Jurnal Reflektif Minggu 2

2
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 2 (09-13/02/2015) Isu/ Masalah/ Peristiwa: Murid yang tidak memasuki kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Murid tersebut berkeliaran di kawasan bilik guru dan tempat letak kereta. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa: Ini merupakan kes pertama yang serius bagi saya sepanjang saya berada di sekolah ini. Murid ini merupakan murid tahun 1 dan berbangsa India. Saya berasa amat hairan dan tertarik dengan kes murid ini kerana apa yang saya perhatikan murid ini tidak dapat mengikuti pembelajaran disebabkan oleh kurang tumpuan. Saya berasa murid ini agak kurang ajar kerana murid ini tidak tahu untuk menghormati guru. Walaupun telah di heret daripada kawasan tempat letak kereta murid ini masih tidak mahu mendengar arahan guru. Murid ini sanggup menampar murid yang menolong guru untuk menenangkan murid tersebut. Murid ini tidak memahami bahasa melayu mahupun bahasa inggeris oleh itu guru meminta tolong dengan murid lain untuk mengawal murid tersebut. Analisis isu/ masalah/ peristiwa: Punca: Apa yang saya dapat simpulkan daripada masalah ini, guru perlulah menyelidik dahulu latar belakang mahupun kesihatan budak ini. Sungguhpun sebagai seorang manusia biasa kita boleh sahaja memarahi budak ini tetapi sebagai seorang guru, kita

description

jurnal reflektif

Transcript of Jurnal Reflektif Minggu 2

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 2 (09-13/02/2015)Isu/ Masalah/ Peristiwa:Murid yang tidak memasuki kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Murid tersebut berkeliaran di kawasan bilik guru dan tempat letak kereta.Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa:Ini merupakan kes pertama yang serius bagi saya sepanjang saya berada di sekolah ini. Murid ini merupakan murid tahun 1 dan berbangsa India. Saya berasa amat hairan dan tertarik dengan kes murid ini kerana apa yang saya perhatikan murid ini tidak dapat mengikuti pembelajaran disebabkan oleh kurang tumpuan. Saya berasa murid ini agak kurang ajar kerana murid ini tidak tahu untuk menghormati guru. Walaupun telah di heret daripada kawasan tempat letak kereta murid ini masih tidak mahu mendengar arahan guru. Murid ini sanggup menampar murid yang menolong guru untuk menenangkan murid tersebut. Murid ini tidak memahami bahasa melayu mahupun bahasa inggeris oleh itu guru meminta tolong dengan murid lain untuk mengawal murid tersebut. Analisis isu/ masalah/ peristiwa:Punca: Apa yang saya dapat simpulkan daripada masalah ini, guru perlulah menyelidik dahulu latar belakang mahupun kesihatan budak ini. Sungguhpun sebagai seorang manusia biasa kita boleh sahaja memarahi budak ini tetapi sebagai seorang guru, kita haruslah selidik murid ini terlebih dahulu. Murid ini memwujudkan kekecohan di dalam bilik guru. Hampir setiap hari murid ini dibawa ke bilik guru kerana berkeliaran di luar kelas sewaktu pdp dijalankan.Hasil daripada pemerhatian saya, murid tersebut mempunyai masalah dari segi tingkah laku beliau. Berkemungkinan murid ini meruapakan murid hyperactive oleh sebab. Oleh sebab itu agak sukar untuk mendiamkan murid tersebut. Kekuatan/ Kelemahan: Tindakan yang sepatutnya telah diambil oleh pihak sekolah dengan memanggil ibu bapa murid untuk memberitahu tingkah laku anak mereka di sekolah. Oleh itu saya percaya sedikit sebanyak melalui perjumpaan dengan ibu bapa ini, guru SK Bagan Ajam dapat mengambil tindakan yang seterusnya sekiranya kes ini berlaku sekali lagi. Cadangan Penambahbaikan:Masalah ini boleh dibendung dengan kerjasama daripada guru-guru SK Bagan Ajam. Mungkin guru yang memasuki kelas murid tersebut tidak dapat mengawal tingkah laku murid tersebut tetapi guru-guru lain boleh meninjau luar kelas tersebut sekiranya murid tersebut berkeliaran apabila mereka tidak mempunyai kelas. Dengan cara ini, murid tersebut dapat diawasi dan tidak mengalami kecederaan semasa berada di luar kelas.