Justifikasi Didik Hibur Hantar2

15

Click here to load reader

Transcript of Justifikasi Didik Hibur Hantar2

JUSTIFIKASI STRATEGI DIDIK HIBUR DAN PENGINTEGRASIAN ELEMEN KBT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM KONTEKS MEREALISASIKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Kerajaan telah mengambil inisiatif memperkenalkan kurikulum baru bagi sekolah rendah dalam sistem pendidikan negara iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di mana ia dimurnikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum tersebut telah dilaksanakan mulai tahun 2010. Antara pemurnian yang dilaksanakan ialah kemahiran didik hibur. Empat elemen yang terkandung dalam didik hibur ialah nyanyian, aktiviti bercerita, lakonan dan puisi. Menurut Kamus Dewan (2000), didik didefinisikan sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur didefinisikan sebagai menggermbirakan atau meriangkan. Oleh itu, didik hibur dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur. Dalam Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat komponenen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Oleh itu, murid-murid dapat merasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi pembelajaran telah dirancang dengan sistematik. Bertitik tolak daripada keperluan mengisi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka, kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dipastikan memenuhi aspek penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Kita semua maklum bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh murid-murid terutama di sekolah rendah sebagai langkah awal mempercepatkan proses penyebatian perpaduan antara kaum menerusi bahasa.

Bahasa Melayu, walaupun ditutur secara meluas oleh kelompok kaum Melayu dan bukan Melayu, masih memerlukan penambahbaikan dari segi penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang tidak kedapatan di dalam bahasa rancu pertuturan harian kita. Begitu juga dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, dari masa ke semasa memerlukan penambahbaikan untuk memastikan ia berlangsung dengan seronok di samping mencapai matlamatnya sebagai bahasa utama di Malaysia.

Jean Piaget menegaskan murid-murid berumur 7 -11 tahun berada di dalam tahap operasi konkrit di mana mereka sudah membuka minda untuk bersosial iaitu berkawan, bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Teori tahap ketiga ini memungkinkan minda mereka penuh dengan kecurigaan dan sedikit demi sedikit menguasai pemikiran logik. Begitupun, seadanya kanak-kanak, perasaan mereka tidak terhindar untuk bermain dan berseronok walaupun kesedaran berfikir secara egosentrik semakin menipis.

Kabinet Malaysia pada 8 Julai 2009 telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI dengan mata pelajaran Sains dan Matematik kembali diajar di dalam Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan pada tahun 2012. Untuk melaksanakan pendekatan menguasai Bahasa Melayu sebagai salah satu transformasi kurikulum di sekolah rendah maka kaedah didik hibur diperkenalkan. Didik hibur bermaksud mendidik dengan maksud mengajar atau memelihara tetapi dengan cara yang menggirangkan dan menyenangkan hati. Secara asasnya ialah adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran santai tanpa rasa tertekan oleh guru mahupun murid-murid di mana mereka bebas berekspresi di dalam konteks pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang mungkin meliputi unsur estitika, lakonan, lelucon dan sebagainya.

Menurut (Amy 1964: Fagen), kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Ini menunjukkan betapa polosnya kanak-kanak yang hanya mementingkan keseronokan bermain. Lalu, di sinilah terselitnya cirri-ciri masukan didik hibur yang antaranya mestilah ceria kerana berunsur kelakar walaupun tidak lari daripada cakupan unsur pembelajaran bahasa seperti lakonan, muzik, puisi dan lawak jenaka. Apabila kedapatan elemen-elemen demikian, ia akan mengurangkan rasa cemas atau tidak yakin murid-murid terhadap guru apabila sesi dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan kesemua murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan secara keseluruhannya aktiviti dijalankan oleh murid-murid. Dengan itu, murid-murid diharapkan dapat berinteraksi di dalam kumpulan dan bereksperimen dengan wahana seperti nyanyian, lakonan, bacaan berirama sebebasnya tetapi masih di dalam kawalan para guru.

Sebagai contoh, guru boleh memperdengarkan murid-muridnya lagu Rama-Rama nyanyian Ella. Lagu ini dipilih kerana ia agak moden berbanding lagu-lagu puisi berima yang keanak-anakan Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan berasaskan lirik lagu ini seperti aktiviti nyanyian. Aktiviti nyanyian adalah untuk aplikasi teknik ajuk hafaz untuk membiasakan murid-murid dengan liriknya. Boleh juga dilakukan aktiviti bacaan berirama dengan bantuan guru.

