Kad Bacaan Mudah

5
Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari- pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

description

 

Transcript of Kad Bacaan Mudah

Page 1: Kad Bacaan Mudah

Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula

kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya

sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak

besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu,

giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya.

Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut

kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak

emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Page 2: Kad Bacaan Mudah

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya

daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera

beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi

"Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang

Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di

situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di

tepi sungai dan ia mula menghitung dengan

menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku

ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah

sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.

Page 3: Kad Bacaan Mudah

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak.

Page 4: Kad Bacaan Mudah

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu.

Page 5: Kad Bacaan Mudah