Kad Kredit-i - BNM

33
Diterbitkan pada: 2 Julai 2019 BNM/RH/PD 036-1 Kad Kredit-i

Transcript of Kad Kredit-i - BNM

Page 1: Kad Kredit-i - BNM

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019 BNM/RH/PD 036-1

Kad Kredit-i

Page 2: Kad Kredit-i - BNM

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

Isi kandungan BAHAGIAN A TINJAUAN KESELURUHAN ........................................................... 1

1 Pengenalan ......................................................................................... 1 2 Penggunaan dan skop ........................................................................ 1 3 Peruntukan perundangan .................................................................... 1 4 Tarikh kuat kuasa ................................................................................ 2 5 Tafsiran ............................................................................................... 2 6 Instrumen perundangan dan dokumen dasar yang berkaitan ............. 3 7 Dokumen dasar yang digantikan ......................................................... 4

BAHAGIAN B AMALAN PERNIAGAAN ................................................................. 5

8 Konsep Syariah ................................................................................... 5 9 Keperluan umur dan pendapatan minimum ........................................ 6 10 Simpanan deposit tetap ...................................................................... 7 11 Pembayaran balik bulanan minimum .................................................. 7 12 Penukaran baki secara automatik ....................................................... 8 13 Prinsip panduan bagi fi dan caj ........................................................... 9 14 Struktur keuntungan atau fi mengikut kumpulan ............................... 10 15 Liabiliti pemegang kad tambahan ..................................................... 11 16 Liabiliti transaksi tanpa kebenaran .................................................... 11 17 Peringkat sebelum kontrak ................................................................ 13 18 Pada peringkat membuat kontrak ..................................................... 14 19 Sepanjang tempoh kontrak ............................................................... 17 20 Iklan .................................................................................................. 19 21 Amalan pemasaran ........................................................................... 20 22 Kad/pendahuluan kredit/kenaikan had kredit yang tidak diminta ...... 22 23 Kutipan hutang .................................................................................. 23 24 Maklumat pemegang kad .................................................................. 23 25 Pengurusan aduan ............................................................................ 23 26 Penggunaan kad kredit untuk kegiatan yang menyalahi undang-

undang ............................................................................................ 24 Lampiran 1 Pernyataan amaran bagi bayaran minimum ..................................... 25 Lampiran 2 Contoh ilustrasi standard mengenai tempoh membayar baki hutang

yang belum dijelaskan....................................................................... 25 Lampiran 3 Penzahiran minimum dalam penyata bulanan .................................. 26 Lampiran 4 Penyata bayaran balik bulanan minimum ......................................... 27 Lampiran 5 Lembaran Penzahiran Produk – Kad Kredit-i .................................... 28 Lampiran 6 Contoh perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat serta fi dan caj yang

dibenarkan ke atas kad kredit-i berasaskan ujrah ............................. 31

Page 3: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 1 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

BAHAGIAN A TINJAUAN KESELURUHAN 1 Pengenalan 1.1 Kad kredit merupakan kad bayaran yang paling meluas digunakan di Malaysia.

Secara purata, 349 juta transaksi dilaksanakan menggunakan kad kredit setiap tahun sejak sedekad yang lalu.

1.2 Memandangkan pentingnya kad kredit sebagai instrumen pembayaran, dokumen dasar ini telah ditambah baik untuk menggalakkan pemberian pinjaman kad kredit-i yang bertanggungjawab di samping menggalakkan disiplin kewangan yang lebih kukuh dalam kalangan pengguna kewangan selain menyediakan saluran kepada pengguna yang mudah terjejas untuk mempercepat penyelesaian hutang kad kredit mereka.

2 Penggunaan dan skop 2.1 Dokumen dasar ini terpakai bagi semua pengeluar kad kredit-i.

2.2 Keperluan dalam dokumen dasar ini terpakai bagi produk kad kredit-i yang

ditawarkan kepada: (a) individu; (b) perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS); dan (c) pemegang kad korporat, kecuali perenggan 9, 10 dan 12 yang tidak terpakai bagi produk kad kredit-i yang dikeluarkan kepada PKS dan pemegang kad korporat.

2.3 Keperluan dalam perenggan 13 dan perenggan 15 hingga 23 hanya terpakai bagi produk kad kredit-i yang ditawarkan kepada individu, dan perusahaan mikro dan kecil. Walau bagaimanapun, pengeluar kad digalakkan supaya menerima pakai piawaian yang sama seperti di bawah perenggan-perenggan ini bagi kad kredit-i yang ditawarkan kepada perusahaan sederhana dan besar.

3 Peruntukan perundangan 3.1 Keperluan dalam dokumen dasar ini ditetapkan menurut:

(a) Seksyen 22(2), 29(2), 43(1), 57(1), 76(3) dan 135(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act 2013, IFSA);

(b) Seksyen 18(2) dan 49 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA); dan

(c) Seksyen 33E, 41 dan 42(C)(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Development Financial Institutions Act 2002, DFIA).

3.2 Panduan dalam dokumen dasar ini dikeluarkan menurut Seksyen 277 IFSA,

Seksyen 266 FSA dan Seksyen 126 DFIA.

Page 4: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 2 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

4 Tarikh kuat kuasa 4.1 Dokumen dasar ini berkuat kuasa pada 2 Julai 2019, kecuali keperluan di

bawah: (a) perenggan 11.1 hingga 11.3 yang berkuat kuasa pada 2 Oktober 2019;

dan (b) perenggan 12.1 hingga 12.4 yang berkuat kuasa pada 2 Januari 2020.

5 Tafsiran 5.1 Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam dokumen dasar ini hendaklah

mempunyai makna yang sama dengan yang diberikan kepadanya dalam IFSA, FSA dan DFIA, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam dokumen dasar ini.

5.2 Bagi tujuan dokumen dasar ini-

“S” menandakan suatu piawaian, kewajipan, keperluan, spesifikasi, arahan, syarat dan sebarang peruntukan tafsiran, tambahan dan peralihan yang mesti dipatuhi. Ketidakpatuhan boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan; “G’’ menandakan panduan yang mungkin mengandungi pernyataan atau maklumat yang bertujuan menggalakkan pemahaman umum dan nasihat atau saranan yang digalakkan untuk diterima pakai; “pemeroleh” merujuk mana-mana orang yang telah didaftarkan oleh Bank Negara Malaysia (Bank) di bawah seksyen 18(1) FSA untuk menyediakan perkhidmatan pemerolehan dagang; “pelan pindahan baki” merujuk pelan yang membenarkan pemegang kad untuk memindahkan baki hutang daripada akaun kad kredit-i sedia ada dengan pengeluar kad lain kepada akaun kad kredit-i pengeluar kad yang menawarkan pelan pindahan baki itu, dan pemegang kad hendaklah membayar pengeluar kad secara ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan; “kad kredit-i” merujuk instrumen pembayaran Islamik yang ditetapkan yang menyediakan kemudahan kredit atau pembiayaan menurut prinsip Syariah yang diberikan oleh pengeluar kad kepada pemegang kad dan apabila apa-apa jumlah kredit atau pembiayaan yang digunakan oleh pemegang kad masih belum diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan, jumlah yang belum diselesaikan boleh dikenakan ibra’ yang kurang daripada pengeluar kad; “pelan bayaran mudah” bermaksud kemudahan yang ditawarkan kepada pemegang kad untuk membayar pengeluar kad secara ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan untuk: (i) pembelian barangan atau perkhidmatan daripada peniaga yang mempunyai hubungan perniagaan dengan pengeluar

Page 5: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 3 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

kad; (ii) pembayaran balik baki hutang kad kredit-i yang belum dijelaskan; atau (iii) pinjaman tunai yang diambil daripada kemudahan kredit dalam kad kredit-i; “institusi kewangan” merujuk mana-mana orang yang diberi lesen di bawah IFSA atau FSA, atau institusi yang ditetapkan di bawah DFIA; “pengeluar kad” merujuk pihak yang telah mendapatkan kelulusan daripada Bank di bawah seksyen 11 IFSA atau seksyen 15 FSA untuk mengeluarkan kad kredit-i; “perusahaan mikro, kecil dan sederhana” mempunyai maksud yang sama seperti yang diberikan dalam pemberitahuan Definition of Small and Medium Enterprises (SMEs) yang dikeluarkan oleh Bank (BNM/RH/NT 028-51); dan “wakil” dan “ejen” merujuk mana-mana individu atau syarikat yang bertindak bagi pihak pengeluar atau pemeroleh kad.

6 Instrumen perundangan dan dokumen dasar yang berkaitan 6.1 Dokumen dasar ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan mana-mana

instrumen perundangan dan dokumen dasar yang dikeluarkan oleh Bank, khususnya- (a) Notification on Definition of Small and Medium Enterprises (SMEs) yang

diterbitkan pada 27 Disember 2017 (BNM/RH/NT 028-51); (b) Policy document on Tawarruq yang diterbitkan pada 28 Disember 2018

(BNM/RH/PD 028-8); (c) Policy document on Qard yang diterbitkan pada 26 Februari 2018

(BNM/RH/PD 028-7); (d) Policy Document on Responsible Financing yang diterbitkan pada 6 Mei

2019 (BNM/RH/PD 028-79); (e) Guidelines on Imposition of Fees and Charges on Financial Products and

Services yang diterbitkan pada 10 Mei 2012 (BNM/RH/GL 016-2); (f) Guidelines on Product Transparency and Disclosure yang diterbitkan

pada 31 Mei 2013 (BNM/RH/GL 000-3); (g) Circular on Fair Debt Collection Practices yang diterbitkan pada 10

September 2007 (BNM/RH/CIR 013-1); (h) Policy Document on Management of Customer Information and Permitted

Disclosures yang diterbitkan pada 17 Oktober 2017 (BNM/RH/PD 028-65);

(i) Guidelines on Complaints Handling yang diterbitkan pada 1 Februari 2010 (BNM/RH/GL 000-4);

(j) Circular on Managing Risks of Electronic Banking, Direct Debit and Risks Associated with Payment Instruments yang diterbitkan pada 24 Disember 2014 (BNM/RH/CIR 028-6); dan

(k) Policy Document on Outsourcing yang diterbitkan pada 28 Disember 2018 (BNM/RH/PD 028-93).

Page 6: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 4 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

7 Dokumen dasar yang digantikan

7.1 Dokumen dasar ini menggantikan Policy Document on Credit Card-i yang diterbitkan pada 2 Disember 20161.

1 Policy Document on Credit Card-i yang diterbitkan pada 2 Disember 2016 menggantikan garis panduan dan

dokumen dasar yang disenaraikan di bawah: (i) Guidelines on Credit Card-i yang diterbitkan pada 18 Mac 2011; dan (ii) Policy document on Credit Card-i yang diterbitkan pada 28 Februari 2014.

Page 7: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 5 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

BAHAGIAN B AMALAN PERNIAGAAN A. KONSEP SYARIAH YANG DIBENARKAN UNTUK KAD KREDIT-i

8 Konsep Syariah

S 8.1

Pengeluar kad hendaklah mewujudkan proses, mekanisme dan perlindungan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa kad kredit-i tidak digunakan untuk transaksi yang tidak mematuhi Syariah.

S 8.2 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa aqad dilafazkan, sama ada secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa cara yang diiktiraf oleh Syariah, apabila terdapat perubahan dalam had kredit.

S 8.3 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa kad kredit-i yang berasaskan penggunaan Tawarruq atau Ujrah adalah selaras dengan dokumen dasar Tawarruq atau Qard masing-masing. Bagi konsep Syariah baharu yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), pengeluar kad hendaklah mematuhi dokumen dasar yang terpakai mengenai kontrak Syariah yang diterbitkan oleh Bank atau keputusan yang dibuat oleh MPS.

S 8.4 Pengeluar kad hendaklah mendapatkan kelulusan Bank sebelum mengubah konsep asas Syariah bagi struktur kad kredit-i.

Kad kredit-i berasaskan Tawarruq

S

8.5

Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat am berikut mengenai penggunaan konsep tawarruq bagi kad kredit-i dipatuhi: (a) Pengeluar kad membeli komoditi yang dikenal pasti daripada broker

komoditi dan menjual komoditi tersebut pada harga yang disetujui (kos campur keuntungan) pada asas tertangguh kepada pemegang kad;

(b) Pemegang kad seterusnya menjual komoditi itu kepada broker komoditi yang lain pada kos dan asas semerta (spot basis) melalui pengeluar kad sebagai ejen yang dilantik;

(c) Hasil daripada jualan komoditi tersebut hendaklah dijadikan had kredit bagi pemegang kad untuk kegunaannya; dan

(d) Pengeluar kad hendaklah mengenakan caj untung benar kepada pemegang kad berdasarkan penggunaan had kredit oleh pemegang kad dan mestilah memberikan ibra’ (rebat) kepada pemegang kad untuk bahagian yang tidak digunakan.

Kad kredit-i berasaskan Ujrah

S 8.6 Di bawah konsep ujrah, pengeluar kad hendaklah menyediakan perkhidmatan,

manfaat dan keistimewaan yang dikenal pasti kepada pemegang kad sebagai pertukaran untuk suatu fi.

G 8.7 Had kredit kad kredit-i boleh ditentukan berasaskan qard (pinjaman), contohnya, untuk pembelian runcit atau pengeluaran tunai atau apa-apa cara

Page 8: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 6 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

penggunaan seperti yang ditetapkan oleh pengeluar kad dari semasa ke semasa.

S 8.8 Pengeluar kad mesti memastikan bahawa syarat-syarat am berikut mengenai penggunaan konsep ujrah bagi kad kredit-i dipatuhi: (a) Ujrah (fi) boleh dikenakan ke atas kad kredit-i. Fi2 dikenakan ke atas

perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat yang dibenarkan dalam Syariah;

(b) Ujrah (fi) mesti merupakan jumlah yang tetap dan tidak boleh berdasarkan had kredit. Jumlah fi yang dikenakan mestilah berdasarkan jenis kad kredit-i (platinum, emas atau perak) dan bukan had kredit;

(c) Pengenaan ujrah (fi) ke atas perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan tidak boleh mengandungi apa-apa unsur riba. Perkara ini terpakai dalam konteks yang berikut: (i) Ujrah (fi) mesti dikenakan ke atas perkhidmatan, manfaat dan

keistimewaan yang mematuhi Syariah sahaja. Ujrah (fi) tidak boleh dikenakan ke atas pembayaran pinjaman yang dilanjutkan, kelewatan membayar pinjaman atau pertukaran tunai dengan tunai pada nilai yang berbeza (perkhidmatan cash back);

(ii) Bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan pemberian pinjaman, kelewatan menyelesaikan pinjaman dan perkhidmatan cash back, pengeluar kad hanya dibenarkan untuk mengenakan caj untuk kos langsung yang ditanggung dalam penyediaan perkhidmatan itu. Antara perkhidmatan dalam kategori ini termasuklah perkhidmatan pengeluaran tunai dan perkhidmatan runcit; dan

(d) Ujrah (fi) sebenar mestilah berdasarkan penggunaan oleh pemegang kad dan pengeluar kad mesti memberikan ibra’ (rebat) kepada pemegang kad untuk bahagian yang tidak digunakan daripada jumlah ujrah (fi).

B. KEPERLUAN KELAYAKAN, PEMBAYARAN BULANAN MINIMUM DAN

PENUKARAN BAKI SECARA AUTOMATIK 9 Keperluan umur dan pendapatan minimum

S 9.1

Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad utama berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan mempunyai pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM24,000 setahun.

S 9.2 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa sekatan berikut terpakai bagi pemegang kad utama yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang: (a) pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar

kad3 sahaja; dan (b) had kredit maksimum yang diberikan oleh setiap pengeluar kad kepada

pemegang kad hendaklah dua kali pendapatan bulanannya. Perkara ini terpakai bagi pemegang kad sedia ada dan pemegang kad baharu.

2 Rujuk Lampiran 6 untuk contoh perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat serta fi dan caj yang dibenarkan

untuk kad kredit-i berasaskan ujrah. 3 Merujuk kedua-dua pengeluar kad kredit konvensional dan kad kredit-i.

Page 9: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 7 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

S 9.3 Keperluan pendapatan di bawah perenggan 9.1 dan sekatan di bawah perenggan 9.2 tidak terpakai bagi pesara. Pengeluar kad hendaklah menilai kelayakan kredit pesara berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pengeluar kad, yang termasuk penilaian kemampuan seperti yang ditetapkan dalam dokumen dasar Responsible Financing.

10 Simpanan deposit tetap

S 10.1 Pengeluar kad yang ingin mengeluarkan kad kredit-i kepada seseorang yang tidak boleh membuktikan pendapatan tahunannya, tetapi memenuhi keperluan umur minimum, hendaklah meminta pemohon menyimpan deposit tetap yang jumlahnya bersamaan dengan had kredit yang diberikan kepadanya.

S 10.2 Deposit tetap itu hendaklah disimpan dengan pengeluar kad. Bagi pengeluar kad yang bukan institusi kewangan, deposit tetap itu hendaklah disimpan dengan institusi kewangan yang memberikan kemudahan kredit kepada pemegang kad.

S 10.3 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa deposit tetap itu dikekalkan sepanjang tempoh kemudahan kad kredit-i itu sedia ada.

11 Pembayaran balik bulanan minimum

S 11.1 Pengeluar kad perlulah menghendaki pemegang kad kredit supaya membuat pembayaran balik bulanan minimum yang merangkumi: (a) sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah baki hutang yang belum

dijelaskan; (b) jumlah ansuran bulanan mengikut apa-apa kontrak pelan bayaran mudah

(easy payment plan, EPP) dan pelan pindahan baki (balance transfer plan, BTP); dan

(c) ansuran bulanan bagi pinjaman bertempoh mengikut apa-apa kontrak pelan penukaran baki secara automatik (automatic balance conversion, ABC) seperti dalam perenggan 12.1.

S 11.2 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa keperluan dalam perenggan

11.1(b) terpakai bagi EPP dan BTP yang didaftar oleh pemegang kad mulai 2 Oktober 2019.

S 11.3 Untuk memastikan keperluan dalam perenggan 11.1 dilaksanakan dengan lancar, pengeluar kad hendaklah: (a) mewujudkan kesedaran mengenai keperluan tersebut di laman

sesawangnya dan menghantar pemberitahuan kepada setiap pemegang kad sedia ada (sama ada secara bertulis atau melalui saluran elektronik) mengenai keperluan tersebut sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh kuat kuasa seperti yang ditetapkan dalam perenggan 4.1;

(b) menyatakan dengan jelas keperluan itu, serta terma dan syaratnya dalam Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet, PDS);

(c) melatih kakitangan barisan hadapannya untuk menerangkan dengan jelas kepada pemegang kad mengenai keperluan itu dan implikasinya; dan

(d) memberikan peringatan kepada peniaga EPP supaya memaklumkan

Page 10: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 8 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

kepada pemegang kad semasa mereka mendaftar untuk EPP.

S 11.4 Dalam keadaan bayaran yang diterima daripada pemegang kad adalah sama dengan atau kurang daripada pembayaran bulanan minimum seperti yang dinyatakan dalam perenggan 11.1, pengeluar kad tidak boleh memperuntukkan lebih 30% daripada bayaran itu untuk menyelesaikan bahagian keuntungan atau fi untuk baki.

S 11.5 Pengeluar kad hendaklah memperuntukkan bayaran yang diterima daripada pemegang kad untuk menyelesaikan baki (item yang tertera dalam penyata) mengikut kadar keuntungan atau fi, dengan item yang mempunyai kadar keuntungan atau fi tertinggi dibayar dahulu.

