Jutawan Yang Belum Anda Kenali

download Jutawan Yang Belum Anda Kenali

of 71

Transcript of Jutawan Yang Belum Anda Kenali

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    1/71

    KKeelluuaarrggaa aannddaa kkeennaallii bbeelliiaauu,, rraakkaann aannddaa

    tteemmuuii bbeelliiaauu,, ccuummaa aannddaa ssaahhaajjaa yyaanngg tt iiddaakk

    kkeennaallii bbeelliiaauu ....ssiiaappaakkaahh bbeelliiaauu ??

    JJuuttaawwaann

    yyaannggBBeelluumm AAnnddaa

    KKeennaallii

    MMuu ll aa kkaa nn HHii dduupp BB ee bb aa ss KKaayy aaBB ee rrgg aayy aa ddee nn gg aa nn MMee nnjjaa ddii

    UUss aa hh aa ww aa nn BB ee rrmm uu ll aa

    DDaa rriipp aa ddaa RR uu mm aa hh !!

    PPaanndduuaann KKoommpprreehheennssii ffYYaanngg SSaaiinntt ii ffiikk,, PPrraakktt iiss,,PPrraaggmmaatt iikk DDaann FFii lloossooffii KK ee AArraahh MMeennjjaaddii UUssaahhaawwaann

    BBeerrjjaayy aa BBeerrmmuullaa DDaarriippaaddaa RRuummaahh

    Muhammad Amin Al-Farabi

    SSIIIRRRIIIJJJEEEJJJAAAKKKJJJUUUTTTAAAWWWAAANNN

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    2/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    1

    JJuuttaawwaann yyaanngg BBeelluumm AAnnddaa KKeennaalliiPanduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan Filosofi Ke

    Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah

    Kandungan

    Muka

    surat

    Prakata3

    1. Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ?5

    2. Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan?6

    3. Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi Anda TentangHidup Anda

    7

    4. Senjata Paling Berkuasa Manusia8

    5. Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa9

    6. Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia10

    7. Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur11

    8. Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang SelaluDigunakan Hanya Seperti Semut Kecil

    12

    9. Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak12

    10.Kebangkitan Gergasi Anda13

    11.Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda14

    12.Mencipta Realiti Kekayaan di Minda Anda15

    13.Realiti16

    14.Apakah Realiti ?17

    15.Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia 18

    16.Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalamMinda Anda

    20

    17.Visualkan Realiti Yang Anda Mahukan Telah Berlaku Di DalamMinda Anda

    21

    18.Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk Menyemai Minda Separa Sedar22

    19.Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda24

    20.Semangat : Gergasi Yang Bangkit Di Dalam Jasad Anda25

    21.Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda26

    22.Praktikkan Keyakinan Anda 28

    23.Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya29

    24.Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ?30

    25.Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan...31

    26.Kegagalan Hanya Satu Illusi32

    27.Kata-kata Hikmat33

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    3/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    2

    28.BAHAGIAN II : Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda34

    29.Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah35

    30.Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda36

    31.7 Kebijaksanaan Manusia37

    32.Idea-idea Projek 38

    33.18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif40

    34.Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang!41

    35.Inovasikan Perkhidmatan Anda42

    36.Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya!43

    37.Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate / Reseller /DropshipYang Tulin

    47

    38.Persediaan Premis SOHO Anda48

    39.Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan49

    40.Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda? 50

    41.Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan51

    42.Bagaimana Mendapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak52

    43.Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,00053

    44.Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda54

    45.Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda55

    46.Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah57

    47.Seni Kejurujualan (I)59

    48.Seni Kejurujualan (II)60

    49.Bagaimana Menawan Pelanggan Pesaing-Pesaing 63

    50.Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan64

    51.Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan Melalui PenggunaanInternet

    65

    52.Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda66

    53.Langkah Tindakan Anda hari Ini!i

    54.Kupon : Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputerii

    Buku Ini Adalah Hakcipta Terpelihara

    Muhammad Amin Al Farabi Versi digital ini boleh diedarkan secara percuma dan bebas, asal

    anda tidak mengubah sebarang isi kandungannya yang asal.

    Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan danralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

    Edisi Pertama 2005

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    4/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    3

    Prakata

    Apa yang anda mesti lakukan mesti dilakukan kerana tidak melakukannya

    juga bermakna anda melakukan sesuatu iaitu menghancurkan apa yang mestianda lakukan....Amin Al Farabi

    Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akan mendapatpengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satu pengetahuan baru

    yang akan menambah keyakinan diri yang seterusnya mengorak langkahmenjadi usahawan ataupun menjadi insan yang lebih gagah. Percayalah!

    Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II.

    Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahanminda anda untuk menjadi seorang usahawan. Di dalam bahagian ini anda

    akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakin bahawa diri anda mampuuntuk menjadi usahawan yang bermula daripada rumah. Anda pastiterperanjat kerana akhirnya anda tahu dan yakin bahawa di dalam diri andasendiri mempunyai kekuatan luarbiasa yang anda tidak pernah anda gunakanselama ini.

    Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untukmengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk menjadiusahawan daripada rumah. Anda akan mempelajari prinsip-prinsip , formula,teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda bolehmerealisasikan idea projek anda menjadi realiti.

    Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini untuk lebihmudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang didedahkan.

    Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini denganmengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untukmendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuan motivasi diri.

    Anda boleh berhubung dengan penulis di [email protected] jika andaberminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenai motivasi diri danperihal keusahawan.

    Muhammad Amin Al [email protected]

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    5/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    4

    Siapakah Jutawan Yang Belum Anda Kenali?

    Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yang mestimembukanya sendiri....

    Ada antara anda pasti bertanya kenapa Muhammad Amin Al-Farabi inibersusah payah menulis sebuah buku dan memberikannya percuma kepadaorang ? Anda ingin tahu sebabnya ? Ini adalah kerana saya merasa amatselesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia utama yang dinyatakan di dalambuku The Greatest Money-Making Secret in History! oleh Joe Vitale.

    Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenali bertanyakananda jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arif sekali lokasinya?Pernah bukan ? Saya pasti anda dengan rela hati memberikan maklumat yangsebaik-baiknya agar beliau selamat sampai yang ingin ditujunya.Bagaimanakah perasaan anda selepas membantu orang yang tidak anda kenali

    itu ? Anda merasa amat selesa bukan ? Begitulah tujuan saya menulis bukuini. Mudah bukan ?

    Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta anda membawamereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut, anda mungkinkeberatan sedikit. Atau anda mungkin terdetik hati anda, orang inimengganggu anda. Atau anda mungkin membantu beliau setelah beliaumembayar anda kerana bersusah payah membantu mereka.

    Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selama lebih10 tahun sebagai pakar perunding saya dapati bahawa saya mempunyaipelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsi bersama dan

    ada juga pengetahuan yang terpaksa saya kenakan caj professional.

    Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa ragu-ragumengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500 semingguuntuk mengetahui selok belok perniagaan. Its nothing personal , just business.Saya juga menulis dan menjual buku bercetak pada harga saikologi RM29.90tentang panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain. Dan saya disini bukannyahendak mempromosikan kursus saya. Oleh sebab itu saya lebih selesamenggunakan nama pena saya ini.

    Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalam bukupercuma ini boleh diambil ringan.

    Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan di rumahanda, pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang saya perbincangkan di dalambuku ini. Saya menunjukkan anda arah, dan kini bergantung kepada andasahaja samada hendak berlari atau merangkak ataupun berpatah balikmenuju ke tempat yang ingin anda tuju.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    6/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    5

    BBoolleehhkkaahh AAnnddaa BBeerrjjaayyaa SSeebbaaggaaiiUUssaahhaawwaann DDaarriippaaddaa RRuummaahh ??

    Ya, anda boleh berjaya sebagai usahawan bermula daripada rumah sahaja.Ramai usahawan-usahawan besar yang berjaya memulakan projek usahanyabermula daripada rumah. Lebih ramai pula orang biasa yang bekerja daripadarumah ataupun menjalankan perniagaan daripada rumah.

    Martha Stewart, tokoh usahanita kontroversi, memulakan projek kateringdaripada belakang dapur rumahnya sehingga menjadi jutawan dalam masabeberapa tahun sahaja. Perusahaan kecilannya menjadi konglomerat yangmeliputi penerbitan, multimedia, rancangan TV dan gaya hidupan.

    Michael Dell memulakan projek memasang komputer mengikut tempahandaripada bilik dormitrinya dengan modal $1,000 dan kini selepas 18 tahun

    nilai pendapatannya adalah sebanyak $31 billion.

    Pelbagai kerjaya dan projek perniagaan yang boleh dimulakan daripada rumah.Ada yang bekerja sebagai pakar perunding (seperti saya) , ada yang menjadipenulis novel, artikel, merekabentuk batik, pereka grafik dan pelbagai lagi.Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut akan idea-idea projek yangboleh anda mulakan di bahagian II buku ini dan anda cuma perlu ikuti terusmembaca buku ini.

    Pe n g a l a m a n Pe n u l i s S e b a g a i Bu k t i

    Buktinya adalah pengalaman penulis sendiri sebagai konsultan dan jugaperunding bebas selama 10 tahun telah mengalaminya sendiri . Selama hampir10 tahun penulis menjalankan perniagaan daripada rumah sebagai seorangpakar perunding bebas sambilan.

    Cuba para pembaca buka akhbar dan semak yuran-yuran iklan untukmenghadiri seminar-seminar yang diadakan di hotel-hotel oleh para konsultan.Pembaca sekalian akan dapati yuran-yuran yang dikenakan amat mahalbukan? Ya, memang benar, dan tidak hairanlah perunding-perunding bebasini rata-rata hidup mewah dengan memperuntukkan masa bekerja yang sedikitsahaja. Orang ramai berlumba-lumba untuk mendengar maklumat-maklumatterkini daripada para konsultan daripada luar negeri.

    Cukup penulis katakan bahawa pendapatan bagi satu sahaja seminar yangberjaya (penuh) adalah cukup untuk menampung kehidupan perunding bebastersebut selama setahun! Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialahsememangnya terdapat cara menjana pendapatan daripada rumah jikasaudara tahu kaedahnya. Kini dengan kemajuan teknologi maklumat dantelekomunikasi trend ini menjadi semakin popular dan tidak semestinyadilepaskan oleh anda sekalian. Oleh itu teruskan membaca buku ini untukmengetahuinya!

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    7/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    6

    Apakah S e be n a r -be n a r n y a

    Formula Kepada Kejayaan?

    Ramai orang mencari-cari formula dan rahsia-rahsia untuk berjaya. Keinginanini mencetuskan timbulnya industri buku-buku motivasi, seminar-seminar danpelbagai program yang memberangsangkan dewasa ini.

    Jika anda biasa membaca buku-buku motivasi diri anda tentu biasamendengar pakar-pakar atau guru-guru motivasi diri seperti Anthony Robbins,Dr Stephen R. Covey, Bob Proctor dan sebagainya. Di kalangan pakar-pakartempatan pula tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Dr FadzilahKhamsah, Imran Jaafar, Dr Tuah Iskandar dan ramai lagi adalah antara nama-nama yang popular di arena sirkit motivasi diri.

    Seminar dua hari di Kuala Lumpur baru-baru ini oleh Dr Stephen R. Covey inisahaja memerlukan anda melabur untuk diri anda sebanyak RM 990. Seminarini membincangkan tajuk beliau yang amat popular iaitu 7 Tabiat Orang YangBerkesan. Saya tahu pakar seperti Dr Stephen memberikan maklumat yangberguna kepada para pesertanya. Namun terpulang kepada peserta tersebutuntuk menafaatkannya pula.

    Apa Yang Anda Perlukan Ialah Satu Formula

    Apa kata saya beri anda satu formula yang pasti membantu anda berjaya

    walau apa sahaja bidang anda . Menggunakan formula ini membuatkan andatidak akan temui kegagalan kerana kegagalan itu sendiri tidak wujud dansegala sentuhan anda menjadi emas. Baik bukan ?

    Jika saya katakan dengan formula ini anda tidak perlu lagi membaca lain-lainbuku motivasi atau kursus motivasi, adalah sesuatu yang agak egoistikbukan? Bukannya niat saya begitu cuma...

    Cuba fikirkan jika anda diberi formula sains dan matematik seperti 1 + 1 = 2.Apakah anda perlu memikirkan lagi sebarang formula lain lagi ? Adakah andaperlu mencuba tanda - x menggantikan tanda + di dalam persoalan di atas ?

    Inilah maksud saya. Ianya adalah untuk ringkasan kepada kejayaan yangsedang anda impikan. Oleh itu adalah baik jika kejayaan tersebut anda dapatidaripada formula yang berdasarkan sains dan matematik, kerana ilmu sainsdan matematik adalah ilmu alam sunatullah yang tetap dan teruji.

    Fikirkan dan perbincangkan dengan orang lain setelah anda membaca bab-babini ... Mari kita mulakan sekarang..

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    8/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    7

    Apa Yang Anda Baca Ini Akan MengubahPersepsi Anda Tentang Hidup Anda

    Jadi apakah formula kejayaan sebenar-benarnya ?

    Anda bertanya...kepada saya tanpa sabar-sabar. Ya , saya jamin anda bolehberjaya jika anda percayakan faktor kejayaan yang mudah ini.Anda boleh berjaya di dalam sahaja bidang anda yang ingin anda ceburidengan mempunyai tiga faktor ini di dalam diri anda.

    1. Percaya dan Yakin T a n p a B a t a s a n Bahawa Anda Pasti Berjaya2. Minat yang tulin dan amat mendalam terhadap bidang pilihan anda3. Strategi yang betul di dalam mengkomersialkan pilihan anda tersebut

    Namun saya akan mula membicarakan faktor pertama iaitu Percaya danYakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya dengan terperinci dan

    panjang lebar di dalam 12 mukasurat berikut. Jika anda memasuki kursussaya yang berharga ratusan ringgit saya akan mengajarnya selama dua harisuntuk agar anda dapat menghayatinya. Setelah menghayatinya, saya jaminanda akan mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap diri anda yanghampir tidak terbatas. Apabila anda mempunyai keyakinan yang tidak terbatasbermakna anda seakan-akan mempunyai kuasa sentuhan emas (Midas touch).

    Topik di dalam bab ini adalah amat penting kerana saya pasti anda tidak akantemui apa yang akan saya bincangkan ini di dalam mana-mana buku,televisyen atau sebarang media massa yang mainstream.

    Objektif bab ini adalah supaya anda mengenali ciri-ciri kejadian manusia dankaitannya dengan alam semesta. Seterusnya setelah anda dapat mengenali ciri-ciri , anda akan memahami rahsia di sebalik faedah yang dapat anda gunakandaripada ciri-ciri manusia tersebut.

    Di dalam Bahagian I , bab kepercayaan ini, anda akan mengenali ...

    1. Fakta-fakta sains yang tidak pernah anda ketahui di mana para saintisterkemuka sendiri menemui jawapan yang menakjubkan

    2. Keistimewaan akal (minda)3. Apakah senjata paling berkesan manusia4. Anda boleh mencapai apa sahaja yang anda percayakan oleh minda anda5.Teknik visualisasi

    Adalah penting dan kritikal untuk anda memahami akan topik-topik di dalambab-bab ini kerana ianya adalah formula sains dan rohani di dalam mencapaiapa sahaja impian anda khususnya jika anda ingin menjadi kaya sebagaiusahawan.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    9/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    8

    Percaya dan Yakin Tanpa Batasan :

    Senjata Paling Berkuasa Manusia

    Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanan kepada orangIslam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan dengan perkara-perkaraberkaitan ritual sahaja, seperti rukun iman, sembahyang, puasa dansebagainya. Hakikatnya sifat ini perlu wujud di dalam setiap perbuatan kitasetiap hari untuk berjaya.

    Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengan segenaplapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka saya akan gunakanperkataan Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan yang lebih universal.

    Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidak terbatas

    iaitu keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan mereka kuasa mukjizatdi mana banyak perkara-perkara yang diluar hukum alam seperti peristiwaIsraj Mikraj oleh Nabi Muhammad, terbelahnya laut merah oleh hentakantongkat Nabi Musa dan sebagainya. Rasul dan Nabi adalah insan terpilih,manusia biasa yang tidak dianugerahkan keyakinan yang luarbiasa sebeginiatas nama Allah SWT mustahil melakukan perkara-perkara sedemikian.

    Secara universalnya ramai orang bukan Islam menggunakan konsepKepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan dan hasilnya mereka berjaya didalam pelbagai perkara yang mereka ceburi.

    Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawa

    tenaga elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namun percaya atauyakin sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkan kepercayaan dan keyakinanbeliau pada usaha eksperimen beliau sebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnyaberjaya. Jika anda berada di zaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila.

    Tetapi Thomas Edison mempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlakudan akhirnya anda dan saya dapat merasai manafaatnya.

    Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakan senjatapaling merbahaya jika di salahgunakan?

    Mari kita lihat satu contoh , seseorang yang mempercayai dengan penuhkeyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yang diamalkan boleh

    memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasar kepercayaan tersebut beliauakan yakin dan menjadi lebih berani dan mungkin kebal kerana mindanyamelampaui realiti sebenarnya. Tetapi malang sekali kerana beliaubersandarkan kepercayaan tersebut kepada tangkal dan jampi maka hukum keatas beliau adalah beliau menjadi syirik dan syirik merupakan dosa yangpaling besar dan tidak diterima taubatnya. Begitulah bahayanya kepercayaandan keyakinan jika salah digunakan.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    10/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    9

    Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa

    Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan kaitannyadengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan keyakinan.Kebolehan-kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira agama

    kerana minda mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan untukmelakukannya.

    Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuah dokumentaribertajuk Electric Man. Rancangan tersebut mendokumenkan seorang pelukisbiasa bernama Janusz Kowzalaski boleh memadam lampu jalanan denganhanya kekuatan fikiran. Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius olehpakar-pakar saintis barat kini.

    Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkan sejakawal 1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Dbats (February 1846).

    Jurnal tersebut mendokumenkan fenomena 10 hari yang dialami oleh seorangkanak-kanak perempuan Perancis berusia 14 tahun bernama Angelique Citton

    yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik dan menggerakkan objek-objekpersekitarannya.

    Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, di manaperalatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dan sebagainya melekatke tubuh badan beliau.

    Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajaridimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegangmentol tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen Asia

    Hebat . Menurut ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahi agama,kerana sememangnya tenaga istimewa ini wujud di dalam setiap manusiacuma anda perlu pelajari tekniknya. Tenaga istimewa ini sentiasa wujud dialam maya untuk digunapakai oleh manusia. Kebolehan beliau membuktikankepada manusia lain agar terus kaji dan mengkaji keistimewaan minda ini.

    Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik semulajadi sememangnya sudah lamaterdapat pada belut elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut inidapat menghasilkan arus elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kira-kira kekuatannya melebihi yang digunakan oleh sebuah TV kecil.

    Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allah telahpun

    menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang boleh digunakan jika mindakita percaya dan yakin akan boleh dilakukan. Jika kita tidak memahami danmengkaji dan jahil kita akan menganggap kuasa tersebut adalah daripadamakhluk halus, walhal kuasa tersebut adalah tenaga yang disediakan olehAllah SWT dan sentiasa wujud tersembunyi di dalam alam maya untuk dikajidan akhirnya boleh dimanafaatkan oleh kita.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    11/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    10

    Akal Anugerah Allah Yang Paling

    Tinggi Kepada Manusia

    Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang paling berhargamenjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk. Kebiasaannyakita akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kita mengira, membaca,menulis dan sebagainya. Ini dinamakan minda sedar (conscious mind). Namunterdapat bahagian minda yang sangat penting tetapi tidak disedari dandigunakan oleh manusia sendiri yang dikenali dengan minda separa sedarsubconscious mind.

    Apakah Kekuatan Minda Separa Sedar ?

    Sekarang ini, saat ini, jantung anda sedang berdegup, adakah anda yangmemikirkannya untuk mengawal degupannya setiap masa? Segala perjalanandarah anda, proses tumbesaran anda dan pembaikan luka anda, adakah andafikirkannya ? Tugas ini amat kompleks dan jika di andaikan disuruh mindasedar anda untuk memikirkannya, nescaya anda akan jadi kelam kabut. Inilahantara tugas minda separa sedar anda.

    Tapi tunggu, minda separa sedar anda lebih berkuasa daripada itu. Ianya jugamerekod segala pengalaman hidup kita sejak kita lahir lagi. Himpunanpengalaman ini termasuklah memori, imaginasi, perasaan, inspirasi,kepercayaan dan segala bentuk maklumat yang kita capai melalui pancainderakita. Apa yang kita dengar , lihat dan rasa sepanjang hidup kita sebenarnya

    tidak pernah hilang dan tersimpan kekal di dalam minda kita.

    Tetapi kenapa saya tidak ingatinya ?

    Anda tidak ingatinya kerana anda tidak fokus kepada semua perkara padasatu-satu masa. Contohnya sekarang, anda sedang lihat perkataan-perkataandi depan mata anda ini. Fokus anda ialah pada tulisan ini, namun jikadibelakang anda ada kedengaran kicauan burung , anda tidak mendengarnyakerana anda tidak fokuskannya. Namun kicauan burung tersebut tetapdirekod ke dalam minda separa sedar anda.

    Ini bermakna walaupun semasa kita kecil berusia lima tahun kita seperti tidak

    mampu ingat apa-apa, namun sebenarnya subconcious mind tetap merekodapa yang kita dengar, lihat, rasa dan alami waktu itu. Bayangkan andamempunyai perakam video yang merakam setiap bunyian dan visual sejakanda di dalam perut ibu lagi. Apa sahaja yang anda dengar dan lihat tetapdirekod oleh minda separa sedar anda sejak anda kecil lagi. Ianya tidak pernahterpadam. Jika umur anda sekarang 25 tahun, bolehkah anda bayangkanbetapa besarnya kapasiti filem yang diperlukan untuk merekod segalamaklumat sepanjang tempoh itu ?

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    12/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    11

    Kuasa Minda Separa Sedar SepertiGergasi Yang Sedang Tidur

    Ada gergasi yang sedang tidur di dalam minda anda sekarang!

