Jurnal Reflektif 10 &11

4
JURNAL REFLEKTIF MINGGU KESEPULUH DAN KESEBELAS TARIKH 5 APRIL 2015 – 16 APRIL 2015 TAJUK JURNAL MASALAH MENGUASAI KEMAHIRAN MENGUNTING 1. MASALAH/PERISTIWA Masalah yang saya menghadapi dalam minggu ini adalah murid tahun 3 Kambar masih belum menguasai kemahiran mewarna dengan betul. Saya mengenalpasti masalah ini, semasa menjalankan aktiviti seni yang melibatkan teknik mewarna. Daripada itu, saya mendapati segelintir pelajar masih belum mahir dan menguasai kemahiran mewarna dan tidak tahu teknik mewarna yang betul pada objek yang diberi. Masalah ini meyebabkan segelintir murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dengan kemas pada masa yang telah ditetapkan. Mereka juga mengganggu rakan yang mahir mewarna untuk menyiapkan hasil tugasan ini. Lagi pun, mereka minta tolong daripada saya untuk mewarna lakaran yang diberi. 2. ANALISIS Pelbagai faktor menjadi punca kepada kewujudan masalah ini. Antaranya ialah, para murid tidak diberi dedahan awal tentang kemahiran mewarna semasa berada di pra sekolah sejak kecil lagi. Hal ini, kerana, tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur empat hinggan enam tahun. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat

description

c

Transcript of Jurnal Reflektif 10 &11

JURNAL REFLEKTIFMINGGUKESEPULUH DAN KESEBELAS

TARIKH5 APRIL 2015 16 APRIL 2015

TAJUK JURNALMASALAH MENGUASAI KEMAHIRAN MENGUNTING

1. MASALAH/PERISTIWAMasalah yang saya menghadapi dalam minggu ini adalah murid tahun 3 Kambar masih belum menguasai kemahiran mewarna dengan betul. Saya mengenalpasti masalah ini, semasa menjalankan aktiviti seni yang melibatkan teknik mewarna. Daripada itu, saya mendapati segelintir pelajar masih belum mahir dan menguasai kemahiran mewarna dan tidak tahu teknik mewarna yang betul pada objek yang diberi. Masalah ini meyebabkan segelintir murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dengan kemas pada masa yang telah ditetapkan. Mereka juga mengganggu rakan yang mahir mewarna untuk menyiapkan hasil tugasan ini. Lagi pun, mereka minta tolong daripada saya untuk mewarna lakaran yang diberi.2. ANALISISPelbagai faktor menjadi punca kepada kewujudan masalah ini. Antaranya ialah, para murid tidak diberi dedahan awal tentang kemahiran mewarna semasa berada di pra sekolah sejak kecil lagi. Hal ini, kerana, tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur empat hinggan enam tahun. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah. Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif. justuru perlu diberi pendidikan seawal mungkin. Mengikut pandangan Rohaty 2003 kanak-kanak mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan, bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa pendidikan awal memainkan peranan yang penting dalam mengajar kemahiran yang asas seperti menulis, mengira, melukis dan mewarna. Selain itu, para murid juga takut dan tidak berkeyakinan semasa melakukan aktiviti seperti mewarna pada objek sekeliling mereka.3. CADANGAN DAN IDEASaya telah mengambil beberapa langakah untuk mengatasi masalah ini di kalangan murid tahun 3 Kambar. Saya telah memberi beberapa kertas yang mempunyai lakaran rupa geometri, gambar dan objek yang ada disekeliling mereka supaya mereka senang mewarna dan tidak mengalami masalah untuk mewarna untuk melatih diri mereka dengan kemahiran mewarna gambar tersebut. Selain itu, saya juga telah mengajar dan membimbing sesetengah murid dengan memegang tangan mereka semasa mewarna dengan teknik yang betul. Tambahan pula, saya juga telah menunjukkan video mengenai cara mewarna untuk meningkatkan kefahaman para murid tahun 3 Kambar. Saya juga telah dan akan memberi pujian dan ganjaran kepada murid-murid yang dapat menggunting dengan baik selepas dibimbing oleh saya.

4. TEMPOH MASASaya merancang agar menggunakan dua minggu, iaitu dari 18 Ogos 2014 hingga 29 Ogos 2014 untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah mempelajari kemahiran mewarna di kalangan murid tahun 3 Kambar. Ini kerana, murid mengambil masa yang agak lama untuk mempelajari dan menguasai kemahiran mewarna dengan teknik yang betul.

5. PERLAKSANAAN TERHADAP LANGKAHTempoh dua minggu ini agak cukup untuk saya menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kelas iaitu murid tidak menguasai dan tidak tahu kemahiran mewarna. Seperti cadangan yang dicadangkan murid dapat menguasai kemahiran mewarna dengan betul dan mereka juga mendapat tahun teknik dan cara yang betul untuk mewarna sesuatu objek atau gambar lakaran yang diberi. Langkah yang saya gunakan amat sesuai untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia sangat berkait rapat dengan kemahiran yang hendak dipelajari. Murid-murid juga dapat mewarna dengan teknik dan cara yang betul dengan senang dan baik tanpa menghadapi masalah.

6. KESIMPULANSebagai penyelesaian masalah ini, langkah yang saya gunakan amat sesuai untuk menyelesaikan masalah ini kerana langkah yang digunakan sangat berkait rapat dan bersesuai dengan kemahiran mewarna yang hendak dipelajari. Murid-murid juga dapat mempelajari kemahiran mewarna, teknik dan cara yang betul dengan baik. Semasa menjalankan langkah ini saya dapat mengalami tekanan dan tidak berpuas hati terhadap pengajaran saya kerana murid mengalami masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil karya seni. Walaubagaimanapun, saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan senang berpandukan cadangan yang dilaksanakan.

Disemak oleh guru pembimbing: Disahkan oleh pensyarah pembimbing:Tandatangan:. Tandatangan:Nama: Nama:.....Tarikh: Tarikh: