K-4-PENILAIAN-PORTFOLIO-DAN-PEMERHATIAN-.pdf

download K-4-PENILAIAN-PORTFOLIO-DAN-PEMERHATIAN-.pdf

of 9

Transcript of K-4-PENILAIAN-PORTFOLIO-DAN-PEMERHATIAN-.pdf

  • 2/28/2013

    1

    1

    Pengenalan

    Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama-sama.

    2

    Apa dia portfolio? Portfolio berbentuk dokumentasi berstruktur. Memerlukan perancangan, pelaksanaan dan

    penilaian teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif

    untuk capai kefahaman dan mendokumentasikan dapatan yg diperoleh.

    Memilih maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir.

    Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui persetujuan bersama (negotiated) dari segi masa, strategi atau bentuk.

    Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan semua pihak (lihat contoh borang penilaian sikap lampiran A).

    3

    Tujuan Portfolio

    Beri peluang pelajar dokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yg diperoleh melalui pengalaman semasa menyempurnakan tugasan.

    Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.

    Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat kendiri.

    4

    Kegunaan Portfolio

    i. Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).

    ii. Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.

    iii. Bagi menggambarkan keperluan spesifik dlm penyempurnaan gred.

    iv. Menilai secara sumatif.

    v. Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.

    5

    sambungan

    vi. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.

    vii. Mengekalkan galakan pelajar utk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dgn hasil pencapaiannya.

    viii. Memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi dan penilaian kendiri (contoh borang penilaian kendiri lampiran C).

    6

  • 2/28/2013

    2

    ix. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

    x. Mempelbagaikan bukti penilaian (seperti rekod pemerhatian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugasan dan kadar pencapaian hasil pelajar).

    xi. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif (melalui pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama,ketabahan dan komitmen semasa membina portfolio).

    xii. Membolehkan kumpulan sasar sama ada pelajar, guru, ibu bapa dan sesiapa yang terlibat memantau perkembangan dengan lebih jelas dan mudah.

    7

    Ciri-ciri portfolio

    Berbentuk dokumentasi

    yang berstruktur

    memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian

    yang teliti.

    Dijalankan secara

    kolaboratif.

    Terdapat fleksibiliti

    dalam portfolio melalui

    negotiated kontrak

    seperti segi masa, strategi atau bentuk.

    Menggalakkan pembelajaran

    secara interaktif.

    Kandungan portfolio,

    terdiri daripada

    maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut

    logik.

    8

    Kandungan Portfolio

    Senarai semak yg disediakan oleh guru

    Nota2

    Buku log

    Refleksi kendiri

    Gambar dan foto

    9

    Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

    Menggunakan peta perkembangan pelajar .

    Contoh:

    E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

    A 3 Membentuk suku kata

    A 2 Menyebut bunyi huruf

    N 1 Permulaan mengenal huruf

    Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti .

    Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

    10

    Kriteria penilaian

    i. Struktur dan organisasi

    ii. Strategi pengurusan

    iii. Variasi isi yg sesuai

    iv. Struktur ayat dan gaya bahasa

    v. Senaraikan ciri

    vi. Mengambil kira markah yg diberikan

    vii. Skala berkadar atau berkala

    11

    Penilaian portfolio

    Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke masa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama-sama

    Dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama-sama bukti-bukti pembelajaran lain

    Lebih terbuka dan seimbang

    Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.

    Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.

    12

  • 2/28/2013

    3

    Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina

    Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

    Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.

    13

    Portfolio kerja harian Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja

    harian. Ini berbentuk sumatif.

    Contoh : soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio harian.

    14

    Portfolio Hasil Terbaik / Show Portfolio

    Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

    Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.

    15

    Portfolio dokumen / Documentary Portfolio Perancangan

    sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:

    16

    Cara membina portfolio Peringkat Strategi Aktiviti

    Menentukan tujuan portfolio

    -Menghuraikan tujuan portfolio. -Menghuraikan instrumen portfolio. -Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

    Menentukan isi portfolio

    -Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran. -Menghuraikan luas bidang pembelajaran. -Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran. -Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami. -Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan. -Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.