G 11.6 Untuk menggambarkan bagaimana perenggan 11.4 dan 11.5 harus dilaksanakan, andaikan bahawa pembayaran bulanan minimum berjumlah RM300 dan pemegang kad membuat bayaran sebanyak RM450. Pengeluar kad boleh memperuntukkan tidak lebih 30% daripada RM300 itu (iaitu RM90) untuk menyelesaikan bahagian keuntungan atau fi. Baki yang berjumlah RM360 itu mesti diperuntukkan untuk membayar dahulu item-item dalam penyata yang mempunyai kadar keuntungan atau fi yang tertinggi.

S 11.7 Pengeluar kad hendaklah memberi pemegang kad tempoh tangguh sekurang-kurangnya 4 hari kalendar selepas tarikh akhir perlu dibayar. Hal ini adalah untuk mencakupi tarikh akhir perlu dibayar yang jatuh pada hujung minggu atau cuti umum.

12 Penukaran baki secara automatik

S 12.1 Pengeluar kad hendaklah menerima pakai penukaran baki secara automatik (Automatic Balance Conversion, ABC) bagi pemegang kad yang mudah terjejas (vulnerable) seperti yang ditetapkan dalam perenggan 12.2 dengan menukarkan baki hutang kad kredit-inya kepada pembiayaan bertempoh 3 tahun, pada kadar faedah efektif yang tidak melebihi 13% setahun.

S 12.2 Bagi tujuan perenggan 12.1, pengeluar kad perlu menerima pakai keterangan yang berikut bagi pemegang kad yang mudah terjejas, iaitu pemegang kad yang: (a) mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM5,000; (b) menunjukkan trend pembayaran berulang (consistent revolver) sepanjang

12 bulan yang lalu; dan (c) telah membuat purata pembayaran balik baki hutang sebanyak 10% atau

kurang sejak 12 bulan yang lalu.

S 12.3 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa keperluan ABC yang berikut dipatuhi: (a) pemegang kad diberi tempoh bertenang selama 30 hari untuk keluar

daripada tawaran penukaran pertama ABC tanpa perlu menanggung apa-apa penalti;

(b) untuk tawaran penukaran seterusnya, pemegang kad diberi pilihan untuk menolak tawaran sebelum penukaran bermula;

(c) baki hutang yang ditukarkan kepada pembiayaan bertempoh dikira sebagai

Page 11: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 9 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

sebahagian daripada had kredit kad kredit-i tersebut. Had kredit ini akan kembali semula ke jumlah asalnya hanya setelah pembiayaan bertempoh itu dibayar balik sepenuhnya;

(d) ansuran bulanan pembiayaan bertempoh mesti dibayar sepenuhnya, sebagai sebahagian daripada pembayaran balik bulanan minimum yang perlu dibuat; dan

(e) apabila pemegang kad menyelesaikan pembiayaan bertempoh secara awal, pengeluar kad hendaklah memberikan rebat jika berkenaan, tanpa mengenakan apa-apa caj.

S 12.4 Bagi tujuan memastikan perenggan 12.1 hingga 12.3 dilaksanakan dengan lancar, pengeluar kad hendaklah: (a) memaklumkan kepada pemegang kad yang mudah terjejas (secara

bertulis atau melalui saluran elektronik) mengenai ABC sekurang-kurangnya dua bulan sebelum penukaran pertama. Perkara ini termasuk menyediakan pautan di laman sesawang pengeluar kad kepada laman sesawang umum yang mengandungi maklumat lanjut mengenai program ABC;

(b) memaklumkan kepada pemegang kad yang mudah terjejas yang telah didaftarkan dalam program ABC sekurang-kurangnya 30 hari sebelum setiap penukaran. Bagi penukaran pertama, pengeluar kad hendaklah memaklumkan dengan jelas kepada pemegang kad yang mudah terjejas mengenai tempoh bertenang 30 hari; dan

(c) memberikan semua maklumat penting mengenai ABC dalam PDS yang berkaitan dan juga semua terma dan syaratnya.

C. FI DAN CAJ

13 Prinsip panduan bagi fi dan caj

S 13.1 Bagi transaksi melebihi had, pengeluar kad hendaklah mendapatkan persetujuan yang nyata daripada semua pemegang baharu kad kredit semasa permohonan dibuat, dengan penzahiran yang jelas mengenai caj yang berkaitan. Bagi semua pemegang kad sedia ada, persetujuan yang nyata hendaklah diperoleh daripada saluran yang sesuai, seperti surat, secara elektronik, telefon atau daripada pemegang kad itu sendiri, dengan penzahiran yang jelas mengenai caj yang berkaitan.

G 13.2 Perenggan 13.1 tidak terpakai bagi transaksi yang berikut: (a) transaksi yang menggunakan proses stand-in; (b) keuntungan atau fi yang dikenakan oleh pengeluar kad; dan (c) transaksi auto-debit.

S 13.3 Pengeluar kad tidak boleh mengenakan fi melebihi had apabila akaun pemegang kad melebihi had kredit disebabkan oleh perkara (a) dan (b) dalam perenggan 13.2 atau jika had kredit yang berlebihan itu adalah akibat daripada penangguhan pengesahan sementara yang ditetapkan oleh peniaga.

Page 12: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 10 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

14 Struktur keuntungan atau fi mengikut kumpulan

S 14.1 Pengeluar kad hendaklah melaksanakan struktur keuntungan atau fi mengikut kumpulan bagi semua kad kredit-i berdasarkan kategori risiko yang berbeza.

Kategori risiko

S 14.2 Di bawah struktur keuntungan atau fi mengikut kumpulan, pengeluar kad hendaklah mengkategorikan pemegang kad kredit ke dalam kumpulan yang berikut: (a) Kumpulan I: Pemegang kad yang menyelesaikan bayaran minimum tepat

pada masanya selama 12 bulan berturut-turut; (b) Kumpulan II: Pemegang kad yang membuat bayaran minimum tepat pada

masanya untuk 10 bulan atau lebih dalam kitaran 12 bulan; dan (c) Kumpulan III: Pemegang kad yang tidak termasuk dalam mana-mana

kategori di atas.

G 14.3 Dengan merujuk perenggan 14.2, pengeluar kad, semasa membuat penilaian risiko pemegang kad, boleh menetapkan keperluan yang lebih fleksibel, contohnya, kurang daripada 12 bulan berturut-turut atau kurang daripada 10 bulan masing-masing untuk Kumpulan I dan Kumpulan II.

Kadar keuntungan atau fi

S 14.4 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa keuntungan atau fi yang dikenakan ke atas transaksi runcit dan pengeluaran tunai sahaja dan pengeluar kad hendaklah memberikan ibra’ (rebat) kepada pemegang kad untuk bahagian yang tidak digunakan daripada jumlah keuntungan atau fi. Selain itu, pengeluar kad mesti mematuhi keperluan yang berikut: (a) Kadar keuntungan atau fi untuk transaksi runcit hendaklah dihadkan

seperti yang berikut: (i) Kumpulan I: Maksimum 1.25% sebulan, iaitu bersamaan dengan

15% setahun, daripada jumlah baki hutang; (ii) Kumpulan II: Maksimum 1.42% sebulan, iaitu bersamaan dengan

17% setahun, daripada jumlah baki hutang; dan (iii) Kumpulan III: Maksimum 1.5% sebulan, iaitu bersamaan dengan

18% setahun, daripada jumlah baki hutang. (b) Kadar keuntungan atau fi untuk transaksi pengeluaran tunai tidak boleh

melebihi 1.5% maksimum sebulan, iaitu bersamaan dengan 18% setahun.

S 14.5 Merujuk perenggan 14.4, pengeluar kad tidak boleh mengenakan keuntungan atau fi untuk bahagian baki yang belum dijelaskan yang berkaitan dengan keuntungan atau fi yang dibawa ke hadapan daripada penyata sebelumnya.

S 14.6 Jika pemegang kad tidak mempunyai apa-apa baki yang dibawa ke hadapan dalam akaun kad kredit-i kepunyaanya, pengeluar kad tidak boleh mengenakan keuntungan atau fi sekurang-kurangnya 20 hari kalendar dari tarikh penyata bagi semua transaksi runcit yang dibayar dengan kad kredit-i itu.

G 14.7 Pengeluar kad boleh turut memberikan manfaat yang tertera dalam perenggan

Page 13: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 11 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

14.6 kepada semua pemegang kad tanpa mengira kedudukan akaun mereka.

Caj bayaran lewat

G 14.8 Pengeluar kad boleh mengenakan caj bayaran lewat untuk bayaran yang tidak diterima selepas tarikh akhir perlu dibayar seperti yang dinyatakan dalam perenggan 14.7.

S 14.9 Caj bayaran lewat hanya boleh terpakai bagi transaksi runcit dan pendahuluan tunai. Caj bayaran lewat hendaklah pada kadar 1% daripada baki hutang atau RM100, yang mana lebih rendah. Jika pengeluar kad ingin menetapkan caj bayaran lewat minimum, caj itu tidak boleh melebihi RM10. Pengeluar kad hendaklah meletakkan caj lebihan itu dalam akaun gharamah jika caj yang dikenakan melebihi kos sebenar yang ditanggung.

S 14.10 Pengeluar kad juga harus mempertimbangkan sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pemegang kad dan membenarkan pemegang kad melanjutkan pembayaran atau mengurangkan caj bayaran lewat sekiranya perlu.

S 14.11 Caj bayaran lewat dan caj keuntungan bulanan tidak boleh dikompaun.

D. LIABILITI

15 Liabiliti pemegang kad tambahan

S 15.1 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad

tambahan, sama ada bersama-sama atau secara berasingan, bagi pembayaran hutang pemegang kad utama atau pemegang kad tambahan yang lain.

