KA WALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, 1890-1914 … · 2017. 3. 7. · KA WALAN KESIHATAN...

21
MALAYSIA dar; seg; SEJARAH KA WALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, 1890-1914 AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHO. Rus' Sempadan ban dar Kuala Lumpur telah diwartakan pada tahun 1890 dengan keluasan ketika itu adalah 9 batu persegi.' Sehingga tahun 1914, sempadan ini telah diperluaskan kepada 17 batu persegi. Dalam tempoh terse but, penduduk bandar Kuala Lumpur yang menjangkau lebih 50,000 orang, sememangnya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran maut kerana begitu terdedah dengan beberapa jenis penyakit yang sangat sukar untuk dikawal kerana beberapa faktor semasa. Walau bagaimanapun, penulisan ini bukannya bertujuan untuk melihat aspek kesihatan awam sebagai satu sistem tetapi penekanan akan diberikan hanya kepada beberapa jenis penyakit berjangkit tertentu yang dipercayai memberi kesan besar terhadap kesejahteraan kepada penduduk bandar Kuala Lumpur. Keduanya, sudut pandangan yang menjadi pendekatan dalam penulisan ini adalah untuk melihat bagaimana Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL) menangani masalah penularan penyakit berjangkit. Ini disebabkan SBKL merupakan an tara institusi terpenting yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri bagi memikul peranan tersebut. SBKL merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang terawal di Malaysia. la ditubuhkan pada tahun 1890 dan diberi tanggungjawab untuk menyelenggarakan hal-hal penjagaan ban dar seperti kebersihan, jangkitan • Pcnulis adalah pcnsyarah di labatan Scjarah. Univcrsiti Malaya . Selangor Government Gazelle, 1890. Vol. I, him. 227. Istilah bandar Kuala Lumpur digunakan bagi mcngeiakkan kekeliruan yang Illungkin timbul untuk kawasan yangdirujuk sebagai daerah Kuala Lumpur . Kcluasan dacrah Kuala Lumpur pad a kClika itu adalah seluas 380 halu persegi. Scmpadan ini ditctapkan pada tahun 1883 oleh Frank Swcttcnham semasa beliau mcnjadi Residen British di Sclangor. 94

Transcript of KA WALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, 1890-1914 … · 2017. 3. 7. · KA WALAN KESIHATAN...

  • MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

    KA WALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, 1890-1914

    AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHO. Rus'

    Sempadan ban dar Kuala Lumpur telah diwartakan pada tahun 1890 dengan keluasan ketika itu adalah 9 batu persegi.' Sehingga tahun 1914, sempadan ini telah diperluaskan kepada 17 batu persegi. Dalam tempoh terse but, penduduk bandar Kuala Lumpur yang menjangkau lebih 50,000 orang, sememangnya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran maut kerana begitu terdedah dengan beberapa jenis penyakit yang sangat sukar untuk dikawal kerana beberapa faktor semasa.

    Walau bagaimanapun, penulisan ini bukannya bertujuan untuk melihat aspek kesihatan awam sebagai satu sistem tetapi penekanan akan diberikan hanya kepada beberapa jenis penyakit berjangkit tertentu yang dipercayai memberi kesan besar terhadap kesejahteraan kepada penduduk bandar Kuala Lumpur. Keduanya, sudut pandangan yang menjadi pendekatan dalam penulisan ini adalah untuk melihat bagaimana Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL) menangani masalah penularan penyakit berjangkit. Ini disebabkan SBKL merupakan an tara institusi terpenting yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri bagi memikul peranan tersebut.

    SBKL merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang terawal di Malaysia. la ditubuhkan pada tahun 1890 dan diberi tanggungjawab untuk menyelenggarakan hal-hal penjagaan ban dar seperti kebersihan, jangkitan

    • Pcnulis adalah pcnsyarah di labatan Scjarah. Univcrsiti Malaya. Selangor Government Gazelle, 1890. Vol. I, him. 227. Istilah bandar Kuala Lumpur digunakan bagi mcngeiakkan kekeliruan yang Illungkin timbul untuk kawasan yangdirujuk sebagai daerah Kuala Lumpur. Kcluasan dacrah Kuala Lumpur pad a kClika itu adalah seluas 380 halu persegi. Scmpadan ini ditctapkan pada tahun 1883 oleh Frank Swcttcnham semasa beliau mcnjadi Residen British di Sclangor.

    94

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-1914

    Itflyakit, pelesenan perniagaan dan kenderaan awam, penyelenggaraan lampu-Wnpujalan dan bekalan air, kawalselia bangunan dan kawalan bekalan makanan l!ll1g dijual di pasar-pasar.2 Ahli-ahli lembaga terdiri dari keanggotaan rasmi ~ tidak rasm i.)

    Walaupun institusi SBKL berkait rapat dengan soal kesihatan awam, namun MI~n tugas pencegahan penyakit berjangkit kedudukannya masih samar-samar. Dalam Regulation vii, 1890, penglibatan SBKL dalam kerja-kerja pencegahan ~nyakit berjangkit ini hanya terkandung dalam satu ceraian pendek iaitu ceraian 55. Ceraian ini menjelaskan tanggungjawab SBKL sekadar mengenakan denda ~gi sesiapa yang didapati membiarkan kediaman atau kenderaannya yang telah rlijangkiti p-enyakit berjangkit menjangkiti orang lain. Dalam Warta Kerajaan Selangor 1891 , hubungan Pegawai Kesihatan dalam kerja tugas ini adalah ~bagai pemberitahu kepadaSBKL tentang kewujudan penyakit berjangkit sarna ada di sekitar atau di dalam kawasan SBKL.

    Pada tahun 1893, Regulation iii (A Regulation to Make Provision of Ilrevention the Introduction and the Spread of Infections and Contagious Diseases) menetapkan bahawa Pegawai Kesihatan adalah penama yang bertanggungjawab dalam kerja tugas pencegahan penyakit berjangkit. Peruntukan ini membawa makna penting kerana Pegawai Kesihatan bagi Kuala

    Lumpur adalah Reisdency Surgeon sendiri dan beliau merupakan Pegawai Kesihatan bagi SBKL. Pada kedudukan inilah timbul kekeliruan tentang tugas manakah yang sepatutnya dijalankan oleh SBKL dan Jabatan Perubatan.

    Pada dasarnya, secara tersendiri garis pemisah kedudukan tersebut boleh .ujud kerana SBKL hanya terbabit dalam pencegahan penyakit berjangkit sekiranya penyakit tersebut berpunca daripada keadaan yang melibatkan tugas-rugas SBKL. Umpamanya, dalam hal penyakit taun, SBKL berkuasa untuk mengarahkan sesuatu perigi ditutup dari kegunaan orang ramai jika perigi lersebut disahkan mengandungi kuman taun kerana perigi-perigi terletak di

    2 Ibid .. secara rasmL SBKL ditubuhkan pada 30 Mei 1890. SBKL mendapat mandatnya daTi Regulation vii 1890. yang membcri kuasa kcpadanya untuk memastikan kesemua peraturan dalam undang-undang kecil SBKL dipatuhi oleh penduduk-penduduk di ban dar Kuala Lumpur.

