tersebut baris demi baris

description

jurnal mingguan

Transcript of JURNAL MINGGU 7

Page 1: JURNAL MINGGU 7

Bilangan Jurnal : 7/12

Minggu Praktikum : Minggu Ketujuh

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 MAC 2015

Tajuk Jurnal : Pic suara bagi aktiviti menyanyi dalam Tunjang Fizikal

dan Estetika – Kreativiti (KTI)

a) Masalah / Peristiwa

Pada hari Jumaat bersamaan 27 Mac 2015, saya telah melaksanakan satu pengajaran

dan pembelajaran bagi tunjang Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI) bagi standard

pembelajaran KTI 2.1.4 Menyanyi dengan sebutan yang jelas. Pada hari tersebut saya

memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak yang bertajuk ““Sembunyi””. Lagu

“Sembunyi” merupakan sebuah lagu kanak-kanak yang mempunyai pic yang tinggi.

Semasa P&P dijalankan, saya telah menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik.

Namun demikian, pic suara semasa menyanyikan lagu tersebut tidak sampai ke aras

yang tinggi. Oleh yang demikian, saya tidak dapat untuk memberikan pic yang tepat dan

jelas kepada murid bagi menguasai lagu “Sembunyi” dengan baik.

b) Analisis

Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid dapat menguasai lagu dengan baik hasil

daripada bantuan audio yang diiringi dengan suara penyanyi dan iringin muzik. Pada

mulanya, semasa memperkenalkan lagu, saya telah mendapati pic suara saya tidak

tepat. Oleh itu, hal ini telah menimbulkan kesilapan dalam kalangan murid semasa

melontarkan suara mereka semasa menyanyi. Kemudian, saya telah mengambil

tindakan dengan memasang lagu “Sembunyi” di laptop. Berdasarkan pemerhatian, dapat

dilihat bahawa murid mula dapat menguasai lagu tersebut baris demi baris dengan lebih

mudah.

c) Cadangan Tindakan Susulan

i. Saya akan membuat latihan menyanyikan sebuah lagu kanak-kanak sebelum

memperkenalkannya kepada murid agar saya dapat menyampaikan teknik

nyanyian yang tepat semasa menyanyikan lagu dan membantu murid untuk

menguasai lagu dengan lebih baik.

ii. Saya akan mencari lagu yang lebih sesuai dengan suara saya dan memperbaiki

teknik nyanyian dari semasa ke semasa supaya saya dapat menyampaikan lagu

yang pelbagai kepada murid.

iii. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

Page 2: JURNAL MINGGU 7

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Teknik nyanyian

seorang guru bagi memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak kepada murid merupakan

satu aspek yang sangat penting dalam elemen muzik. Melalui teknik nyanyian yang

betul, kita akan dapat membentuk bakat murid dalam bidang muzik. Oleh itu, saya

berharap semoga cadangan tindakan susulan yang dikemukakan dapat dilaksanakan

dengan jayanya pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : _______________________ Tandatangan : _______________________

Nama : _______________________ Nama : _______________________

Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________