jurnal minggu 7
-
Upload
vkeyviknes2579 -
Category
Documents
-
view
227 -
download
4
description
Transcript of jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7
Masalah :
Pada minggu ini saya didapati masalah pembahagian dalam kalangan murid tahun
5. Saya telah mengajar tajuk pembahagian panjang melibatkan sentimeter dan
milimeter. Daripada pemerhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran, saya
didapati beberapa murid tahun 5 menghadapi kesukaran dalam menyelasaikan soalan-
soalan bahagi. Murid-murid ini memerlukan lebih bimbingan bagi memahami dan
menguasai kemahiran pembahagian. Justeru, masalah ini menyebabkan saya sukar
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.
Analisis:
Semasa saya mengajar tajuk pembahagian panjang, perkara pertama yang dapat
dilihat ialah terdapat beberapa orang murid yang tidak faham cara menyelasaikan
operasi bahagi. Mereka bekebil-kebil dan menunggu rakan mereka untuk memberikan
jawapan. Selepas saya memberikan conoth murid mula mendapat idea untuk
menyelasaikannya.
Selepas itu, semasa menjawab soalan didapati murid tidak dapat melakukan proses
bahagi dengan betul. Punca kepada masalah ini ialah ketidakhafalan sifir, dan
ketidakfahaman nilai tempat. Murid tidak dapat mencari nilai yang paling hampir dengan
nilai bahagi secara mental dan mereka tidak tahu dimana untuk meletakkanya.
Disebabkan ini murid tidak dapat menyelasaikan soalan pembahagian panjang dengan
betul. Murid mengambil masa yang lama untuk menyelasaikan satu soalan sahaja.
Daripada pemerhatian, saya didapati bahawa murid-murid ini memerlukan
bimbingan tambahan bagi menguasai kemahiran bahagi. Seterusnya latihan yang
berulangan dapat memudahkan murid untuk memahami konsep bahagi panjang.
Menurut ahli psikologi Thorndike, dalam teori cuba jaya beliau menyatakan bahawa
pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum pembelajaran.
Antara hukum pembelajaran yang dimaksudkan oleh Thorndike ialah hukum latihan.
Hukum ini mengambil kira pengulangan latihan. Pembelajaran akan menjadi mudah jika
diberi latihan yang berulangan.
CADANGAN
Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :
1) Saya akan memberikan bimbingan yang berterusan serta latihan yang berulangan
bagi tajuk ini.
2) Saya akan menggunakan carta nilai tempat semasa mengajar bahagi panjang
supaya murid dapat lihat dimana tempat untuk meletakkan digit.
3) Saya akan membuat kuiz ‘songsangan sifir’ supaya murid dapat mengira dan
mengetahui nilai hasil bahagi lebih cepat.
4) Memberikan ganjaran bagi setiap perubahan dalam pembelajaran murid bagi
meningkatkan motivasi kendiri.
Tempoh masa:
Saya akan mencuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa 1 minggu. Saya
akan memastikan menjalankan setiap langkah yang dirancang supaya masalah murid ini
dapat diatasi dengan berjaya.
Penilaian kejayaan:
Saya akan menilai kejayaan dalam mengatasi masalah ini dengan menyemak
latihan murid. Sekiranya murid dapat menjawab latihan yang diberi dengan
kebanyakanya betul maka kaedah mengatasi saya akan dianggap berjaya. Pada masa
yang sama, saya juga akan memerhatikan penglibatan murid sepanjang pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Tindakan susulan:
Saya akan memimbing murid secara berterusan semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Saya juga akan memberikan latihan berulangan supaya murid
tidak mengulangi kesilapan yang sama.