Jurnal Reflektif Minggu 6

2
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 6 (09-14/03/2015) Isu/ Masalah/ Peristiwa: Isu yang saya ingin bincangkan pada hari ini ialah berkaitan dengan murid yang tidak bersemangat atau tidak berminat untuk belajar subjek Matematik ataupun bahasa Inggeris yang saya ajar. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa: Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana anak murid saya kurang berminat untuk mempelajari satu ilmu yang baharu. Saya berasa keinginan murid untuk belajar adalah faktor yang penting dalam menerima ilmu yang baharu. Sebagai seorang guru, adalah amat penting bagi saya untuk mereka berminat semasa saya mengajar mereka. Ini kerana melalui minat untuk belajar murid dapat menumpukan perhatian yang penuh kepada sesi pembelajaran. Murid yang tidak berminat belajar selalunya akan menganggu rakan-rakan yang lain menyebabkan mereka juga hilang tumpuan dalam pembelajan. Oleh itu, penting untuk murid berminat dalam sesi pembelajaran. Analisis isu/ masalah/ peristiwa: Punca: Punca masalah murid tidak minat utnuk belajar ialah mungkin disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan mungkin tidak mencapai tahap minat murid. Sesungguhnya saya selalu menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid. Namun masih banyak lagi yang saya perlu pelajari sebagai seorang guru pelatih.

description

minggu 6

Transcript of Jurnal Reflektif Minggu 6

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 6 (09-14/03/2015)Isu/ Masalah/ Peristiwa: Isu yang saya ingin bincangkan pada hari ini ialah berkaitan dengan murid yang tidak bersemangat atau tidak berminat untuk belajar subjek Matematik ataupun bahasa Inggeris yang saya ajar. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa:Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana anak murid saya kurang berminat untuk mempelajari satu ilmu yang baharu. Saya berasa keinginan murid untuk belajar adalah faktor yang penting dalam menerima ilmu yang baharu. Sebagai seorang guru, adalah amat penting bagi saya untuk mereka berminat semasa saya mengajar mereka. Ini kerana melalui minat untuk belajar murid dapat menumpukan perhatian yang penuh kepada sesi pembelajaran. Murid yang tidak berminat belajar selalunya akan menganggu rakan-rakan yang lain menyebabkan mereka juga hilang tumpuan dalam pembelajan. Oleh itu, penting untuk murid berminat dalam sesi pembelajaran.Analisis isu/ masalah/ peristiwa:Punca: Punca masalah murid tidak minat utnuk belajar ialah mungkin disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan mungkin tidak mencapai tahap minat murid. Sesungguhnya saya selalu menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid. Namun masih banyak lagi yang saya perlu pelajari sebagai seorang guru pelatih. Cadangan Penambahbaikan: Apa yang saya boleh perbaiki untuk menarik minat murid saya ialah dengan lebih mengenali mereka agar saya boleh memilih aktiviti yang sesuai dengan minat murid. Saya akan berusaha dengan lebih lagi untuk mencari kaedah daripada pelbagai sumber untuk memperbaiki pdp saya.