    3 Keanggotaan rasmi terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Nl!geri (Pengerusi SBKL). Pengawal Kesihatan. Jurutera Negeri. Penguasa Polis, Pegawai Daerah dan Pengawai Perlindungan Orang-orang Cina. Keanggotaan tidak rasmi kebia.

  • MALAYSIA dar; seg; S£JARAH

    bawah kawalan SBKL. Bagi penyakit eaear, SBKL hanya terlibat pad a peringkat mengenakan

    denda bagi sesiapa yang mengenepikan arahan Pegawai Kesihatan untuk mengadakan rawatan disinfekten (pembasmian kuman) ke atas tempat kediaman dan kenderaan mereka kerana kedua-duanya di bawah kawalan SBKL. Kerjasama daripada Raja Bot, Kapitan Yap Kwan Seng dan Thamboosamy Pillai untuk memujuk orang ramai bagi menerima rawatan tanam eaear bukannya arahan dari SBKL walaupun mereka ini adalah ahli-ahli SBKL. Walau bagaimanapun. khidmat mereka diperlukan kerana mereka merupakan ketua· ketua komuniti di Kuala Lumpur pad a ketika itu.'

    Kuala Lumpur pada 10 tahun pertama penubuhan SBKL tidak mempunyai satu perancangan yang teratur ten tang peneegahan pen yak it berjangkit. Walallpun pada tahun 1897, Dr. Travers telah menegaskan seeara bersungguh-sungguh kepada SBKL dan kerajaan negeri tentang kepentingan mengadakan satu perangkaan yang komprehensif ll1engenai daftar kematian tetapi ia hanya dill1ulakan pad a tahun 1901. ' Perangkaan ini sell1emangnya sangat penting kerana ia dapat digunakan sebagai petunjuk tentang keadaan penyakit bagi menggerakkan pihak pentadbiran untuk ll1eraneangkan langkah-Iangkah pencegahan.

    Pad a tahun-tahun 1890-an apabi la berlakunya sesuatu wabak penyakit berjangkit seperti eaear atau taun, salah seorang daripada penghuni rumah tempat kejadian wajib segera melaporkannya di balai polis yang berhampiran. Kemudian, pegawai polis yang bertugas akan membuat laporan rasmi kepada pegawai kesihatan dan beliau harus ke tempat kejadian dengan segera. Sekiranya pegawai kesihatan atau wakilnya berpendapat bahawa penyakit tersebut akan mell1bahayakan orang ramai, beliall akan mendapat perintah mahkall1ah untuk membawa pesakit ini ke hospital kerajaan.

    Dalam kes orang-orang Melayu (natives), jika disahkan oleh pegawai kesihatan bahawa rawatan boleh dilakukan di dalam rumah sendiri, penghulu atau pegawai yang bertanggungjawab bagi mukim ini akan memastikan tiada sesiapapun tanpa kebenaran bertulis daripada pegawai perubatan, keluar atau masuk ke tempat kejadian. Apabila kejadiannya menjadi agak serius, penghulu akan diarahkan mell1asang pagar di sekeliling tempat kejadian dalam batasan

    4 Kuala Lumpur - W{) Years. diterbitkan oleh The Kuala Lumpur Municipal Council. 1959, him. 54.

    5 SBKL Health Report. March 1897.

    96

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM 01 BANOAR KUALA LUMPUR, 1890- 1914

    iO kaki keliling dan tempat tersebut akan diletakkan di bawah jagaan polis. Penghulu juga akan memastikan bekalan makanan dan air yang mencukupi dmekalkan ke tempat kejadian, Bekalan ini boleh diperolehi daripada sumbangan jiran-jiran yang berdekatan atau daripada penghulu sendiri tetapi kosnya akan ditanggung oleh pesakit. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, kos bekalan akan ditanggung oleh pihak kerajaan, Bekalan-bekalan terse but akan dikumpulkan padajarak 100 kaki dari tern pat kejadian yang kemudiannya akan dibawa masuk oleh pegawai-pegawai polis di bawah arahan pegawai kesihatan,'

    Penyakit Hawar (Bubonic Plague)

    Berdasarkan laporan yang diterima daripada Dr. J,A, Lawson mengenai penyakit hawar (bubonic plague)' di bandar Hong Kong, Travers telah rnengeluarkan satu cadangan peringatan kepada pihak SBKL tentang kemungkinan kejadian yang sarna akan berlaku di Kuala Lumpur rnemandangkan kepesatan pembangunan di bandar Kuala Lumpur didapati tidak Icrurus dengan baik,' Kawasan yang dijangka mengalami risiko yang tinggi adalah sekitar Ampang Street dan High Street, juga di sekitar antara High Street dan Klyne Street.

    Sehingga tahun 1912, kawasan-kawasan terse but masih dikhuatiri menjadi ,asaran penyakit hawar berdasarkan bilangan tikus yang ditangkap dalam lempoh tiga bu Ian pertama tahun 1912, Kawasan terse but yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang-orang Cina bukan setakat mengalami kepadatan penduduk tertinggi malah susunan rumah-rumahnya tidak teratur. Kawasan belakang rumah didapati sangat kotor lebih-Iebih lagi dalam keadaan ketiadaan lorong-Iorong belakang, Kedudukan rumah-rumah adalah sangat rapat vang memudahkan lagi jangkitan wabak penyakit. ' (Lihat Jadual I),

    Pad a tahun 1901, jangkaan tadi telah menjadi kenyataan apabila tikus-I ~US yang ditangkap didapati membawa kuman hawar. 'o Dengan kebenaran

    6 Regulation iii 1893. lihat ceraian 7. 8 dan II. 7 Sejenis penyakit yang merebak dengan mudah: hawar; penyakit yang dibawa oleh tikus dan

    tanda-tandanya adalah seperti kesejukan. demam dan bengkak-bcngkak di bawah ketiak dan celah kangkang.

    8 SBKL Health Report, March 1897, 9 SSF234 1/97. Sural dari Venning kepada Setiausaha Kerajaan, bertarikh 30 April 1897. 10 SSF 1831 /0 I. Asks for a grant ora sum for the erection of certain number of small temporary

    houses for plaque purposes.

    97

  • MALA YSIA dar! seg! SEJARAH

    JADUAL I

    JUMLAH TIKUS YANG DIT ANGKAP: JANUARI HINGGA MAC 1912

    Bilangan Tikus

    303 230 147 87 73 72 39 25 23 17 15 9

    8 7 7 6

    3 2

    Nama Tempat

    Petaling Street Ampang Street High Street Rodger Street Su ltan Street Java Street Batu Road Cross Street Gombak Lane Kampung Attap

    Medan Pasar Lama Klyne Street Tempat simpanan lembu Sanitary Board Malay Street Pudoh Road Pudoh Street Tempat pembakaran sampah Hotel Empire Malacca Street Church Street Pengkalan

    Sumber: SSF 1876/12, Supplementary vote for $500.

