kaedah demonstrasi

download kaedah demonstrasi

of 1

description

tunjuk cara

Transcript of kaedah demonstrasi

DemonstrasiSaya telah mengenal pasti masalah yang sering berlaku dalam diri murid ialah masalah mengingat sesuatu teori atau saya perincikan kepada kajian saya ialah mengingat cara-cara menyediakan medium semaian.Untuk pengetahuan, daya ingatan (kongitif) hanya dapat diteroka dan dikuasai apabila individu tersebut melibatkan diri terhadap sesuatu perkara yang dijalankan .Ini disokong oleh pendapt Erikson(1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai kerana tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang.Terdapat dua jenis ingatan yang dialami manusia iaitu ingatan yang dialami manusia iaitu ingatan janga masa pendek dan ingatan jangka panjang yang dipetik daripada kenyataan Willian Jamus mengenai tindak balas murid .(Yusof Boon; 2000).Melalui hasil penilaian tersebut, murid hanya ,menguasai ingatan jangka masa pendek yang menyimpan maklumat dalam beberapa saat sahaja.Murid tidak dapat menyimpan maklumat yang diterima dalam jangka masa lama iaitu ingatan jangka panjang.Di samping itu juga, mengikut Atan Long (1968), ingatan diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan di dalam otaknya.Rangsangan yang diberikan adalah melalui aktiviti menyediakan medium semaian yang diberikan supaya otak murid akan berfungsi dan bergerak lalu dapat menjadikan pembelajaran sebagai pembelajaran bermakna.Pernyataan oleh Abu Zahri (1987), minat memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu pembelajaran dan minat dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu sendiri.