jurnalminggu1-130826075656-phpapp02

7
AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIL. JURNAL : MINGGU PERTAMA TARIKH : 21 JANUARI-25 JANUARI 2013 MASALAH / PERISTIWA : 1. Penyesuaian di sekolah baru 2. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku Penyesuaian diri. Sepanjang satu minggu berada di sekolah ini, saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan sebaiknya dari sehari ke sehari. Ini penting supaya saya dapat bergaul baik dengan masyarakat di sekolah sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sini. Selain pentadbir, guru dan kakitangan sekolah saya juga telah menjalankan proses suai kenal dengan murid-murid yang akan saya ambil alih sepanjang tiga bulan menjalani latihan. Saya bakal mengambil satu kelas aliran perdana bagi subjek Bahasa Melayu dan satu kelas pendidikan khas bagi subjek Matematik, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup. Saya akan mengajar selama dua waktu di kelas 3 Arif dan sepuluh waktu di kelas PPKI Pintar. Ini adalah pengalaman kali kedua saya mengajar murid-murid aliran perdana memandangkan pada semester sebelumnya saya pernah mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Namun keadaan sedikit berbeza kerana jika sebelum ini saya telah mengajar sepenuhnya di padang manakala kali ini saya akan mengajar di dalam kelas. Bagi kelas PPKI pula, jumlah kesemua murid adalah seramai 11 orang namun bilangan murid yang akan saya ajar pula ialah hanya seramai empat orang sahaja. ~ 1 ~

description

jurnal minggu

Transcript of jurnalminggu1-130826075656-phpapp02

Page 1: jurnalminggu1-130826075656-phpapp02

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

BIL. JURNAL : MINGGU PERTAMATARIKH : 21 JANUARI-25 JANUARI 2013

MASALAH / PERISTIWA :

1. Penyesuaian di sekolah baru2. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku

Penyesuaian diri.

Sepanjang satu minggu berada di sekolah ini, saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan sebaiknya dari sehari ke sehari. Ini penting supaya saya dapat bergaul baik dengan masyarakat di sekolah sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sini. Selain pentadbir, guru dan kakitangan sekolah saya juga telah menjalankan proses suai kenal dengan murid-murid yang akan saya ambil alih sepanjang tiga bulan menjalani latihan.

Saya bakal mengambil satu kelas aliran perdana bagi subjek Bahasa Melayu dan satu kelas pendidikan khas bagi subjek Matematik, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup. Saya akan mengajar selama dua waktu di kelas 3 Arif dan sepuluh waktu di kelas PPKI Pintar. Ini adalah pengalaman kali kedua saya mengajar murid-murid aliran perdana memandangkan pada semester sebelumnya saya pernah mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Namun keadaan sedikit berbeza kerana jika sebelum ini saya telah mengajar sepenuhnya di padang manakala kali ini saya akan mengajar di dalam kelas. Bagi kelas PPKI pula, jumlah kesemua murid adalah seramai 11 orang namun bilangan murid yang akan saya ajar pula ialah hanya seramai empat orang sahaja.

Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku dan subjek kajian tindakan.

Sepanjang satu minggu berada di kelas pendidikan khas, saya telah dapat mengenal pasti beberapa orang murid yang telah saya senarai pendekkan untuk dijadikan kajian kes masalah tingkah laku dan subjek kajian tindakan. Namun setelah membuat pemerhatian dengan lebih menyeluruh, saya telah memilih seorang kanak-kanak ADHD sebagai subjek kes masalah tingkah laku dan seorang murid sindrom down sebagai subjek kajian tindakan. Kes masalah tingkah laku tersebut adalah bertujuan bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) pengurusan tingkah

~ 1 ~

Page 2: jurnalminggu1-130826075656-phpapp02

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

laku. Sementara itu murid sindrom down tersebut adalah bagi perancangan dan pelaksanaan kajian tindakan yang akan saya jalankan kerana saya telah memilih untuk menjalankan kajian berteraskan akademik.

Subjek masalah pengurusan tingkah laku yang telah saya pilih adalah seorang murid ADHD yang mempunyai masalah tumpuan serta hiperaktif tahap minima. Subjek merupakan seorang murid lelaki berumur 9 tahun yang tinggal bersama datuk dan neneknya. Subjek mempunyai masalah untuk duduk diam pada satu-satu masa, tidak boleh dibiarkan sendirian kerana akan keluar dari kelas dan mengganggu orang lain, tidak mampu makan sendiri kerana tidak dilatih, dan sukakan perhatian. Subjek adalah murid baru dan guru-guru di situ telah mengenal pasti bahawa subjek sangat sukakan muzik. Saya telah memilih untuk melatih murid makan sendiri pada setiap waktu rehat.

Subjek yang telah saya pilih untuk kajian tindakan pula adalah seorang murid berumur 13 tahun yang telah mampu untuk berdikari, mempunyai minat untuk belajar tetapi masih gagal menguasai kesemua abjad dan mempunyai masalah daya ingatan. Saya telah menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu ke atas murid berkenaan dan saya telah memutuskan untuk meningkatkan kemahiran mengenal abjad yang masih lemah.

ANALISIS

Penyesuaian di sekolah baru.

Oleh kerana ini adalah praktikum fasa ke-3 bagi saya, maka proses penyesuaian diri berlaku dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Kerjasama yang baik dari semua pihak juga melancarkan lagi pelbagai urusan yang perlu saya selesaikan pada minggu pertama ini. Saya juga mendapati bahawa ini adalah sekolah yang paling saya selesa setakat ini baik dari segi persekitaran mahupun warga sekolah. Saya berasa sangat gembira kerana terasa seperti disambut dengan baik oleh warga sekolah yang keseluruhannya sangat mesra dan sentiasa cuba membantu sebaik mungkin.

Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku.

Masih tidak ramai yang tahu bahawa masalah ADHD adalah satu masalah yang boleh mengganggu hidup penghidapnya jika mereka tidak dibantu seawal yang mungkin. Bagi individu yang tidak sedar tentang kewujudan ADHD sebagai satu masalah semulajadi yang tidak semua orang menghidapinya, mereka akan cenderung untuk mengatakan individu ADHD sebagai malas, nakal dan jahat serta menyusahkan orang lain.

~ 2 ~

Page 3: jurnalminggu1-130826075656-phpapp02

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur 7 tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif dan hiperaktif-impulsif yang terlalu kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.

Definisi ADHD yang diberikan oleh Persatuan Psikologi Amerika di atas dikategorikan kepada 3 ( Marilyn Friend, 2005) iaitu ADHD kurang tumpuan, ADHD Hiperaktif-Impulsif, dan ADHD gabungan.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat selama satu minggu, saya dapati subjek kajian saya mempunyai masalah ketiga iaitu ADHD gabungan yang mana murid ini tidak boleh memberi tumpuan dan hiperaktif sekaligus. Subjek memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain tetapi tidak akan memberi respons dan akan meneruskan aktivitinya sendiri sahaja. Subjek juga perlu dijaga rapi oleh pembantu pengurusan murid kerana jika dibiarkan sendiri, subjek akan merayau-rayau ke luar kelas dan mengganggu murid-murid kelas lain. Menurut guru di situ juga, murid pernah cuba membuka semua pintu kereta guru-guru menyebabkan satu sekolah hingar bingar dengan bunyi alat penggera kereta.

Apabila tiba waktu rehat, subjek akan makan makanan yang dibawa dari rumah tetapi terpaksa disuap oleh pembantu pengurusan murid kerana tidak tahu makan sendiri. Semasa makan juga, subjek tidak boleh duduk diam pada satu-satu masa dan harus sentiasa dipanggil untuk disuap.

CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN

Murid bermasalah ADHD (masalah tumpuan dan hiperaktif)

Guru-guru pendidikan khas yang telah lama berkhidmat adalah merupakan sumber terbaik di sekolah bagi mendapatkan panduan bagaimana untuk mengatasi masalah murid-murid istimewa ini kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman bersama murid-murid ini.

Oleh itu, saya akan banyak belajar dan merujuk kepada guru-guru di sekolah ini bagi mendapatkan panduan bagi menguba tingkah laku subjek yang telah dipilih. Saya telah meminta kebenaran penyelaras Pendidikan Khas, Puan Rosnani Ibrahim untuk cuba melatih subjek makan sendiri.

~ 3 ~

Page 4: jurnalminggu1-130826075656-phpapp02

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

Rata-rata mengatakan bahawa yang diperlukan adalah kesabaran dan masa. Kita juga perlu sentiasa mengulang-ulang banyak kali apa yang di ajar supaya sekurang-kurangnya mereka dapat ingat walau hanya satu perkara yang diajar.

Sepertimana yang terkandung di dalam teori Thorndike, hukum pembelajarannya yang kedua iaitu hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan dengan gerak balas seseorang murid.

Contohnya jika dalam pengurusan tingkah laku yang bakal saya jalankan ini, saya menjangkakan untuk sentiasa duduk bersama subjek pada setiap hari waktu rehat untuk melatihnya makan sendiri secara perlahan-lahan. Langkah pertama yang saya telah rangkakan ialah memperkenalkan sudu kepada subjek terlebih dahulu. Subjek perlu belajar memegang sudu dengan baik jika hendak belajar makan secara sendiri. Makan adalah merupakan satu kemahiran asas yang paling utama di dalam bidang pengurusan diri dan sesiapa sahaja wajar diajar untuk berdikari untuk memudahkan urusan kehidupannya serta orang lain.

KESIMPULAN

Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam pelajaran mereka melalui intervensi pengajaran yang berkesan. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan ialah :

~ 4 ~

Page 5: jurnalminggu1-130826075656-phpapp02

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

- Guru perlu memberi arahan yang jelas, ringkas dan tepat- Apabila memberi arahan, guru perlu meminta murid mengulang semula

arahan tersebut- Pecahkan tugasan yang kompleks dan besar kepada bahagian-bahagian

yang lebih kecil- Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran- Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran- Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran

Mengikut statistik, murid dapat mengekalkan ;

10% daripada apa yang dibaca 26% daripada apa yang didengar 30% daripada apa yang dilihat 50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar 70% daripada apa yang mereka kata dan; 90% daripada apa yang mereka kata dan buat.

Kanak-kanak bermasalah ADHD adalah kanak-kanak istimewa yang perlu dididik dengan cara dan kaedah yang sesuai. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sebagai guru, kita perlu yakin bahawa setiap daripada murid yang kita didik boleh berjaya dari pelbagai segi dan juga mampu membanggakan kita.

Sebagai guru pelatih yang sedang bertatih untuk menjadi guru sebenar pada masa akan datang, saya perlu berusaha keras untuk membantu setiap murid yang diajar kerana mereka adalah tanggungjawab yang tidak boleh disia-siakan. Berdasarkan keseluruhan penulisan jurnal ini, saya merumuskan bahawa setiap tingkah laku sama ada yang bermasalah mahupun yang kurang memuaskan boleh ditingkatkan dengan adanya usaha dan bantuan yang tepat. Saya juga akan mula melaksanakan pengubahsuaian tingkah laku subjek ini bermula pada minggu kedua praktikum.

Tandatangan pelajar, Disahkan oleh,

……………………… ……………….

~ 5 ~