    98

  • KA WALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-1914

    Residen, peruntukan telah diluluskan bagi pembayaran setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat SBKL. Nilai sebanyak 4 sen dibayar bagi seekor-ekor tikus dan pada tahun 1902 sebagai contoh, sebanyak 23,174 ekor tikus telah dibawa ke pejabat SBKL. Kemudian, tikus-tikus ini akan dibawa ke destructor (sejenis mesin pembakar sampah) untuk dimusnahkan.

    Walaupun cara ini agak melucukan kerana setiap hari pejabat SBKL akan dipenuhi dengan penangkap-penangkap tikus, namun kaedah tersebut terpaksa dilaksanakan kerana adalah mustahil untuk memasang perangkap tikus di seluruh bandar Kuala Lumpur. Oleh kerana keadaan itu mencemarkan suasana

    pejabat SBKL, maka pada tahun 1903 arahan telah dikeluarkan di mana hanya ekor tikus sahaja yang perlu dibawa ke pejabat SBKL dan bukan tikusnya. Di pejabat SBKL, setelah diteliti, ekor-ekor tikus itu akan dipotong-potong untuk mengelakkan penipuan berlaku dan kemudiannya akan dihantar ke destructor untuk dimusnahkan.

    Pada bulan Ogos 190 I, semasa pen yak it wabak hawardijangka bertambah serius, harga bayaran seekor tikus telah dinaikkan kepada 12 sen." Menjelang tahun 1904, timbul satu masalah besar apabila terdapat tanda-tanda untuk menjadikan tangkapan tikus sebagai satu jenis perniagaan. Keghairahan kegiatan ini sangat jelas kerana dalam tempoh lima bulan sahaja jumlah tangkapan telah meningkat kepada 30,262 ekor. 12 Oleh kerana peruntukan kewangan tidak mencukupi, banyaran seekor tikus telah diturunkan kepada dua sen seekor. Pada bulan Mei 1904, Presiden SBKL terpaksa menggantung upah tangkapan tikus kerana Residen tidak meluluskan peruntukan yang dipohon." Ahli-ahli Lembaga dan Pegawai Kesihatan sendiri tidak membantah kerana penggantungan tersebut dapat menghalang kegiatan menternak tikus. Lagipun mulai pertengahan tahun 1904, kejadian penyakit hawar telah berkurangan. (Lihat ladual 2).

    Dasar upah tangkapan tikus masih diteruskan dari semasa ke semasa dengan syarat peruntukan diluluskan oleh Residen. Namun begitu, upah sentiasa turun baik bergantung kepada keadaan . Pad a keadaan biasa, upahnya adalah dua sen atau tiga sen seekor tetapi pad a November 1911, apabila keadaan menjadi semakin serius, upah dinaikkan kepada lima sen. Pada masa yang sam a, SBKL menyedari bahawa dasar seperti ini perlu ada alternatif yang lebih

    II SBKL Millll,es. 15 August 1901. 12 SBKL Amwell Report, 1904 . 13 SBKL Millll,e .,. 14 April 1904 dan 5 May 1904.

    99

  • MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

    JADUAL2

    JUMLAHTANGKAPANTIKUSDIKUALALUMPUR

    Tahun Jumlah Tikus Jumlah Dibelanjakan

    1902 23, 174 (4 sen) $ 926.96

    1903 34,673 (4 sen) $1 ,386.92

    1904 30,629 (2 sen) $ 612.58

    1907 10,432 (2 sen) $ 208.64 1908 5,285 (2 sen) $ 105.68

    1911 8,289 (3 sen) $ 248.64

    Sumber: SBKL Annual Report, 1902-1911

    berkesan. Ini kerana dengan memberi upah ia bukan mengurangkan bilangan tikus

    tetapi akan menambahkan bilangannya. Penangkap-penangkap tikus bukan setakat menternak tikus tetapi banyak tikus yang ditangkap dibawa dari luar Kuala Lumpur. Pada tahun 1912, cara membayar upah dimansuhkan dan pada tahun terse but, pasukan penangkap tikus yang dibayar gaji dibentuk.

    Menjelang tahun 1913, Pegawai Kesihatan telah mengisytiharkan bahawa bandar Kuala Lumpur be bas dari wabak hawar, 67 ekor tikus telah ditangkap dari serata daerah untuk dianalisa di IMR (Institute of Medical Research) dan didapati tidak ada jangkitan kuman hawar. Kerajaan negeri turut bertanggungjawab memainkan peranan pelengkap. Semua pintu masuk ke Kuala Lumpur diarahkan diberi pengawasan yang rapi . Kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan Kelang dimestikan memasang perangkap pelindung pada kabel-kabel pengikat supaya tikus-tikus yang mungkin membawa penyakit hawar tidak dapat mendara!. Arahan juga dikeluarkan kepada Federated Malay State Railway supaya meletakkan racun-racun tikus di gerabak-gerabak simpanan barang.

    Phthisis (Batuk Kering)

    Batuk kering (T.B.) adalah sejenis penyakit berjangkit mula memuncak di Kuala Lumpur menjelang tahun 1904. Penyakit ini berpunca dari sejenis

    100

  • KAWALAN KESIIfATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, 1890-1914

    ~kteria (Tuberculosis Bacillus) yang menyerang manusia melalui saluran ~mafasan dan pemakanan. 14 Pada tahun 1908 misalnya, Pegawai Kesihatan Kuala Lumpur telah menggesa SBKL dan kerajaan negeri supaya mengambil bngkah berjaga-jaga bagi mengadakan pengawasan yang lebih rapi ke atas ~nyembelihan ternakan di rumah-rumah penyembelihan. Ini disebabkan oleh 'poran yang diterima dari Ipoh dan Taiping yang menyatakan bahawa terdapat IOmpok-tompok tuberculosis pada daging ternakan,"

    Bovine Bacillus (sejenis bakteria tuberculosis) menjangkiti manusia melalui minuman susu lembu yang tercemur. Ini bennakna sebelum tahun 1907, penduduk Kuala Lumpur mungkin terdedah kepada jangkitan ini memandangkan contoh-contoh susu lembu hanya mula dihantar ke IMR untuk pemeriksaan pada tahun 1907,

    Jangkitan melalui saluran pernafasan dirumuskan sebagai carajangkitan ,rama dalam kes batuk kering. Di Eropah Barat dan di Amerika Utara, 90% daripada kes-kes batuk kering dijangkiti melalui saluran pernafasan." Kuman-luman tuberculosis akan dibentuk keluar ke udara oleh pembawa-pembawa

    luman terse but. Titisan air liur boleh mengandungi sehingga 40,000 kuman luberculosis yang menjangkiti manusia melalui saluran hidung atau mulut.