    Bayangkan semua pengalaman hidup anda sejak bayi, dapat direkodkan didalam sebuah CD yang berkapasiti 700 Megabyte yang anda ketahui sekarang.Selalunya sebuah CD mampu merekod filem hanya kira-kira 1 jam danandaikan anda berumur 25 tahun sekarang. Nescaya anda akan memerlukankira-kira 219,000 keping CD untuk merekod segalanya kehidupan anda dalamtempoh 25 tahun itu. Menakjubkan bukan kerana kesemua 219,000 CDpengalaman bermaklumat tersebut kini ada di dalam minda anda sekarang!

    Lebih menakjubkan terdapat CD kosong yang berjumlah berbillion-billionkeping sedia untuk digunakan di dalam minda anda sekarang ini!

    Bagaimana boleh menjadi hingga berbillion-billion ? Kerana jika diandaikananda hanya diberi kerja sepanjang hayat anda berimaginasi , nescaya, akantidak kehabisan apa yang ingin anda imaginasikan sampai bila-bila.. inilahkekuatan minda anda!

    Hati atau kalbu

    Kedudukan minda separa sedar dan hati atau kalbu adalah dekat. Kalbu atauhati batin adalah tali penghubung anda antara minda separa sedar dengan zat

    Allah SWT. Saya lebih gemar menggunakan istilah kalbu kerana takut andaakan terbayangkan hati biologi yang anda lihat seperti jantung dan paru-paru.

    Sebagai orang Islam, kita tahu bahawa hati yang sentiasa berdoa dengan yakinakan mengubah takdir kehidupan seseorang. Allah sentiasa tahu apa yangtersirat dan niatkan. Maksud di sini ialah kepercayaan dan keyakinan yangtak terbatas (infinite). Untuk mendapat pertolongan daripada Allah MahaBijaksana (Infinite Intelligence) kita mestilah mempunyai juga kepercayaan dankeyakinan yang tak terbatas kepadaNya. Itulah hakikatnya apa yang wajib kitapercaya di dalam hati kita.

    Syukur kita kepada Allah kerana menganugerahkan akal ini, sehingga Allahmemerintahkan malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam. Cuma Iblis sahajayang memandang dari lahiriah kerana Nabi Adam dibuat daripada tanah danengkar untuk tunduk.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    13/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    12

    Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi

    Yang Selalu Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil

    Knowledge is limited. Imagination encircles the world."Albert Einstein

    Anda tentu pernah mendengar bahawa manusia hanya menggunakanhanya 10% daripada keupayaan minda mereka. Ini adalah tepat sekali.Malahan manusia yang malas berfikir lebih rendah lagi...mungkin 5% sahaja!

    Jika anda memikirkan aktiviti berfikir setakat aktiviti mengira matematik,membuat keputusan, pergi membuat pekerjaan , bawa kereta dan sebagainyaanda mungkin tergolong mereka yang hanya menggunakan 8% sahaja.

    Jika anda anggap kemahiran mengira pantas adalah proses berfikir yangtinggi, nescaya anda mungkin akan menjadi robot yang mempunyai sebuahkalkulator yang berharga RM5 di dalam otaknya.

    Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak

    Anda telah pun membaca daripada mukasurat sebelumnya bagaimanahebatnya maklumat yang terkandung di dalam minda anda sekarang dengananggaran kira-kira 219,000 keping CD dan potensi seterusnya denganberbillion-billion CD kosong sedang sedia untuk digunapakai.

    Semua maklumat yang terlalu banyak ini bagaikan gergasi besar yangsedang tidur di dalam minda separa sedar anda. Ya, tidur yang amat nyenyak.

    Bagaimana hendak membangunkan si gergasi ini ?

    Jika anda dapat bangunkan si gergasi ini dan menyuruhnya bekerja untukmencapai sebarang matlamat anda, nescaya tugas anda menjadi sangatmudah. Jika tujuan anda hendak jadi kaya raya melalui apa sahajaperniagaan, inilah rahsia falsafahnya.

    Biarkan saya berikan jawapan secara ringkas di dalam perenggan di bawahdan kemudian anda boleh membaca mukasurat selanjutnya akan penjelasanperenggan ringkas ini.

    Kunci pertama anda berniat dan tanamkan sifat percaya dan yakin tanpabatasan di dalam minda anda. Visualkan realiti kejayaan anda di dalam kotakminda anda akan kejayaan yang telah berlaku pada masa hadapan. Siramkania dengan emosi kejayaan dan suburkan ia dengan perasaan bersyukur. Jikaanda lakukan ini, tubuh badan anda akan mengalami satu semangatluarbiasa. Kemudian lakukan apa yang patut anda lakukan dengan minda dansemangat begini, nescaya perlakuan anda tersebut akan menjadi sebab-sebab

    yang ditakdirkan untuk mencapai realiti yang anda inginkan.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    14/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    13

    Kebangkitan Gergasi Anda

    Kunci pertama untuk bermula menjadi kaya pada suatu masa hadapanmudah sahaja. Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda bolehmelakukannya. Jangan buat apa-apa dahulu. Tangguhkan dahulu samada

    anda perlu masuk MLM, skim cepat kaya, Pak Man Telo dan sebagainya.

    Percaya, Yakin, Percaya , Yakin, Percaya , Yakin....

    Gergasi di dalam minda akan bangun jika kepercayaan tersebut ditanam,disemai dan disuburkan di dalam minda anda dan kebangkitannya akan dapatdikesan melalui tubuh badan anda yang kemudiannya dikenali dengansemangat. Gergasi ini ialah semua imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan ,fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti didalam minda separa sedar anda. Apabila semua entiti ini bangun dan bersatu,keajaiban akan berlaku.

    Anda akan mendapat ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, ideamencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjukke arah kejayaan dan semangat zahir dan batin yang luarbiasa. Anda bolehbaca seberapa banyak buku motivasi atau pergi seberapa banyak kursusuntuk mengetahui teknik peningkatan diri. Kunci akhirnya ialah ...

    Anda mesti percaya dan yakin

    tanpa batasan anda boleh melakukannya.

    Anda pasti berkata , OK, saya yakin sekarang... apa yang perlu saya buat?Anda pasti ? Mari cuba sedikit ujian kecil :

    Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda

    Mudah sahaja anda membuka mulut mengatakan bahawa anda mempunyaikepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang tulin. Adakah kalbu danminda separa sedar juga sedemikian ? Di dalam konteks buku ini, mari kitauji tahap kepercayaan dan keyakinan anda untuk menjayakan projek anda.Sila jawab dengan soal semak di bawah..

    1. Apa kata jika rakan anda sendiri mencemuh idea perniagaan anda ?2. Apa kata ibubapa anda sendiri yang tidak bersetuju dengan idea anda ?3. Apa kata anda dikehendaki melabur sedikit untuk memulakan perniagaan ?4. Adakah anda menunggu satu masa yang sesuai entah bila ?5. Apa kata seluruh dunia mengatakan idea anda gila sanggup anda lakukannya?

    Marconi hampir diseret oleh rakannya sendiri ke hospital sakit jiwa keranacuba membuktikan bahawa suara boleh bergerak tanpa wayar. Kepercayaandan keyakinan telah membenarkan keajaiban berlaku di mana teori beliaumenjadi benar akhirnya. Anda bagaimana ? Tergugatkah semangat andaapabila diperkecilkan oleh suara rakan anda yang berjiwa kecil itu ?

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    15/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    14

    Mencipta Realiti Kekayaan di Minda Anda

    Sains membuktikan bahawa mataerial tidak wujud dan realiti adalah illusi minda

    Setelah membaca buku The Shaky Game: Einstein, Reality, and theQuantum Theory oleh Arthur Fine (Chicago: University of Chicago Press, 1986)saya menemui beberapa fakta sains yang agak mengkagumkan tetapi jarangsekali diketahui oleh masyarakat kita.

    Bermula awal kurun ke-20, lahirlah bidang fizik kuantum, yang khususmengkaji akan sifat-sifat atom. Pada tahun 1911, Lord Rutherford daripadaUniversity Cambridge telah membuktikan kewujudan sub-atom yang dikenalisebagai elektron. Namun penemuan elektron yang wujud di dalam atommerumuskan fakta yang menakjubkan, dan sekaligus menafikan kewujudandunia material yang anda anggap benar-benar material ini.

    Akhirnya tubuh anda dan semua benda yang wujud di alam maya ini hanyalah elektron.Elektronlah yang memberi bentuk bulat atomapabila butiran ini mengelilingi neutron selajucahaya. Pelik bukan ? Lihat tubuh anda, iahanyalah himpunan bertrilion-trillion atom yangmembentuk daging dan darah anda. Bentuk bulatatom itu sebenarnya adalah dinding yang dibentukoleh putaran elektron disekelilingnya. Kandunganelektron dan nukleas hanya 0.0001% daripadakandungan atom dan 99.9999% atom adalah ruangkosong!!! Tubuh yang anda lihat sekarang adalah

    99.99999% ruang kosong !

    Pembuktian sifat atom adalah 99.9999% ruangkosong adalah satu fakta sains yang pelik, tetapi yang lebih pelik ialah sifatelektron yang mempunyai dua sifat iaitu samda ianya benda ataupungelombang mengikut pemerhatian fikiran orang yang menjalankan ujikajitersebut. Tetapi elektron itu sendiri amatlah kecil dan bukannya benda. Iaadalah hanya gelombang tenaga yang boleh bertukar menjadi sifat benda jikaseseorang saintis fikirkan ia begitu.

    Albert Einstein, saintis tersohor abad ke-20 dengan formula E=MC, sendirigagal menjawab soalan ini dan bertelagah dengan para saintis lain tentang

    sifat dua hala elektron ini. Antara yang terlibat ialah Niels Bohr dan WernerHeisenberg. Bohr sendiri adalah bapa kepada sains fizik kuantum danmenyerah kepada satu interpratasi yang dikenali sebagai CopenhagenInterpretation di mana dwi-sifat elektron ini diterima pakai kerana padaperingkat terhalus benda ianya menyamai lintasan fikiran manusia itusendiri. Oleh itu adalah selamat jika dikatakan bahawa elektron bolehdikonsepkan mengikut apa sahaja yang difikirkan oleh saintis yangmengkajinya itu. Albert Einstein hingga akhir hayatnya tidak dapat mencari

    jawapan kepada persoalan ini.

    Contoh sebutiratom karbonumpama bolayang berisiangin

    Pada peringkat lebih mendalamsub-atom, elektron sentiasamengorbit mengelilingi protondan neutron. Putarannya yangsangat laju ini membentukdinding atom tersebut dengan99.9999% ruang kosong ditengahnya

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    16/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    15

    Einstein mahukan satu jawapan yang mutlak iaitu mahukan elektron dikenalisebagai sesuatu benda bukannya boleh diubah-ubah mengikut persepsisaintis atau orang yang mengkajinya. Werner Heisenberg seorang lagi saintisgenius yang turut terlibat di dalam interpratasi elektron CopenhagenInterpretation, merumuskan bahawa kewujudan partikel subatomik elektron

    tersebut hanya terjadi apabila seseorang saintis membuat pemerhatian keatasnya. Jika tiada seorang yang membuat pemerhatian tersebut elektrontersebut langsung tidak wujud!

