Jurnal.docx

3
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Kampus Bahasa Melayu, 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur Bilangan Jurnal : Pertama Minggu Praktikum : Minggu Pertama Tarikh : 13 hingga 17 April 2015 Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SJK(C) Nan Kai Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Kai sebagai sekolah untuk kami lakasanakan proses praktikum seperti yang telah ditetapkan. Pada hari pertama kami berada di sekolah ini, kami telah melaporkan diri di pejabat sekolah dan disambut oleh Teoh Siak Kun iaitu guru penolong kanan. Kami telah memperkenalkan diri kami telah dipelawa untuk menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang dilaksanakan pada setiap minggu. Sesi ini telah memberikan peluang kepada dan ruang kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah ini. Perhimpunan pagi yang dilaknsanakan juga memberikan kemudahan kepada kami untuk mendapatkan input- input awal mengenai murid-murid yang belajar di sekolah ini. Selain itu juga, sewaktu perhimpunan kami telah diperkenalkan olehguru besar kepada murid-murid. Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami telah bersedia menerima taklimat daripada Encik Teoh iaitu mengenai takwin sekolah dan maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh kami untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh beliau ini amatlah bermanfaat kepada kami kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan pada masa kini. Selain itu, saya juga mendengar pengalaman dan cabaran menjadi seorang

Transcript of Jurnal.docx

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Kampus Bahasa Melayu, 59990 Lembah Pantai, Kuala LumpurBilangan Jurnal:Pertama

Minggu Praktikum:Minggu Pertama

Tarikh:13 hingga 17 April 2015

Tajuk Jurnal:Minggu pertama di SJK(C) Nan Kai

Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Kai sebagai sekolah untuk kami lakasanakan proses praktikum seperti yang telah ditetapkan. Pada hari pertama kami berada di sekolah ini, kami telah melaporkan diri di pejabat sekolah dan disambut oleh Teoh Siak Kun iaitu guru penolong kanan. Kami telah memperkenalkan diri kami telah dipelawa untuk menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang dilaksanakan pada setiap minggu. Sesi ini telah memberikan peluang kepada dan ruang kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah ini. Perhimpunan pagi yang dilaknsanakan juga memberikan kemudahan kepada kami untuk mendapatkan input-input awal mengenai murid-murid yang belajar di sekolah ini. Selain itu juga, sewaktu perhimpunan kami telah diperkenalkan olehguru besar kepada murid-murid.Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami telah bersedia menerima taklimat daripada Encik Teoh iaitu mengenai takwin sekolah dan maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh kami untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh beliau ini amatlah bermanfaat kepada kami kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan pada masa kini. Selain itu, saya juga mendengar pengalaman dan cabaran menjadi seorang pendidik yang pernah dilalui oleh GPK 1 bagaimana mahu menghadapi murid-murid yang mempunyai latar belakang dan perangai. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya nerumuskan bahawa murid-murid di sekolah ini terdidi daripada pelbagai kaum, ini memberikan kelebihan kepada pihak sekolah untuk menreapkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid-murid. Namun kaum yang dominan di sekolah ini merupakan murid yang berbangasa Cina. Saya juga mendapati bahawa sekolah ini mengamalkan budaya guru penyayanbg dimana ianya merupakan budaya baru di sekolah ini dimana guru yang bbertugas akan mengucapkan pada perhimpunan. Tujuannya ialah memberikan motivasi kepada murid-murid bahawa mereka disayangi oleh guru dan menghargai kehadiran mereka ke sekolah.Saya juga melihat bahawa sekolah ini di dalam bidang akademik cukup baik. Hal ini dapat dibuktikan bahawa pencapaiaan murid di dalam UPSR setiap tahun semakin meningkat. Malah sekolah ini merupakan sekolah yang berada dalam antara kelompok sekolah baik, maka sebab ini saya tidak pelik pencapaiaan akademiknya berpretasi baik.Sekolah ini juga aktif dalam bidang kokurikulum di mana kokurikulum akan dijalankan pada hari Rabu. Pengalaman menguruskan Persatuan Bahasa Cina dan Bola Baling juga menfaatkan sepenuhnya untuk saya turunkan ilmu saya peroleh kepada anak didik saya. Keadaan gelanggang yang baik telah menjadi murid-murid dapat menggunakan padang dengan sebaik yang mungkin. Selain itu juga saya dan rakan yang lain telah diamanahkan untuk menguruskan unit beruniform Bulan Sabit Merah.Minggu pertama ini juga sya telah bertemu dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Soh Sook Ping yang mengajar praseolah. Semasa berbual, beliau telah memberi beberapa tips yang berguna kepada kami. Contohnya kita tidak boleh sentiasan berbaik dengan murid dan kadangkala kita perlu tegas mereka bagi mengelakkan murid hilang rasa hormat kepada kami. Selain itu saya juga rasa amat gembira kerana guru pembimbing saa telah menyatakan bahawa jika ada masalah boleh berhubung dengan dia. Saya dan Leon telah diamanahkan untuk mengajar kelas prasekolah Nan Kai. Saya akan menghargai pengalaman sepanjang saya mengajar di prasekolah ini.Selain itu, minggu pertama saya juga telah berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Hjh Zairihan Bt Che Haron untuk fasa pra penyeliaan. Beliau telah memberi sedikittaklimat menegani praktikum. Saya telah menjelaskan kepadanya bahawa kami akan mula mengajar pada minggu hadapan. Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh saya memberikan ilmu pengetahuan yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga memberikan kesedaran yang tinggi bahawa menjadi seorang guru amat memerlukan pemgorbanan dan komitmen yang cukup tinggi kerana memilih kerjaya sebagai guru ini bukan mudah.