jurnal mingguan 6

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL Bilangan Jurnal : Ke-10 Minggu Praktikum : Minggu 10 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 13 April HINGGA 17 April 2015 Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak mematuhi arahan guru 1. Masalah / Peristiwa Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak mematuhi arahan guru. Semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti dan apabila guru meminta murid melakukan tugasan, hanya segelintir murid sahaja dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya manakala murid yang lain tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh pehatian terhadap pengajaran guru dan gemar berbual semasa guru sedang mengajar. Begitu juga semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. 3. Cadangan Susulan a.) Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar murid tidak membuat bising dan berbual semasa guru sedang mengajar. b.) Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan mendengar arahan guru dengan teliti.

description

aw4yha

Transcript of jurnal mingguan 6

Page 1: jurnal mingguan 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke-10

Minggu Praktikum : Minggu 10

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 13 April HINGGA 17 April 2015

Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak mematuhi arahan guru

1. Masalah / Peristiwa

Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak

mematuhi arahan guru. Semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar

dengan teliti dan apabila guru meminta murid melakukan tugasan, hanya segelintir

murid sahaja dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya manakala murid yang

lain tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak memahami

apa yang perlu dilakukan.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh pehatian terhadap pengajaran guru dan gemar berbual semasa guru sedang mengajar. Begitu juga semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.

3. Cadangan Susulan

  a.)        Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar murid tidak

membuat bising dan berbual semasa guru sedang mengajar.

  b.)        Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar mereka

dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan

mendengar arahan guru dengan teliti.

Page 2: jurnal mingguan 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid di

sekolah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

dan dapat memahami dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh guru.

5. Keputusan

Rujukan dan kajian masih dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan

penuh masih belum dapat diperolehi ketika ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :