Justifikasi Pelan Susun Atur Bilik Sais

download Justifikasi Pelan Susun Atur Bilik Sais

of 5

Transcript of Justifikasi Pelan Susun Atur Bilik Sais

Justifikasi Pelan Susun Atur Bilik Sains Yang Direka Bentuk. 1.0 Pengenalan

Makmal sains/ Bilik sains merupakan satu konsep yang paling sesuai untuk mewujudkan suasana yang konstruktivisme. Pengajaran sains dilihat dari perspektif konstruktivisme, adalah satu pengetahuan yang dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar dalam konteks sosial melalui siri interaksi idea-idea apabila menerima maklumat baru yang disepadukan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dan hasilnya pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan baru atau membetulkan konsep sains. Untuk meningkatkan pembinaan idea baru ini dengan menyediakan aktiviti-aktiviti secara hand-on dan minds-on. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan dengan lebih berkesan dan bermakna apabila, dapat menyediakan iklim dan persekitaran makmal/ bilik sains yang kondusif,ceria dan bersih. Makmal sains yang bestari, perlu bersifat luwes. Ciri-ciri makmal sains yang luwes ini memenuhi kehendak pendidikan sains.Keluwesan yang diwujudkan dalam pembinaan makmal sains perlu merangkumi reka bentuk, kelengkapan,pengurusan makmal dan fungsi makmal. Berdasarkan aspek ini maka saya mereka susun atur bilik sains seperti dalam pelan. Ruang bilik persediaan dan stor berada dihadapan bilik sains pengajaran. 2.0 Justifikasi pelan susun atur bilik sains sekolah rendah yang dibina

Sebelum menghuraikan ciri-ciri susun atur bilik sains ini, secara terperinci terlebih dahulu mengenalpasti kadudukan tingkap dan pintu amat penting selain memberi aspek pencahayaan ia juga adalah aliran udara perlu sentiasa boleh mengalir untuk keselesaan.Kedudukan ini juga penting kenalpasti supaya dapat melakukan penyususan perabot. Warna juga memainkan peranan penting untuk itu saya memilih warna yang cerah, supaya bilik menjadi cerah bergitu juga lantai adalah berjubin cerah.Kemudahan lain yang terdapat dalam bilik sains saya ini mempunyai 2 penghawa dingin, lampu, smart board, kipas dan plug elektrik yang mencukupi dan berfungsi. Berdasarkan pelan susun atur spesifikasi ruang dan komponen yang ada dalam pelan tersebut adalah seperti:

2.1 RuangDalam susun atur ini terdapat 3 ruang utama iaitu:a. ruang pertama adalah ruang untuk belajar. Pada ruang ini terdapat suasana fizikal bilik sains dengan susun atur meja murid, meja computer,smat board,jaringan internet dua kabinet dibahagian sisi, dua sinki, ada sudut pameran dan modal sains, sudut hasil kerja murid,dua papan putih pada bahagian hadapan dan belakang, dua papan kenyataan, almari, rak buku, rak carta, akuarium dan alat pemadam api, dan dua meja berkaki rendah .Kesemua fizikal yang disediakan untuk ruang ini mempunyai tujuan tersendiri, akan dihuraikan pada bahagian komponen. b. Ruang kedua adalah ruang persediaan, dalam ruang ini terdapat cabinet yang permukaannya dari jubin, meja guru, dua rak buku dan sebuah sinki ,peti sejuk, dan penghawa dingin Bagi ruang ini terdapat tiga pintu. Pintu pertama adalah pintu untuk guru terus masuk kebilik persediaan tanpa melalui kelas, manakala pintu kedua adalah pintu untuk guru bergerak terus ke kelas dan pintu ke tiga adalah pintu untuk ke bilik stor (ruang ke 3)c. Ruang ketiga adalah ruang stor, dalam ruang ini terdapat 5 kabinet dan rak, satu papan kenyataan dan troli untuk persediaan dan alat pemadam api. Terdapat dua pintu , pintu pertama adalah pintu ke bilik persiapan dan yang kedua adalah pintu terus ke kelas ia bertujuan untuk memudahkan pergerakan guru bagi mengambil alatan atau radas tetapi pintu ini perlu setiasa di tutup dan tidak dibenarkan pelajar masuk.2.2 Komponen dan Susun atur dalam bilik sains serta tujuannya.i. Meja Murid Warna Hijau (bilangan :6) dan berbentuk octagon (bil :3) Terbahagi kepada dua iaitu 6 meja murid panjang dan lebar berwarna hijau manakala 3 meja murid berwarna merah bata adalah meja murid berbentuk oktagon 6 meja murid panjang dan lebar ini disusun tiga-tiga. Sebuah meja memuatkan 6 orang murid dan mempunyai ruang dibawah meja (berlaci) untuk menyimpan alat tulis atau buku ketika amali dijalankan, sesuai untuk semua murid tahap 1 atau 2. Sesuai digunakan untuk sesi pengajaran,amali dan sesi perbincangan kumpulan 3 meja murid berbentuk oktagon terletak di bahagian belakang kelas adalah sesuai untuk aktiviti seperti membina folio,mereka cipta barang terpakai dan juga aktiviti persatuan. Papan putih bahagian belakang digunakan.Untuk murid tahap 1 ruang ini boleh digunakan untuk teknik penceritaan.ii. Meja Guru berwarna kuning. (bilangan : 2) Terdapat didalam bilik persediaan untuk digunakan oleh guru dalam tugas harian mereka dan satu lagi diruang pertama dibahagian hadapan kelas mempunyai sinki adalah untuk guru melakukan demonstrasi eksperimen semasa sesi pengajaran dan pembelajaraniii. Meja Komputer- berwarna ungu (bilangan : 1) Meja ini diletakkan dihadapan kelas bersebelahan meja guru. Menyambungkan LCD yang dilekatkan di lelangit dan mempunyai layar skrin pada papan putih. iv. Papan Kenyataan berwarna biru muda (bilangan : 4) 2 dibahagian hadapan kelas sains bertujuan untuk mempamerkan carta organisasi panitia, Jadual penggunaan bilik sains, visi dan misi sekolah juga garf pencapaian UPSR setiap tahun, carta guru dan kelas yang diajar 2 papan kenyataan di bahagian luar adalah untuk tujuan memberi info-info tentang panitia atau persatuan sains. 1 diruang persediaan pada meja guru untuk dilekatkan manual prosedur kerja bagi penyenggaraan pembelian alat/bahan sains, penyimpanan alatan atau keselamatan juga info tentang perkembangan guru yang dirancang dalam panitia. 1 di bilik stor untuk meletakan langkah menlakukan eksperimen, atau KEW.PA-7 Senarai Aset Alih Kerajaan bagi lokasiv. Papan Putih 1 dibahagian hadapan dan satu lagi dibahagian belakang adalah untuk tujuan sesi pengajaran yang selesa dan memudahkan guru. Jika aktiviti pengajaran berlaku dibahagian belakang guru menggunakan papan putih di bahagian belakang jadi jarak penglihatan dan kedudukan guru dan murid lebih dekat dan selesa.vi. Kabinet Bagi ruang satu terdapat 2 kabinet rendah pada bahagian sesi kelas, untuk penyimpanan alat sains dan bahagian atasnya boleh digunakan untuk cerek elektrik. Kabinet ini juga sesuai digunakan kerana tidak menghalang pencahayaan masuk. 4 kabinet di dalam ruang stor digunakan untuk menyimpan alatan dan radas sains. Terdapat jenis cabinet yang berpintu kaca untuk simpanan mikroskop 1 kabinet permukaan jubin (pink) dibahagian ruang persediaan untuk tujuan pengeringan bikar/ alat sains yang basah.

