K2 BMK pada batu bersurat Ciri bahasa Melayu Klasik

16
1 Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM K2 BMK pada batu bersurat Ciri bahasa Melayu Klasik

description

K2 BMK pada batu bersurat Ciri bahasa Melayu Klasik. Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM. Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of K2 BMK pada batu bersurat Ciri bahasa Melayu Klasik

Page 1: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

1

Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah

Jabatan Bahasa Melayu, FBMK,

UPM

K2 BMK pada batu bersurat Ciri bahasa Melayu Klasik

Page 2: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

2

Pengenalan

Penggantian Bahasa Melayu Kuno oleh Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Bahasa Melayu mengalami banyak penambahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentuk ciri bahasa itu sendiri.

Page 3: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

3

Catatan pada Batu Bersurat tentang Kebudayaan IslamBatu bersurat yang menggunakan tulisan Arab

berbentuk kufi: Pekan, Pahang (1020M) Wilayah Phanrang, Champa (1039M) Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M)

Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di India pd pertengahan abad ke-13)

Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M)

Page 4: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

4

Contoh lain - BMK pada Batu bersurat Abad ke-14 Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis

dalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India . Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul hasil kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Page 5: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

5

Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh

dibahagikan kepada tiga zaman penting: Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaan Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh

yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Page 6: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

6

Ciri Bahasa Melayu Klasik – sistem tulisan kosa kata dan tatabahasa 1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang

agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan lagi.

Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun".

Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

Page 7: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

7

2. Struktur ayat Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan

beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja.

Sebagai contoh, : Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul

Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.

Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh:

Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka (HHT)

Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

Page 8: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

8

3. Bentuk pasif

Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, :

Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim ……

Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas…..

Page 9: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

9

4.Penggunaan Partikel atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’ Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’ Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah dsb “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja

seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55)

Batu pun habis berpelantingan, Syahbandar pun turunlah

Page 10: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

10

5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa

Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini.

Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll

Sanskrit: dosa, pahala, raja dll Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam

(batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.

Page 11: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

11

Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…)

Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll.

Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat.

Page 12: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

12

6. Bahasa istana

bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.

Contoh; ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb. Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik

adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

Page 13: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

13

7. penggunaan kiasan, perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi

Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.

Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.

Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Page 14: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

14

8. Morfologi

Penggunaan imbuhan Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno

digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’ Contoh berlepas, diperbuat

Page 15: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

15

Peranan BMK

Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam

Peranan Kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum

Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara.

Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.

Page 16: K2 BMK pada batu bersurat       Ciri bahasa Melayu Klasik

16

Latihan

a. Nyatakan ciri BMK

b. Peranan BMK

Sekian, terima kasih.