    Risiko jangkitan ini adalah tinggi di dalam masyarakat yang mempunyai lab iat yang suka meludah dan batuk secara tidak sopan. Dr. Travers melahirkan lebimbangannya mengenai tabiat orang-orang Cina yang suka meludah di pusat-pusat !umpuan orang ramai seperti di panggung-panggung pementasan dan ~gadi rumah-rumahjudi. 17 Keadaan menjadi lebih rum it kerana lantai di pusat-

    pusat terse but terdiri daripada lantai-Iantai tanah dan ini tidak memungkinkan unruk basuhan yang berkesan. Lantai-Iantai tanah inijuga menyebabkan keadaan berdebu dan kuman-kuman tuberculosis mudah melekat pada debu-debu dan habuk.

    Cadangan Travers supaya semua pusat tumpuan orang ramai dimestikan berlantaikan simen menghadapi banyak kerenah. Pusat-pusat tumpuan orang ramai yang dimaksudkan oleh Travers adalah panggung-panggung pementasan, kedai-kedai candu dan rumah-rumah judi. Bagi BSKL. cadangan itu memang

    14 B.R. Clarke, "Tuberculosis As A Global Problem", The Theory and Practise 0/ Public Healrh .... , him. 207-217.

    IS SSF 1848/08. Public slaughter houses in Kuala Lumpur. 16 BK Clarke. "Tuberculosis As A Global Problem .... ... him. 207. 17 SSF 4981 /04. Sanitary Building Amendment of By-laws.

    101

  • MALAYSIA dari segi S£JARAH

    munasabah dan masalah ini tidak timbul dalam kes panggung pementasan dan kedai-kedai candu disebabkan lesen-Iesen untuk kedua-dua tempat di bawah kelolaan SBKL. Untuk mengenakan peraturan membuat lantai simen adalah mudah kerana SBKL cuma perlu meletakkan syarat tersebut sebelum permohonan lesen diluluskan.

    Dalam kes rumah-rumah judi, SBKL tidak boleh berbuat demikian kerana tawaran pajakan ditentukan oleh Residen sendiri. Terdapat sembi Ian buah rumah judi yang dikenalpasti mempunyai lantai tanah - No. 82, 84, 87, 88,90 yang terletak di High Street dan No. 13, 15, I dan 19 yang terletak di Klnye Street." Lantai di rumah-rumah tersebut dikatakan tidak rata (uneven) dan ini menyulitkan kerja-kerja pembersihan. Rumah-rumah ini juga dilaporkan dikunjungi oleh ber~tus-ratus penjudi Cina setiap hari yang mempunyai tabial meludah sesuka hati.

    Cadangan telah dibawa ke meja Residen Jeneral supaya pindaan dibuat kepada undang-undang SBKL untuk membolehkan SBKL mempunyai kuatkuasa ke atas rumah-rumah judi. Residen berpendapat bahawa pindaan ini adalah perlu kerana walaupun Undang-undang Kecil SBKL 1902, cera ian 183 memberi kuasa kepada SBKL untuk mengambil tindakan bagi rumah-rumah yang didapati kotor tetapi tidak cukup kukuh untuk membolehkan SBKL mengeluarkan perintah mewajibkan rumah-rumah ini mempunyai lantai simen. Desakan ini adalah berikutan dari penolakan kes Mr. Nicholas bertemu SBKL oleh Mahkamah.

    Dalam mesyuarat Lembaga bertarikh 21 Januari 1904 dalam resolusi nombor 12, Lembaga telah mengeluarkan perintah kepada Mr. Nicholas, pengurus sebuah estet di bawah Undang-undang Kecil 183 Enakmen No. 17, 1902 bagi melantaikan rumah-rumahjudi di estetnya dengan lantai simen. Pada 9 Februari, Mr. Nicholas telah menafikan arahan itu dan pada I Mac 1904kes ini dibawa ke mahkamah. Mahkamah membuat keputusan bahawa perintah SBKL itu adalah ultra-vires." Residen Jeneral sendiri berpendapat bahawa pindaan itu tidak perlu kerana pindaan kepada undang-undang bukanlah sesuatu perkara yang mudah: Apa yang perlu dilakukan oleh Residen adalah dengan cara mengenakan syarat kepada perjanjian pajakan seperti mana yang dilakukan oleh SBKL ke atas pemegang-pemegang lesen panggung pementasan dan kedai-kedai candu.

    18 SSF 4981/04. Surat pcmangku Residen Selangor kepada Residen Jenera!. bertarikh I September 1904.

    J 9 Ibid.

    102

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-1914

    Oleh kerana keadaan di rumah-rumahjudi ini memerlukan tindakan segera, Venning (Setiausaha NNMB) mencadangkan supaya rumah-rumah ini buat sementara waktu disemburkan dengan cecair tahi lembu; iaitu satu sistem yang biasa digunakan di India dan Sri Lanka dan didapati berkesan kerana apabila cecair itu kering ia menghasi Ikan keadaan yang sweet and wholesome. 20 Namun begitu, cadangan tersebut tidak dapat diterima oleh Residen dan sekali lagi mendesak Residen Jeneral menimbangkan pindaan kepada undang-undang SBKL. Isu ini berhenti di situ tanpa sebarang penyelesaian walaupun setahun selepas itu Pengerusi SBKL telah menimbulkan isu yang sarna tetapi masih tidak menerima sebarangjawapan dari pihak Residen Jenera!.

    Kesesakan penduduk di Kuala Lumpur dipercayai merupakan salah satu punca utama kematian akibat batuk kering" Sejak tahun 1897, masalah ini menjadi isu yang kritikal bagi SBKL. Pada waktu itu, masalah utama SBKL adalah masalah kekurangan kakitangan untuk menjalankan pemeriksaan pada waktu malam walaupun SBKL mengakui bahawa dalam soallebihan penghuni bagi sesebuah kediaman tidak dapat dikesan pada waktu siangnya kerana mereka yang terlibat hanya pulang ke rumah pada waktu malam .

    Bagi Residen, kesalahan ini dibebankan ke atas SBKL kerana masalah lebihan penghuni adalah di bawah kawalan SBKL. SBKL yang diberi tanggungjawab tersebut perlu membuat cadangan kepada kerajaan j ika terdapat sebarallg kekurangan." Sebaliknya, SBKL mengambil dasar bersimpati kerana SBKL berpendapat "overcrowding ini Kuala Lumpur cannot properly be remedied by turning people from one house to overcrowd another"."

    SBKL mengambil pendirian tersebut kerana mereka yang terbabit di dalam masalah ini terdiri daripada golongan miskin seperti pekerja-pekerja buruh dan penarik-penarik beca. Pada tahun 1904, dianggarkan seramai 2,000 penarik beca tinggal di rumah-rumah kedai dalam keadaan sesak dan kotor.24 Malah pada tahun 1907, Pegawai Kesihatan melaporkan bahawa secara nisbah kasar terdapat 2,791 buah rumah yang didiami di Kuala Lumpur, dan ini membawa kepada kepadatan purata untuk sebuah rumah adalah 414.3 orang."