vii. Sinki (bilangan 4) Terdapat 4 sinki - tiga dibahagian ruang pertama, kelas adalah digunakan untuk guru dan murid membasuh alatan dan tangan sebelum melakukan amali dan akhir amali. Manakala satu sinki dibahagian ruang persediaan adalah untuk guru, membuat persiapan. Dua sinki dibahagian kelas dipisahkan, satu dibahagian hadapan dan satu bahagian belakang supaya murid tidak bersesak apabila menggunakannya ini dapat mengelakan kawasan menjadi lecah. viii. Sudut Pameran dan Model Sains dan Sudut Hasil Murid Disediakan di bahagian belakang kelas untuk tujuan menarik minat murid dan menimbulkan sifat ingin tahu murid. Sudut Pameran dan Model sains menggunakan rak pameran yang melekat didinding kelas dan didalamnya diletakan spesimen pengawetan atau alat perkembangan teknologi. Sudut Hasil Kerja murid disediakan untuk meletakan kerja projek murid yang menarik misalnya membuat robot dari bahan terpakai atau tempat tinggal haiwan dan manusia yang direka oleh murid.

ix. Rak Carta Digunakan untuk menyusun semua carta sains yang di beli. Diletakkan berhampiran pintu berlakang untuk memudahkan guru sains lain ambil untuk digunakan jika didalam bilik ada sesi pengajaran x. Akuarium dan troli ditanda dengan gambar dalam pelan Akuarium untuk meletakan haiwan akuatik untuk menarik minat murid diletakkan di ruang 1 Troli diletakan di ruang antara bilik persediaan dan stor untuk guru meletakan barang yang diambil dari stor dibawa ke ruang 1 semasa sesi pengajaran.xi. Rak Buku dan Almari 2 buah rak buku disediakan di bilik persediaan untuk guru menyusun buku-buku rujukan dan fail stok / fail maklumat panitia juga buku peka. 1 buah rak buku di ruang pertama untuk meletakan modul-modul terkini sistem pendidikan. Sebuah almari untuk penyimpanan kertas-kertas soalan dan peti kecemasan didalamnya.xii. Alat Pemadam Api (bilangan : 2) Satu diletakkan diruang , bilik sains dimana alat ini dilekat pada dinding berserta langkah penggunaannya Satu lagi diletakan didalam bilik persediaan, tempatnya diantara stor dan bilik persediaan. 3.0 Penutup

Bilik sains ini direka bentuk sebegitu adalah untuk keselesaan murid dan guru untuk sesi pengajaran juga mempunyai langkah langkah keselamatan. Suasana bilik sains juga perlu dilengkapkan sudut pameran dan sudut hasil kerja murid untuk tujuan menarik minat murid dalam matapelajaran sains. Ada dua ruang fizikal untuk sesi pembelajaran di bahagian hadapan sesuai untuk tayangan LCD dan amali serta perbincangan manakala bagi ruang di belakang sesuai untuk aktiviti pembelajaran yang tekniknya hampir dengan guru misalnya bercerita, membuat folio dan sebagainya.17