    17

    Cara membina portfolio Peringkat Strategi Aktiviti

    Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.

    - Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. - Refleksi /menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.

    18

  • 2/28/2013

    4

    Mengumpul maklumat

    Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.

    - Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi maklumat. - Lawatan - Temubual

    Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.

    - inti/rumusan dari pelbagai sumber - Imbas gambar foto - Bentuk senarai semak di komputer - Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.

    19

    Merekod penilaian portfolio

    Penilaian awal

    Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.

    Senarai ciri paling penting

    Penentuan gred

    20

    Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan

    Peringkat perkembangan/proses.

    Peringkat penilaian.

    Peringkat refleksi/

    penutup.

    Sikap interaksi dan

    penglibatan.

    21

    Kebaikan Penilaian Portfolio

    i. Penglibatan murid sepenuhnya dlm p&p.

    ii. Guru dpt banyak maklumat utk menilai pencapaian pelajar.

    iii. Cara yg sesuai utk menilai tahap perkembangan pelajar.

    iv. Dapat memotivasikan pelajar.

    v. Meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan.

    22

    Peringkat penilaian portfolio:

    23

    1 . Penilaian

    Awal

    Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya

    draf pertama perancangan portfolio.

    Penilaian

    merentasi

    tugas bertulis

    mengikut

    kriteria dgn

    skala Sgt

    Tinggi (5),

    Tinggi (4),

    Sederhana

    (3), Rendah

    (2), Sgt

    Rendah (1)

    2. Kriteria penilaian:

    -Pemikiran dan isi

    -Struktur dan organisasi

    -Strategi pengurusan

    -Variasi isi yang sesuai

    -Struktur ayat dan gaya bahasa untuk

    tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan

    3. Senarai ciri-ciri

    paling penting

    Ini akan menentukan markah

    portfolio.

    Penentuan gred 4. Mengambil kira markah yang diberi

    kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-

    bukti lain seperti nota anekdot dan

    refleksi pelajar.

    24

  • 2/28/2013

    5

    Merekod penilaian portfolio:

    Boleh dibuat dengan menghubungkaitkan kriteria dengan peta perkembangan pembelajaran pelajar, seperti:

    a. Skala berkala untuk penilaian kendiri, misalnya dengan menggunakan skala:

    1 Tidak pernah benar

    2 Tidak selalu benar

    3 Selalu benar

    4 Sentiasa benar

    25

    b. Panduan pemarkahan holistik untuk pelajar secara individu dengan menggunakan 4 tahap pencapaian dalam perbincangan kumpulan.

    Contoh: Penghayatan sajak mencakupi aspek respons pelajar secara

    bertulis, tatabahasa, tanda baca, dsb. 1 Tidak cuba menjawab atau cuba menjawab tetapi tidak

    menunjukkan kefahaman mengenai tajuk/sajak. 2 Hanya memberi sedikit kefahaman, menghadapi masalah

    bahasa dan struktur ayat yang menjejaskan penulisan. 3 Menunjukkan respons yang jelas dan mengikut logik.

    Mengandungi sedikit kelemahan dalam organisasi idea, fokus dan tatabahasa.

    4 Memberi respons yang tepat, betul dan berfokus kepada kefahaman sajak. Terdapat sedikit kelemahan dalam penggunaan bahasa.

    26

    c. Skala generik untuk soalan terbuka berdasarkan struktur respons mengikut 4 tahap pencapaian.

    Contoh: Skala generik untuk soalan terbuka bahasa.