    20 SSF 4981/04. Surat daripada Setiausaha FMS kepada Residen Selangor. bertarikh 9 September 1904.

    21 SSt' Health Officer's Report. May 1904. 22 SSt' 3774/04, Surat Setiausaha Kerajaan kepada Prosiden SBKL. bcrtarikh 5 lulai 1904. 23 Ibid .. Surat Presiden SBKL kepada Setiausaha Kerajaan. bertarikh 27 lulai 1904. 24 SBKL Miml/es. 2 March 1905. 25 SBKL Health Report. 1907.

    103

  • MALA l'SIA dari segi SEJA RA H

    Akibat desakan dari SBKL. pad a Mei 1905. sebuah Jawatankuasa Kesesakan Penduduk (Overcrowding Committee) dibentuk. Bagi SBKL, teguran keras Pemangku Residen ("they have no right to omit to exercise their powers and administer the law because the Government does not adopt their recommendation ... the Acting Resident regrets to see that you do not appear to have realised your duties in this respect")" tidak dapat diterima oleh SBKL. Oleh itu, jawatankuasa ini adalah perlu kerana SBKL berpendapat bahawa pendekatan tahun-tahun I 890-an tidak lagi praktikal. Pada masa yang sarna, hasil telitian dan cadangan jawatankuasa ini menunjukkan kepada Residen bahawa perhatian yang diberikan dalam tugas ini sememangnya serius.

    Jawatankuasa Kesesakan Penduduk ini, menyedari kepesatan bandar Kuala Lumpur harus dilencongkan ke satu arah yang lebih strategik. Sebab itulah sebuah pasar baru dibina di Batu 2 'I. Batu Road kerana selain dapat memberikan perkhidmatan kepada penduduk, ia akan menggalakkan pertumbuhan petempatan di sebelah arah tersebut. Selain daripada itu, tanah-tanah yang tidak berhakmilik atau dikhaskan untuk tujuan tertentu dicadangkan supayadilelong dengan syarat.

    Sebagai contoh, tanah-tanah kosong di bahagian selatan stesen keretapi dan di bahagian utara sehingga ke Campbell Road (Jalan Dang Wangi) dan juga sepanjang tebing timur Sungai Kelang sejauh sempadan bandar, dilelong kepada orang ramai dengan syarat dalam tempoh dua tahun pemilik-pemiliknya mesti membina bangunan-bangunan di kawasan tersebut." Satu masalah besar yang mengakibatkan kesesakan ini adalah kerana pada ketika itu bandar Kuala Lumpur masih tidak mempunyai kediaman pinggir ban dar. Ini adalah kerana sistem komunikasi ketika itu masih belum cukup maju untuk mengizinkan keadaan terse but berlaku.

    Masalah pokok yang perlu diatasi oleh Jawatankuasa Kesesakan Penduduk ini ialah cara menambahkan bilangan rumah kediaman untuk golongan miskin. Kekurangan rumah untuk golongan ini menyebabkan mereka terpaksa berkongsi bilik dan lebih-Iebih lagi mereka tidak mampu menyewa sebuah bilik secara bersendirian. Kalau pada zaman Yap Ah Loy harga sewa sebuah rumah kedai cuma $5 tetapi pada penghujung tahun-tahun I 890-an harga sewa sebuah bilik adalah antara $3-$5 dan mulai tahun 1905 ke atas, harga sewa telah meningkat an tara $5-$8 sebi I ik.

    26 SSF3774/04. Sural Seliausaha Keraiaan kepada Presiden SBKL. bertarikh 5 Ju1ai 1904. 27 SBKL Minutes. 22 June 1904.

    104

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890·1914

    Salah salu resolusi yang banyak menerima reaksi daripada pemilik-pemilik tanah di Kuala Lumpur adalah cadangan SBKL untuk mengenakan cukai nilaian tanah ke alas lanah-Ianah kosong pada kadar yang sarna dengan lanah-Ianah berbangunan." Cukai lersebul bertujuan menggalakkan pemilik lanah-tanah kosong ini membina rumah kerana dengan cara demikian akan menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian disebabkan tanah yang tidak produktiftetapi harus dibayar cukai penilaian. Tauke Chin Choon dan Tauke San Ah Weng yang menjadi wakil tauke-tauke Cina di Kuala Lumpur menentang cadangan tersebut dengan mengemukakan salu usul pindaan bahawa oleh kerana tanah-!anah ini lidak berbangunan maka kadar cukainya mestilah separuh daripada cukai lanah yang berbangunan. Perbahasan lersebut diselesaikan dengan undi majoriti 6:4 menyokong cadangan asal."

    Cukai penilaian ke atas tanah·tanah kosong dikuatkuasa pada tahun 1907 dengan kadar 5% daripada nilai lahunan (annual value). lawatankuasa juga turut mencadangkan skim pinjaman kadar faedah rendah kepada sesiapa yang ingin membina rumah-rumah untuk kediaman golongan miskin dengan kadar sewa yang telap. Pada April 1905, Pengerusi memberitahu mesyuarat Lembaga bahawa semua cadangan yang dikemukakan oleh lawatankuasa Kesesakan Penduduk diterima oleh kerajaan kecuali cadangan mengenai pinjaman

    perumahan. Menjelang tahun 1912, keadaan masih lidak ban yak berubah danjumlah

    penyakil T.B. letap linggi. Ramai daripada golongan kelas bawahan yang lidak lagi mampu menyewa bilik-bilik di bandar mulai beralih ke rumah-rumah alap (selinggan) di sekitar bandar. Isu pinjaman peru mahan bagi kediaman golongan bawahan sekali lagi dikemukakan oleh Douglas, Pengerusi SBKL. Kali ini, Douglas sendiri cuba memujuk pihak swasla unluk membina rumah-rumah lersebut. M.N.P.R.M. Palaniapa Chetty yang mempunyai 61 101 tanah di Estet Evelyn dijangka akan memulakan projek lersebut jika kerajaan sanggup memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.

    SBKL mengemukakan tawaran bahawa kerajaan akan memberikan pinjaman sebanyak $1,000 bagi setiap rumah dengan kadar faedah 6% dan pinjaman tersebut boleh dibayar secara beransur-ansur. Dua tern pal lagi yang menjadi sasaran SBKL adalah lanah seluas 22101 yang lerletak di persimpangan

    28 SBKL Minules. 2 March 1905. 29 Ibid.

    105

  • MALA YSIA dari segi S£JARAH

    Batu Road dan Campbell Road kepunyaan Estet Ah Kwi dan 1810tyangterletak di Scot Road.JO Untuk itu, SBKL memerlukan peruntukan sebanyak $100,000 untuk memulakan projek skim pinjaman ini. Dengan skim ini diharapkan sebanyak 100 buah rumah kediaman dapat dibina dan ini akan menurunkan harga sewa bilik pada paras harga lama. Skim tersebut telah berjaya dilaksanakan di bandar Ipoh dan laporan yang diterima menunjukkan bahawa harga sewa telah menurun sebanyak 20%.