16 Liabiliti transaksi tanpa kebenaran

S 16.1 Pengeluar kad hendaklah menyediakan kaedah yang berkesan dan mudah termasuklah mempunyai nombor telefon khusus yang boleh dirujuk oleh pemegang kad untuk memaklumkan kepada pengeluar kad mengenai apa-apa kehilangan, kecurian atau penggunaan kad kredit-i tanpa kebenaran. Pengeluar kad juga hendaklah melaksanakan prosedur untuk mengakui penerimaan dan pengesahan pemberitahuan kehilangan, kecurian atau penggunaan kad kredit-i tanpa kebenaran.

S 16.2 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad

bagi transaksi menggunakan kad yang dibuat tanpa kebenaran (card-present unauthorised transactions) yang memerlukan pengesahan nombor pengenalan diri (personal identification number, PIN), melainkan pengeluar kad boleh membuktikan bahawa pemegang kad telah: (a) melakukan penipuan; (b) lewat memaklumkan kepada pengeluar kad sebaik sahaja menyedari kad

kredit-i telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran; (c) secara sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau

Page 14: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 12 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

(d) mencatatkan PIN pada kad kredit-i, atau pada apa-apa barang yang disimpan berdekatan dengan kad kredit-i yang boleh hilang atau dicuri bersama-sama dengan kad.

S 16.3 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad bagi transaksi menggunakan kad yang dibuat tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan tandatangan atau penggunaan kad tanpa sentuhan, melainkan pengeluar kad boleh membuktikan bahawa pemegang kad telah: (a) melakukan penipuan; (b) lewat memaklumkan kepada pengeluar kad sebaik sahaja menyedari kad

kredit-i telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran; (c) meninggalkan kad kredit-i atau apa-apa barang yang mengandungi kad

kredit-i tanpa pengawasan, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain, melainkan di tempat kediaman pemegang kad sendiri. Walau bagaimanapun, pemegang kad dikehendaki untuk memelihara kad kredit-i mereka dengan sewajarnya walaupun berada di tempat kediaman sendiri; atau

(d) secara sukarela membenarkan orang lain untuk menggunakan kad kredit-i mereka.

S 16.4 Pengeluar kad mesti memastikan bahawa siasatan yang sewajarnya dijalankan

ke atas semua transaksi tanpa kebenaran. Apa-apa keputusan untuk memindahkan liabiliti transaksi tanpa kebenaran mestilah disokong oleh bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa salah satu daripada syarat yang ditetapkan dalam perenggan 16.2 atau 16.3 telah dipenuhi.

S 16.5 Pengeluar kad hendaklah mempunyai proses yang jelas untuk merekodkan apa-apa pemberitahuan mengenai kad kredit-i yang hilang, dicuri atau digunakan tanpa kebenaran dan mengambil tindakan dengan serta-merta selepas menerima pemberitahuan daripada pemegang kad, bagi mengelakkan kad kredit-i itu daripada digunakan seterusnya. Pemegang kad tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa transaksi tanpa kebenaran yang dibuat dengan kad kredit-i itu setelah pemegang kad memaklumkan kepada pengeluar kad secara lisan atau bertulis mengenai kad kredit-i yang hilang, dicuri atau digunakan tanpa kebenaran.

S 16.6 Pengeluar kad tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas pemegang kad atas kerugian yang dialami jika punca kerugian itu disebabkan oleh mana-mana perkara yang berikut: (a) kegagalan pengeluar kad untuk menghantar peringatan kepada pemegang

kad seperti keperluan dalam perenggan 18.10 dan 19.6(a); (b) kegagalan pengeluar kad untuk menyediakan talian khidmat pelanggan

yang beroperasi sepanjang masa untuk pemegang kad memaklumkan pengeluar kad mengenai apa-apa kehilangan, kecurian atau penggunaan kad kredit-i tanpa kebenaran;

(c) kerosakan teknikal atau apa-apa kelemahan lain dalam sistem atau peralatan pengeluar kad;

(d) kelemahan dalam ciri keselamatan dan kawalan yang digunakan oleh pengeluar kad;

(e) transaksi yang melibatkan penggunaan kad kredit palsu;

Page 15: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 13 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

(f) bagi transaksi yang memerlukan pengesahan PIN, transaksi yang berlaku sebelum pemegang kad menerima PIN atau mengubah PIN tetapan asal (default) buat kali pertama;

(g) penipuan atau kecuaian oleh kakitangan atau ejen pengeluar kad atau peniaga; atau

(h) transaksi, tidak termasuk transaksi berulang, yang berlaku setelah pemegang kad memaklumkan kepada pengeluar kad mengenai kehilangan, kecurian atau penggunaan kad kredit-i tanpa kebenaran.

E. KEPERLUAN PENZAHIRAN DAN KETELUSAN

17 Peringkat sebelum kontrak

S 17.1 Pengeluar kad hendaklah menyediakan PDS (mengikut format yang disediakan

dalam Lampiran 5) yang mengandungi maklumat penting untuk pemegang kad membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi. PDS hendaklah disediakan sebelum pemegang kad mendaftar untuk kad kredit-i, dan pada peringkat membuat kontrak jika terdapat perubahan ketara dalam maklumat. Pengeluar kad juga hendaklah memastikan bahawa PDS disediakan dalam Bahasa Malaysia, jika diminta.

S 17.2 Ciri-ciri asas (a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad mengenai

ciri-ciri utama kad kredit-i itu, termasuk konsep asas Syariah di sebalik kad kredit-i tersebut.

S 17.3 Kadar keuntungan atau fi, dan caj lain

(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad bahawa kadar keuntungan dan fi akan dikenakan jika apa-apa jumlah baki hutang kad kredit-i yang tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh akhir perlu dibayar; dan

(b) Pengeluar kad juga hendaklah menzahirkan kepada pemegang kad dalam PDS mengenai semua fi dan caj yang dikenakan berkaitan dengan kad kredit-i, serta jumlah dan kekerapan bayaran. Perkara ini termasuk fi tahunan bagi pemegang kad utama serta pemegang kad tambahan dan fi transaksi bagi pengeluaran tunai.

S 17.4 Simpanan kolateral

(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad yang boleh memenuhi keperluan kelayakan minimum tetapi tidak boleh memberikan dokumen sebagai bukti pendapatan, mengenai keperluan simpanan tetap yang jumlahnya perlu bersamaan dengan had kredit, sebagai kolateral; dan

(b) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad bahawa deposit tetap itu hendaklah disimpan sepanjang kemudahan kad kredit-i itu disediakan.

Page 16: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 14 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

S 17.5 Barangan promosi (a) Pemegang kad hendaklah diberitahu mengenai syarat-syarat yang

dikenakan untuk apa-apa barangan promosi dan kesannya apabila tidak mematuhi syarat tersebut, jika ada.

S 17.6 Penzahiran oleh pengantara

(a) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan pemasaran menerangkan dengan jelas mengenai terma dan syarat utama produk kad kredit-i yang ditawarkan, terutama sekali produk yang mengenakan liabiliti atau kewajipan ke atas pemegang kad serta fi dan caj yang dikenakan.

18 Pada peringkat membuat kontrak

S 18.1 Terma dan syarat

(a) Pengeluar kad hendaklah sentiasa menyediakan terma dan syarat bertulis mengenai penggunaan kad kredit-i untuk pemegang kad. Dokumen itu hendaklah mengandungi keterangan yang jelas dan ringkas mengenai terma dan syarat utama yang meletakkan tanggungjawab atau kewajipan ke atas pemegang kad (pemegang kad utama dan tambahan). Terma tersebut hendaklah diterangkan dalam bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pemegang kad;

(b) Pengeluar kad hendaklah menasihati pemegang kad supaya membaca dan memahami terma dan syarat sebelum menandatangani perjanjian dan menggunakan kad kredit-i. Pengeluar kad hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menarik perhatian pemegang kad terhadap terma yang mempunyai implikasi terhadap liabiliti; dan

(c) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa kakitangan perkhidmatan pelanggan serta wakil jualan dan pemasaran boleh menjawab soalan mengenai terma dan syarat kad kredit-i. Nombor talian khidmat pelanggan hendaklah dipaparkan dalam brosur, penyata bil bulanan, laman sesawang dan di belakang kad kredit-i.

S 18.2 Terma pembayaran balik (a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad

mengenai bayaran bulanan minimum dan memastikan pemegang kad mengambil perhatian terhadap kesan daripada pembayaran balik sebahagian daripada hutang atau hanya membuat bayaran bulanan minimum.

(b) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan pemegang kad mengenai bahagian bayaran yang dibuat yang akan diperuntukkan bagi menyelesaikan keuntungan atau fi dan baki hutang.

S 18.3 Caj bayaran lewat (a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad

mengenai caj bayaran lewat yang dikenakan jika pemegang kad gagal membayar sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum atau pada tarikh akhir perlu dibayar; dan

Page 17: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 15 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

(b) Pengeluar kad hendaklah menzahirkan bila caj bayaran lewat akan dikenakan, caj bayaran lewat minimum dan maksimum yang boleh dikenakan serta cara pengiraannya.

S 18.4 Mekanisme kemungkiran

(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan dengan jelas mengenai mekanisme kemungkiran berdasarkan konsep Syariah berbeza yang berkaitan dengan kemudahan kad kredit-i tersebut. Ilustrasi harus diberikan untuk memudahkan pemahaman pemegang kad mengenai mekanisme kemungkiran.

S 18.5 Hak untuk tolak selesai (set-off)

(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad dengan jelas jika pengeluar kad berhak untuk menolak selesai apa-apa baki kredit dalam akaun deposit pemegang kad dengan apa-apa baki debit dalam akaun kad kredit-i.

S 18.6 Hak untuk menggunakan khidmat luar bagi mengutip hutang dan menjual

pinjaman terjejas (a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad

mengenai haknya untuk menggunakan khidmat agensi luar bagi mengutip hutang dan hak untuk menjual pinjaman terjejas kepada pihak ketiga.