    4 Respons lengkap dengan penerangan fakta yang jelas, tersusun, mengandungi contoh yang sesuai.

    3 Respons yang baik tetapi tidak begitu lengkap. Fakta masih jelas dan ada contoh yang sesuai.

    2 Respons agak baik tetapi tidak lengkap dan kurang jelas. Contoh kurang sesuai.

    1 Respons kurang baik, tidak lengkap dan tidak jelas. Contoh tiada / tidak sesuai.

    27

    d. Skala penentuan tahap sikap pelajar sewaktu berinteraksi dan melibatkan diri dalam menghasilkan portfolio.

    Contoh:

    Sikap Skala

    Tidak berdikari

    Perlu bantuan

    Berdikari

    0

    1

    2

    28

    Senarai semak Portfolio

    Peringkat perancangan 1. Adakah perbincangan dibuat untuk

    menentukan tajuk/topik dan skop? 2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan

    tepat? 3. Adakah strategi untuk mengumpul maklumat

    dan data dipelbagaikan? 4. Adakah jadual refleksi di masukkan dalam

    kontrak pelaksanaan kerja? 5. Adakah draf langkah2 pembinaan portfolio

    dibuat? 6. Adakah pendedahan kepada pelbagai

    penilaian portfolio mencukupi?

    29

    Ya Tdk

    Peringkat Perkembangan / Proses 1. Adakah bimbingan perlu diberi berterusan? 2. Adakah semua aktiviti merentas semua aspek

    penilaian dijalankan? 3. Adakah hasil aktiviti didokumentasikan? 4. Adakah maklumat / bukti didapati dpd aktiviti

    pembelajaran lain? 5. Adakah catatan mengenai aktiviti disalin dlm

    komputer / disimpan dlm portfolio? 6. Adakah analisis maklumat dibuat dgn bukti

    terkumpul mengikut keperluan? 7. Adakah penilaian kendiri dibuat setiap peringkat? 8. Adakah susunan maklumat/data/bukti

    pembelajarn disusun secara urutan dan logik? 9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan dalam

    komputer?

    30

  • 2/28/2013

    6

    Peringkat penilaian:

    1. Adakah kriteria2 tertentu ditetapkan untuk penilaian portfolio?

    2. Adakah penilaian memberatkan proses?

    3. Adakah penilaian dibuat dgn menggunakan peta pembelajaran pelajar?

    4. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?

    5. Adakah aspek2 sahsiah juga dinilai?

    31

    Peringkat Refleksi/Penutup:

    1. Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

    2. Adakah portfolio dihasilkan dlm jangka masa mengikut kontrak pelaksanaan kerja?

    3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

    32

    Komen tentang tahap pencapaian portfolio:

    Lampiran A

    Gunakan senarai semak untuk menilai pelajar tentang sikap tingkah laku sewaktu menyediakan portfolio dgn menggunakan kriteria tertentu mengikut kategori di bawah:

    Sikap interaksi dan penglibatan Lim Ali Samy

    1 Bekerjasama

    2 Berkongsi/kolaborasi (mencuba dan menyumbang idea)

    3 Menyoal rakan sebaya dalam kumpulan (menggalakkan penglibatan orang lain)

    4 Mengambil risiko (percaya dengan kebolehan diri)

    5 Tekun menjalankan tugas

    33

    Tajuk Portfolio:_______________________________

    Petunjuk:

    Tidak berdikari - 0

    Perlu bantuan - 1

    Berdikari - 2

    Refleksi:

    1. Apakah yang telah saya jalankan?

    ________________________________________________________________________________________________________

    2. Apakah yang intimewa mengenai hasil portfolio saya?

    ________________________________________________________________________________________________________

    3. Adakah saya telah menggunakan segala sumber untuk dapatkan maklumat?

    ________________________________________________________________________________________________________

    4. Adakah saya menyusun laporan mengikut urutan dan logik?

    ________________________________________________________________________________________________________

    5. Bagaimana saya boleh baiki portfolio jika diberi peluang lagi?

    ________________________________________________________________________________________________________

    34

    Lampiran B

    Lampiran C

    PENILAIAN KENDIRI

    35

    Gunakan borang senarai semak untuk Penilaian Kendiri dalam kerja kumpulan.

