Jurnal minggu 7

3

Click here to load reader

description

jurnalrpharian

Transcript of Jurnal minggu 7

Page 1: Jurnal minggu 7

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 6

n

MASALAH

Saya masih lagi meneruskan pemerhatian dan tindakan terhadap masalah murid kurang

memahami isi pelajaran. Memandangkan minggu ini murid-murid akan menghadapi Ujian Penggal

Satu selama tiga hari, maka saya mengambil jalan untuk mengulangkaji pelajaran mengenai topik

lepas bersama dengan murid-murid. Semasa saya menjalankan sesi ulangkaji pelajaran, murid

masih lagi memberikan respon yang lambat apabila disoal sedangkan soalan yang diutarakan itu

mengikut aras yang betul.

ANALISIS

Maka, apakah faktor yang menyebabkan masalah ini masih lagi berlaku?

Mengapa terdapat sebahagian murid masih tidak memahami lagi tentang isi pelajaran yang diajar?

Adakah langkah pengajaran saya membosankan?

Adakah murid-murid tidak faham dengan apa yang saya ujarkan?

Adakah topik-topik tertentu yang diajar sukar?

Adakah murid kurang berminat dengan mata pelajaran ini?

Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran?

Saya berasa hairan kerana kalau diikutkan menurut guru mata pelajaran mereka yang

sebenar, murid-murid di dalam kelas 3 Genius ini hampir semuanya pintar dan mudah menerima isi

pelajaran. Saya telah mendekati beberapa orang murid yang bermasalah ini. Saya mendapati

terdapat murid-murid yang mengalami masalah latar belakang keluarga. Mereka tidak dapat

memberi tumpuan kerana sering terfikir tentang masalah keluarga mereka dan tidak dapat

memberikan focus ketika di dalam pelajaran.

CADANGAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIFMINGGU KEENAM

(23 – 27 MAC 2014 )ISU : MURID KURANG MEMAHAMI ISI PELAJARAN (BAHAGIAN 2)

Page 2: Jurnal minggu 7

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 6

Bagi membantu mengatasi murid-murid yang masalah ketika belajar ini, guru perlu :

i. Mendekati mereka dan berbincang dengan mereka. Sekurang-kurangnya mereka mampu

mengurang beban yang terpendam di dalam diri mereka dan sedikit-demi sedikit

memberikan fokus semula di dalam kelas.

ii. Mempelbagaikan aktiviti yang ringkas dan mudah tetapi mampu memberi kefahaman

kepada murid-murid di dalam kelas.

iii. Sentiasa menyebut nama-nama murid dan memuji mereka supaya mereka berasa dihargai

atas usaha atau perbuatan yang mereka lakukan serta memberi peneguhan positif

terhadap murid yang masih lemah.

TEMPOH MASA

23 Mac – 27 Mac 2014

TINDAKAN SUSULAN

Selepas pemerhatian dan tindakan yang dibuat, murid-murid ini memerlukan pendekatan

dan bimbingan yang khusus. Seorang guru yang asertif ialah seorang guru yang sangat diperlukan

oleh seorang murid untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka. Guru boleh merujuk

guru-guru yang lebih berpengalaman dan berusia untuk mendapatkan bimbingan bagaiman hendak

mengatasi masalah seperti ini. Sekurang-kurangnya guru mempunyai idea untuk menguruskan hal-

hal sebegini jika berlaku lagi nanti.

KESIMPULAN

Gardner (1983) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan

berlainan di peringkat sekolah. Tumpuan diberi hanya menguji kecerdasan kognitif seperti verbal

linguistik, logik matematik dan visual ruang. Sehubungan itu, kecerdasan murid di dalam bidang

muzik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal harus diberi perhatian untuk

mengembangkannya.