    Pada dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan skim pinjaman perumahan ini . Namun begitu, penglibatan pihak swasta didapati tidak menggalakkan. Sehingga tahun 1913, SBKL telah menerima tiga permohonan pinjaman perumahan. Dua daripadanya adalah permohonan untuk membina rumah-rumah banglo yang diketepikan kerana dasar SBKL dalam skim ini adalah peru mahan untuk golongan bawahan. Cuma terdapat satu permohonan sahaja bagi membina enam buah rumah kedai. Pada tahun yang sama, SBKL seakan telah berputus asa dengan kenyataan yang dibuat oleh pengerusinya apabila pihak swasta tidak lagi berminat untuk membina perumahan bagi golongan bawahan dengan harga sewa yang tetap. Untuk itu, SBKL berpendapat tidak ada pilihan lain melainkan kerajaan sendiri yang harus memulakan projek tersebut."

    Dalam keadaan tertentu, penglibatan faktor sosial dalam masalah penyakit batuk kering turut memberi kemungkinan tentang mengapa kadarnya tinggi di Kuala Lumpur. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pada petempatan yang penduduk lelakinya lebih ramai daripada perempuan, kadar kecenderungan penyakit batuk kering adalah tinggi n Pada tahun 190 I, bagi daerah Kuala Lumpur sahaja (380 batu persegi luas), terdapat seramai 63,835 penduduk lelaki dan 13,399 penduduk perempuan.

    Seramai 32,381 daripada 77,234 penduduk ini tinggal di bandar Kuala Lumpur. Para doktor juga berpendapat dalam keadaan hadirnya penyakit-penyakit tertentu seperti malaria, ulcer, schizophrenia, dan pada masyarakat yang gemar minum minuman keras, dikatakan darjah untuk mendapatkan batuk kering adalah tinggi kerana penyakit-penyakit ini merendahkan daya tahan

    )0 Ibid 31 55F 203/ 12 , Loans for building houses. 32 Di Eropah dan Amcrika Utara kadar kCllliltian hagi pcrcmpllan adalah Icbih rcndah daripada

    kadar kcmatian Iclaki dalam kcs hatuk kcring di kawasan handar. Di Utara Ireland misalnya, (1926-1962) kadar kcmatian T.B. tdah mcnurun daTi 1.4 daTi 1.000 kcpada 0.1 daTi 1,000 bagi JeJaki dan 1.53 kcpada 0.4 hagi pcrcmpuan . Sila rujuk B.R. Clarke. "Tuberculosis as a global problem ... : ', him. 209.

    106

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-19/4

    JADUAL3

    PERANGKAAN PHTHISIS DI KUALA LUMPUR

    Phthisis Kadar Peratusan Jumlab Kematian Tabun (orang) Kematian Akibat Penyakit

    1903 264 17.67 1,494 1904 271 1l.71 2,314 1905 235 14.10 1,667 1906 245 11.52 2,127 1907 381 12.40 3,072 1908 344 9.02 3,812 1909 341 12.04 2,832 1910 456 16.54 2,757 1911 307 8.19 3,750 1912 321 9.44 3,400 1913 219 6.84 3,200 1914 137 6.96 1,969

    Sumber: SBKL Annual Report. 1903-1914. SBKL Health Report. 1903-1914.

    ~seorangJ·\ Di Kuala Lumpur, sehingga tahun 1913 kejadian penyakit malaria masih menjadi tanda tanya kepada cara yang terbaik untuk mengatasinya.

    Malaria

    Walaupun langkah memerangi malaria mendapat perhatian serius mulai tahun 1907, ini tidak bermakna bahawa penyakit ini amat asing kepada pentadbir-pentadbir di Kuala Lumpur. Umpamanya, sebelum tahun 1907, kawasan tebing sungai yang bersempadan dengan paya telah dikenalpasti sebagai kawasan malariaH Statistik menunjukkan bahawa pada suku akhirtahun

    ----~ .. -~--II Ibid .. him. 208. 34 Khoo Kay Kim. "Kuala Lumpur: The Formative Year". (tidak diterbitkan), Perpustakaan

    Peringatan Kuala Lumpur. him. 54.

    107

  • MALAYSIA dar; seg; S£JARAH

    1906, bagi kawasan pusat bandar sahaja (kawasan dua batu persegi sekitar pertemuan Sungai Gombak - Kelang) sebanyak 66 kes berjaya dikesan dari kawasan malaria tersebut dan cuma tiga kes sahaja dilaporkan bagi kawasan kediaman orang-orang Eropah yang terletak di tebing barat Sungai Kelang. Malah ujian darah untuk mengesan paras it malaria bagi pesakit yang disyaki mengidap malaria telah dijalankan di Hospital Besar Kuala Lumpur sejak tahun 1903 lagi.

    Sebelum tahun 1900, malaria tidak dianggap sebagai sejenis penyakit berjangkit. Ini jelas dalam Regulation iii , 1893, malaria tidak disebut secara spesifik sebagai sejenis penyakit berjangkit." Namun begitu, apabiJa punca malaria sebenar telah diketahui umum di kalangan para pegawai perubatan dengan hasil penemuan Ronald Ross ke atas nyamuk Anopheles sebagai pembawa paras it malaria pada tahun 1897. langkah yang lebih prihatin telab diambil. Mula-mulanya. setiap hospital diwajibkan mempunyai sekurang. kurangnya sebuah wad kalis nyamuk. Tingkapnya akan dipasang jaring dan setiap pesakit dimestikan menggunakan kelambu. Orang ramai dinasihatkan tidurdi dalam kelambu dan tingkap-tingkap rumahjuga dipasangjaring. Ubat-

    ubat kuininjuga diedarkan kepada orang ramai. Oi Kuala Lumpur. kaedah perparitan Watson mula diperkenalkan setelab

    laporan mengejut diterima oleh kerajaan pada penghujung tahun 1907 apabiJa hampir setiap rumah di Bukit Persekutuan dan sekitar Carcosa mempunyai kes malaria." Pada September 1907. sebuah jawatankuasa khas telah dibentukoleh Residen untuk menyiasat kawasan-kawasan yang disyaki mempunyai jentik· jentik malaria; membuat cadangan-cadangan tentang cara mengatasinya dan juga merangka anggaran perbelanjaan bagi setiap cadangan yang dikemukakan. Ahli-ahlinya terdiri daripada E.S. Hose (Pengerusi SBKL). Dr. Wellington (Pegawai Kesihatan), Dr. Fletcher (Pegawai Perubatan) dan J.E. Jackson (Jurutera Eksekutif Kuala Lumpur). Jawatankuasa ini memulakan tugas mengesan tempat-tempat pembiakan nyamuk pada hari Khamis. 3 Oktober 1907, jam 3.30 petang bermula dari kediaman Dr. Fletcher. Jawatankuasa ini juga turut dibantu oleh Dr. C.H. Pratt, seorang antomologis yang berkhidmat di (MR.

