JURNAL MINGGU 8 pemulihan

5
1. Masalah / Peristiwa: Terdapat 2 kaedah pengajaran iaitu pengajaran berpusatkan guru dan pengajaran berpusatkan murid. Pengajaran guru lebih tertumpu kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (P&P). Selaras dengan perkembangan serta cabaran dunia pendidikan Negara masa kini, transformasi pendidikan menuntut agar pengajaran berpusatkan murid lebih diutamakan dalam suasana P&P di bilik darjah. Murid-murid diberikan ruang serta peluang yang sama rata untuk berinteraksi, serta terlibat dengan aktiviti P&P dalam bilik darjah. Saya membuat perancangan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk mengintegrasikan pelbagai aktiviti berpusatkan murid (murid melibatkan diri serta berinteraksi) sewaktu proses P&P berlangsung. Namun demikian, walaupun perancangan serta pelaksanaan telah dilakukan terdapat sebilangan JURNAL MINGGUAN MINGGU KETIGA

description

jurnal pemulihan

Transcript of JURNAL MINGGU 8 pemulihan

Page 1: JURNAL MINGGU 8 pemulihan

1. Masalah / Peristiwa:

Terdapat 2 kaedah pengajaran iaitu pengajaran berpusatkan guru dan

pengajaran berpusatkan murid. Pengajaran guru lebih tertumpu kepada guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (P&P). Selaras dengan

perkembangan serta cabaran dunia pendidikan Negara masa kini,

transformasi pendidikan menuntut agar pengajaran berpusatkan murid lebih

diutamakan dalam suasana P&P di bilik darjah. Murid-murid diberikan ruang

serta peluang yang sama rata untuk berinteraksi, serta terlibat dengan aktiviti

P&P dalam bilik darjah. Saya membuat perancangan dalam Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) untuk mengintegrasikan pelbagai aktiviti

berpusatkan murid (murid melibatkan diri serta berinteraksi) sewaktu proses

P&P berlangsung. Namun demikian, walaupun perancangan serta

pelaksanaan telah dilakukan terdapat sebilangan murid-murid tidak

melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang dilaksanakan.

2. Analisis:

Berdasarkan pemerhatian saya, sewaktu murid-murid lain sibuk

melaksanakan perbincangan serta aktiviti; terdapat sebilangan murid-murid

yang bersikap acuh tidak acuh serta tidak mengendahkan aktiviti yang

dijalankan. Murid-murid ini akan duduk termenung, berjalan dalam kelas serta

JURNAL MINGGUANMINGGU KETIGA

Page 2: JURNAL MINGGU 8 pemulihan

kerap meminta kebenaran untuk ke tandas. Adakah murid-murid ini tidak

berminat dengan matapelajaran berkenaan, atau mungkin mereka

menghadapi masalah tidak dapat menumpukan fokus yang baik sewaktu

proses P&P berlangsung.

3. Cadangan Tindakan Susulan:

a) Saya seharusnya bertanyakan kepada guru matapelajaran tersebut,

adakah murid-murid ini menghadapi masalah menumpukan perhatian

sewaktu proses P&P berlangsung.

b) Saya juga perlu mengambil pendekatan berfikir secara aktif dan kreatif

dalam merancang pengajaran harian saya, agar aktiviti (berpusatkan

murid) tidaklah terlalu sukar (selaras dengan tahap pengetahuan

mereka) dan tidak bersifat stereotaip (kreatif dalam aktiviti yang

dilaksanakan).

c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah

pembimbing, guru pembimbing serta berbincang dengan rakan guru

yang lain.

4. Tempoh Masa

Permasalahan ini, akan saya atasi secepat mungkin. Saya mahukan

agar semua murid terlibat dengan aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik

darjah. Saya tidak mahu melihat terdapat murid-murid yang keciciran dalam

Page 3: JURNAL MINGGU 8 pemulihan

matapelajaran berkenaan. Semua ini, saya akan lakukan demi meningkatkan

mutu pengajaran saya serta demi kejayaan murid-murid.

5. Penilaian Kejayaan

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing,dan guru

pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya, di samping

mendapatkan pandangan daripada rakan guru lain.

6. Tindakan Susulan

Saya akan menggunakan kaedah pemikiran secara kreatif dan

bertindak secara aktif dalam mempelbagaikan aktiviti murid dalam bilik darjah.

Penilaian refleksi aktiviti serta maklum balas daripada guru serta murid akan

saya gunakan bagi memajukan diri saya dalam kemahiran pedagogi

mengajar kelak.