S 18.7 Liabiliti pemegang kad utama dan pemegang kad tambahan

(a) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad utama sedar akan liabilitinya terhadap semua hutang yang dibuat oleh pemegang kad tambahan.

S 18.8 Pengeluaran tunai

(a) Jika kemudahan pengeluaran tunai disediakan kepada pemegang kad, pengeluar kad hendaklah menzahirkan had pengeluaran harian dan fi yang berkaitan, termasuklah jumlah caj minimum.

S 18.9 Penggunaan kad kredit-i di luar negara

(a) Pemegang kad hendaklah dimaklumkan mengenai caj yang berkaitan dengan transaksi runcit yang dibuat di luar negara; dan

(b) Pemegang kad juga hendaklah dimaklumkan mengenai fi transaksi dan fi penukaran mata wang yang terpakai bagi penggunaan kad kredit-i untuk pengeluaran tunai di luar negara.

S 18.10 Tanggungjawab pemegang kad kredit-i

Pengeluar kad hendaklah memaparkan notis yang jelas untuk pemegang kad semasa kontrak dibuat, mengenai tanggungjawab pemegang kad untuk: (a) mematuhi terma dan syarat penggunaan kad kredit-i; (b) mengambil langkah yang munasabah untuk memelihara kad kredit-i dan

PIN dengan baik supaya selamat pada setiap masa, termasuk di tempat kediaman pemegang kad sendiri. Langkah ini termasuklah tidak: (i) menzahirkan butiran kad kredit-i atau PIN kepada orang lain; (ii) menulis PIN pada kad kredit-i, atau pada apa-apa barang yang

disimpan berdekatan dengan kad;

Page 18: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 16 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

(iii) menggunakan PIN yang dipilih daripada tarikh lahir, kad pengenalan, pasport, lesen memandu atau nombor telefon pemegang kad; dan

(iv) membenarkan orang lain untuk menggunakan kad kredit-i dan PIN. (c) memaklumkan kepada pengeluar kad dengan secepat mungkin sebaik

sahaja menyedari bahawa kad kredit-i telah hilang, dicuri, berlaku transaksi tanpa kebenaran atau PIN mungkin telah diubah;

(d) memaklumkan kepada pengeluar kad dengan serta-merta setelah menerima pemberitahuan transaksi melalui khidmat pesanan ringkas (short message service, SMS) jika transaksi itu dilakukan tanpa kebenaran;

(e) memaklumkan kepada pengeluar kad dengan serta-merta mengenai apa-apa perubahan nombor telefon pemegang kad;

(f) menggunakan kad kredit-i secara bertanggungjawab, termasuklah tidak menggunakan kad kredit-i untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang serta bayaran untuk barangan dan perkhidmatan yang tidak mematuhi Syariah; dan

(g) menyemak penyata akaun dan melaporkan apa-apa percanggahan maklumat dengan segera.

S 18.11 Liabiliti bagi transaksi tanpa kebenaran

(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad melalui notis yang jelas dan mudah dilihat bahawa pemegang kad tidak akan dipertanggungjawabkan untuk transaksi menggunakan kad yang dibuat tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan PIN, dengan syarat pemegang kad tidak: (i) melakukan penipuan; (ii) lewat untuk memaklumkan kepada pengeluar kad secepat mungkin

sebaik sahaja menyedari kad kredit-i telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran;

(iii) secara sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau (iv) mencatatkan PIN pada kad kredit-i atau pada apa-apa barang yang

disimpan berdekatan dengan kad kredit-i.

(b) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad melalui notis yang jelas bahawa ia tidak akan dipertanggungjawabkan untuk transaksi menggunakan kad yang dibuat tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan tandatangan atau penggunaan kad tanpa sentuhan, dengan syarat pemegang kad tidak: (i) melakukan penipuan; (ii) lewat untuk memaklumkan kepada pengeluar kad secepat mungkin

sebaik sahaja menyedari kad kredit-i telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran;

(iii) meninggalkan kad kredit-i atau apa-apa barang yang mengandungi kad itu tanpa pengawasan, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain; atau

(iv) secara sukarela membenarkan orang lain untuk menggunakan kad kredit-i mereka.

Page 19: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 17 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

19 Sepanjang tempoh kontrak

S 19.1 Penyata (a) Pengeluar kad hendaklah menyediakan penyata bulanan untuk pemegang

kad yang menunjukkan baki hutang, pembayaran balik hutang minimum, jumlah yang dikreditkan dan dikenakan caj, termasuklah keuntungan atau fi dan caj-caj lain, dan tarikh jumlah tersebut dimasukkan ke dalam akaun;

(b) Pengeluar kad hendaklah menyediakan penyata peringatan pembayaran balik hutang minimum (dalam bentuk jadual, saiz font 12 dalam huruf tebal) pada halaman pertama penyata bulanan (rujuk contoh dalam Lampiran 1). Pengeluar kad hendaklah menasihati pemegang kad supaya menggunakan kalkulator yang disediakan di laman sesawang pengeluar kad untuk mengira tempoh masa yang diperlukan bagi menyelesaikan sepenuhnya baki hutang berdasarkan jumlah pembayaran balik yang berbeza. Pada halaman belakang penyata bulanan itu, pengeluar kad hendaklah menyediakan contoh ilustrasi seperti format yang disediakan dalam Lampiran 2;

(c) Halaman belakang penyata bulanan juga hendaklah, sekurang-kurangnya, menzahirkan maklumat itu dalam bentuk jadual standard seperti yang disediakan dalam Lampiran 3. Maklumat ini hendaklah boleh dilihat dengan jelas (iaitu tidak boleh dalam warna yang kelam dan saiz font yang kurang daripada 8);

(d) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad pada halaman pertama penyata terakhir bagi tahun itu, mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk membayar sepenuhnya baki hutang sebenar dan jumlah keuntungan atau fi yang perlu dibayar, dengan andaian tiada transaksi baharu dibuat menggunakan kad kredit-i itu (rujuk contoh dalam Lampiran 4);

(e) Selain perkara yang dinyatakan di atas, penyata terakhir bagi tahun itu hendaklah menyediakan maklumat jumlah kredit yang telah digunakan, jumlah keuntungan atau fi, dan jumlah caj yang dikenakan untuk menggalakkan penggunaan kad kredit-i yang berhemah; dan

(f) Bagi pemegang kad yang memilih untuk menerima e-penyata, pengeluar kad hendaklah memastikan supaya maklumat dalam e-penyata adalah sama seperti maklumat dalam penyata bercetak.

S 19.2 Penutupan akaun (a) Pengeluar kad hendaklah membenarkan pemegang kad untuk menutup

akaun kad kredit-inya pada bila-bila masa tanpa dikenakan apa-apa fi dan caj atau prosedur penutupan akaun yang membebankan; dan

(b) Sekiranya terdapat baki kredit dalam akaun kad kredit-i itu, pengeluar kad hendaklah membayar balik baki itu kepada pemegang kad dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan untuk menutup akaun.

S 19.3 Perubahan pada terma dan syarat (a) Jika terdapat apa-apa perubahan pada terma dan syarat, pengeluar kad

hendaklah memberikan sekurang-kurangnya notis 21 hari kalendar kepada pemegang kad sebelum terma dan syarat baharu berkuat kuasa. Pengaturan yang diperlukan hendaklah dibuat, seperti mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak yang menandatangani kontrak ini

Page 20: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 18 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

sebelum apa-apa tindakan diambil yang bertentangan dengan terma dan syarat yang disetujui;

(b) Apa-apa perubahan dalam fi dan caj yang terpakai bagi akaun kad kredit-i hendaklah dimaklumkan oleh pengeluar kad kepada pemegang kad sekurang-kurangnya 21 hari kalendar sebelum tarikh perubahan berkuat kuasa; dan

(c) Komunikasi dengan pemegang kad hendaklah secara bertulis atau melalui saluran elektronik.

S

G

19.4 Niat untuk tolak selesai (set-off) (a) Jika pengeluar kad mempunyai hak untuk menolak selesai bagi apa-apa

baki kredit dalam akaun deposit pemegang kad untuk mengurangkan baki hutang dalam akaun kad kredit-i, pengeluar kad hendaklah memberitahu pemegang kad sekurang-kurangnya 7 hari kalendar lebih awal mengenai niat pengeluar kad untuk menolak baki dalam akaun deposit pemegang kad bagi mengurangkan baki debit dalam akaun kad kredit-i.

(b) Pengeluar kad boleh memperuntukkan dana dalam akaun deposit pemegang kad dengan serentak untuk menyelesaikan baki hutang dalam akaun kad kredit-i setelah mengeluarkan notis kepada pemegang kad.

