JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

6
ALTERNATIF PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB MATEMATIK TAHUN 3 ARIF DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK SIFIR Oleh: Ainun Bariah binti Jaafar PISMP Matematik Januari 2012 Penyataan Masalah Saya telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih kelas Tahun 3 Arif sepanjang tempoh praktikum selama 4 minggu dengan bimbingan guru pembimbing. Setiap kali waktu Matematik, murid dikehendaki melengkapkan buku Fakta Asas Matematik selama 5 minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 32 daripada 35 orang murid Tahun 3 Arif tidak menghafal kesemua sifir daripada sifir 1 hingga sifir 9. Kebanyakan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menghafal sifir dan kebanyakan alternatif yang digunakan menyebabkan jawapan mereka tidak betul. Kajian yang dibuat oleh Mohd Zain Mukmin (1984), mendapati bahawa kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai, matematik akan menjadi satu matapelajaran yang mudah. Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar mengalami penurunan dalam pencapaian mata pelajaran Matematik sekolah tersebut sebanyak 7% dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2013. Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal ini berlaku dan banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pendidik di Malaysia. Mook Soon Sang (1990), juga mendapati masalah yang dihadapi pelajar-pelajar dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir dengan tepat.Menurut Zutaut, A.K. (2002), keupayaan menghafal sifir fakta asas darab dapat meningkatkan keupayaan kanak-

description

Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

Transcript of JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

Page 1: JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

ALTERNATIF PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB MATEMATIK TAHUN 3 ARIF

DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK SIFIR

Oleh:

Ainun Bariah binti Jaafar

PISMP Matematik Januari 2012

Penyataan Masalah

Saya telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih kelas Tahun 3 Arif sepanjang

tempoh praktikum selama 4 minggu dengan bimbingan guru pembimbing. Setiap kali

waktu Matematik, murid dikehendaki melengkapkan buku Fakta Asas Matematik

selama 5 minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 32

daripada 35 orang murid Tahun 3 Arif tidak menghafal kesemua sifir daripada sifir 1

hingga sifir 9. Kebanyakan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam

menghafal sifir dan kebanyakan alternatif yang digunakan menyebabkan jawapan

mereka tidak betul.

Kajian yang dibuat oleh Mohd Zain Mukmin (1984), mendapati bahawa

kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai

fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai, matematik akan menjadi satu

matapelajaran yang mudah.

Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar mengalami penurunan dalam

pencapaian mata pelajaran Matematik sekolah tersebut sebanyak 7% dalam Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2013. Kelemahan dan pencapaian

prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar sekolah rendah bermula dalam

kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik seperti fakta asas kira

tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan perasaan tidak berminat

mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal ini berlaku dan

banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pendidik

di Malaysia.

Mook Soon Sang (1990), juga mendapati masalah yang dihadapi pelajar-

pelajar dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir dengan

tepat. Menurut Zutaut, A.K. (2002), keupayaan menghafal sifir fakta asas darab

Page 2: JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

dapat meningkatkan keupayaan kanak-kanak menyelesaikan lebih banyak masalah

yang terlibat. Oleh itu, murid perlu berusaha lebih gigih untuk mengafal sifir. Menurut

D’Ettore, J. (2009) pula kebanyakan guru menghadapi masalah yang serius apabila

murid-murid kurang pengetahuan asas matematik. Kemahiran asas yang kukuh

merupakan langkah pertama untuk berjaya dalam matematik. D’Ettore, J. Turut

menyatakan dalam kajiannya, kekurangan pengetahuan asas menyebabkan

kesukaran yang tidak sepatutnya berlaku terhadap murid-muridnya. Masa mereka

banyak dihabiskan untuk mengira perkara kecil seperti fakta asas darab.

ANALISIS MASALAH

Berdasarkan kenyataan yang ditulis oleh Furner & Duffy (2002), sistem sekolah,

jantina, status sosio ekonomi dan latar belakang ibubapa boleh memberi kesan

terhadap kebimbangan terhadap matematik (Kesici, S. & Erdo Gan, A., 2010).

Pernyataan yang diutarakan oleh pengkaji di atas memberikan saya beberapa

persoalan yang timbul dalam pemikiran saya. Antara soalan-soalannya ialah:

Apakah punca utama murid tidak memahami konsep pendaraban?

Mengapa murid sukar menghafal sifir sedangkan mereka mampu untuk

mengingat nombor-nombor yang lebih panjang seperti nombor telefon rakan-

rakan, tarikh hari lahir dan nombor alamat rumah?

Bagaimana guru ingin melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan

lancar sekiranya fakta asas masih belum dikuasai oleh murid.

Adakah persekitaran sekolah tidak membantu murid menguasai sifir dan

menarik minat murid terhadap subjek matematik?

Bagaimanakah caranya saya dapat membantu mereka menghadapi masalah

ini supaya mereka boleh menguasai subjek matematik dengan baik?