Apabila lirik tersebut telah diingati, aktiviti lanjutan boleh dilakukan seperti aktiviti lakonan. Guru boleh melibatkan jumlah murid yang ramai berdasarkan lirik lagu tersebut. Sebagai contoh watak rama-rama, bunga, pokok, matahari, manusia dan penyanyi latar atau pencerita. Aktiviti boleh dijalankan berasaskan lirik tersebut tetapi menggunakan skrip yang kreatif dan melucukan. Guru-guru mungkin boleh merujuk kepada klip video persembahan akhir tahun siri Upin dan Ipin, sebagai contoh.

Selanjutnya guru boleh memulakan sesi memahami bahasa puitis dan makna puisi sebagaimana yang tercatat di dalam lirik sebagai contoh memahami rangkap

Ekspresi dirimu menawan hatikuIngin aku terbang bersamamuMelihat kerenah melihat telahManusia yang sering telagah

Murid-murid boleh digalakkan mencari makna dan diajar membaca kamus seterusnya memahami rangkap demi rangkap. Semasa sesi ini berlangsung, murid-murid boleh dibahagikan kepada kumpulan kecil dan mereka akan diminta menulis semula rangkap tersebut secara kreatif. Secara kreatif mungkin bermaksud kebolehan mewarna dan melukis boleh diaplikasikan sekaligus memberi peluang mereka menggunakan kedua-dua otak kiri dan kanan secara maksimun. Untuk sesi ini, pendekatan komunikatif digunakan dimana pengajaran berpusatkan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru-guru menjadi pemimpin dan pemandu serta pemudahcara.

Sebagai intihanya, kaedah didik hibur merupakan kaedah yang sesuai dengan situasi generasi pada masa sekarang. Pendekatan berasaskan keceriaan tanpa meninggalkan aspek pendidikan amatlah diperlukan memandangkan kaedah pembelajaran tradisional memungkinkan suasana pembelajaran dan pengajaran berlangsung hambar. Akhir kalamnya akan menjadikan murid-murid lesu dan hilang minat mendepani subjek tersebut. Ini akan meninggalkan impak negatif terhadap perkembangan bahasa melayu itu sendiri dan melayukan proses menjadikan ia sebagai bahasa utama penyatuan kaum di Malaysia.

Justifikasi yang menjadikan strategi didik hibur sebagai pilihan saya ialah kerana sesi pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah bersifat menyeronokkan di mana terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid terhadap guru. Ini kerana suasana pengajaran dan pembelajaran yang santai dan positif akan membuatkan murid tertunggu-tunggu untuk mengikuti sesi pembelajaran pada hari yang akan datang. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berpusatkan murid kerana melibatkan seramai murid dalam aktiviti berbahasa. Misalnya, aktiviti lakonan yang dapat mendedahkan murid dalam kemahiran berdialog dengan baik. Selain itu, penggunaan ICT dan BBM yang menarik ternyata berkesan untuk menarik minat dan fokus murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran didik hibur ialah cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tidak mempunyai unsur kalah atau menang, tiada ganjaran mahupun dendaan sebaliknya lebih menjurus kepada aktiviti berbahasa. Didik hibur yang dipilih dalam sesuatu aktiviti hendaklah lebih berfokus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan kerana akan mewujudkan semangat kerja berpasukan, toleransi dan kerjasama. Melalui didik hibur murid didapati bebas bersuara, mengeluarkan pendapat serta idea yang bernas dan logik namun masih terkawal dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa badan. Bahasa badan merujuk kepada bahasa gerak di mana ia merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan berperanan menggambarkan sebarang reaksi dalam menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif mahupun negatif. Bahasa badan melibatkan apa jua anggota badan misalnya mata, kening, tangan, lengan dan bibir. Dalam konteks didik hibur, bahas badan ialah bahasa gerak badan yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Didik hibur dapat dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan memberi fokus kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu situasi. Penyerapan merujuk kepada proses menyerapkan pelbagai disiplin ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran (KPM, 2001). Didik hibur merupakan penyerapan pelbagai ilmu dan tema. Dalam konteks didik hibur proses penyerapan merupakan proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah.

Lakonan ialah aktiviti atau pergerakan tubuh badan atau segala perlakuan manusia; dilakukan oleh watak-watak tertentu yang mencerminkan keadaan sebenar atau meniru gaya kegiatan manusia dalam masyarakat. Menurut Kamus Dewan (2000), lakonan ialah perihal memainkan sesuatu drama; sandiwara dan sebagainya. Pada langkah satu iaitu untuk set induksi , saya telah memilih strategi lakonan. Di sini guru akan berlakon menjadi peniaga buah-buahan dan memanggil beberapa orang murid untuk menjadi pembeli. Semasa sesi lakonan dilaksanakan guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan wang dan buah-buahan tempatan. Keadaan ini sekaligus dapat saya aplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan di dalam bilik darjah. Contohnya kecerdasan pelbagai iaitu Intrapersonal, Verbal linguistik dan kinestetik.

Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan teori kecerdasan pelbagai dalam sistem pendidikan pada 2001 melalui Pusat Perkembangan Kurikulum yang kini dikenali sebagai Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara rasionalnya ialah seperti berikut. Di samping menghasilkan pelajar yang seimbang, Model teori kecerdasan pelbagai membantu pelajar memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang. Model teori kecerdasan pelbagai dapat membantu kita menganjak fokus dari isi kandungan kepada hasil pembelajaran generik yang lebih penting dan berguna kepada pelajar. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: 14) Berdasarkan rasional di atas, dapat dikatakan bahawa kesemua unsur kecerdasan pelbagai adalah antara perkara yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum bagi melengkapi usaha membangunkan modal insan yang seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Kesemua unsur kecerdasan pelbagai perlu diperkembangkan dalam diri setiap pelajar melalui kurikulum selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mewujudkan individu yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Perkembangan semua unsur kecerdasan pelbagai dalam diri setiap pelajar adalah perlu memandangkan kesemua unsur kecerdasan pelbagai adalah penting untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Selain itu saya juga menyerapkan pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan sebagai mengaplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Contohnya dalam bahagian set induksi, aktiviti lakonan peniaga dan pembeli dapat memberi pengalaman kepada murid dan murid boleh mnegaitkannya dengan situasi yang sebenar dalam kehidupannya seharian. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan seorang guru seperti saya memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

Saya juga memilih lakonan kerana ianya membolehkan murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul; menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul; membolehkan murid-murid bertutur mengunakan bahasa yang kemas dan teratur, membolehkan murid berinteraksi atau berhubung dengan dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka; melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat; menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan; mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid; mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negative lain; melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. Antara prinsip lakonan pula ialah menepati objektif pengajaran iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid; mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan murid; dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, jelas, ringkas dan senang difahami; mudah dilaksanakan; semua murid diberi peluang ikut kebolehan; dan akhir sekali ialah merangsang kemahiran intelek, emosi dan fizikal.

Selain itu saya juga memilih strategi didik hibur secara nyanyian, iaitu pada langkah satu. Dalam lagu tersebut mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang akan saya laksanakan. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Fenomena ini akan membantu murid mengingatkan dan membina dasar yang lebih kukuh dalam proses pembelajaran. Selain itu saya juga meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Saya juga meminta murid menggunakan lirik lagu ini untuk mencari makna perkataan, contohnya pelanggan. Di samping itu murid juga boleh membina ayat tunggal menggunakan perkataan yang bergaris di dalam seni kata lagu. Melalui nyanyian juga saya boleh menggunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa demi mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa. Nyanyian merupakan gubahan muzik yang dilagukan dengan menggunakan suara.Ini merupakan pelakuan sebenar dalam kehidupan manusia.Aktiviti nyanyian membantu murid mengingati kembali bahasa yang dipelajari.Selain itu,nyanyian juga berfungsi membantu murid menguasai kosa kata,sebutan,intonasi,rima dan tekanan. Bahkan,nyanyian dapat mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa para pelajar.

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

Dalam nyanyian,terdapat beberapa prinsip yang perlu diberikan perhatian oleh guru. Antaranya ialah guru perlu mengelakkan menggunakan lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah daripada segi tatabahasa.Selain itu,pastikan tiada unsur bahasa pasar atau dialek dan guru hendaklah memilih lagu yang menggunakan bahasa baku.Seterusnya,pilih melodi yang senang diingati,diikuti dan hampir dengan pengalaman sedia ada murid.Sebaik-baiknya lagu mempunyai cerita.Akhir sekali,aktiviti nyanyian ini boleh dinyanyikan di dalam atau diluar bilik darjah tetapi tidak menganggu kelas yang lain.