S 19.5 Akaun delinkuen

(a) Pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad dengan jelas bahawa pengeluar kad berhak untuk membatalkan kad kredit-i pemegang kad apabila berlaku beberapa kali kemungkiran yang berturut-turut dalam pembayaran balik bulanan minimum;

(b) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad delinkuen diberi peringatan yang mencukupi berhubung dengan jumlah hutang dan caj yang dikenakan bagi akaun kad kredit-i delinkuen dan amaran tentang tindakan kutipan hutang yang akan diambil jika peringatan untuk menyelesaikan baki hutang diabaikan;

(c) Pemegang kad hendaklah dimaklumkan oleh pengeluar kad sekurang-kurangnya 7 hari kalendar lebih awal jika kutipan baki hutang akaun delinkuen akan diserahkan kepada agensi kutipan hutang pihak ketiga. Jangka masa pemberitahuan ini hendaklah terpakai juga bagi pemegang kad yang akaun kad kredit-inya diklasifikasikan sebagai akaun terjejas dan dijual kepada pihak ketiga. Dalam hal ini, pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad berkenaan mengenai penjualan akaun kad kredit-i dalam tempoh 7 hari kalendar setelah mendapat perintah letak hak daripada Mahkamah;

(d) Dalam notis ini, pengeluar kad hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad mengenai kesan terhadap hak dan kewajipan pemegang kad setelah akaun dipindahkan kepada agensi kutipan hutang pihak ketiga atau dijual kepada pihak ketiga;

(e) Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa pemegang kad dimaklumkan dan memahami bahawa dalam keadaan tertentu apabila pemegang kad tidak dapat dihubungi, pengeluar kad dianggap telah memenuhi kewajipannya jika notis telah dihantar ke alamat terakhir pemegang kad yang diketahui sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal;

Page 21: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 19 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

(f) Pengeluar kad hendaklah memberi pemegang kad nama dan maklumat untuk menghubungi agensi kutipan hutang pihak ketiga yang telah dilantik atau pihak ketiga yang telah membeli pinjaman terjejas itu; dan

(g) Pengeluar kad juga hendaklah memaklumkan kepada pemegang kad mengenai perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dengan memasukkan nota di bawah ke dalam semua peringatan yang dihantar kepada pemegang kad (penzahiran dalam saiz font kurang daripada 8 tidak dibenarkan);

Versi Bahasa Inggeris: “Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit has been established by Bank Negara Malaysia to provide free services on money management, credit counselling, financial education and debt restructuring for individuals. For enquiries, please call 03-2616 7766”.

Versi Bahasa Malaysia “Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula pinjaman secara percuma kepada individu. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian 03-2616 7766”.

S

19.6 Tanggungjawab dan kesedaran pemegang kad mengenai langkah-langkah pencegahan penipuan (a) Pengeluar kad hendaklah menghantar notis kepada pemegang kad

sekurang-kurangnya sekali setiap tahun kalendar setelah kad kredit-i dikeluarkan untuk mengingatkan pemegang kad mengenai tanggungjawab pemegang kad seperti yang dinyatakan dalam perenggan 18.10;

(b) Pengeluar kad hendaklah kekal meneruskan usaha untuk meningkatkan kesedaran pemegang kad mengenai potensi liabiliti bagi transaksi menggunakan kad tanpa kebenaran disebabkan syarat yang ditetapkan dalam perenggan 16.2 dan 16.3, dan langkah untuk mencegah penipuan kad kredit-i, termasuklah keperluan memelihara kad kredit-i dan PIN dengan baik; dan

(c) Peringatan dan maklumat mengenai langkah pencegahan penipuan hendaklah disampaikan kepada pemegang kad melalui saluran yang berkesan.

F. KEPERLUAN PEMASARAN

20 Iklan

S 20.1 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa iklan dan bahan promosi mengenai produk kad kredit-i adalah jelas dan tidak mengelirukan.

S 20.2 Pengeluar kad hendaklah menetapkan proses penilaian yang bebas bagi iklan dan bahan promosi mengenai produk kad kredit-i, contohnya oleh Unit Pematuhan atau Unit Undang-undang, dan Jawatankuasa Syariah, untuk memastikan bahawa bahan promosi adalah jelas dan tidak mengelirukan.

Page 22: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 20 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

S 20.3 Bagi iklan di media cetak, iklan berkenaan hendaklah menzahirkan dengan jelas maklumat penting mengenai apa-apa kad kredit-i yang ditawarkan yang akan mempengaruhi keputusan pemegang kad. Saiz font yang mudah dibaca hendaklah digunakan untuk menarik perhatian pemegang kad kepada apa-apa maklumat penting, seperti kadar keuntungan atau fi, fi dan caj berkaitan dan kriteria kelayakan untuk menikmati manfaat yang ditawarkan.

S 20.4 Bahan promosi hendaklah memberikan maklumat yang mencukupi mengenai terma dan syarat utama produk kad kredit-i itu. Bahan promosi itu juga hendaklah mengandungi maklumat kadar keuntungan efektif tahunan atau kadar fi di samping fi tahunan dan apa-apa caj lain yang dikenakan untuk memudahkan pemegang kad membuat perbandingan. Maklumat ini hendaklah disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami dan menggunakan saiz font yang mudah dibaca.

S 20.5 Apabila mengiklankan kadar promosi, contohnya untuk pindahan baki daripada kad kredit-i lain, pengeluar kad hendaklah menzahirkan dengan jelas syarat utama mengenai kebolehgunaan kadar itu, contohnya keadaan yang boleh memendekkan tempoh kadar promosi atau menyebabkan kadar promosi meningkat. Kos lain yang terlibat dalam pindahan baki juga hendaklah dizahirkan dengan jelas kepada pemegang kad.

S 20.6 Pengeluar kad hendaklah menyatakan dengan jelas terma dan syarat penting yang berkaitan dengan tawaran hadiah percuma, hadiah, diskaun atau baucar untuk promosi kad kredit-i dalam iklan di media cetak, atau dalam bahan pemasaran untuk pemegang kad baharu, atau bersama-sama dengan penyata bulanan untuk pemegang kad sedia ada.

S 20.7 Apabila mengiklankan ciri istimewa atau promosi di media cetak atau elektronik, kriteria kelayakan yang terpakai untuk menikmati keistimewaan itu hendaklah dizahirkan semasa pengumuman dibuat. “Kriteria kelayakan yang terpakai” adalah kriteria yang sangat mustahak bagi ciri/promosi yang diiklankan selain terma dan syarat asas untuk memiliki kad. Pengeluar kad tidak boleh sekadar menunjukkan dalam nota kaki bahawa “terma dan syarat terpakai”.

S 20.8 Iklan atau bahan promosi lain tidak boleh menggambarkan apa-apa ciri kad kredit-i sebagai “percuma” atau “tanpa kos” jika terdapat syarat yang dikenakan atau caj dalam bentuk lain yang akan dikenakan ke atas pemegang kad.

21 Amalan pemasaran

S 21.1 Pemegang kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan pemasaran (termasuk telepemasaran) dilatih secukupnya dan berpengetahuan mengenai ciri utama, manfaat dan risiko produk kad kredit-i, termasuklah asas kontrak Syariah tersebut.

S 21.2 Pengeluar kad hendaklah cermat dan memberikan usaha yang sewajarnya apabila menyediakan maklumat untuk digunakan oleh wakil jualan dan pemasaran supaya maklumat itu mencukupi, tepat, sesuai dan lengkap dari segi kandungan dan bentuk. Perkara ini adalah untuk memastikan bahawa pemegang

Page 23: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 21 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

kad mendapat maklumat yang mencukupi daripada wakil jualan dan pemasaran mengenai terma, manfaat dan syarat penting untuk produk atau perkhidmatan kad kredit-i yang ditawarkan.

S 21.3 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan pemasaran memperkenalkan diri mereka dan pengeluar kad yang diwakili mereka, serta berkelakuan profesional apabila menghubungi atau bertemu dengan bakal pemegang kad untuk memasarkan produk kad kredit-i. Khususnya, wakil jualan dan pemasaran tidak boleh menggunakan taktik agresif untuk mendesak, mengelirukan atau memaksa bakal pemegang kad supaya mendaftar untuk kad kredit-i dan hendaklah mengelakkan daripada mengganggu bakal pemegang kad yang tidak berminat. Wakil jualan dan pemasaran tidak boleh mengelirukan bakal pemegang kad mengenai apa-apa produk atau perkhidmatan yang ditawarkan atau memberikan apa-apa komitmen palsu bagi pihak pengeluar kad mengenai apa-apa kemudahan atau perkhidmatan. Bakal pemegang kad juga hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mempertimbangkan dan melengkapkan borang permohonan tanpa menerima tekanan yang tidak wajar.

S 21.4 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil jualan dan pemasaran menyediakan lembaran penzahiran dan memaklumkan kepada bakal pemegang kad sekurang-kurangnya perkara yang berikut, untuk memastikan mereka diberi maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan: (a) Kadar keuntungan atau fi yang akan dikenakan ke atas baki hutang kad

kredit-i jika jumlah itu tidak dibayar sepenuhnya sebelum atau pada tarikh perlu dibayar serta asas untuk tempoh tangguh bagi transaksi runcit;

(b) Fi dan caj, seperti fi tahunan, caj bayaran lewat bagi kegagalan untuk membayar sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum pada tarikh perlu dibayar, fi transaksi bagi pengeluaran tunai dan caj ganti rugi melebihi had apabila transaksi melebihi had kredit yang diberikan;

(c) Kriteria kelayakan untuk menikmati keistimewaan yang sedang dipromosikan, seperti rebat, hadiah percuma, pengecualian fi; dan

(d) Tanggungjawab pemegang kad.

S 21.5 Pengeluar kad hendaklah menetapkan prosedur dan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan pilihan yang dinyatakan oleh pemegang kad (contohnya tidak perlu dihubungi apabila terdapat tawaran produk baharu) dihormati.

S 21.6 Pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa wakil telepemasaran tidak menghubungi pemegang kad pada waktu yang tidak sesuai (kebiasaannya, antara pukul 9 malam hingga 9 pagi).

S 21.7 Apabila membayar imbuhan atau memberikan ganjaran kepada wakil jualan dan pemasaran, pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa sistem ganjaran tidak menggalakkan atau mendorong kelakuan yang tidak wajar seperti amalan jualan dan pemasaran yang tidak beretika yang mendedahkan pengeluar kad kepada risiko reputasi. Pengeluar kad hendaklah mengelakkan sistem ganjaran yang lemah yang mendorong kelakuan yang tertumpu pada usaha mendapatkan jualan maksimum tanpa mengambil kira minat bakal pemegang kad yang

Page 24: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 22 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

mungkin ditawarkan produk kad kredit-i yang tidak sesuai dengan keperluan atau keadaan kewangannya.

