jurnalminggu4-111218062528-phpapp02.docx

1
Jurnal Minggu 4 ISU / MASALAH Vandalisme yang berlaku disekolah. Saya telah mendapat tahu mengenai kejadian vandalisme yang telah dilakukan oleh beberapa orang murid. Vandalisme yang telah berlaku adalah merosakkan tandas awam di sekolah. Murid yang terlibat adalah murid tahun lima. Murid ini didapati merosakkan pintu bilik air tersebut. Alasannya, pintu tersebut terkunci semasa murid tersebut berada di dalam tandas. Mengetahui punca mengapa murid itu melakukan vandalisme terhadap tandas murid itu. Kemungkinan murid itu ingin menyelamatkan diri daripada terkunci di dalam tandas tersebut. Saya akan cuba mencari masa untuk mencari dan berjumpa dengan murid yang terlibat. Saya ingin mengetahui apakah rasanya jika mereka berbuat demikian. Adakah kerana tertekan menyebabkan murid itu merosakkan harta awam atau sebagainya. Saya ingin murid-murid itu berkongsi masalah mereka dengan saya. Saya telah mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan murid- murid tahun lima itu semasa rehat untuk berkogsi cerita dengan mereka. Saya menggunakan pendekatan seperti seorang kakak dan adik supaya mereka lebih selesa untuk berkongsi cerita. Menurut mereka, murid tersebut ingin melepaskan geram atau marah terhadap orang lain dengan cara seperti itu. Murid tersebut tidak tahu bahawa perbuatan mereka merosakkan pintu tandas itu adalah perbuatan vandalisme. Saya menasihati mereka supaya tidak mengulangi perbuatan itu kerana terdapat banyak keburukan dan mendatangkan kesusuahan pada orang lain. Murid-murid ini tidak faham apa yang saya perkatakan. Saya memberi contoh jika pihak luar atau tetamu yang hadir ke sekolah untuk melawat, secara tidak langsung akan menyebabkan mereka memandang negatif terhadap suasana sekolah ini. Ini menyebabkan pihak sekolah akan mendapat tanggapan yang buruk dan tidak baik. Saya berjaya mengubah murid tersebut agar tidak lagi melakukan perkara atau aktiviti vandelisme lagi.

Transcript of jurnalminggu4-111218062528-phpapp02.docx

Page 1: jurnalminggu4-111218062528-phpapp02.docx

Jurnal Minggu 4

ISU / MASALAH

Vandalisme yang berlaku disekolah. Saya telah mendapat tahu mengenai kejadian

vandalisme yang telah dilakukan oleh beberapa orang murid. Vandalisme yang telah

berlaku adalah merosakkan tandas awam di sekolah. Murid yang terlibat adalah

murid tahun lima. Murid ini didapati merosakkan pintu bilik air tersebut. Alasannya,

pintu tersebut terkunci semasa murid tersebut berada di dalam tandas.

Mengetahui punca mengapa murid itu melakukan vandalisme terhadap tandas murid

itu. Kemungkinan murid itu ingin menyelamatkan diri daripada terkunci di dalam

tandas tersebut. Saya akan cuba mencari masa untuk mencari dan berjumpa

dengan murid yang terlibat. Saya ingin mengetahui apakah rasanya jika mereka

berbuat demikian. Adakah kerana tertekan menyebabkan murid itu merosakkan

harta awam atau sebagainya. Saya ingin murid-murid itu berkongsi masalah mereka

dengan saya.

Saya telah mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan murid-murid tahun

lima itu semasa rehat untuk berkogsi cerita dengan mereka. Saya menggunakan

pendekatan seperti seorang kakak dan adik supaya mereka lebih selesa untuk

berkongsi cerita. Menurut mereka, murid tersebut ingin melepaskan geram atau

marah terhadap orang lain dengan cara seperti itu.

Murid tersebut tidak tahu bahawa perbuatan mereka merosakkan pintu tandas itu

adalah perbuatan vandalisme. Saya menasihati mereka supaya tidak mengulangi

perbuatan itu kerana terdapat banyak keburukan dan mendatangkan kesusuahan

pada orang lain. Murid-murid ini tidak faham apa yang saya perkatakan. Saya

memberi contoh jika pihak luar atau tetamu yang hadir ke sekolah untuk melawat,

secara tidak langsung akan menyebabkan mereka memandang negatif terhadap

suasana sekolah ini. Ini menyebabkan pihak sekolah akan mendapat tanggapan

yang buruk dan tidak baik. Saya berjaya mengubah murid tersebut agar tidak lagi

melakukan perkara atau aktiviti vandelisme lagi.