Kaedah Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu 1

download Kaedah Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu 1

of 6

description

sesuai untuk kegunaan pelajar IPG, IPTA dan IPTS.

Transcript of Kaedah Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu 1

Kaedah Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu 1) Kaedah Struktural Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin

KAEDAH STRUKTURAL Tujuan faham aspek kesusasteraan, sturktur & binaannya Tidak pentingkan pghayatan/penikmatan Analisis dari sudut pmbinaan/strukturnya Guna kaedah induktif bagi mgkaji elemen struktur Sesuatu itu wujud scr bebas bersendirian CIRI KAEDAH STRUKTURAL : Perhubungan antara struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar, teknik, gaya bahasa, sudut pandangan yang akan bentuk kesuluruhannya. Guna pendekatan induktif Dibimbing cari objektif tertentu elemen struktur Unsur struktur dikenal dulu sebelum pengajaran dimulakan Banyak dipandukn olh guru Bahan bantu mengajar tidak dipentingkn Kaedah yang sesuai di peringkat tinggi

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin

1. Kaedah Struktural Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan lain-lain lagi;. Definisi terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan, KAEDAH Ciri-ciri STRUKTURAL menggunakan pendekatan induktif, mengutamakan unsur-unsur Kelebihan tertentu sahaja, Penguasaan murid terhadap unsur-unsur struktur karya adalah baik dan mantap. diperkenalkan terlebih dahulu. pembelajaran lebih berpandukan membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan guru, sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, tidak mengutamakan bahan imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan bantu mengajar pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 memerlukan pengetahuan hlmn 43). tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran. 2.Pengenalan Pendekatan struktural adalah merupakan pendekatan yang paling tuadigunakan dalam mengkaji sastera. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan inimempunyai sejarah yang lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis-garis ukuran terhadap berbagai-bagai genre sastera. Kaedah struktural juga adalahkaedah paling awal digunakan berpandukan kepada pendekatan struktural. Pengajaran menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepadastruktur bahan yang diajar. Perkataan struktural hadir daripada perkataan struktur.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), struktur adalah cara sesuatu terbinaatau terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur, atau aspek hingga menjadi satupola, sistem, atau ayat tertentu. Kamarudin (1988) pula menyatakan bahawa kaedahstruktural ini bertujuan untuk memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur danbinaan yang digunakan. Mina Sikana (1998) menyatakan struktural memberikanpenekanan yang utama berdasarkan aspek-aspek dan unsur-unsur yang membinasesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di atas, jelaslah bahawa dalamkonteks pengajaran menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur yang diperhatikanadalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terdapat di dalam karyatersebut. Terdapat beberapa komponen yang diperhatikan dalam pengajaranmenggunakan kaedah ini. Kaedah struktural adalah kaedah pengajarankesusasteraan dengan menggunakan aspek kajian tertentu seperti perwatakan,gaya bahasa, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai murni, dansebagainya secara teratur atau satu persatu (Naffi Mat (2006), Glosari PengajianMelayu). Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk menggunakan kaedah ini dalampengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguasai terlebih dahulu tentangbahan atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang membentuk strukturkarya itu perlu dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu sendiri. Perkara ini sangatpenting bagi memastikan perjalanan proses pengajaran guru menuju kepada objektifyang ingin dicapai pada sesi itu. 3.Ciri-Ciri Kaedah Struktural Kamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri yang terdapat dalamkaedah struktural antaranya adalah : i terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan, ii menggunakan pendekatan induktif, iii mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja, iv unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu. v pembelajaran lebih berpandukan guru, vi tidak mengutamakan bahan bantu mengajar vii memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran. i. Ciri yang pertama adalah perlunya ada perhubungan antara struktur-struktur sastera. Perhubungan yang diketengahkan adalah hubungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik, gaya sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Oleh sebab itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman terhadap perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih. ii. Kaedah ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif. Guru perlu membimbing pelajar agar menemui objektif tertentu. Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada ciri-ciri terlebih dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin (1988) menerangkan dalam bukunya bahawa pendekatan induktif menggunakan kaedah pencarian iaitu melihat, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan kemudian membuat keputusan atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji. iii. Kaedah ini juga mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja. Aspek-aspek yang lain dalam sastera tidak diambil kira. 4.iv. Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. v. Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid dibenarkan membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun masih tidak boleh terkeluar daripada konsep yang telah ditetapkan oleh guru. vi. Kaedah ini juga tidak mementingkan bahan bantu mengajar dalam memandu murid untuk mendapatkan jawapan bagi setiap unsur atau struktur tersebut. vii. Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai digunakan kepada pelajar di peringkat tinggi.Kelebihan Kaedah Struktural Kaedah struktural ini lebih tertumpu kepada penelitian terhadap struktur-struktur yang membina karya tersebut. Oleh itu, pembelajaran menggunakan kaedahini akan memudahkan murid dan boleh memantapkan penguasaan murid berkenaanterhadap karya tersebut. Selain itu, kaedah ini juga boleh membantu murid untukmelihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran,renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan danpelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43). 5.Aplikasi Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah karyacontohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut secaramenyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemen-elemenyang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot, latar,tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang diajukantidak boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid sentiasamemberikan jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja. Kemudian,barulah melihat kepada elemen-elemen lain.Kesimpulan Mudahnya, kaedah struktural ini sebenarnya kaedah yang memerhatikankarya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watakdan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran danlain-lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan menggunakan kaedah ini tidak bolehdicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut. Perbincangan perlu dilakukansatu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan. 6.Kaedah Global Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas. Kurang memberikan penekanan secara terperinci terhadap struktur-struktur sesuatu karya. Definisi Kepentingan setiap komponen/struktur KAEDAH GLOBAL Ciri-ciri Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Kelebihan Cara kajian dilaksanakan Penguasaan murid terhadap Separuh global : karya adalah baik dan mantap. - Melihat secara keseluruhan membantu murid untuk melihat kemudan menjurus kewujudan karya kesusasteraan kepada bahagian sebagai suatu penghasilan buah yang ingin disentuh. fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 Secara menyeluruh hlmn 43). (global) : - Menganalisis secara keseluruhan semua aspek-aspek. 7.Pengenalan Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secarakeseluruhan. Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainyaataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah globalpula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yangmenyeluruh. Ia tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisahdan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988). Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu adalahhasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidakmendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagaipengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988)menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutamaapabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau berhadapandengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan. Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakansemasa menilai sesuatu karya iaitu : i. Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu secara keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci. ii. Secara (menyeluruh) global. Melalui cara ini, karya dianalisis dengan melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut dibincangkan secara berasingan. 8.Ciri-ciri Kaedah GlobalKaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu : i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan membentuk kesatuan karya. ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu, penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya. Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen.Kelebihan Kaedah Global : Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya adalah membolehkanpenilaian terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan menyentuhsemua struktur yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahajaboleh dinilai pada aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalamaspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain lagi.Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya akanmembuatkan penilai memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen-komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai dapatmenjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal. 9.Aplikasi Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara kajiannya.Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara iniagak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988)Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar denganmelihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yangboleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah dibawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini. Peringkat Awal A B C B A Peringkat Perkembangan B C B Peringkat Akhir C A = Alam luas luar sekitar Melaka B = Daerah-daerah di luar Melaka C = Melaka sepenuhnya 10.Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secarakeseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain.Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dankelemahannya.KesimpulanKaedah global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluastentang sesuatu karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karyatidak diberi penekanan secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh kulit luarsahaja pada struktur-struktur tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sasteramenggunakan kaedah ini untuk mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya. 11.RefleksiKerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu kali inilebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi pendidikansemasa pengajaran dan pembelajaran. Komponen-komponen itu adalahpendekatan, kaedah, dan teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan kesanyang berbeza-beza. Dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponen-komponen ini perlu digunakan dan dikombinasikan dalam sesi pengajaran danpembelajaran untuk memperoleh hasil pengajaran yang berkesan. Perkara ini samaseperti pendapat yang diberikan oleh Esah Sulaiman (2004) yang menyatakanbahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan menghasilkan pengajaran yangberkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-guru perlu menguasaikomponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat mencapai objektifyang diinginkan. Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini sangat bersesuaiandengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang mantap akanmembawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah satuwadah yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih kepadateori berkenaan dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar saya dapatmengaplikasikannya di sekolah kelak. Sebagai seorang guru yang menginginkansesi pengajaran dan pembelajarannya menjadi menarik dan menyeronokkan,pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar perlulahdiaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepadaguru, bahkan murid juga mendapat keuntungan yang banyak sekiranyakepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa seronok,bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan mudah. 12.Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan pendedahan kepada sayatentang peranan seorang guru yang mengajar matapelajaran kesusasteraan ini.Guru banyak memainkan peranan penting agar murid-murid minat mempelajaritentang kesusasteraan ini. Sebagai contoh peranan penting yang perlu dimainkanoleh guru adalah guru perlu bertindak sebagai penggerak atau pembimbing di dalamkelas. Perbincangan yang dilakukan didalam kelas perlu dibimbing oleh guru agarmurid dapat memahami, menghayati dan menikmati bahan-bahan kesusasteraanyang dipelajari. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dan inovatif untuk membentuksoalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang dinamis, idea-idea spontan yang menarik dansebagainya. Ciri-ciri penting ini perlu ada dalam diri guru-guru yang mengajarkesusasteraan ini. Selain itu juga, seorang guru juga perlulah menggunakan teori-teori pembelajaran yang baik, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yangsesuai dan kesemua ini perlu diselaraskan agar dapat mencapai objektif pengajarandan pembelajaran pada hari itu sekaligus mencapai tujuan utama pengajarankesusasteraan diadakan di sekolah. Dari sudut kepentingan pengajaran sastera ini, setelah melaksanakan kerjakursus ini juga sebenarnya memberikan satu gambaran jelas bahawa betapapentingnya matapelajaran kesusasteraan ini diajar kepada murid-murid di sekolah.Matapelajaran ini sebenarnya merupakan salah satu cara yang boleh digunakanuntuk mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini kerana, sastera adalahkarya-karya yang direka dan dihasilkan bukan setakat untuk hiburan dan jenakasemata-mata. Sebenarnya karya-karya sastera sarat dengan mesej-mesej yangtersirat yang perlu difahami dan dihayati oleh orang ramai. Persepsi masyarakatyang mengatakan bahawa karya-karya sastera adalah sudah lapuk dan tidak sesuaidengan peredaran zaman perlu diperbetulkan kerana ternyata mesej-mesej dalamsetiap karya tersebut masih sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Malah, sekiranyapengajaran kesusasteraan ini dapat diaplikasikan dengan baik dan berkesan,masyarakat Melayu bakal menjadi masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai budayadan estetika yang tinggi. 13.Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbataspada nilai-nilai murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkansebenarnya pengajaran sastera mampu membantu murid-murid dan orang lainmeningkatkan kemahiran dan perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karyasastera itu sendiri, terdapat banyak perkataan-perkataan yang jarang digunakandalam seharian hidup kita. Kita berasa janggal untuk menggunakan perkataantersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya wujud dan sering digunakan dalambidang-bidang lain. Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah satu rancangan pengajaranyang wajib disediakan oleh semua guru-guru. Melalui kerja kursus ini juga, sayaturut mendapat pendedahan tentang cara membuat RPH dan mengajar matapelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknikyang telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara saya danrakan-rakan saya Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang disediakankelihatan begitu menarik dan menyeronokkan. Selain itu, gandingan idea-ideadaripada kami bertiga juga membuatkan RPH tersebut menepati kehendak soalankerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang dalam RPH tersebut menerapkanunsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan sebenar pengajaran Komsasdiwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini seharusnyadiketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar BahasaMelayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaranmenyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai objektifdengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T ataskeizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan kerjakursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadarakan sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjangproses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yangmembantu sama ada secara langsung mahupun tidak. 14.BibliografiKamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya.Penerbit Fajar Bakti(Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang. Cerdik Publiction Sdn.Bhd.Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan Pendekatan. Shah Alam.Penerbit Fajar Bakti

Blog ulasan cerpenhttp://rani-ipg.blogspot.com/2012/07/aspek-apresiasi-sastera.html