Melalui kaedah ini guru dapat memotivasikan murid, membimbing dan nyanyian adalah kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. Ia adalah iringan muzik memberi impak pada nyanyian. Muzik boleh diganti dengan bunyi bunyian yang direka dan proses ingatan bahasa yang dipelajari adalah melalui nyanyian. Ini bertujuan membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima, tekanan dan struktur ayat. Prinsip nyanyian dalam didik hibur ialah lagunya hendaklah sesuai dari sudut tata bahasa, maksud dan bahasa.; melodi yang mudah diikuti dan yang hampir dengan pengalaman murid; nyanyian itu hendaklah sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian murid; lagu hendaklah mempunyai jalan cerita, pengajaran, nilai dan motivasi; seronok dan ceria iaitu tidak membebankan guru dan murid; dan akhir sekali ia berkisar dengan persekitaran dan kecenderungan. Kepentingan nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mewujudkan suasana belajar yang seronok dan ceria; membantu murid mengingati apa-apa yang dipelajari; membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan serta struktur ayat; dan akhir sekali mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa. Contoh nyanyian adalah nyanyian lagu Berniaga Usaha Mulia

Cerita ialah sesuatu yang dicakap, dibual dan diungkap secara langsung kepada murid. Kanak-kanak suka mendengar cerita. Guru perlu bersedia dan bercerita secara natural. Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni dan menyuburkan imaginasi. Antara ciri-ciri teknik bercerita ialah masa bercerita yang sesuai; ruang dan suasana yang kondusif; peralatan cerita yang menarik digunakan; bentuk dan jenis cerita harus ringkas; mesej yang jelas serta bermakna; berupaya meningkatkan bahasa dan kemahiran asas berbahasa murid; dan akhir sekali penglibatan menyeluruh murid. Terdapat dua jenis cerita iaitu jenis cerita tanpa alat dan jenis cerita menggunakan alat, Jenis cerita tanpa alat ialah memerlukan kekuatan vokal atau bahasa badan atau aksi. Manakala jenis cerita menggunakan alatan ialah cerita yang memerlukan alat seperti tali, boneka, lakaran, kertas atau kain. Prinsip bercerita tanpa alat ialah nada suara dan mimik yang beri gambaran watak, suasana dan emosi (sejuk, sayang, takut dan lain-lain); ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita contohnya marah atau gembira atau terkejut atau sedih; elak daripada cerita yang sukar digarap oleh kanak-kanak; bahasa yang digunakan mudah dan berulang-ulang; wujud hubungan mata antara pencerita dengan pendengar; kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isi cerita; pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Halangan atau gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah di atasi agar tidak berpanjangan; dan akhir sekali ialah melibatkan kanak-kanan dalam penceritaan. Contoh cerita antaranya pemotong kayu dan kapaknya.

Didik hibur bergantung kepada kejayaan sesuatu aktiviti yang dirancang. Oleh itu, semasa merancang sesuatu aktiviti guru hendaklah mengambil kira beberapa aspek seperti aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar, menjalankan aktiviti yang murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama, penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukkan masa pembelajaran yang fleksibel dan aktiviti dapat dilaksanakan dan diselesaikan bersama murid tanpa menghadapi banyak halangan atau masalah. Selain itu, aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid dalam kelas, guru hendaklah menyediakan arahan yang jelas, mudah difahami dan aktiviti yang dirancang berjaya memberi kepuasan kepada semua murid yang menyertainya dan dapat disertai seramai murid.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak. Hal ini seiring dengan pelaksanaan program sekolah dalam hospital yang mana memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menimba ilmu pengetahuan secara berterusan walaupun berhadapan dengan masalah kesihatan. Proses pengajaran dan pembelajaran sekolah dalam hospital diubahsuai supaya bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak tersebut di samping memenuhi keperluan mereka sebagai pelajar. Kepada kesediaan dan keupayaan murid yang sedang menjalani rawatan di hospital. Pendekatan sekolah dalam hospital adalah berasaskan pendekatan didik hibur dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif, sekaligus membantu dalam menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital. Ia juga menekankan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.

Melalui strategi didik hibur akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang lebih menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Ia juga dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pengajajaran pada hari berikutnya.Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas. Di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Salah atau tidak bukan matlamat didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

Bidang pendidikan mencatat lagi sejarah. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada pertengahan September lalu telah membuka lembaran baru buat sistem pendidikan dalam negara.Transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding negara-negara maju Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepada pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut memandang tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsia pelajar.

Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion perguruan dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".

Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam profesion perguruan. Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid.Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an yang menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapat meningkatkan pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun .

Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan dapat dapat merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas. Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila guru lebih bergantung kepada kaedah syarahan berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran mereka.

Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilah transformasi negara yang kita kehendaki yang dapat dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.Bagi mencapai matlamat dan usaha murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan terutama kepada maklum balas di dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ingatlah apabila negara mempunyai masyarakat yang berpendidikan tinggi maka kemajuan ekonomi juga akan meningkat. Jika ini tercapai maka kita akan melihat Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju menjelang tahun 2020.