    What we observe is not nature itself, but nature exposed to

    our method of questioning. - Werner Heisenberg

    Apa yang Heisenberg maksudkan ialah , apa yang kita perhatikanbukannya alam itu sendiri, tetapi alam mendedahkan dirinya kepada kaedahpersoalan kita.

    Sifat Elektron Menjadi Semakin Misteri

    Pada tahun 1982, satu ekperimen telah dijalankan di Universiti Paris olehseorang saintis fizik kuantum, Alain Aspect menemui satu lagi sifat elektron

    yang menakjubkan. Eksperimen tersebut membuktikan bahawa setiapelektron-elektron di dalam alam maya adalah bersatu dan saling berhubungandi antara satu sama lain tidak kira ianya berada berjuta-juta batu jauhnya.

    Hasil eksperimen ini menjadi tajuk utama di dalam jurnal-jurnal sains diseluruh dunia. (Anda mungkin tidak dengar kisah-kisah kejayaan di duniasains kerana dunia mereka ini tidak sepopular dunia hiburan). Alainmenggunakan aspartus eksperimen daripada sifat cahaya photon berpolar yang

    disalurkan melalui satu kristal calcite. Untuk menerangkan perincianeskperimen adalah diluar bidang buku ini. Anda boleh menggunakan internetuntuk mencari maklumat lebih lanjut tentang kejayaan eksperimen beliau.

    Berbalik kepada eksperimen yang digelar kini sebagai The Aspect Experiment,apakah maknanya kepada anda ?

    Ini bermakna elektron di dalam otak anda boleh berhubung dengan elektronsaya malahan boleh juga berhubung dengan elektron seekor ikan di dalamlautan. Anda , saya dan alam semesta tercipta pada satu unsur yang samapada peringkat sub-atom (elektron). Jesteru itu, anda, saya dan keseluruhanmanusia dan alam saling berhubung kait dan berhubungan antara satu sama

    lain tidak kira di mana anda berada pada peringkat sub atomik.

    Anda boleh memahamkan konsep penyatuan ini seperti kawah yang penuhdengan air dan anda adalah sebutir molekul air daripada kawah tersebut.Segala tindak tanduk anda sekecil manapun memberi kesan kepada setiapmolekul air yang ada di dalam kawah tersebut. Ianya umpama jika sayameletakkan jari di atas permukaan kawah tersebut, maka akan wujudlahgelombang yang merata ke seluruh permukaan air tersebut.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    17/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    16

    Realiti

    Biar saya beritahu anda mengapa anda berada di sini...

    Anda berada di sini kerana anda tahu sesuatu, Apa yang anda tahu anda

    sukar hendak dijelaskan tetapi anda dapat rasakannya.Anda dapat rasakan di dalam seluruh hayat anda selama ini. Terdapat

    sesuatu yang tidak kena dengan dunia anda ini. Anda tidak tahu apakah

    ianya , tapinya ada di situ , ada di sini , sentiasa bermain di fikiran anda

    yang kadangkala membuat anda kegelisahan kerana ingin mencapainya.

    Perasaan inilah yang membawa anda membaca buku ini. Anda tahu apa

    yang saya katakan ini ?

    Ianya Realiti itu sendiri.

    Anda tahu apakah ia ? Realiti ada di mana-mana . Ianya berada

    disekeliling kita. Hinggakan sekarang di depan perkataan yang anda

    baca ini, di dalam bilik ini. Anda boleh lihatnya apabila anda jenguk

    keluar tingkap rumah anda, atau semasa anda melihat televisyen. Andaboleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja, semasa anda pergi

    membayar bil atau semasa anda berjumpa rakan-rakan anda.

    Ianya adalah maya yang menyelubungi pancaindera anda daripadamelihat hakikat sebenarnya.

    Apakah hakikat sebenarnya ? Anda adalah tawanan. Seperti semuaorang , anda telah ditawan. Anda ditawan di dalam penjara minda anda

    yang anda cipta sendiri.

    Malang sekali tiada siapa boleh memberitahu anda apakah Realiti itu

    sebenarnya kerana anda terpaksa melihatnya sendiri ...

    Saya cuba membebaskan minda anda yang sedang tertawan ini. Anda

    tidak perlu sebarang kunci untuk keluar, apa yang anda perlu buat hanya

    melangkah keluar. Pintunya sentiasa terbuka. Tetapi saya hanya boleh

    tunjukkan anda jalan ke pintunya. Andalah sendiri yang terpaksa

    melangkahnya sendiri ....

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    18/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    17

    Apakah Realit i ?

    "Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one."Albert Einstein

    Apa yang anda lihat melalui pancaindera mata anda semua ini semuanyaadalah imej yang dijana oleh minda anda. Anda memahaminya kerana imejtersebut wujud hanya di dalam kotak fikiran anda. Anda tidak percaya ?

    Saya berikan anda satu ujian ringkas. Lihat gambarajah mudah di bawah.

    Apakah yang anda lihat ? Saya pasti anda melihat sebuah kiub atau kotak 3-Dsekarang. Saya ingin tanyakan anda, adakah anda melihat kiub tersebutseperti kotak dari atas atau seperti kotak dari sisi ? Kebanyakkan orang yang

    saya tanya akan menjawabnya daripada sisi. Ini mungkin kerana kita kerapmelihat objek berbentuk kiub seperti TV, kotak dan sebagainya melaluipandangan sisi.

    Namun persoalan sebenarnya ialah, bukankah gambar di atas tersebuthanyalah cuma garisan-garisan lurus sebanyak dua belas bilah di atas skrinkomputer ? Imej perspektif di dalam minda andalah yang memberi sifatkedalaman 3D-nya dan seterusnya menggambarkan ianya sebagai sebuahkiub. Bukankah itu yang sebenarnya.

    Tunggu, anda akan terperanjat lagi, sekarang dalam 2 saat , jawab serta merta,apakah yang objek pertama yang anda bayangkan melalui pengalaman anda

    akan imej 3-D yang anda lihat di atas ?

    Jika anda jujur menjawabnya dalam masa 2 saat, itulah jawapan daripadayang lahir daripada minda separa sedar anda...

    Kotak ? TV ? Dadu ? Kaabah ?

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    19/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    18

    Realiti Wujud Hanya MengikutPersepsi Fikiran Manusia

    What we observe is not nature itself, butnature exposed to our method of questioning. - Werner Heisenberg

    Seorang pengkaji sains dan falsafah Islam daripada Turki, Harun Yahya di dalam

    bukunya bertajuk Matter : The Other Name For Illusion, menulis...

    Regardless of whether there is a material world or not, a human beingwatches only the world of perceptions in his brain. No one can ever comeacross the true original of anything. Furthermore, it's enough for everyone toperceive the copy. For example, someone who wanders around a gardenwith colorful flowers is not seeing the original, actual garden, but the copy of itin his brain. But this copy of the garden is so realistic that everyone receives

    some pleasure from it, as if the garden were real, when strictly speaking, it isimaginary. (Matter: The Other Name for Illusion, p.50)

    Inilah yang sememangnya umat Islam percayakan selama ini, dunia inihanyalah sementara, akhirat adalah hakiki. Hati-hati jika anda masih tidakmempercayai fakta ini anda mungkin terikut-ikut dengan fahaman materialisseperti pelopor ideologi komunis Karl Marx. Dan untuk menjelaskan sifatsementara ini , saintis kuantum fizik telah pun membuktikan bahawa materialtidak wujud. Yang wujud hanya elektron yang bersifat gelombang atau bersifatbenda jika cetusan fikiran saintis itu fikirkan begitu.

    Oleh itu apakah yang dilihat oleh mata saya selama ini ?

    Apa yang anda lihat sekarang pada saat ini adalah imej yang dijana didalam minda anda. Mari kita lihat apa yang sebenarnya anda lihat sekarang.Katakan anda melihat sebatang pokok. Cahaya yang terpantul daripada pokokakan diterima oleh retina mata anda dan seterusnya ditukarkan kepada isyaratelektrik sebagai signal kepada otak yang menterjemahkannya sebagai imejpokok. Sebenarnya imej pokok tersebut boleh juga anda lihat tanpa membukamata iaitu semasa anda bermimpi. Semasa anda bermimpi anda tidak tahusamada ianya mimpi selagi anda tidak sedar. Apa sahaja imej dan peristiwa

    yang anda lalui di dalam minda and semasa mimpi adalah seakan-akan benar.Pancaindera mata anda sebenarnya sedang tertutup rapat tetapi imej-imej didalam mimpi anda tetap anda rasakan sebagai benar.

    Sebenarnya anda juga boleh melihat tanpa mata, anda juga boleh melihatdengan bunyi. Pelik ? Teknologi sains sekarang membuktikan gambar bolehdirakam melalui bunyi. Mesin ultrasound scan adalah buktinya. Saya rasaanda pernah melihat gambar fetus bayi di dalam kandungan ibunya yangterhasil daripada mesin ultrasound scan. Janganlah anda kagum kerana ikanlumba-lumba sememangnya mempunyai kebolehan sonar yang dapat melihatdengan memantulkan bunyi dipersekitarannya.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    20/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    19

    Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan imej pokok tersebut nampakdengan terang dan nyata di dalam otak anda yang hanya merupakansegumpalan lemak-lemak protein?

    Sebenarnya benda pokok itu ada di situ kerana imejnya wujud di dalamminda anda sahaja. Tubuh anda kini yang anda fikir ada ini wujud kerana

    imejnya wujud di minda anda. Hakikatnya tubuh anda adalah atom yangmempunyai 99.9999% ruang kosong! Ini samalah ujikaji mudah di mukasurat17, di mana kiub 3D yang anda lihat sebenarnya adalah hanya 12 garisan-garisan lurus. Mengapa minda anda menterjemahkan kiub 3D ? Mengapaminda anda tidak melihat elektron-elektron yang hanya 99.9999% ruangkosong . Hakikatnya material tidak wujud di dalam dunia realiti. Anda sukarmenerima hakikat ini? Hati-hati kerana golongan materialis seperti Karl Marxmempercayai bahawa kehidupan hanya dunia material yang mutlak.

    Kelebihan Apabila Mengetahui Material Adalah Illusi

    Anda boleh membaca dengan terperinci hakikat dunia material ini, di dalambuku , pendakwah Turki, Harun Yahya di dalam bukunya Matter : AnotherName of Illusion dengan lebih panjang lebar. Hakikatnya dunia material iniadalah alam maya yang memang maya sebenar-benarnya.

    Apa yang paling penting ialah anda tahu bahawa dunia material ini bolehdipersepsi oleh minda anda mengikut persoalan anda. Dengan ini, dunia realitisebenarnya boleh dikawal oleh minda secara langsung dan ini menjadikananda mendapat satu kelebihan. Namun saya ingatkan kepada anda, kelebihanminda manusia mengawal realitinya semua ini adalah kerana kuasa Allah SWTdan disalurkan menerusi hukum alam atau sunatullah. Manusialah yangmempunyai pilihan untuk mengubah realitinya. Firman Allah SWT :

    Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsasehingga bangsa itu mahu

    merubah keadaan (nasib) mereka sendiri.(Ar-Raad:11)

    Ingat ! Keadaan atau realiti hanya wujud di fikiran anda. Andalah yangmembuat keputusan dengan yakin bahawa ianya menjawab persoalan anda.

    Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul didalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akanmuncul di dalam realiti anda.

    Mari saya sebutkan satu kisah mengenai dua orang adik beradik yatim yangdibesarkan oleh seorang ayah yang merupakan kaki botol atau pemabuk.Setelah dua puluh tahun berlalu, abangnya telah menjadi seorang usahawan

    yang berjaya , manakala adiknya bukan sahaja mengikut jejak ayahnyamenjadi pemabuk tetapi penagih dadah pula. Apabila ditanya bagaimanaperkara ini berlaku kepada mereka , kedua-duanya menjawab jawapan yangsama , Saya menjadi begini adalah kerana bapa saya seorang pemabuk.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    21/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    20

    Realiti Anda Bermula Dari Apa YangAnda Fikirkan Di dalam Minda Anda

    Seorang peserta kursus bertanya kepada saya, Saya selalu fikirkan duit,

    tetapi akhirnya dalam poket ada RM5 ajer hujung bulan...camner tu?Saya menjawab,Itu adalah kerana awak selalu fikirkan tiada duit !

    Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul didalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akanmuncul di dalam realiti anda.

    Kunci pertama , anda mestilah sentiasa percaya dan yakin bahawa imejkekayaan anda tersebut sentiasa wujud di minda anda dan telah mendapatnyapada suatu masa depan. Tanamkan emosi bersama-sama imej yang andavisualkan di kotak fikiran anda agar jiwa anda mendapat satu semangat.Semangat inilah yang menjadi kunci kepada kuasa untuk anda mengesan

    petunjuk-petunjuk yang akan anda nampak melalui pancaindera anda didunia realiti anda.

    Langkah kedua ialah anda mencari petunjuk-petunjuk agar material yangkini tersimpan di dalam kotak fikiran anda dapat dikeluarkan dan wujud danseterusnya menjadi milik anda.

    Secara saintifiknya , semangat kepercayaan dan keyakinan ini , akanmengeluarkan elektron yang mempunyai kuasa tarikan kepada tenaga yangsama dengannya di dalam alam maya ini. Semangat adalah satu perasaan yangkuat, sebagai contoh, semangat cintakan Allah akan membuat seseorang itusanggup mati syahid, dan ganjarannya juga adalah tinggi. Namun

    membicarakan bab tersebut memerlukan forum lain yang khusus.

    Mari saya ambil satu lagi contoh paling mudah iaitu semangat cintakankekasih. Semasa bercinta , jika anda seorang lelaki, anda mungkin terbayang-bayangkan imej gadis idaman anda setiap hari. Minda anda terlalu asyikhinggakan tidur tidak lena ataupun tidur sampai termimpi-mimpi gadistersebut, perut pun anda tidak rasa lapar. Dan yang paling pelik, mata andasentiasa kaitkan sesuatu yang anda lihat di sekitar anda dikaitkan dengankekasih anda. Walaupun melihat bumbung bas berwarna biru, andateringatkan bumbung rumah kekasih anda. Terpandang sahaja huruf yangberpangkal M anda teringatkan nama kekasih anda bernama Maria. Lebihpelik ialah masa berjalan agak pantas semasa berdua dengannya, tetapimenjadi terlalu lama semasa menunggu panggilan telefonnya. Peredaran waktudunia realiti anda tidak relevan lagi. Jika anda sedang berdua, hatta semut apimenggigit anda pun badan anda rasa kebal. Inilah kekuatan sesuatusemangat!!

    Adakah anda mempunyai semangat sedemikian ? Bolehkah pancainderamengesan petunjuk-petunjuk ke arah matlamat anda ? Adakah anda merasa diri

    anda bebas dari gigitan kegagalan ? Adakah mimpi anda mendapat ilham ?

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    22/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    21

    Visualkan Realiti Yang Anda Mahukan TelahBerlaku Di Dalam Minda Anda

    "You become successful the moment you start moving towards a worthwhile goal"

    Baiklah, kini mungkin minda separa sedar anda telah bersedia, seumpamatanah sawah yang tersedia untuk disemai. Langkah seterusnya ialah andamembaja dan menyuburkan minda separa sedar anda tersebut agar ianya lebihberkuasa , agar realiti yang wujud di dalam minda separa sedar tersebut dapatdirealisasikan ke dunia material ini.

    Setelah anda yakin tanpa batasan bahawa anda boleh berjaya dan kaya,langkah seterusnya adalah mudah iaitu anda imiginasikan di dalam mindaanda keadaan anda semasa anda menjadi kaya.

    Jika anda minatkan kereta BMW, bayangkan anda telah mendapatkannyadan sedang memandunya. Jika anda mahukan rumah yang besar ,imiginasikan anda sedang duduk di dalamnya. Malahan jika anda belumberisteri anda juga boleh imiginasikan anda telah beristeri yang cantik dudukbahagia di sebelah anda.

    Ok, ini penting.....sekarang, setelah anda mempunyai imej-imej materialtersebut. Masukkan pula elemen-elemen emosi di dalam imej-imej tersebut.Bayangkan anda sedang bergembira, merasa bahagia, ketawa ria, sedangbersedekah, ramai orang sukakan anda . Ini bukan angan-angan. Tanamkansekarang imej-imej tersebut dengan mendalam sekarang.

    Ingat , minda separa sedar anda tidak tahu mana satu imej yang benar ataupalsu. Anda hanya tanamkannya sahaja. Pedulikan benar atau palsu. Andatanamkan ia sehingga ia benar-benar menjadi satu kepercayaan di dalamminda bawah sedar anda. Kepercayaan inilah yang akan menjadi satu realitikebenaran kepada anda masa depan. Satu-satunya tukang tilik yang bolehanda percaya ialah diri anda sendiri, kuasanya adalah akal yangdianugerahkan daripada Allah.

    "Anything the mind of man can conceive and believe , it can achieve"

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    23/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    22

    Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk

    Menyemai Minda Separa Sedar

    Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas

    sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Rasulullah SAW ;

    Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunatyang tidak khusyuk selama tujuh puluh tahun.

    Salah satu kebolehan minda berfikir ialah membuat visual di dalam kotakfikirannya. Kunci kepada anda untuk sentiasa bersemangat dan yakin realiti

    yang ingin anda capai akan tercapai sebagaimana yang anda kehendaki ialahmenanamkan visual kejayaan anda pada masa hadapan di dalam mindasepara sedar anda. Persamaan peristiwa lepas dengan peristiwa yang akandatang ialah kedua-dua peristiwa tersebut boleh dibayangkan secara visual didalam minda anda sekarang, dan minda separa sedar anda sebenarnya tidaktahu yang mana satu pernah terjadi dan yang mana satu belum pernah terjadi.

    Jika sesuatu kejayaan yang belum mempunyai sebab (cause) untuk berlakutetapi anda tanam dan semaikan setiap hari dengan penuh perasaan dankeyakinan, minda separa sedar anda akan terangsang dan secara automatikberusaha untuk meneroka dan mencari ke dalam lembah takungannya yangluas dengan segala pengalaman, fantasi, imaginasi anda untuk dikaitkandengan persoalan anda. Jawapannya akan anda temui di dunia realiti andasebagai petunjuk untuk anda laksanakan dan seterusnya menjadi akibatkepada realiti yang anda kehendaki tersebut.

    Tanamkan perasaan bersyukur semasa visualisasi anda, akan membuatkanhati/kalbu anda timbul satu semangat luarbiasa. Hatilah atau kalbu yangmenjadi tali penghubung kepada Allah SWT, kerana Allah sentiasa mengetahuiketulusan permintaan yang dikehendaki oleh manusia di dalam hati.

    Anda pada bila-bila masa waktu yang tenang (selepas solat) membuatvisualisasi seperti berikut :

    Visualkan di dalam Minda anda kejayaan masa lepas dan masa sekarangdan kemudian bersyukur. Tutup mata anda. Cuba anda imbas kembalikenangkan sedalam-dalamnya satu kejadian di mana anda pernah menerimasesuatu ganjaran atau peristiwa yang amat gembira di dalam kehidupan anda.

    Anda mungkin boleh bayangkan saat anda mendapat anak yang comel yangtanpa cacat celanya atau anda pernah terselamat daripada kemalanganataupun anda mendapat ganjaran kerana kerja cemerlang anda. Semuaperkara-perkara baik ini adalah hadir kerana izin Allah SWT.

    Hayati visual tersebut. Tanam segala perasaan suka, kegembiraan dankepuasan sehinggakan apa yang anda visualkan mengujudkan satu semangatdi dalam jiwa anda. Dan biarkan imej kenangan tersebut bermain di fikirananda selama beberapa saat. Apa yang anda rasa ialah satu perasaan atau

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    24/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    23

    semangat masa lepas itu ? Adakah anda dapat menyelami kembali saattersebut? Tafakur dengan sedalam-dalamnya saat tersebut. (ada orang yangmenitiskan air mata kerana perasaan bersyukurnya terlalu tinggi kepadarahmat Allah. Bolehkah anda lakukan sedemikian?)

    Saya pasti anda merasa lega di dalam jiwa anda bukan ? dan bukan itu sahaja

    ucapan Alhamdullilah anda lebih bermakna kerana ianya benar-benarmenusuk ke kalbu anda. Inilah kunci untuk mendapat keyakinan diri dankepercayaan anda. Anda tidak boleh setakat menyebut kesyukuran andadilidah sahaja tanpa perasaan bersyukur tersebut wujud di dalam kalbu anda.Kerana hati atau kalbu adalah tali penghubung anda dengan kuasa infiniti

    yang Maha Berkuasa , iaitu Allah SWT.

    Sekarang visualkan kejayaan anda pada m a s a h a d a p a n yang andainginkan t e lah berlaku. Dan bersyukur kerana kejayaan masa hadapantersebut. Bunyinya agak aneh, tetapi ingat anda mempunyai kepercayaan dankeyakinan tanpa batasan yang disandarkan kepada Allah. Oleh itu semuaperistiwa pada masa hadapan telahpun diketahui oleh Allah, anda perlubersyukur segala peristiwa yang bakal anda terima kerana saat anda berdoadan percaya kepada Allah, Allah sudah janji bahawa doa anda akandimakbulkan. Hanya masa sahaja yang menentukan. Kepastiannya akan tiba,dan mengapa anda tidak perlu bersyukur ke atas janji Allah yang tidak pernahmungkir itu ?

    Allah Maha Pencipta tidak tertakluk kepada masa malahan masa adalahciptaanNya. Tidak wujud peristiwa akan datang di dalam pengetahuan AllahSWT. Konsep masa hanya wujud di dalam kehidupan manusia . Jika Allahtertakluk kepada masa akan datang bermakna Allah juga seperti makhluk lain.