    Nama:_______________________

    Ahli kumpulan:_________________

    Aktiviti kumpulan:_______________

    Untuk item 1-5, tandakan tahap penglibatan di tepi tiap2 penyataan.

    A Sentiasa benar; B Selalu benar; C Tidak selalu benar; D Tidak benar

    1.____ Sewaktu perbincangan, saya mencadangkan idea untuk kumpulan.

    2.____ Bila kami berbincang, saya tidak beri peluang ahli2 lain beri cadangan.

    3.____ Saya bekerjasama dgn semua ahli semasa aktiviti dijalankan.

    4.____ Saya membuat kerja bersendirian.

    5. Semasa kerja kumpulan, saya:

    ____ mendengar: ____ mengelolakan kumpulan

    ____ menyoal soalan2; ____ mengganggu aktiviti

    ____ menyusun idea; ____ berkhayal

    6. Sewaktu menjalankan aktiviti, apakah tugas yang saya jalankan?

    _____________________________________________________________________ 36

  • 2/28/2013

    7

    PENGENALAN Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu

    yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

    Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

    Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.

    37

    BAHAN

    GURU

    PELAJAR PELAJAR

    38

    PELAKSANAAN PROSES

    PEMERHATIAN

    a. Kualiti Pemerhatian

    b. Bentuk Perancangan

    c. Rekod Pemerhatian

    39

    a) Kualiti Pemerhatian

    Guru perlu: Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang

    tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.

    Peka terhadap perubahan yg berkaitan dgn bahan.

    Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

    Ikhlas, jujur dan adil. Bersikap terbuka. Tekal dan stabil dlm penilaian.

    40

    b) Bentuk perancangan

    Bentuk perancangan?? oPerancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas

    tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.

    oMengenal pasti aspek yang hendak dinilai.

    oMenetapkan jangka waktu proses penilaian.

    oMenyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.

    oMenentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.

    oMerangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.

    41

    c) Rekod Pemerhatian

    Rekod pemerhatian yang diperlukan: Pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.

    Menjalankan Tugasan : - Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

    Cara merekodkan dapatan dan rumusan : - Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

    Tindak susul : Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

    42

  • 2/28/2013

    8

    JENIS-JENIS PEMERHATIAN

    Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan

    dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu: a) Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat

    tafsiran dan tanggapan.

    - melapor apa yang dilihat sahaja.

    - menggunakan tafsiran (hipotesis).

    b) Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.

    - Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

    c) Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.

    - jangka waktu yang berperingkat (penilaian dlm bentuk sekuen).

    43

    STRATEGI PELAKSANAAN Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, antaranya

    ialah:

    Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti/ dirancang.

    Menggunakan senarai semak.

    Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.

    Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.

    Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian

    Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

    Maklum balas diperoleh daripada guru dan pelajar.

    Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

    44

    FUNGSI

    a. Penilaian melalui pemerhatian: digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.

    Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

    Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

    45

    b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.

    c. Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.

    d. Membantu guru mengetahui

    - sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut.

    - adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang

    positif.

    - bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?

    46

    Rumusan:

    Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi utk menjamin kesahihan dapatan agak sukar.

    Banyak kekangan seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman, sikap bias dan prasangka.

    47

    CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran Rekod Anekdot

    a. Kecekapan linguistik/bahasa:

    keupayaan mengguna bahasa untuk memperoleh, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.

    b. Kecekapan :

    Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

    48

  • 2/28/2013

    9

    c. Kecekapan muzik:

    Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.

    d. Kecekapan bodily-Kinaesthetic:

    berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.

    e. Kecekapan intrapersonal:

    Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.

    f. Kecekapan interpersonal:

    Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

    49

    Amali

    Sila bina instrumen penilaian portfolio dan pemerhatian anda. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan bagi kedua-dua kaedah penilaian tersebut.

    50