jurnal minggu ketiga

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEEMPAT (23-27/02/2015 ) MASALAH; Setelah 3 minggu saya menjalani praktikum, saya mendapati bahawa masalah minggu lalu dapat dikurangkan. Namun begitu, masih dapat segelintir murid yang sering membuat bising dan mengganggu rakan sekelas semasa pengajaran dilaksanakan. Mereka juga masih tidak mahu tumpukan perhatian dalam kelas. Apabila saya menegur dan memberi denda kepada mereka, impaknya tidak terlalu lama dan hanya dapat bertahan untuk satu ketika sahaja. ANALISIS; Saya merasakan masalah ini timbul kemungkinan disebabkan oleh; 1. Murid mempunyai masalah tingkah laku 2. Murid mudah terpengaruh dengan rakan lain. Masalah ini harus diatasi supaya murid dapat melakukan aktivti Pendidikan Jasmani dengan baik. CADANGAN; 1. Saya mencadangkan supaya murid itu diletakkan dalam kumpulan yang khas. Supaya guru akan mengambil inisitif

description

kegunaan bagi fasa praktikum.....

Transcript of jurnal minggu ketiga

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEEMPAT

(23-27/02/2015 )

MASALAH;

Setelah 3 minggu saya menjalani praktikum, saya mendapati bahawa masalah

minggu lalu dapat dikurangkan. Namun begitu, masih dapat segelintir murid yang

sering membuat bising dan mengganggu rakan sekelas semasa pengajaran

dilaksanakan. Mereka juga masih tidak mahu tumpukan perhatian dalam kelas.

Apabila saya menegur dan memberi denda kepada mereka, impaknya tidak terlalu

lama dan hanya dapat bertahan untuk satu ketika sahaja.

ANALISIS;

Saya merasakan masalah ini timbul kemungkinan disebabkan oleh;

1. Murid mempunyai masalah tingkah laku

2. Murid mudah terpengaruh dengan rakan lain.

Masalah ini harus diatasi supaya murid dapat melakukan aktivti Pendidikan Jasmani

dengan baik.

CADANGAN;

1. Saya mencadangkan supaya murid itu diletakkan dalam kumpulan yang khas.

Supaya guru akan mengambil inisitif membimbing kumpulan tersebut untuk

bermain permainan kecil.

2. Saya mencadangkan agar murid tersebut diberi perhatian lebih di dalam

kelas.

3. Guru hendaklah memberi arahan yang jelas serta memberikan masa untuk

murid berfikir dan melaksanakan aktiviti.

4. Guru perlu bersikap tegas lebih lagi.

5. Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang

diperhatikan.

6. Sekiranya masalah ini berterusan, saya harus berbincang dengan rakan dan

guru yang lain supaya dapat mencari jalan penyelesaian bersama.

Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang

kerana kawalan kelas yang baik perlu bagi memastikan kelancaran proses

pengajaran dan pembelajaran serta penulisan refleksi yang betul dapat memastikan

pencapaian objektif yang dibuat. 

Tindakan susulan :

Saya memastikan semua murid dapat berfokus semasa arahan aktiviti diberikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilain Kejayaan :

Penilaian kejayaan ini akan dicatatkan.