    Kepercayaan dan keyakinan anda diukur ke atas tahap kesabaran andamelalui ujian yang akan diberi bukannya masa. Ini kerana sabar adalahseparuh daripada iman itu sendiri.

    Akhir sekali, visualkan kejayaan orang lain yang menerima nikmat Allah

    dan bersyukur kepada Allah SWT ke atas nikmat tersebut. Inilah yang agaksukar dilakukan bagi orang yang mempunyai hati iri hati dan dengki ke ataskejayaan orang lain. Jika anda benar-benar dapat menghayati kesyukuran keatas nikmat Allah SWT yang diterima oleh orang lain bermakna, hati andabenar-benar tulus di dalam segala kesyukuran anda kepada Allah SWT.Kesannya adalah luarbiasa, kerana anda akan merasai satu semangat barumenyelinap serta merta di dalam sanubari anda.

    Firman Allah SWT,

    Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu. Dan bersyukurlah

    kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari nikmat-Ku. Hai orang-orang yang

    beriman, jadikankah sholat sebagi penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang

    yang sabar. (QS al-Baqarah: 152-153)

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    25/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    24

    Bersyukur : Baja Penyubur dan PengikatRezeki Anda

    Firman Allah SWT,Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti

    Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),

    maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Q.s. Ibrahim: 7)

    Di dalam menjayakan matlamat anda, anda mestilah percaya dan yakin apasahaja keputusan anda yang anda buat PASTI menjayakan matlamat anda. Iniadalah kerana anda telah berniat dengan Allah akan tujuan anda tersebut.

    Tiada yang mustahil di sisi Allah, dan setakat mencapai matlamat besar anda,tiada susahnya. Hanya masa sahaja menentukannya.

    Anda jangan teringatkan Allah hanya apabila anda berada di dalam kesusahan.Inilah kesilapan manusia. Mereka hanya teringatkan Allah apabila susah.

    Langkah pertama kunci supaya anda mempunyai sentuhan emas ialahanda sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat Allah yang telah dan sedanganda alami selama ini. Secara amnya anda bersyukur kerana masih mampumenghirup udara milik Allah SWT untuk terus hidup hari ini dan secarakhususnya anda bersyukur setiap kejadian khusus yang telah berlaku keatas diri anda.

    Langkah kedua ialah anda juga harus bersyukur ke atas kejayaan oranglain. Ini adalah kerana kejayaan orang lain adalah atas izin Allah jua. Inilah

    kunci yang membersihkan jiwa rohani anda daripada sifat dengki. Jangansesekali wujud perasaan iri hati atas nikmat yang diturunkan oleh AllahSWT kepada orang lain.

    Anda mestilah sentiasa bersyukur secara lisan, di dalam hati dan ketikasedang melaksanakan sebarang perbuatan yang sedang anda buat untukmenuju ke matlamat anda tersebut.

    Secara saintifiknya jika anda menerapkan perasaan bersyukur di dalam dirisendiri dan juga bersyukur ke atas orang lain, tubuh anda akan berasabersemangat. Secara sub-atomik perasaan bersemangat ini mengeluarkantenaga elektron yang berhubung dan bergabung dengan semua kejayaan

    orang lain yang serupa dengan tenaga anda tidak kira di mana mereka berada.Elektron adalah bentuk tenaga yang boleh berhubung dan bergabung dengantenaga yang serupa dengannya. Gabungan elektron ini meliputi pemikiranmereka, idea mereka, inspirasi mereka dan keyakinan mereka yang samadengan anda.

    Semangat yang wujud di dalam jiwa ini akan memberi kesan fizikal kepadadunia realiti anda kelak.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    26/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    25

    Semangat : KebangkitanGergasi Di dalam Jasad Anda

    Gergasi di dalam minda separa sedar akan bangkit jika semuaimaginasi, perasaan, maklumat, kenangan , fakta, fantasi, visualisasi,pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di dalam minda separa sedaranda dirangsangkan dan menjurus kepada objektif kejayaan anda.Kebangkitan gergasi ini akan tercermin di dalam jasad anda sebagai semangat.

    Pernahkah anda bersemangat ? Bersemangatkah anda pada hari pertama andabekerja? Atau pernahkah anda lihat atlis sukan bersemangat sehinggamenitiskan air mata ketika menyanyi lagu Negaraku ?

    Orang yang bersemangat tulin, dapat dikesan auranya. Elektron-elektronorang yang bersemangat bergetar dan menghantar gelombang ke segenap alam.

    Pancaindera seperti mata atau telinga orang yang bersemangat sensitif kepadaperkara-perkara yang berkaitan dengan matlamatnya kerana minda separasedarnya telah terangsang berterusan. Gergasi anda telah bangkit!

    Masalah tiba? Sepantas kilat beliau mendapat idea entah dari mana,mengelakkannya, hinggakan beliau tidak sedar langsung ianya satu masalah,kerana tindakan beliau adalah automatis. Keputusan sukar ? Tiada sukarnya

    jika terdapat beratus ribu billion maklumat imaginasi, idea, fakta dan inspirasi yang terangsang di dalam minda separa sedar bersatu membantu beliaumembuat keputusan.

    Semangat akan melahirkan ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, ideamencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjukke arah kejayaan. Orang yang sedang bersemangat , sentiasa dahagakankejayaan.

    Semangat boleh wujud sebentar atau kekal. Bergantung bagaimana ianyadisemai. Orang melayu ada selalu sebut semangat tahi-tahi ayam. Inilah yangkita tidak mahu!! Kadangkala anda bersemangat mendengar ceramah motivasiatau pulang dari kursus motivasi, dan bersemangat, namun apa selepas duatiga hari, anda kembali kepada rutin lama. Ini berlaku kerana anda tidaksemaikannya, melalui teknik visualisasi (yang diterangkan sebelum ini).

    Semangat akan mengakibatkan keajaiban. Jika anda sedang bekerjaatau sedang melakukan perbuatan di dalam keadaan bersemangat denganpenuh yakin dan percaya, perbuatan yang sepatutnya gagal pun tidak akangagal kerana anda tidak percayakan kegagalan. Semangat hidup apabila segalaentiti posiif minda separa sedar terangsang. Tanpa semangat anda hanyalahrobot. Renungkan kehidupan anda sekarang adakah anda hidup denganbersemangat atau anda hidup hanya sebagai satu rutin menghadapi hari tua ?Adakah anda hidup seperti manusia atau seperti robot yang diprogramkanuntuk menjalankan kerja yang sama sepanjang hayat?

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    27/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    26

    Perasaan : Bahanapi PembakarSemangat Anda

    "To succeed you have to believe in something with

    such passion that it becomes reality"

    Bagaimanakah kita hendak mencungkil maklumat-maklumat yang sangatmeluas di dalam minda separa sedar ? Kita tidak boleh berfikir secara sedaruntuk mencarinya, kerana berfikir secara sedar hanya menggunakanmaklumat yang terhad di dalam bank memori yang kita. Untuk mencapaitujuan ini kita menggunakan PERASAAN.

    Terdapat lima perasaan positif yang utama iaitu perasaan kepercayaan(belief), keinginan (desire), cinta (love), harapan (hope) dan berani (brave)

    Sebaliknya juga, terdapat lima perasaan negatif yang utama iaitutakut(fear), benci (hate), anger (marah), cemburu (jealousy) dan tamak(greed)

    PERASAAN di dalam hati yang bergabung dengan maklumat daripadaminda separa sedar akan memberi kesan kepada dunia fizikal kita. Seumpama, jika kita sedih, kita menangis dan mengeluarkan air mata atau jika kiraberperasaan takut menyebabkan jantung kita berdebar-debar malahan tubuhkita menggeletar tanpa kawalan kita. Fikiran sedar kita tidak bolehmengawalnya. Itu adalah yang biasa kita alami. Namun sebenarnya perasaan

    yang digabungkan dengan kekuatan entiti minda separa sedar boleh memberi

    kesan kepada dunia realiti. Seumpama mereka yang pernah bercinta, perasaanlapar terhapus malahan perjalanan masa juga menjadi sangat cepat atauterlalu lambat mengikut diri mereka. Malahan jika kita mempunyai perasaantakut, tunggul pun kita sangka pontianak!

    Kunci kepada kekuatan seseorang ialah apabila beliau boleh mengawalperasaannya di dalam apa jua situasi. Kadangkala situasi dunia relaiti hanyaillusi, di mana hakikatnya (the truth) sebenarnya bagaimana persepktif kitamelihat situasi tersebut.

    Biarkan Perasaan Positif Menjadi Dominan Didalam Minda Separa Sedar Anda

    PERASAAN positif dan negatif tidak boleh diadunkan pada satu masa yang serentak di dalam minda separa sedar. Jika ini berlaku minda separasedar akan menjadi keliru. Ingat, fikiran adalah bentuk tenaga. Tenaga fikiranini mempunyai kekuatan daya tarikan ke atas tenaga yang mempunyai sifat

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    28/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    27

    serupa dengannya. Jika ini dilakukan secara berulang-ulang, tenaga ini akanmenarik tenaga-tenaga lain yang berkaitan didalam subconcious mind iaitumaklumat, imaginasi, perasaan, inspirasi dan pengalaman lepas yangtersimpan di dalam minda separa sedar ; Malah tenaga ini menjadi sangat kuatianya akan menarik tenaga (fikiran) yang serupa terdapat pada orang lain.

    Selalunya apabila kita bersabar dan bersyukur, fikiran kita imiginasikankembali peristiwa atau saat-saat diri kita pernah menerima rezeki dankebaikan daripada Allah SWT. Jika kita tumpukan perhatian dan khusyukmelakukan ini, maklumat relevan yang tersimpan selama ini yang kita tidaksedar di dalam bank minda separa sedar akan terangsang (magnetized) .

    Apabila ini berlaku, lima pancaindera (senses) kita akan mengesan banyakperistiwa dan perkara berpotensi yang menjadi sebab (cause) kepada akibat(effect) untuk mencapai keinginan kita tadi. Hati yang mempunyaikepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disemai melalui sifat bersabardan bersyukur akan menghasilkan perkara-perkara yang menakjubkanPancaindera kita bukan sahaja dapat mengesan peluang (petunjuk) yangmenjadi sebab (cause) kepada akibat (effect) keinginan fikiran kita, malahan zatAllah Maha Bijaksana akan menghubungkan hati orang lain yang sehaluandengan matlamat kita dan seterusnya memberi kita peluang (cause) untukmencapai keinginan kita.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    29/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    28

    PPrraakkttiikkkkaann KKeeyyaakkiinnaann AAnnddaaFirman Allah SWT,

    Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya

    jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan

    barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya. (Q.s.

    ath-Thalaq: 2-3).

    Setakat yakin dan percaya di dalam minda dan kalbu sahaja tidak cukup dantidak lengkap. Anda mesti melakukan sesuatu. Sebagaimana sembahyang yangbermula dengan niat dan bacaannya, ianya mestilah disusuli denganperbuatan seperti takbir, rukuk , sujud dan sebagainya. Jika kunci kepadakeberkesanan sembahyang ialah anda khusyuk melakukannya maka begitu

    juga dengan kehidupan anda seharian iaitu bertakwa.

