Jurnal minggu 7

6
AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIL. JURNAL : MINGGU KETUJUH TARIKH : 4 MAC- 8 MAC 2013 PENDAHULUAN Setiap guru perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi memulakan apa-apa pengurusan tingkah laku tidak kira murid aliran normal mahupun murid yang berada di aliran pendidikan khas. Oleh itu, terdapat beberapa prinsip-prinsip asas dalam bidang pengurusan tingkah laku yang perlu diketahui dan dipelajari oleh para pengamal ilmu pendidikan sebelum melangkah setapak lagi ke arah mendidik murid-murid di sekolah ke arah matlamat yang telah digariskan. Terdapat tiga aspek yang perlu diketahui oleh para pendidik mengenai prinsip pengurusan tingkah laku iaitu ; Prinsip peneguhan Kesan tingkah laku Jadual peneguhan PRINSIP PENEGUHAN (Behavior management : A Practical Approach for Educators), muka surat 60 ; ‘’The principles of reinforcement are a set of rules to be applied in the behavior change process. The successful behavior modifier relies heavily on these principles when planning and implementing a behavior change program.’’ Di dalam bidang pengurusan tingkah laku, akibat daripada tingkah laku disebut sebagai peneguhan. Peneguhan ini sama ada boleh meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku (Morris, 1985)

Transcript of Jurnal minggu 7

Page 1: Jurnal minggu 7

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

BIL. JURNAL : MINGGU KETUJUH

TARIKH : 4 MAC- 8 MAC 2013

PENDAHULUAN

Setiap guru perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi

memulakan apa-apa pengurusan tingkah laku tidak kira murid aliran normal

mahupun murid yang berada di aliran pendidikan khas. Oleh itu, terdapat beberapa

prinsip-prinsip asas dalam bidang pengurusan tingkah laku yang perlu diketahui dan

dipelajari oleh para pengamal ilmu pendidikan sebelum melangkah setapak lagi ke

arah mendidik murid-murid di sekolah ke arah matlamat yang telah digariskan.

Terdapat tiga aspek yang perlu diketahui oleh para pendidik mengenai prinsip

pengurusan tingkah laku iaitu ;

• Prinsip peneguhan

• Kesan tingkah laku

• Jadual peneguhan

PRINSIP PENEGUHAN

(Behavior management : A Practical Approach for Educators), muka surat 60 ;

‘’The principles of reinforcement are a set of rules to be applied in the behavior

change process. The successful behavior modifier relies heavily on these principles

when planning and implementing a behavior change program.’’

Di dalam bidang pengurusan tingkah laku, akibat daripada tingkah laku

disebut sebagai peneguhan. Peneguhan ini sama ada boleh meningkatkan atau

mengurangkan tingkah laku (Morris, 1985)

Page 2: Jurnal minggu 7

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

Terdapat lima prinsip yang terlibat di dalam peneguhan iaitu ;

• Prinsip 1 : Peneguhan hanya diberikan kepada tingkah laku yang dirancang

untuk diubah.

• Prinsip 2 : Murid perlu diberi peneguhan sebaik-baik sahaja dia menunjukkan

tingkah laku yang hendak diubah.

• Prinsip 3 : Pada peringkat permulaan proses pengurusan tingkah laku, murid

perlu diberi peneguhan setiap kali dia menunjukkan sikap yang hendak

diubah tersebut.

• Prinsip 4 : Apabila tingkah laku yang diingini sudah mencapai tahap

memuaskan, peneguhan akan dikurangkan.

• Prinsip 5 :Peneguhan sosial diberi serentak bersama peneguhan tangible &

edible.

KESAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku boleh diubahsuai, iaitu ditingkatkan, dimulakan, atau dihapuskan

melalui manipulasi kesan-kesannya. Kesan-kesan tingkah laku manusia

diklasifikasikan sebagai peneguhan positif, penghapusan, hukuman dan

peneguhan negatif.

JADUAL PENEGUHAN

A schedule of reinforcement is the pattern with which the reinforce is presented in

response to the exhibition of the target behavior (Rush, Rose, & Greenwood, 1988).

Terdapat beberapa jadual peneguhan yang sering digunakan di dalam pengurusan

tingkah laku iaitu ‘fixed ratio’, ‘variable ratio’, ‘fixed interval’, ‘continuous’, dan

‘variable interval.’’

