JURNAL MINGGUAN 1

3
PRAKTIKUM FASA 1 KOGILAN A/L SUBRAMANIAM JURNAL MINGGUAN Masalah Saya menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Chettiars, Ipoh, Perak, untuk tempoh 4 minggu. Untuk praktikum fasa satu ini saya hanya akan mengajar subjek major iaitu Bahasa Malaysia. Pada minggu pertama ini, saya telah memerhati guru mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Cemerlang melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang saya melakukan pemerhatian ialah Pn. Chelvi. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 4 C, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid seramai 21 orang tersebut tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab tidak kira sama ada murid-murid lelaki mahupun murid-murid perempuan. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis Masalah Kelas 4 C merupakan satu-satunya kelas Tahun 4 yang terdapat di SJK (T) Chettiars. Kelas ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang, sederhana dan lemah dalam pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak mengambil kisah berkaitan tindakan murid-murid tersebut. Selain itu, mungkin guru tidak

description

Praktikum

Transcript of JURNAL MINGGUAN 1

Page 1: JURNAL MINGGUAN 1

PRAKTIKUM FASA 1 KOGILAN A/L SUBRAMANIAM

JURNAL MINGGUAN

Masalah 

Saya menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Chettiars, Ipoh, Perak,

untuk tempoh 4 minggu. Untuk praktikum fasa satu ini saya hanya akan mengajar subjek major

iaitu Bahasa Malaysia. Pada minggu pertama ini, saya telah memerhati guru mata pelajaran

Bahasa Malaysia Tahun 4 Cemerlang melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru

yang saya melakukan pemerhatian ialah Pn. Chelvi. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang

saya perhatikan dalam kelas Tahun 4 C, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering

menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid seramai 21

orang tersebut tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab

tidak kira sama ada murid-murid lelaki mahupun murid-murid perempuan. Keadaan ini

menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Masalah

Kelas 4 C merupakan satu-satunya kelas Tahun 4 yang terdapat di SJK (T) Chettiars. Kelas ini

mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang, sederhana dan

lemah dalam pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, murid-murid dalam kelas ini sering

tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan

ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua

yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut

menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana

guru yang mengajar tidak mengambil kisah berkaitan tindakan murid-murid tersebut. Selain itu,

mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk mengangkat tangan

dahulu sebelum menjawab ataupun murid-murid teruja apabila melihat guru baharu dalam kelas

tersebut. Daripada aspek murid pula, mungkin murid-murid merasakan bahawa mereka tidak

perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan supaya menjawab persoalan yang

diajukan terlebih dahulu. Selain itu, murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab soalan

yang diberikan menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat

tangan.

Page 2: JURNAL MINGGUAN 1

PRAKTIKUM FASA 1 KOGILAN A/L SUBRAMANIAM

Cadangan

Dalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat tangan ini, saya akan

memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-murid iaitu apabila ingin

menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan terlebih dahulu selepas guru mengajukan

soalan dengan sepenuhnya. Apabila guru memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan.

Sekiranya murid-murid tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan denda. Selain

itu, sekiranya murid menjawab tanpa mengangkat tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak

akan diterima. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan kertas latihan sebagai satu cara

untuk memberi peluang kepada semua murid yang hendak jawab selain daripada kaedah

soalan lisan yang mengganggu kelas lain apabila murid-muird berebut-rebut untuk menjawab

soalan. Selain itu, apabila semua murid diberi peluang bagi menjawab soalan, murid-murid tidak

akan berebut menjawab soalan kerana setiap  murid mempunyai peluang masing-masing. Di

samping itu juga, bagi memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki

guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan dahulu akan mendapat

ganjaran sejurus selepas itu.

Tempoh Penyelesaian

13 April – 17 April 2015

Tindakan Susulan

Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru

menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan

seperti yang dikehendaki oleh guru.

Catatan

Murid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu mengangkat tangan

dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan dan mengelakkan

daripada dikenakan dendaan. Secara individu, murid-murid mempunyai motivasi untuk bersikap

positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri

murid-murid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka

yang memperolehnya. Keadaan ini bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner di

mana peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan

kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. Peneguhan negatif

Page 3: JURNAL MINGGUAN 1

PRAKTIKUM FASA 1 KOGILAN A/L SUBRAMANIAM

seperti tidak menerima jawapan yang diberi tanpa menangkat tangan terlebih dahulu juga

diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan dalam diri murid-murid dan

dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku yang diingini guru.