    Anda bermula dengan niat ingin mencapai sesuatu , di dalam konteks buku inianda ingin berjaya di dalam sesuatu bidang perniagaan. Saat anda berniatsahaja, adalah satu doa iaitu permintaan kepada Allah . Dan Allah MahaPemurah dimana SETIAP doa adalah dimakbulkan. Hanya orang yang tidakmemahami sifat Maha Pemurah Allah sahaja yang memandai-mandai berkatabahawa doa mereka tidak dimakbulkan. Yang menjadi salah faham di siniadalah manusia selalunya tidak sabar dengan ujian dan tidak yakin dengandoa mereka sendiri dan duduk goyang kaki menunggu permintaan merekaturun dari langit.

    Setelah anda berniat anda mestilah suburkan niat anda tersebut dengankepercayaan dan keyakinan agar ianya hidup di dalam jiwa anda. Niat yang

    kecil itu kemudiannya akan membesar dan menjadi kepercayaan dankeyakinan tanpa batasan. Apabila anda mempunyai niat dan kepercayaan yangbetul, secara automatis, tabiat anda juga akan melakukan yang betul.

    Apa yang selalu kita lintaskan di hati kita,

    Akan membentuk kepercayaan kita,Apa yang kita percaya di dalam hati kita,

    akan membentuk pemikiran kita danapa yang membentuk pemikiran kita

    akan menghasilkan perbuatan kita, danperbuatan kita akan menghasilkan sebab (cause)

    yang menghasilkan akibatnya (effect) ataupun realiti kehidupan kita.

    Jika jiwa anda telah mantap dan bersemangat untuk mencari kekayaan,pemikiran anda tersebut hendaklah dizahirkan dengan perbuatan dan aktiviti

    yang boleh merealisasikan pemikiran anda tersebut. Cara yang paling jelasialah melalui keusahawanan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda ;

    9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan

    Jenis perniagaan yang dipilih , akan dibincangkan di dalam bab II.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    30/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    29

    Mitos Menjadi SeorangUsahawan Yang Berjaya

    Kadangkala di dalam diri kita seakan-akan tertanam satu fakta yang kitajadikan kepercayaan dan sukar untuk kita ubah. Hakikatnya anda sendiritidak tahu bagaimana kepercayaan ini boleh tertanam dan berakar umbi didalam pemikiran diri anda. Hal ini terjadi di dalam bidang perniagaan.

    Cuba anda baca dan beritahu saya kenyataan manakah yang SALAHmengenai bidang perniagaan :

    1. Anda perlu bijak tipu pelanggan

    2. Anda perlukan modal wang yang banyak

    3. Anda perlu tebalkan muka dan pakar di dalam selok belok kejurujualan

    4. Anda yakin terdapat rahsia yang boleh membuatkan anda berjaya

    5. Anda rasakan bahawa peluang perniagaan dan membuat wang telah dibolotoleh orang-orang tertentu.

    6. Anda telah cuba sekali, dan gagal dan membuat kesimpulan peribadibahawa perniagaan adalah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.

    7. Anda merasakan menjadi kaya tidak digalakkan mengikut ajaran agama

    8. Anda merasakan kemiskinan selalunya memberi erti kebahagiaan

    9. Anda merasakan apalah erti kekayaan tanpa kebahagiaan

    10.Anda merasakan keusahawanan adalah bukan sifat semulajadi andasebagai manusia

    Apakah jawapan anda ? Sebenarnya ke semua kenyataan tersebut adalahsalah.

    Seorang yang berkata kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan, tentunya

    beliau tidak tahu DI MANA hendak membelinya....

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    31/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    30

    Analisa Diri : Adakah AndaUsahawan Tulin ?

    You are what you believe!

    Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan di bawah ini. Kemudian kira danlihat keputusan anda.

    1. Anda percaya peluang bukan hanya sekali tetapi peluang boleh dicari atau.

    2. Anda merasa amat sukar bekerja di bawah arahan orang lain.

    3. Anda berani mengambil risiko tetapi bukannya memperjudikan nasib.

    4. Anda melihat masalah adalah satu peluang yang 'tersembunyi'.

    5. Anda menilai kreativiti dan imaginasi sama penting dengan pengetahuan.

    6. Anda tidak tertakluk kepada peraturan keadaan malahan anda menciptaperaturan baru.

    7. Anda cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan tidakmengulanginya.

    8. Anda tidak kenal erti kegagalan, yang ada cuma kejayaan yang belum tiba.

    9.Jika anda bekerja makan gaji anda merasakan diri anda lebih bijakdaripada boss anda!

    10.Anda merasa ada yang tidak kena kepada anda selama anda bekerja keranajauh dilubuk hati anda , anda ingin bebas bekerja sendiri!

    Berikan markah 1 untuk setiap jawapan Ya anda dan 0 untuk tidak.

    Jika anda mendapat markah bawah 4, anda boleh lupakan diri anda untukmenjadi usahawan.

    Jika anda mendapat markah 5 8 , anda mempunyai potensi untuk menjadiusahawan.

    Jika anda mendapat 9 10, anda boleh lupakan kerja makan gaji anda

    sekarang, kerana keusahawanan adalah darah daging anda. Adalah menjadikerugian anda terus sahaja bekerja untuk orang. Hidupkan semangatusahawan anda , yakin dan sahut cabaran!

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    32/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    31

    OOrraanngg LLaaiinn SSiibbuukk MMeerraaiihh KKeejjaayyaaaann AAnnddaa

    SSiibbuukk MMeennccaarrii AAllaassaann......

    "Never,never, never, never, never, never, never, never, never give up"

    Winston Churchill

    Ya...siapa tidak mahu jadi kaya atau jutawan. Anda mungkin berkata menjadijutawan adalah mustahil bagi anda . Fikirkan kembali, Datuk Yusuf Haslam , jutawan filem Melayu, pernah menjadi konduktor bas tetapi kini seorangjutawan. Apa lagi anda ? Ianya adalah pilihan anda.

    Alasan-alasan Yang Selalu Dibuat Orang Berjiwa Kecil....

    Tunggulah apabila saya telah mendapat kerja nanti. Mungkin saya akanmengumpul modal untuk berniaga.

    Kehidupan say adalah kehidupan makan gaji tidak pernah saya fikirkanuntuk berniaga.

    Berniaga adalah untuk mereka yang mengambil jurusan perniagaan,jurusan pengajian saya adalah berbeza.

    Saya fikir mereka yang berjaya di dalam perniagaan mempunyai contactatau kenalan dengan orang atasan sahaja.

    Saya malu untuk berniaga. Saya lebih rela duduk di dalam pejabatdaripada terpaksa menjual muka untuk mendapatkan hasil jualan.

    Berniaga memerlukan modal yang banyak. Saya tidak mempunyai modallangsung. Gaji saya cukup-cukup untuk kehidupan saya pada masa

    sekarang. Saya takut untuk berniaga. Saya lebih rasa terjamin dengan pekerjaan saya

    ini. Pendapatan daripada perniagaan tidak menentu. Kadang-kadanguntung , kadang-kadang rugi.

    Tunggulah sehingga saya pence nanti. Pada masa itu mungkin denganmasa yang lebih terluang dan dengan sedikit simpanan KWSP saya rasasaya ingin berniaga.

    Saya pernah berpengalaman berniaga sambilan di dalam jualan langsung(MLM). Pengalaman saya merujukkan saya memang tidak berbakatlangsung untuk berniaga.

    "The pessimist sees difficulty in every opportunity .

    The optimist sees opportunity in every difficulty"

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    33/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    32

    Kejayaan Tulin Perlukan Ujian Untuk

    Menguji Tahap Kesabaran

    Sabar itu separuh daripada iman

    Sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. Gagal hanya wujud istilah perkataansahaja. Kegagalan hanya satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Katakananda hendak makan supaya kenyang, anda terpaksa melalui beberapakegagalan iaitu menyuap nasi anda dengan tangan ke mulut. Sepatutnyaanda terus kenyang sahaja. Menyuap nasi ke mulut kejadian yang diperlukansupaya anda makan dan kenyang.

    Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yang hendakanda lakukan ataupun anda berhenti berniat melakukan perkara yang hendak

    anda lakukan.

    Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaan katering,anda telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhenti kerana seorangrakan baik anda selama ini, entah apa sebabnya mengatakan betapa sukarnyamemulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda nasihat supaya lupakansahaja. Anda pun setelah berfikir akan nasihat rakan baik anda , terusmelupakannya . Apabila ini berlaku anda telah gagal. Sebenarnya saat andaberniat dan percaya anda boleh lakukan, satu masa hadapan realiti telahtersedia untuk anda. Allah SWT akan sediakan sedikit cabaran sebagai ujiankesabaran anda. Kesabaran adalah ukurtara tahap keimanan itu sendiri.Rasullullah SAW bersabda Sabar itu separuh daripada iman. Setelah andalaluinya, anda pasti berjaya.

    Seperkara lagi jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalang yangsengaja dicipta oleh Allah untuk melambat atau menggagalkan anda.Sebenarnya ujian adalah batu loncatan yang memberi peringatan kepada andauntuk membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri andasemasa menempuhi jalan menuju kejayaan tersebut. Ujian ini akanmemantapkan akan diri anda untuk mencapai kejayaan yang anda impiandalam ertikata sebenarnya.

    Ingat anda tidak boleh anggap matlamat anda tercapai bagaikan sakti ... yangtiba-tiba wujud di depan anda. Kehidupan di dunia tertakluk kepada qada danqadar. Ini bermakna anda mestilah melakukan sesuatu sebab untuk melihat

    akibatnya. Apabila anda bersyukur setiap saat di dalam hati, lisan danperbuatan, maka lebih mudah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakanmatlamat anda. Seterusnya jika anda menyatukan matlamat anda kerana Allah

    Taala, apa yang akan berlaku ialah segala perbuatan yang patut gagal punakan menuju ke arah matlamat anda tersebut. Menarik bukan ? Inilah yangdinamakan tuah! Anda seakan-akan bebas kegagalan!

    Nothing Is Impossible, because impossible is nothing.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    34/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    33

    Kata-kata Hikmat

    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyaimasa depan.

    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yangtidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimanakeadaan kita semasa hidup.

    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yangkita hajati.

    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

    Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapatmenggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

    Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

    Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri

    Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kaliingat apa yang orang lain ada.

    Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenagasedikit pun.

    Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lainmenganggapnya sebagai batu lonjatan.

    Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang darisemangat yang tidak pernah mengalah.

    Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidakmelakukan perkara yang betul.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    35/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    34

    BBAAHHAAGGIIAANNIIII

    IIddeeaa ddaann SSttrraatteeggiiMMeennjjaayyaakkaann PPrroojjeekk

    NNiiaaggaa AAnnddaa

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    36/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    35

    Idea-idea Projek Yang BermulaDaripada Rumah

    "All achievements , all riches, have their beginnings in an idea"

    Bahagian ini akan mengupas bagaimana anda boleh memulakan sesuatuperniagaan bermula daripada rumah dengan jayanya. Idea-idea atau projekperniagaan yang dicadangkan di dalam bahagian ini semuanya mengikutkeserasian dan minat seseorang. Ini adalah kerana secara lumrahnyaseseorang lebih mudah berjaya mengikut bidang yang diminati manakala jikaperniagaan yang tidak anda minat selalunya akan membuatkan anda cepatberputus asa jika menemui sedikit kebuntuan. Perniagaan yang melibatkanminat atau hobi anda ianya tidak akan gagal kerana anda sememangnya gemar

    melakukannya tanpa dibayar!