    35 Malcolm Watson. The Prevention of Malaria in the Federated Malay Slates, London, John Murray. 1921. him. 9-10.

    36 SSF, 505107. Report on the prevalence of malaria amongst European quarters in Kuala Lumpur. juga lihat IMR, Report on the present Anopheles in certain swamps etc .. in Kuala Lumpur.

    108

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUA LA LUMPUR, 1890-1914

    Pembabitan SBKL dalam tugas memerangi malaria adalah sangat minimum. Seperti mana yang berlaku sejak tahun 1904, tugas membina sistem sal iran di kawasan SBKL adalah di bawah tanggungjawab Jurutera Eksekutif. Sebab itulah semua tugas membuat parit bagi tindakan anti-malaria dijalankan oleh Jurutera Eksekutif. Namun begitu pada realitinya, tugas membuat parit anti-malaria di Kuala Lumpur dijalankan oleh dua kumpulan petugas, Satunya di bawah Jurutera Negeri bagi kawasan tanah hakmilik negeri dan satu lagi di bawah arahan Jurutera Persekutuan bagi tanah-tanah kerajaan pusat. Oleh kerana tidak ada keselarasan dalam pelaksanaan tugas-tugas anti-malaria ini, sistem tersebut gagal memperlihatkan hasil yang positif dan kadar malaria tetap tinggi.

    Pesuru1ljaya Tinggi (John Anderson) juga turut terbabit dalam masalah ini. Anggaran perbelanjaan yang dicadangkan olehjawatankuasa khas malaria tidak diluluskan dengan sepenuhnya. Daripada sejumlah $27,558 yang dicadangkan hanya $1 0,320 diluluskan oleh Anderson dengan alasan walaupun banyak hutan diteroka di Singapura tetapi tidak ada sebarang tanda-tanda nyamuk Anopheles," Pada tahap ini, masalah asas yang gagal difahami oleh mereka yang terlibat adalahjenis nyamuk yang terdapat di Kelang denganjenis nyamuk yang menyerang kawasan kediaman Eropah di Kuala Lumpur,

    Di Kelang, Anopheles Ambrosus adalah spesis yang membiak di dalam takungan air di hutan dan di kawasan tanah pamah. Manakala di Kuala Lumpur, nyamuknya adalah dari jenis Anopheles Mucalatus, spesis yang membiak di dalam air yang terdedah di kawasan yang berbukit. Oleh sebab itu, kaedah perparitan Watson amat berkesan di Kelang kerana ia akan dedahkan Amborsus dan akan memusnahkan tempat pembiakannya dengan aliran menerusi parit-parit. Sebaliknya, kaedah perparitan Watson menyediakan tempat yang paling baik untuk pembiakan Mucalatus kerana nyamuk ini hidup di dalam air mengalir yang terdapat.

    Untuk itu, C.H. Pratt berpendapat bahawa penerokaan hutan bagi kawasan tebing barat Sungai Kelang adalah berbahaya tanpa sistem perparitan yang betui. Kesilapan di sini,parit-parit yang dibina di Kuala Lumpur adalah seperti yang terdapat di Kelang -dan ini sudah tentu tidak memberi kesan kepada Mucalatus. Tambahan pula, peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi menyebabkan kerja-kerja terbengkalai malah keadaan itu menghasilkan lebih banyak tempat pembiakan nyamuk Mucalatus,

    37 Malcolm Watson. The Prevention of Malaria .. .. , him. 30.

    109

  • MALAYSIA dari segi SEJARAH

    Pada tahun 1909, Watson dan Wellington telah mengesahkan penemuan Pratt-Fletcher. Mereka mencadangkan sistem perparitan sub-soil. Melalui sistem ini, parit-parit yang dibuat tidak didedahkan tetapi harus sarna ada dibuat aliran bawah tanah, diletakkan konkrit di atasnya ataupun alirannya mestilah melalui bahagian bawah semak-samun ataupun pokok-pokok yang rendang. Cadangan mereka ini tidak diterima oleh kebanyakan pakar kesihatan. Namun begitu, Jurutera Negeri menerima cadangan Wellington dan kerja-kerja perparitansub· soil telah diuji di Bukit Petaling tetapi Jurutera Persekutuan masih dengan eara yang lama.

    Pada tahun 1911, apabila Dr. C.L. Sam sen menggantikan Dr. McDowell selaku Principal Medical Officer, Lembaga Penasihat Malaria (Malaria Advisory Board) telah dibentuk. Lembaga ini ditugaskan untuk mengumpulkan data-data mengenai malaria serta menyelaraskan kerja-kerja anti-malaria bagi seluruh NNMB. Pertentangan antara Jurutera Negeri dan Jurutera Persekutuan mengenai program anti-malaria di Kuala Lumpur, kini diatasi melalui satu arahan.

    Lembaga Penasihat Malaria ini terdiri daripada E.L. Brockman (Ketua Setiausaha NNMB) selaku Pengerusi , Dr. C.L. Samsen, Dr. Malcolm Watson, Dr. Stanton, dua orang ahli tidak rasmi dan seorang Jurutera. Menjelang tahun 1913, sepanjang 10,824 kaki rangkaian perparitan sub-soil I telah dibina di Kuala Lumpur. Jika kejayaan Lembaga ini dilihatdari segi bilangan kes bagi kawasan kediaman Eropah ia boleh dianggap sebagai satu kejayaan kerana pada tahun 1913, kawasan kediaman Eropah di tebing barat Sungai Kelang diisytiharkan bebas dari malaria. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa bandar Kuala Lumpur arnnya turut bebas dari ancaman malaria.

    SBKL boleh dikatakan agak terpencil dalam soal kerja-kerja anti·malaria di dalam kawasannya sendiri, lebih-Iebih lagi setelah pembentukan Lembaga Penasihat Malaria pada tahun 1911 . Sebelum itu, SBKL masih mempunyai hak membuat cadangan atau memohon peruntukan bagi kerja-kerja perparitan anti· malaria di dalam kawasannya sendiri" Selepas pembentukan Lembaga tersebut, semua anggaran perbelanjaan dan permohonan peruntukan kerja-kerja anti· malaria dibuat melalui Lembaga ini. Oi samping itu, terdapat sekumpulan petugas yang digelar Mosquito Brigade. Mereka ini diletakkan secara terns di bawah kawalan Pegawai Kesihatan dan tidak terbabit dengan sebarang arahan SBKL.

