Jurnal Reflektif Pendidikan Inklusif (T1A4)

11
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF TUGASAN 1 AKTIVITI 4 Jurnal Reflektif Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan. KUMPULAN SASARAN Lima orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan

Transcript of Jurnal Reflektif Pendidikan Inklusif (T1A4)

HBEF 3503PENDIDIKAN INKLUSIFTUGASAN 1 AKTIVITI 4

Jurnal ReflektifPendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.KUMPULAN SASARAN Lima orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

Maklumat murid-murid Pendidikan Khas ke Program InklusifNamaMohd Ainuddin bin Zinurain

Umur13 Tahun

KategoriSlow Learner

HobiBermain Komputer

Cita-citaPolis Trafik

NamaMohd Albaihaqi bin Abu Bakar

Umur12 Tahun

KategoriDown Syndrome

HobiMenyanyi

Cita-citaPolis

NamaNur Qamarina bt Muhd Juanda

Umur13 Tahun

KategoriAutisme

HobiMewarna

Cita-citaTukang Jahit

NamaHendry janin anak Unsa

Umur12 Tahun

KategoriAutisme

HobiMenyanyi

Cita-citaDoktor

NamaRayner Ronnie bin Lato

Umur13 Tahun

KategoriUtisme

HobiMenyanyi

Cita-citaGuru

NamaWille Cole anak Buyu

Umur12 Tahun

KategoriSlow Learner

HobiBermain

Cita-citaPeguam

STRATEGI PERLAKSANAAN Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini. Sebelum Program 1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja diinklusifkan.14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8. (Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8)Semasa Program 1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat. 4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik. 5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas.Selepas Program 1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN.Tenaga pengajar Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah: -Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif -Merancang dan melaksanakan penilaian. -Dedikasi dan komitmen yang tinggi. -Layanan dan bimbingan yang adil.Sokongan Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah Arus Perdana Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif(PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluankhas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangatdiminatinya.Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas.Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi.Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.