S 21.8 Sistem ganjaran bagi wakil jualan dan pemasaran hendaklah mencerminkan tanggungjawab untuk melayan bakal pemegang kad dengan adil. Pengeluar kad hendaklah menggabungkan faktor kuantitatif dan kualitatif (contohnya, perkhidmatan dan aduan pelanggan) untuk menilai prestasi wakil jualan dan pemasaran.

S 21.9 Pengeluar kad hendaklah mewujudkan prosedur pengesahan yang mencukupi untuk mengesahkan identiti pemohon kad kredit bagi mencegah penggunaan maklumat yang dicuri (contohnya, pencurian identiti) untuk permohonan kad kredit-i. Perkara ini hendaklah meliputi usaha menghubungi pemohon secara rawak bagi mengesahkan permohonan kad kredit-i dan memastikan pemohon sedar akan terma dan syarat penting. Proses ini juga berperanan untuk menilai prestasi dan kenyataan yang dibuat oleh wakil jualan dan pemasaran.

S 21.10 Pemegang kad hendaklah diberi peluang untuk menarik balik permohonan kad kredit-inya walaupun setelah menerima kad kredit-i tanpa dikenakan apa-apa caj atau kesulitan yang tidak munasabah, jika terbukti bahawa wakil jualan dan pemasaran telah memaksa pemegang kad untuk membuat permohonan dan/atau pemegang kad tidak diberi masa yang cukup untuk mempertimbangkan permohonannya.

22 Kad/pendahuluan kredit/kenaikan had kredit yang tidak diminta

S 22.1 Sebelum menghantar kad kredit-i, atau apa-apa produk yang tidak diminta kepada pemegang kad sedia ada atau bakal pemegang kad, pengeluar kad hendaklah menjalankan penilaian kredit yang lengkap dan berpuas hati, berasaskan penilaian kemampuan membayar hutang lebih mantap yang dijalankan, bahawa kemudahan kad kredit-i tidak akan mendedahkan pemegang kad sedia ada dan bakal pemegang kad kepada beban hutang yang berlebihan.

S 22.2 Jika pengeluar kad menghantar kad kredit-i yang tidak diminta kepada pemegang kad sedia ada atau bakal pemegang kad, pengeluar kad tidak boleh mengaktifkan kad kredit-i itu sehingga pemegang kad telah memaklumkan kepada pengeluar kad sama ada secara lisan atau bertulis mengenai persetujuannya untuk menerima kad kredit-i itu. Sebelum pengesahan ini diterima, pemegang kad tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa bentuk caj, fi, pembayaran dan pembelian yang berkaitan dengan kad kredit-i itu. Pemegang kad tidak perlu melalui prosedur pembatalan jika dia tidak mahu menerima dan mengaktifkan kad kredit-i itu.

S 22.3 Pengeluar kad tidak boleh menawarkan pendahuluan kredit (contohnya, dalam bentuk cek berbayar kepada pemegang kad) melainkan pemegang kad sendiri telah memintanya. Semua caj yang berkaitan dengan pendahuluan kredit hendaklah dizahirkan dengan jelas kepada pemegang kad.

Page 25: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 23 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

S 22.4 Bagi tawaran kenaikan had kredit yang tidak diminta, pengeluar kad hendaklah mendapatkan persetujuan menerima tawaran itu daripada pemegang kad secara bertulis atau lisan sebelum mengaktifkan kenaikan had kredit. Pengeluar kad juga hendaklah memberikan maklumat kepada pemegang kad tentang cara untuk mengurangkan had kreditnya.

S 22.5 Pengeluar kad tidak boleh menaikkan had kredit jika pemegang kad mempunyai sejarah prestasi kredit yang lemah atau kesulitan untuk membayar balik hutang atau kebiasaannya membuat bayaran balik minimum bulanan yang menunjukkan bahawa pemegang kad menghadapi kesulitan untuk membayar hutang.

G. KEPERLUAN LAIN

23 Kutipan hutang

S 23.1 Pengeluar kad hendaklah mematuhi keperluan kutipan hutang seperti yang ditetapkan dalam “Circular on Fair Debt Collection Practices” yang dikeluarkan oleh Bank.

24 Maklumat pemegang kad

S 24.1 Apabila maklumat peribadi diberikan kepada ejen atau wakil pengeluar kad, pengeluar kad hendaklah memastikan bahawa maklumat tersebut hanya digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan bagi melaksanakan fungsi mereka. Pengeluar kad hendaklah memastikan maklumat itu dirahsiakan dan dipelihara dengan baik oleh ejen atau wakil. Oleh yang demikian, pengeluar kad hendaklah memastikan ejen atau wakil menandatangani persetujuan kerahsiaan atau aku janji, supaya peruntukan kerahsiaan di bawah perundangan yang relevan dipatuhi.

S 24.2 Pengeluar kad hendaklah sentiasa bertanggungjawab kepada pemegang kad bagi apa-apa aduan akibat daripada salah pengendalian atau penyalahgunaan maklumat pemegang kad oleh ejen atau wakil dan hendaklah mengambil langkah yang munasabah bagi menyelesaikan apa-apa kesulitan atau kerugian yang dialami oleh pemegang kad akibat daripada salah pengendalian atau penyalahgunaan itu. Tindakan tegas hendaklah diambil terhadap ejen yang bersalah, termasuk menamatkan kontrak dengan agensi berkenaan jika berlaku perlanggaran kerahsiaan.

S 24.3 Pengeluar kad hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menghapuskan borang permohonan yang tidak berjaya dan memastikan kerahsiaan maklumat pemegang kad dipelihara dengan baik.

25 Pengurusan aduan

S 25.1 Pengeluar kad hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap pemegang kad berhubung dengan apa-apa aduan terhadap kakitangan atau wakilnya,

Page 26: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 24 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

termasuklah ejen luar, dan tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya terhadap apa-apa salah laku ejen atau wakilnya.

S 25.2 Jika timbul pertikaian mengenai apa-apa jumlah transaksi, pengeluar kad tidak boleh meminta pemegang kad untuk membayar jumlah yang dipertikaikan itu atau mengenakan caj kewangan atau caj lain terhadap jumlah itu selagi siasatan masih dijalankan.

S 25.3 Pengeluar kad hendaklah memberi pemegang kad maklumat mengenai cara membuat aduan, termasuklah aduan terhadap ejen dan maklumat untuk menghubungi unit aduan pengeluar kad. Selain itu, maklumat untuk menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK hendaklah diberikan dalam penyata bulanan kad kredit-i.

G 25.4 Jika terdapat aduan yang benar terhadap pengeluar kad dan aduan itu tidak diselesaikan, Bank boleh mengambil tindakan yang sesuai, termasuklah mengharamkan pengeluar kad berkenaan daripada mengeluarkan produk kad kredit-i baharu.

26 Penggunaan kad kredit untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang

S 26.1 Pengeluar kad hendaklah memasukkan dalam terma dan syarat satu fasal yang menyatakan bahawa kad kredit-i tidak boleh digunakan untuk apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang4. Pengeluar kad hendaklah dengan serta-merta menamatkan kemudahan kad kredit-i jika pemegang kad didapati telah menggunakan kad kredit-i untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang.

4 Kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian haram secara dalam talian.

Page 27: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 25 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

Lampiran 1 Pernyataan amaran bagi bayaran minimum

AMARAN MENGENAI PEMBAYARAN BALIK BULANAN MINIMUM SAHAJA

Jika anda hanya membuat pembayaran balik minimum pada setiap bulan, anda akan membayar keuntungan boleh dicaj atau fi perlu dibayar yang lebih dan mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan baki hutang. Sila rujuk halaman di belakang penyata ini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh merujuk kalkulator kad kredit yang disediakan di laman sesawang kami.

Lampiran 2 Contoh ilustrasi standard mengenai tempoh membayar baki hutang yang belum dijelaskan Contoh di bawah senario jumlah baki hutang yang berbeza

Baki hutang (RM) 3,000 5,000 10,000

Bayaran balik

Bayar jumlah minimum sahaja* (RM150 pada bulan pertama)

Bayar RM250 pada setiap bulan

Bayar jumlah minimum sahaja* (RM250 pada bulan pertama)

Bayar RM350 pada setiap bulan

Bayar jumlah minimum sahaja* (RM500 pada bulan pertama)

Bayar RM600 setiap bulan

Tempoh bayaran balik

4 tahun 7 bulan

1 tahun 2 bulan

5 tahun 9 bulan

1 tahun 5 bulan

7 tahun 4 bulan

1 tahun 8 bulan

Jumlah caj keuntungan atau fi (RM)

RM1,055 RM333 RM1,912 RM670 RM4,055 RM1,594

Jumlah yang perlu diselesaikan (RM) RM4,055 RM3,333 RM6,912 RM5,670 RM14,055 RM11,594

Nota: Jumlah bayaran minimum ialah 5% daripada baki hutang bulanan yang belum dijelaskan

atau RM50, yang mana lebih tinggi. Andaian: Kadar keuntungan atau fi - 18% setahun Tiada transaksi baharu yang dibuat menggunakan kad 30 hari sebulan

Page 28: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 26 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

Lampiran 3 Penzahiran minimum dalam penyata bulanan Tempoh tangguh Contoh, tiada tempoh tangguh untuk pengeluaran tunai

Maklumat mengenai caj

kauntungan atau fi

Menunjukkan kaedah pengiraan dan tempoh yang

dikenakan caj untuk keuntungan atau fi bagi:

Pembelian

Pengeluaran tunai

Pindahan baki

Fi dan caj Fi transaksi pengeluaran tunai

Penggantian kad

Transaksi di luar negara

Caj lain

Caj kemungkiran (default)

Caj bayaran lewat dan pengiraannya

Caj ganti rugi terlebih had

Penyata pengagihan bayaran

Kenyataan mengenai liabiliti bagi transaksi tanpa kebenaran

Maklumat untuk menghubungi khidmat pelanggan dan BNMTELELINK

Page 29: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 27 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

Lampiran 4 Penyata bayaran balik bulanan minimum

Baki sedia ada RM 3,000.00

Bayaran minimum yang perlu dibuat RM150.00

Tarikh akhir perlu dibayar 15 Jan 2019

Amaran Bagi Bayaran Minimum: Jika anda hanya membuat bayaran minimum setiap

bulan, anda perlu mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan baki

hutang anda termasuk keuntungan atau fi yang perlu dibayar. Contoh:

Jika anda tidak membuat

transaksi tambahan

menggunakan kad ini dan

pada setiap bulan anda...