    Jika anda masih bekerja anda akan mendapati bahawa terdapat banyak idea-idea perniagaan ini yang boleh disesuaikan mengikut masa lapang anda.Pendekata tiada sebab untuk anda membazirkan potensi diri anda begitusahaja.

    Cuba anda perhatikan di sekeliling kehidupan harian anda , anda akan dapatiberatus-artus jenis idea perniagaan yang wujud di sekeliling anda. Anda perlumeninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaran idea anda inisekiranya anda laksanakannya secara besar-besaran, bermutu tinggi danharga yang berpatutan dan pada masa dan tempat yang sesuai. Cuba fikirkan

    siapa agaknya yang boleh menjadi pelanggan kepada barangan atauperkhidmatan anda itu.

    Bagaimana Mengenalpasti Peluang Perniagaan

    Cuba Persoalkan ?

    1. Apakah peluang perniagaan yang baik sekali masa ini ?2. Apakah risikonya ?3. Berapakah kadar keuntungannya ?4. Mudahkah pesaing baru memasuki pasaran ?

    Bagaimanakah peluang perniagaan wujud ?

    1. Kreativiti manusia tiada hadnya.2. Kebolehan manusia tiada batasannya.3. Mengambil kesempatan melalui masalah masyarakat.4. Kebolehan manusia berbeza-beza.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    37/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    36

    Bagaimanakah Saya Boleh Menandingi Pesaingan Saya ?

    Anda mungkin mempunyai pesaing di dalam perniagaan yang dicadangkan.Kenali mereka dan hormati mereka. Kenalpasti pesaing-pesaing yang secaralangsung bersaing dengan anda

    1. Siapakah pesaing terdekat anda ?2. Bagaimanakah perniagaan anda serupa dengan mereka ?3. Adakah anda mempunyai kelebihan atau pasaran tersendiri yang khusus?

    Terangkannya .4. Bagaimanakah perkhidmatan atau produk anda menjadi lebih baik dan

    lebih diterima oleh pesaing anda ?5. Apakah yang boleh anda pelajari daripada pemerhatian anda ke atas

    pesaing anda dan daripada perbualan anda dengan pelanggan mereka?6. Adakah anda mempunyai kelebihan dengan menawarkan perkhidmatan

    tersebut daripada rumah ?

    Ingat, anda dengan mudah boleh bersaing dengan pesaing anda jika anda tirusemua amalan mereka yang baik dan menyingkirkan semua amalan mereka

    yang tidak baik.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    38/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    37

    MMiinnaatt YYaanngg TTuulliinn TTeerrhhaaddaapp BBiiddaanngg

    PPii lliihhaann AAnnddaa

    "If you do anything just for a money, you don't succeed"

    Anda telahpun memahami dan mempunyai semangat dan keyakinan untukberjaya apa sahaja halangan anda. Kini matlamat anda ialah hendakmenterjemahkan keyakinan anda tersebut kepada aktiviti-aktiviti yang bolehmenjana wang iaitu secara ringkasnya projek niaga.

    Namun apakah projek niaga yang perlu anda beri keutamaan pertama sekali ?Faktor utama yang perlu anda fikirkan dahulu ialah bidang di mana andamempunyai minat yang tulin. Setiap orang adalah unik dan mempunyai bakatmasing-masing. Kemungkinan setelah dewasa, bakat dan kemahirn tersendirianda terhakis kerana aktiviti anda telah ditumpukan kepada kerja-kerjapejabat anda. Cuba anda kenangkan kembali zaman remaja anda,

    Apakah yang benar-benar anda minat/lakukan masa lapang ? Adakah anda pernah memasuki mana kelab/persatuan ? Adakah anda melalui kemahiran anda yang unik ?

    Kepuasan terbit bukan sahaja daripada keuntungan kewangan yang bakalanda perolehi , tetapi ialah di dalam perbuatan itu sendiri. Jika disebutmengenai minat dan hobi, memang semua orang mempunyai minat dan hobi.Ada yang minat ...

    Memasak Muzik Menanam pokok Memelihara ikan Membaca novel, menulis sajak, lagu Melukis Banyak lagi!

    Fikirkan samada anda boleh

    Tawarkan khidmat mengajar minat anda tersebut Menjual produk hasil daripada hobi anda tersebut Atau menjadi penulis/perunding bebas berkenaan hobi anda tersebut

    Menggunakan minat atau hobi anda sebagai asas perniagaan anda mempunyaibeberapa faedah. Mengapa? Kerana projek niaga yang anda libatkan mestilahsesuatu yang anda cintai dan sesuatu yang anda yakin dan percaya, sesuatu

    yang anda sanggup lakukan walau apapun keuntungan yang anda perolehi.

    Lihat sajalah Chef Wan, yang berpendidikan sebagai akauntan, tetapi lebihberjaya sebagai pakar tukang masak, kerana minatnya yang tulin di dalam

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    39/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    38

    bidang masakan. Jika difikirkan mengapa pula tukang masak yangsememangnya terlatih sebagai chef tidak berjaya seperti Chef Wan ? Mengapapula Chef Wan yang terlatih sebagai akauntan berjaya di dalam bidangmemasak ? Fikirkan ...

    Minat yang tulin akan membolehkan anda mempelajari dan meningkatkan

    kemahiran ke atas minat anda tersebut dengan lebih cepat, walaupun padaasalnya anda tidak mempunyai kemahiran seorang pakar. Ilmu pengetahuandapat diserap dengan semulajadi jika anda bersemangat dengan projek niagaanda.

    Namun percayalah, jika anda benar-benar mempunyai minat yang tulin ,keuntungan akan datang secara semulajadi, asalkan anda belajar serba sedikitstrategi untuk mengkomersialkan aktiviti anda tersebut. Minat yang tulin akanmemberikan anda stamina tambahan terutamanya semasa mula-mula andamemulakan projek niaga anda.

    Jika anda membuat sesuatu yang anda tidak suka demi untuk wang, andatidak akan merasa keseronokannya 100%. Pelik bunyinya, namun itulah, wangbukanlah segala-galanya.

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    40/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    39

    77 KKeebbiijjaakkssaannaaaann MMaannuussiiaa

    Fakta sains menunjukkan bahawa ciptaan manusia adalah istimewa.

    Anda juga maklum bahawa Allah menjadikan manusia sebagai makhluk palingistimewa. Anda adalah istimewa. Adalah satu kesilapan pertama yang teramatbesar, jika anda cuba menafikan keistimewaan anda. Jika selama ini semuaorang memperkecilkan diri dan kebolehan anda , SAYA akan berdiri teguhdibelakang anda menafikan sekeras-kerasnya. Jika anda sendiri kurang yakindan percaya akan saya akan memberitahu anda bahawa itu adalah keranahasil daripada brain wash senyap selama ini oleh orang-orang yang tidak inginmelihat anda berjaya.

    Anda tidak perlu menjadi pandai atau lulus ujian IQ yang tinggi untukmenjadi seorang usahawan yang berjaya. Fakta dan bukti menunjukkan orang

    yang kaya tidak perlu untuk menjadi yang paling pandai dan bijak di dalam

    pelajaran. Apa yang perlu ialah mereka menggunakan sebaik-baikkebijaksanaan mereka yang unik dan selarikan dengan usaha-usaha yangmendapatkan hasil untuk diri mereka.

    Sebelum itu mari kita melihat 7 kebijaksanaan yang utama yang terdapat didalam diri anda dan setiap manusia lain. Kadangkala anda mungkinmempunyai gabungan 2 atau 3 kebijaksanaan ini pada skala sederhana,namun jarang sekali orang mempunyai ketujuh-tujuh kebijaksanaan iniserentak. Contohnya anda mungkin boleh menari (kebijaksanaan fizikal) dan

    juga menyanyi (kebijaksanaan lisan).

    1. Kebijaksanaan Lisan.

    Bagus di dalam menerangkan sesuatu. Gemar menulis dan membaca .Meletakkan keutamaan di dalam perkara-perkara yang bertulis atau lisan.Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif, perkataan baru dansebagainya. Minat untuk menambah perbendaharaan kata.

    Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : Penulis , novelis Pelakon

    2. Kebijaksanaan Visual/Artistik.

    Gunakan carta dan simbol untuk menekan sesuatu fakta. Dapatmenggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh membayangkansesuatu . Sukakan gambar dan suka mendemonstrasi untuk memahamisesuatu. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : Penerbit buku-buku bergambar, halaman web Pengarah Sinematografi

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    41/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    40

    3. Kebijaksanaan Fizikal.

    Belajar dengan cara terbaik melalui perbuatan. Mahukan sesuatu secarapraktikal di dalam melakukan sesuatu. Merasakan perlu mempelajari sesuatusecara bergerak. Kegemaran masa lapang selalunya aktiviti gerakkerja.Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda :

    Ahli Penghibur (silap mata,'stunt man',koreografer)

    4. Kebijaksanaan Muzikal.

    Dapat menghafal nada dan lirik dengan mudah. Menggunakan muzik sebagaicara untuk mengingati sesuatu . Mempunyai deria semulajadi kepada tempodan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat peka kepada sebarangbunyi. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : Komposer lagu Penyanyi

    5. Kebijaksanaan Matematikal dan logikal.

    Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan mengikuttertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang logik. Mencari corakdan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahir di dalam membuatpenganalisaan., pengiraan , perancangan . Fikirkan satu-satu perkara agardapat difahami. Bercakap mengikut susunan : "PertamaKedua.danketiga" Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : Usahawan perisian komputer Usahawan Kejuruteraan

    6. Kebijaksanaan Diri Dalaman

    Gemarkan masa yang sunyi dan menyendiri untuk berfikir. Memahami motifbeliau sendiri dan sebab-sebab di dalam melakukan sesuatu perkara. Gemaruntuk berangan-angan akan sesuatu idea dan mengembara perasaan dalamandiri sendiri. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda : Ahli falsafah, saikologi Penyajak

    7. Kebijaksanaan Pergaulan (Interpersonal).

    Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding dengan ramaiorang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung dengan orang lain.Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramai kawan, berpasukan,bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidang perniagaan yang berpotensikepada anda : Pengacara TV popular (e.g Oprah Winfrey) Pakar Perunding

  • 8/14/2019 Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    42/71

    Jutawan Yang Belum Anda Kenali

    41

    Idea-idea ProjekUntuk mencetus idea yang terbaik ialah dengan mempunyai seberapa banyak

    idea dahulu... - Anon

    Berikut terdapat senarai beberapa projek perniagaan yang berpotensi. Sebagaicontoh anda boleh pilih idea-idea ini atau anda boleh juga mencari idea yanglebih sesuai dengan jiwa anda.

    Perkhidmatan

    Agen/broker jualan berkomisye