    38 SSF. 1665107. A special vote of $200 in connection with the report on malaria. Juga Iihat SBKL Minutes. 19 July 1910.

    110

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, /890-/9/4

    Tugas brigade ini adalah untuk membersihkan parit-parit anti-malaria sella membuat pemeriksaan di sekitar bandar bagi mengesan tempat-tempat pembiakan nyamuk, Oleh itu, pindaan undang-undang SBKL 1911 yang memberi kuasa kepada SBKL untuk menyelaras kerja-kerja anti-malaria di dalam kawasannya tidak membawa apa-apa makna." Hanya tugas mengedar ubat kuinin kepada orang ramai masih di tangan SBKL sedangkan kerja-kerja lain sarna ada dijalankan oleh Lembaga Penasihat Malaria, Jabatan Kerjaraya, ataupun oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

    Pada tahun 1912, SBKL membuat bantahan keras terhadap kedudukannya dalam soal kerja-kerja anti-malaria ini. SBKL membuat kenyataan bahawa kerajaan telah menafikan SBKL sama sekali dalam soal ini sedangkan dari segi undang-undang secara sah sudah ditentukan bahawa SBKL sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas kesihatan awam bagi penduduk di dalam kawasannya.40 Berikutan dari ini, SBKL melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh Lembaga Penasihat Malaria.

    Bagi SBKL, kuasa yang sepatutnya ada pada Lembaga ini adalah sekadar penasihat sahaja tetapi yang jelas ialah Lembaga tersebut telah melebihi had sehingga melampaui tugas-tugas eksekutif.41 SBKL seterusnya menuduh bahawa tumpuan kerja-kerja anti-malaria tidak diarahkan ke kawasan majoriti penduduk tetapi keutamaan diberikan kepada kawasan kediaman pegawai-pegawai kerajaan sedangkan kadar kematian adalah lebih tinggi bagi kawasan tebing timur Sungai Kelang."

    SBKL mengemukakan bukti bahawa kawasan-kawasan seperti kawasan-kawasan yang berhampiran Empangan Pudu, kawasan paya dekat Pudu dan juga kawasan paya berdekatan dengan Jalan Yap Kwang Seng patut diberikan keutamaan atau sekurang-kurangnya mendapat perhatian yang sama seperti kawasan kediaman pegawai-pegawai kerajaan. Bantahan dari SBKL ini telah mendatangkan kesan yang mengejut dari Residen sendiri. Berdasarkan undang-undang kuarantin dan pencegahan penyakit yang terbaru, kuasa dan peranan SBKL dalam soal ini diketepikan sam a sekali. Sebaliknya, kuasa sepenuhnya diserahkan kepada Pegawai Kesihatan dan Pegawai Perubatan Negeri."

    19 SSF 399711 0, Draft 58 by-taws dealing with breedings. 40 SBKL Minutes. 23 March 1912. 41 SSF 1676/12. Recent meeting regarding anti-malarial works. 42 Ibid. 4J SBKLAnnua[ Report. 1913.

    III

  • MALAYSIA dari segi SEJARA H

    JADUAL4

    PERANGKAAN KEMATIAN DlSEBABKAN MALARIA Dl KUALA LUMPUR

    Malaria Kadar Peratus Jumlah Kematian Tahun (orang) Kematian (%) Akibat Penyakit

    1903 373 24.97 1,494

    1904 390 16.85 2,314

    1905 354 21.24 1,667

    1906 245 11 .52 2,127

    1907 381 12.40 3,072

    1908 344 9.02 3,812

    1909 341 12.04 2,832

    1910 456 16.52 2,757

    1911 465 12.40 3,750

    1912 266 7.82 3,400

    1913 314 9.81 3,200

    1914 361 18.33 1,969

    Somber: SBKL Annual Report, 1903-1914. SBKL Health Report, 1903-1914.

    11 2

  • KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, /890-/9/4

    JADUAL5

    KERJA-KERJAPERPARITAN ANTI-MALARIA DI KUALA LUMPUR 1913

    Jenis Kerja

    Kerja-kerja anti-malaria Parit subsoil Parit masonry Saluran dan parit tanah

    Peoimbusan kolam di kald buldt Residency Hill

    Pari! masonry

    Peoimbusan Paya Pari! masonry

    Membuat saliran pada gaung Pari! sub-soil Parit masonry

    Membuat saliran pada alur Pari! sub-soil Pari! masonry

    Peoyelenggaraan (maintenance) kerja-kerja anti-malaria

    Pari! sub-soil

    Jarak dalam kald

    10,824 ) 1,272 )

    25,288 )

    1,594

    908

    2,030 ) 124 )

    4,015 ) 796 )

    9,658

    Sumber: SSF, 265/14 Anti-malarial work done in Selangor.

    113

    Jumlah kos

    18,598.61

    1,254.98

    5,746.04

    1,042.30

    1,399.92

    9,346.23

  • MALAYSIA dari segi SEJARAH

    Rumusan

    lelas pada kita menjelang penghujung abad ke-19 dan pada pennulaan dekad terawal abad ke-20, para pentadbir bandar Kuala Lumpur khususnya SBKL sedang menghadapi masalah pengawalan (problem oJconlrolling) yang serius. Cara lebih tepat, punca masalah ini dapat dilihat dari dua pendekatan iaitu secara sedar dan di luar kesedaran para pentadbirnya. Berdasarkan pendekatan yang pertama didapati punca permasalahan pengawalan adalah disebabkan kepincangan dalam pentadbiran seperti kekurangan kakitangan, konflik berkenaan siapa yang berkuasa dan pergeseran di antara beberapa personaliti penting. Kesannya didapati tindakan-tindakan yang diambil tidak tepatdan sering kelewatan. Dalam pendekatan yang kedua iaitu di luarkesedaran para pentadbirnya, didapati punca permasalahan kawalan sememangnya tidak dapat dielakkan kerana perkembangan peningkatan penduduk secara drastik, kejahilan mengenai penyakit-penyakit Tropika dan keadaan teknologi yang masih di tahap rendah, merupakan aspek-aspek yang tidak mungkin dapat dibendung atau dipermajukan dengan semahunya.

    Kesimpulan

    Sebagai rumusan, seperkara yang harus menjadi ingatan di sini adalah harga bagi sebuah pembangunan itu, kadangkala sememangnya tidak ternilai oleh wang ringgit kerana ia membabitkan beribu nyawa yang terkorban dalam kehidupan kepadatan penduduk yang tinggi,jenis penyakit yang masih belum terjawab oleh penemuan sains serta .litar belakang budaya masyarakat, merupakan faktor-faktor yang sentiasa mencabar pentadbiran SBKL. Faktor yang paling membimbangkan adalah apabila pihak yang terlibat dalam pentadbiran cuba mengambil kesempatan bagi kepentingan golongan tertentu. Umpamanya dalam kes malaria di mana kerja-kerja "Ops-Tiruk" didapati diutamakan kawasan kediaman orang-orang Eropah sahaja. Dengan kata lain, asas bagi pembangunan sesebuah bandartergantung kepada kecekapan institusi yang dipertanggungjawabkan ke atas penjagaan kawalan kesihatan awam kerana ia merupakan pra-syarat sebelum sesuatu sistem dalam masyarakat mampu berkembang.

    114