Anda akan menyelesaikan

baki yang tertera pada

penyata ini dalam anggaran

masa...

Dan akhirnya anda akan

membayar jumlah faedah

yang dianggarkan

sebanyak...

Senario 1:

Bayar jumlah minimum

bulanan sahaja*

(contohnya, RM150 pada

bulan pertama)

4 tahun dan 7 bulan

RM1,055

Senario 2:

Bayar RM200 setiap bulan

1 tahun dan 5 bulan RM424

(Penjimatan = RM631)

Nota: Jumlah bayaran minimum ialah 5% daripada baki hutang bulanan yang belum

dijelaskan atau RM50, yang mana lebih tinggi. Andaian: Kadar faedah - 18% setahun Tiada transaksi baharu menggunakan kad 30 hari sebulan

Page 30: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 28 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

Lampiran 5 Lembaran Penzahiran Produk – Kad Kredit-i

LEMBARAN PENZAHIRAN PRODUK Baca Lembaran Penzahiran Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil <Nama Produk>. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat umum.

<Nama Penyedia Perkhidmatan Kewangan >

<Nama Produk>

<Tarikh>

1. Apakah produk ini?

Produk ini ialah kad kredit-i Gold Visa berasaskan konsep Syariah, iaitu Ujrah/Tawarruq yang digunakan terutamanya untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Kami menyediakan satu had kredit atau pembiayaan untuk anda. Apabila apa-apa jumlah kredit atau pembiayaan yang anda gunakan belum dijelaskan sepenuhnya pada atau sebelum tarikh akhir perlu dibayar, jumlah yang belum diselesaikan itu akan dikenakan caj keuntungan atau fi.

2. Apakah yang boleh saya dapat daripada produk ini?

Had kredit: RM xxx

Kadar tahunan Kadar keuntungan atau fi

Pembelian x%

y%

z%

Menjelaskan bayaran tepat pada masanya untuk tempoh 12 bulan berturut-turut Membuat bayaran tepat pada masanya 10/11 kali sejak 12 bulan yang lalu Membuat bayaran tepat pada masanya sebanyak 9 kali atau kurang dalam tempoh 12 bulan yang lalu

Pendahuluan tunai

m%

Pindahan baki

n%

Untuk menikmati kadar keuntungan atau fi yang lebih rendah bagi transaksi runcit, anda hendaklah membuat sekurang-kurangnya 10 bayaran tepat pada masanya dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

3. Apakah tanggungjawab saya?

Bayaran balik bulanan minimum

5% daripada baki hutang atau minimum RMxx; Ansuran bulanan bagi pelan bayaran mudah dan pelan pindahan baki,

jika ada; dan Ansuran bulanan mengikut kontrak bagi pinjaman bertempoh untuk

apa-apa penukaran baki secara automatik (automatic balance conversion, ABC).

Tempoh tangguh Bagi transaksi runcit - 20 hari dari tarikh penyata, jika anda membayar baki hutang sepenuhnya dan tepat pada masanya.

Jika anda tidak membuat bayaran penuh dan tepat pada masanya, keuntungan atau fi yang perlu dibayar untuk transaksi runcit akan dikira mulai dari tarikh transaksi itu dimasukkan dalam penyata anda.

Tempoh tangguh tidak terpakai bagi pindahan baki atau pengeluaran tunai.

Sebagai pemegang kad utama, anda bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang dibuat oleh pemegang kad tambahan.

Page 31: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 29 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

4. Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?

Fi tahunan

Fi pendahuluan tunai

Fi penggantian kad

Fi pengambilan draf jualan

Fi permohonan untuk penyata tambahan

Fi penukaran transaksi di luar negara

Fi / caj ganti rugi terlebih had

Fi dan caj lain

5. Apakah yang akan berlaku jika saya gagal menunaikan tanggungjawab saya?

Caj bayaran lewat: maksimum sebanyak 1% daripada baki hutang atau minimum RM10. Hak untuk set-off : Kami mempunyai/tidak mempunyai hak untuk set-off apa-apa baki kredit dalam akaun

deposit anda dengan kami untuk menolak apa-apa baki hutang yang belum dijelaskan dalam akaun kad kredit-i ini.

Anda akan dipertanggungjawabkan terhadap transaksi tanpa kebenaran yang menggunakan PIN jika anda telah: melakukan penipuan; atau lewat untuk memaklumkan kepada kami secepat mungkin sebaik sahaja anda menyedari kad kredit-i

anda telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran; atau secara sukarela mendedahkan PIN anda kepada orang lain; atau mencatatkan PIN pada kad kredit-i, atau pada apa-apa barang yang disimpan berdekatan dengan kad

kredit-i anda. Anda akan dipertanggungjawabkan terhadap transaksi tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan

tandatangan atau dengan kad tanpa sentuhan, jika anda telah: melakukan penipuan; atau lewat untuk memaklumkan kepada kami secepat mungkin sebaik sahaja anda menyedari kad kredit-i

anda telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran; atau meninggalkan kad kredit-i anda atau apa-apa barang yang mengandungi kad kredit-i anda tanpa

pengawasan di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain; atau secara secara sukarela membenarkan orang lain menggunakan kad kredit-i anda.

Jika anda gagal mematuhi terma dan syarat kredit kad-i ini, kami mempunyai hak untuk membatalkan kad kredit-i anda.

(Terma dan syarat lain yang perlu diberikan perhatian)

6. Apakah kesannya jika saya menyelesaikan hutang sepenuhnya sebelum tempoh matang? (Bagi pelan pindahan baki atau pelan bayaran mudah)

Tempoh sekatan (Lock-in period): y bulan Kami akan menjelaskan kepada anda akibat membuat bayaran penuh dalam tempoh terkunci.

Page 32: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 30 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

7. Apakah risiko utamanya?

Jika anda hanya membayar jumlah minimum yang perlu dijelaskan, anda akan mengambil masa yang lebih panjang dan menanggung jumlah bayaran yang lebih tinggi untuk menyelesaikan baki hutang anda. Anda perlu memikirkan kemampuan anda untuk membayar balik apabila menggunakan kad kredit-i.

Jika anda menggunakan kad kredit-i untuk membuat bayaran bagi pembiayaan lain, jumlah yang perlu dibayar akan menjadi lebih tinggi.

Jika anda menghadapi masalah untuk membayar balik baki hutang kad kredit-i anda, hubungi kami segera untuk membincangkan cara pembayaran lain yang sedia ada.

Anda hendaklah memaklumkan kepada kami dengan serta-merta sebaik sahaja anda menyedari kad kredit-i anda telah hilang atau digunakan tanpa kebenaran.

8. Apakah yang perlu saya lakukan jika maklumat untuk menghubungi saya berubah?

Anda hendaklah memaklumkan kepada kami mengenai apa-apa perubahan dalam maklumat peribadi anda bagi memastikan semua pemberitahuan transaksi dan surat-menyurat akan sampai kepada anda tepat pada masanya.

9. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami di:

ABC Bank Berhad 51, Jalan Sultan Ismail 50122 Kuala Lumpur Tel: Faks: Emel:

10. Produk kad kredit-i lain yang disediakan

Abc Xyz

PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN BALIK HUTANG KAD

KREDIT-I ANDA

Maklumat yang disediakan dalam lembaran penzahiran ini adalah sah mulai hari/bulan/tahun

Page 33: Kad Kredit-i - BNM

Kad Kredit-i 31 daripada 31

Diterbitkan pada: 2 Julai 2019

Lampiran 6 Contoh perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat serta fi dan caj yang dibenarkan ke atas kad kredit-i berasaskan ujrah Jadual berikut menunjukkan contoh perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat berasaskan konsep Syariah Qard dan Ujrah, serta fi, tempoh caj dan komponen fi yang dibenarkan. Konsep Qard Ujrah Perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat

(a) Had kredit (b) Pengeluaran tunai

(a) Khidmat pelanggan 24 jam (b) Mesin ATM dan CDM (c) Perbankan atas talian atau melalui

telefon (d) Penghantaran kad gantian di seluruh

dunia dalam tempoh 24 jam (e) Keahlian kelab (f) Surat berita (g) Bantuan perjalanan (h) Diskaun dan keistimewaan di kedai

tertentu (i) Bantuan kecemasan di seluruh dunia (j) Penerimaan kad di seluruh dunia (k) Rangkaian ATM di seluruh dunia (l) Akses kepada ruang menunggu di

lapangan terbang (m) Pas laju lapangan terbang (Airport

speed pass) Fi dan caj Caj yang

dibenarkan Tidak dibenarkan mengenakan fi untuk jumlah pinjaman melainkan bagi kos langsung

Fi dikenakan berdasarkan perkhidmatan, manfaat, kemudahan atau keistimewaan yang ditawarkan kepada pelanggan

Tempoh Semasa membuat transaksi

Tahunan atau bulanan

Komponen Fi transaksi untuk pengeluaran tunai

(a) Komponen fi untuk mengira rebat: (i) Ujrah tetap:

Contoh: Jenis kad kredit-i

Had kredit minimum (RM)

Had kredit maksimum (RM)

Caj tetap ujrah (RM/bulan)

Silver 2,000 5,000 75 Gold 5,001 50,000 750 Platinum 50,001 500,000 7,500

(ii) Ujrah sebenar

(b) Yuran tahunan (c) Fi penggantian kad (d) Caj bayaran lewat