Jurnal minggu ke 6

2
Jurnal Minggu ke 6 Apa yang dapat saya kupaskan melalui isu atau permasalahan pada minggu ini ialah kurangnya penggunaan teknologi ICT di kalangan murid. Melalui pengamatan saya, dapat saya lihat ialah murid di sekolah ini kurang didedahkan dengan penggunaan teknologi ICT kerana kebanyakkan guru mengambil peluang untuk mengajar subjek teras semasa waktu ke bengkel computer. Jadi murid kurang diberi peluang untuk menggunakan teknologi ICT pada masa tersebut. Pada masa rehat pula, murid jarang mendapat peluang ke bilik computer atau bilik akses kerana kebiasaannya murid akan makan sewaktu rehat dan mungkin akan kesuntukan masa. Antara sebab utama timbulnya isu ini ialah, murid jarang diberi peluang untuk menggunakan teknologi ICT pada masa yang ditetapkan atas sebab guru mengajar subjek teras akan mengambil masa tersebut untuk mengajar subjek teras. Hal seperti ini tidak boleh terjadi kerana apa yang saya fahamkan, semua murid telah membayar yuran khas dalam penggunaan kemudahan teknologi ICT di sekolah. Jadi wajarlah, murid-murid harus diberikan masa untuk mereka menimba ilmu dalam penggunaan kemudahan teknologi ICT yang terdapat di sekolah. Kelemahan atau akibat yang dapat saya tafsirkan melalui isu ini ialah, murid akan kurang mendapat input atau pengetahuan dalam kemahiran teknologi ICT. Murid juga kurang berkemahiran dan tidak dapat menimba ilmu dalam teknologi ICT seterusnya pihak sekolah akan dianggap tidak menyahut hasrat kerajaan iaitu menggalakkan murid terdedah dengan kemahiran penggunaan teknolog ICT. Perkara seperti ini tidak boleh berlaku kerana setiap murid mempunyai hak untuk mempelajari dan menimba ilmu dalam kemahiran teknologi ICT. Cadangan yang dapat saya berikan ialah membuat jadual khas penggunaan bilik computer dan murid harus diberikan pas kemasukan

Transcript of Jurnal minggu ke 6

Page 1: Jurnal minggu ke 6

Jurnal Minggu ke 6

Apa yang dapat saya kupaskan melalui isu atau permasalahan pada minggu ini ialah

kurangnya penggunaan teknologi ICT di kalangan murid. Melalui pengamatan saya, dapat

saya lihat ialah murid di sekolah ini kurang didedahkan dengan penggunaan teknologi ICT

kerana kebanyakkan guru mengambil peluang untuk mengajar subjek teras semasa waktu

ke bengkel computer. Jadi murid kurang diberi peluang untuk menggunakan teknologi ICT

pada masa tersebut. Pada masa rehat pula, murid jarang mendapat peluang ke bilik

computer atau bilik akses kerana kebiasaannya murid akan makan sewaktu rehat dan

mungkin akan kesuntukan masa.

Antara sebab utama timbulnya isu ini ialah, murid jarang diberi peluang untuk menggunakan

teknologi ICT pada masa yang ditetapkan atas sebab guru mengajar subjek teras akan

mengambil masa tersebut untuk mengajar subjek teras. Hal seperti ini tidak boleh terjadi

kerana apa yang saya fahamkan, semua murid telah membayar yuran khas dalam

penggunaan kemudahan teknologi ICT di sekolah. Jadi wajarlah, murid-murid harus

diberikan masa untuk mereka menimba ilmu dalam penggunaan kemudahan teknologi ICT

yang terdapat di sekolah.

Kelemahan atau akibat yang dapat saya tafsirkan melalui isu ini ialah, murid akan kurang

mendapat input atau pengetahuan dalam kemahiran teknologi ICT. Murid juga kurang

berkemahiran dan tidak dapat menimba ilmu dalam teknologi ICT seterusnya pihak sekolah

akan dianggap tidak menyahut hasrat kerajaan iaitu menggalakkan murid terdedah dengan

kemahiran penggunaan teknolog ICT. Perkara seperti ini tidak boleh berlaku kerana setiap

murid mempunyai hak untuk mempelajari dan menimba ilmu dalam kemahiran teknologi

ICT.

Cadangan yang dapat saya berikan ialah membuat jadual khas penggunaan bilik computer

dan murid harus diberikan pas kemasukan bilik computer. Jadi semua guru yang terlibat

akan dapat mengenalpasti murid yang kerap masuk dan menggunakan bilik computer atau

bilik akses ataupun tidak. Bilik akses dan bilik computer juga harus diceriakan dengan infi

terkini dan bahan-bahan yang boleh menarik minat murid untuk menggunakan bilik tersebut.

Saya telah mencuba strategi ini kepada murid tahun 5G dan hasilnya sangat

memberansangkan. Setiap murid berpeluang menggunakan teknologi ICT dengan baik

disampg mempelajari sesuatu perkara baru yang positif agar setiap pelajar ini mampu

bersaing dan setaraf dengan pelajar-pelajar di Negara maju yang lain. Saya berharap

semua murid akan meneruskan minat dan usaha seperti ini agar menjadi murid yang serba

boleh dan penuh informasi dalam sudut global pada masa kini. InsyaAllah.