Page 3: Jurnal minggu 7

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

MASALAH / PERISTIWA :

1. Pengurusan tingkah laku sukar dilakukan kerana murid tidak hadir

Pada minggu ini, daripada 5 hari, hanya terdapat dua hari sahaja saya dapat

bersama- sama murid kerana murid tidak hadir selama dua hari dan saya telah

keluar ke SMK Jelai sebagai guru pengiring sukan PPKI Tampin.

Oleh itu, pengurusan tingkah laku yang dirancang tidak berjalan dengan

begitu lancar. Walau bagaimanapun, untuk dua hari yang ada saya telah

memanfaatkannya dengan melatih murid seperti biasa. Menurut pemerhatian

kasar yang saya jalankan, didapati bahawa tingkah laku murid kajian saya ini

ternyata lebih baik berbanding ketika saya baru masuk ke sekolah ini pada akhir

Januari lepas.

Murid ini sudah boleh menerima arahan dengan lebih baik serta sudah tidak

keluar ke kawasan sekolah untuk mengganggu kereta guru dan sebagainya.

Oleh itu saya menjangkakan segala jenis latihan tingkah laku akan lebih mudah

dijalankan ke atas murid ini bahkan murid ini boleh belajar seperti rakan-

rakannya yang lain.

ANALISIS

Ketidakhadiran murid yang terlalu kerap boleh mengganggu proses

pengurusan tingkah laku kerana murid akan cenderung untuk lupa apa yang

dipelajari di sekolah bahkan murid akan ketinggalan dalam perancangan yang telah

dibuat oleh guru.

Bagi murid kajian saya, seperti yang nyatakan di atas iaitu murid ini sudah

menunjukkan banyak perubahan jika dibandingkan ketika dia mula-mula masuk ke

sekolah ini. Hal ini adalah kerana berkat kesabaran guru-guru yang mengajar. Selain

itu, apabila murid ini melihat rakan-rakan mereka belajar di kelas dan dapat

mengikut arahan guru dengan baik, lama kelamaan murid ini juga cenderung untuk

melakukan perkara yang sama. Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam jurnal

Page 4: Jurnal minggu 7

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

sebelum ini, masalah ADHD ini kebiasaannya berkurang seiring dengan

meningkatnya umur seseorang kanak-kanak itu.

CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu berikutnya, saya masih akan meneruskan rancangan yang

sedang saya jalankan iaitu menggunakan kaedah peniruan yang telah diperkenalkan

oleh Albert Bandura. Memandangkan pada minggu berikutnya aktiviti yang tidak

berkaitan dengan PPKI agak kurang maka saya akan dapat meluangkan lebih masa

di kelas pendidikan khas bersama murid berkenaan.

KESIMPULAN

KANAK-kanak hiperaktif ada-lah golongan yang memerlu-kan perhatian terutama di

peringkat awal tumbesaran mereka. Simptom ini bukan saja membabitkan kanak-kanak

normal, sebaliknya mereka yang mengalami terencat akal juga menghadapi masalah

sedemi-kian.

Bagaimanapun, kedua-dua golongan itu tetap memerlu-kan perhatian keluarga

terutama ibu bapa, di peringkat awal melalui didikan terapi dan psikologi.

)ika kanak-kanak normal menghadapi masalah hiperaktif, mungkin masalah ibu bapa tidak

begitu berat berbanding kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama.

Walaupun dua senario itu sama tetapi masalahnya berbeza apabila membabitkan

kanak-kanak normal dan satu lagi membabitkan kanak-kanak abnormal.

Kanak-kanak normal hiperaktif memang masih boleh ke sekolah dan belajar seperti biasa,

walaupun tumpuannya terhadap pelajaran tidak sepenuhnya dan pencapaian akademik

mereka mungkin tidak membanggakan. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah banyak

bersabar dalam mendidik anak-anak ini.

Page 5: Jurnal minggu 7

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

RUJUKAN

Walker, J.W. & Shea, T. M. (2002). Behavior management : A Practical Approach for

Educators (8th . Ed.). New Jersey : Merrill Prentice- Hall.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………. …………………

(AZLIZA BINTI MOHAMED)

Page 6: Jurnal minggu 7

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

RUJUKAN

Walker, J.W. & Shea, T. M. (2002). Behavior management : A Practical Approach for

Educators (8th . Ed.). New Jersey : Merrill Prentice- Hall.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………. …………………

(AZLIZA BINTI MOHAMED)