Kad UOBM Lady’s: Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita di ... · PDF fileKad UOBM...
Transcript of Kad UOBM Lady’s: Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita di ... · PDF fileKad UOBM...
Kad UOBM Lady’s: Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita di Sime Darby Medical Centre,
ParkCity
TERMA DAN SYARAT
KELAYAKAN
1. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”) sedang menjalankan
Promosi “Kad UOB Lady’s : Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita di Sime Darby
Medical Centre, ParkCity” (“Promosi”) dari 15 April 2013 sehingga 15 April 2014
(termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Promosi”) kecuali kalau dimaklumkan tarikh-
tarikhnya bertukar.
2. Promosi ini dibuka kepada semua Ahli Kad Utama dan Tambahan UOB Lady’s Solitaire
yang mempunyai akaun yang semasa, sah, wujud dan dalam keadaan kredit yang
cemerlang yang ditetapkan oleh UOBM berdasarkan budi bicara tunggal dan mutlaknya
(“Ahli Kad”).
3. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOB Lady’s Solitaire yang dikeluarkan di Malaysia.
4. Individu -individu berikut tidak layak untuk Promosi ini:-
a) Ahli Kad yang akaun telah dibatalkan, digantung atau dihentikan dalam masa
Tempoh Promosi;
b) Semua Ahli Kad Kredit dan Debit UOBM yang tidak memiliki Kad UOB Lady’s;
c) Akaun-akaun yang dipegang dengan UOBM yang delinkuen atau tidak dikendalikan
dengan baik seperti yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara tunggal dan
mutlaknya;
d) Individu -individu yang adalah atau menjadi tidak siuman, meninggal dunia, dihukum
bankrap atau mempunyai sebarang prosiding undang-undang dalam apa jua bentuk
terhadap mereka.
KAEDAH PROMOSI
5. Di bawah Promosi ini, Ahli Kad layak menerima Pakej Eksklusif Pemeriksaan Kesihatan
Wanita seperti yang dipaparkan di Lampiran A dan perkhidmatan tambahan di Sime
Darby Medical Centre, ParkCity (“Tawaran”) yang berikut:-
a) Penyelaras Khidmat Pelanggan akan mengiringi pesakit sepanjang pemeriksaan
b) Parkir percuma
c) Kaunseling diet percuma oleh Pakar Pemakanan Pakej Pemeriksaan Kesihatan
Wanita
6. Semua bayaran mesti dibuat dengan Kad UOB Lady’s Solitaire supaya layak untuk
menikmati Tawaran ini.
7. Tempahan awal adalah diperlukan. Semua tempahan adalah tertakluk kepada keadaan
dan mengikut dasar tiba-dahulu-layan-dahulu.
8. UOBM tidak mewakilan atau menjaminan berkaitan dengan kualiti perkhidmatan.
9. Tawaran tidak sah dengan tawaran, promosi dan diskaun Sime Darby Medical Centre
yang lain.
10. Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat Sime Darby Medical Centre.
TERMA DAN SYARAT AM
12. Dengan penyertaan dalam Program ini, Ahli Kad yang layak bersetuju untuk terikat
dengan terma dan syarat ini.
13. Rekod transaksi-transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM dalam
semua hal yang berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad dan terikat kepada Ahli
Kad. UOBM tidak diwajibkan untuk memberi sebarang sebab atau melayan sebarang
surat-menyurat dengan individu -individu dalam perkara yang berkaitan dengan Promosi.
14. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang gamabran yang salah atau
pernyataan maklumat yang salah berkaitan dengan Promosi dan diterbitkan di dalam
mana-mana bahan media, pemasaran atau pengiklanan.
15. UOBM tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti dalam apa-apa
bentuk yang timbul atau dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga yang disebabkan
secara langsung atau tidak langsung oleh Promosi.
16. UOBM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Sime Darby Medical Centre dan tidak
membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkaitan kepada kualiti produk-produknya
dan/atau perkhidmatan atau kesesuaiannya untuk sebarang tujuan.
17. Jika berlaku sebarang percanggahan di antara terma dan syarat ini dan sebarang bahan
pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan atau berhubung
dengan Promosi, terma dan syarat ini akan dikekalkan.
18. UOBM berhak untuk menambah, mebatal, menggantung atau mengubah terma dan
syarat Promosi ini dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian pada
budi bicara mutlaknya dengan memberi dua puluh satu (21) hari notis terdahulu kepada
Ahli Kad melalui makluman di laman web UOBM, pemaparan notis di mana-mana
cawangan UOBM dan/atau kenyataan yang dimasukkan ke dalam Penyata Akaun.
19. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang di
Malaysia dan Ahli Kad yang layak bersetuju menyerah kepada bidang kuasa tidak
eksklusif mahkamah Malaysia.
- Tamat-