Page 3: JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

Melalui pertemuan dengan Puan Sharlizah binti Mohd Zain yang juga merupakan

guru matematik, terdapat beberapa faktor yang menjadikan murid sukar menghafal

sifir. Antaranya ialah:

Kekurangan guru opsyen Matematik yang mana guru yang mempunyai

opsyen major dalam Matematik hanya seorang sahaja iaitu Puan Sharlizah

binti Mohd Zain.

Di sekitar kawasan sekolah terdapat sifir-sifir yang ditampal tetapi telah pudar

dan tidak menarik minat murid.

Kurangnya sudut matematik yang dapat menggalakkan murid menguasai sifir

dan mempelajari matematik.

Murid tidak menyedari kepentingan sifir dalam membantu mereka menguasai

mata pelajaran matematik.

CADANGAN

Bagi meningkatkan keupayaan murid menguasai fakta asas darab, saya

mencadangkan untuk menggantikan kaedah pengajaran fakta asas darab secara

tradisional kepada penggunaan kotak sifir dengan beberapa langkah atau intervensi

yang boleh digunakan untuk membantu murid tersebut.

Berikut ialah kaedah-kaedah tradisional yang digunakan oleh murid Tahun 3 Arif:

i. Kaedah hafalan

Pelajar diminta menghafal sifir satu hingga sembilan lima minit sebelum

pengajaran dan pembelajaran matematik bermula.

ii. Kaedah penyoalan

Guru membuat penyoalan secara rawak kepada murid untuk membaca sifir-

sifir tertentu. Murid yang tidak dapat menghafal akan didenda dan sebagainya.

iii. Kaedah menggunakan jari.

Guru menunjukkan kaedah menggunakan jari untuk sifir enam hingga

sembilan. Tetapi pelajar perlulah menguasai dahulu sifir satu hingga lima.

Kaedah ini agak berkesan untuk murid yang pintar dalam sifir satu hingga

lima.

Page 4: JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

Cadangan kotak sifir

Guru memanfaatkan kotak sifir ketika menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Menempah banting dan menampal banting kotak sifirku sayang di sudut

Matematik sekolah.

Menyediakan banting kotak sifir untuk di gantungkan di dalam setiap kelas.

- Sudut ini mestilah diletakkan di kawasan yang dilalui oleh hampir kesemua

murid pada setiap hari.

TEMPOH PENYELESAIAN

7 April 2014 – 11 April 2014

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru yang ingin melihat kejayaan anak-anak muridnya terutama

dalam mata pelajaran matematik, saya berusaha sedaya upaya untuk memupuk

minat mereka terhadap bidang ini. Menurut Ortiz (2003) fakta asas matematik

merupakan asas kepada konsep matematik yang lebih tinggi (D’Ettore, J., 2009).

Saya akan bekerjasama dengan guru pembimbing menghias sudut Matematik

di sekolah dan di tampalkan banting kotak sifirku sayang yang mempunyai pelbagai

warna yang menarik minat murid untuk sentiasa melihat menggunakan kotak sifir

tersebut. Saya juga akan mengaplikasikan sebaik mungkin penggunaan kotak sifir

berkenaan di dalam pengajaran saya dalam tajuk bahagi.

Page 5: JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

KESIMPULAN

Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk

menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan

datang. Sebenarnya pendidikan dihubungkan dengan usaha berterusan dan melihat

kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-

anak kita menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan

menemui kegagalan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi

menyediakan mereka menghadapi masa depan untuk menyesuaikan diri dengan

keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan

industri. Ini bermakna kita perlu memberi pengajaran berkesan dalam bidang-bidang

sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi matematik dan komputer

(Zaibedah, 2000).

Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa

penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita

mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi

teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam

arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat

digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua. Aplikasi fakta asas kira darab juga

amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk

pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan

waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu menguasai

matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan

kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.

Page 6: JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

RUJUKAN

D’Ettore, J. (2009). Mastering the Multiplication Facts. (Laporan). Diakses daripada

http://ehis.ebscohost.com.newdc.oum.edu.my.

Hamdan Said, et.al. (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik Di Sekolah

Menengah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kesici, S. & Erdogan, A. (2010). Mathematics Anxiety According To Middle School

Students' Achievement Motivation and Social Comparison. Education -

Indianapolis Then Chula Vista 2010, 131(1), 54-63.

Mohd Zain Mokmin. (1984). Strategi Pengajaran dan Aktiviti Matematik Untuk Kanak-

Kanak Pemulihan. Jurnal Iktisas. 4. 12-14.

Zaibedah Abu Bakar (2000). Estitika Matematik Dan Persekitaran. Tesis Sarjana

Muda Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Zutaut, A.K. (2002). Using Mnemonic Strategies in Fourth Grade Multiplication.

Master of Arts Action Research Project, Johnson Bible College, 58.