Kaedah kajian

15
68 BAB TIGA METOD KAJIAN 3.1. Pengenalan Dalam bab ini akan membicarakan metod yang akan digunakan dalam kajian ini. Terdapat dua bentuk metod diperkenalkan, iaitu konseptualisasi kajian dan operasionalisasi kajian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan data- data statistik sebagai medium pengkajian. 3.2. Konseptualisasi Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap kepuasan komunikasi kepemimpinan dalam kalangan komuniti Rukun Tetangga dan persepsi terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga. Pemboleh ubah bagi meninjau kepuasan komunikasi kepemimpinan dalam penyelidikan ini ialah sikap bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan. Manakala tahap komitmen pula diukur berdasarkan pada empat perlakuan kepimpinan, iaitu sifat empati, perkongsian, amalan berpasukan dalam kerja dan berwawasan. Selain itu, kajian juga membuat tinjauan terhadap persepsi komuniti terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga dalam kawasan kajian, Seterusnya, kajian menganalisis persepsi responden terhadap tahap pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga (RT).

Transcript of Kaedah kajian

Page 1: Kaedah kajian

68

BAB TIGA

METOD KAJIAN

3.1. Pengenalan

Dalam bab ini akan membicarakan metod yang akan digunakan dalam kajian ini.

Terdapat dua bentuk metod diperkenalkan, iaitu konseptualisasi kajian dan

operasionalisasi kajian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan data-

data statistik sebagai medium pengkajian.

3.2. Konseptualisasi Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap kepuasan komunikasi

kepemimpinan dalam kalangan komuniti Rukun Tetangga dan persepsi terhadap

komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga. Pemboleh ubah

bagi meninjau kepuasan komunikasi kepemimpinan dalam penyelidikan ini

ialah sikap bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan.

Manakala tahap komitmen pula diukur berdasarkan pada empat perlakuan

kepimpinan, iaitu sifat empati, perkongsian, amalan berpasukan dalam kerja dan

berwawasan. Selain itu, kajian juga membuat tinjauan terhadap persepsi komuniti

terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga dalam kawasan kajian,

Seterusnya, kajian menganalisis persepsi responden terhadap tahap pencapaian

matlamat penubuhan Rukun Tetangga (RT).

Page 2: Kaedah kajian

69

3.3. Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan

Komunikasi yang berkesan berlaku apabila wujudnya tahap kepuasan yang tinggi

dalam proses komunikasi antara sumber (Kepimpinan RT) dengan penerima

(Komuniti RT). Dengan kata lain, sejauh mana maklumat-maklumat yang

disalurkan secara dua hala memenuhi kehendak dan keperluan individu dalam

melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan atau sekurang-

kurangnya kefahaman maklumat yang diterjemahkan dalam bentuk tindak laku

yang selari dengan kehendak pengurusan. Thayer (1967 hal.64) mendefinisikan

kepuasan berkomunikasi sebagai, “..the personal satisfaction inherent in

sucessfully communicating to someone or successfully being communicated

with.” Redding (1972) pula mendefinisikannya sebagai suatu darjah yang

menyeluruh mengenai kepuasan yang diterima daripada persekitaran komunikasi

yang menyeluruh. Dalam penyelidikan ini terdapat empat elemen komunikasi

kepemimpinan, iaitu bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan

penyertaan.

3.3.1. Bertimbang rasa

Amalan bertimbang rasa merujuk kepada persepsi Ahli KRT terhadap perilaku

kepimpinan Rukun Tetangga dari sudut memahami keupayaan ahli RT,

menyediakan persekitaran yang kondusif, mengambil berat kebajikan ahli dan

sikap bertolak ansur dengan mereka semasa melaksanakan aktiviti yang

dijalankan oleh KRT. Manakala sifat keterbukaan dirujuk pada persepsi Ahli

Page 3: Kaedah kajian

70

KRT terhadap perilaku kepimpinan Rukun Tetangga dari segi keterbukaan ketua

yang boleh menerima teguran, bersedia untuk mendengar pendapat, mudah

diajak berbincang dan sanggup berkongsi maklumat dengan Ahli KRT semasa

melaksanakan aktiviti RT.

3.3.2. Keterbukaan

Merujuk kepada persepsi Ahli KRT terhadap perilaku kepimpinan Rukun

Tetangga dari segi keterbukaan ketua yang boleh menerima teguran, bersedia

untuk mendengar pendapat, mudah diajak berbincang dan sanggup berkongsi

maklumat dengan Ahli KRT semasa melaksanakan aktiviti RT.

3.3.3. Memberi Sokongan

Merujuk kepada persepsi Ahli KRT terhadap perilaku kepimpinan Rukun

Tetangga dari aspek mencadangkan galakan serta bimbingan, mengiktiraf kerja

yang dilakukan oleh individu komuniti setempat, menunjukkan ekspresi yang

positif serta memberikan maklumat kepada komuniti setempat semasa

menjalankan aktiviti RT.

Page 4: Kaedah kajian

71

3.3.4. Penyertaan

Merujuk kepada persepsi Ahli KRT terhadap kepimpinan Rukun Tetangga dari

aspek memberikan kebebasan untuk mengeluarkan cadangan, menggalakkan

kerja berkumpulan, menyelesaikan masalah bersama dan menggalakkan

penglibatan ahli KRT semasa melaksanakan tugas seharian.

3.4. Komitmen Kepimpinan

Dalam penyelidikan ini komitmen kepimpinan yang dijangka terhasil daripada

gaya komunikasi kepemimpinan yang diamalkan oleh kepimpinan KRT setempat.

Komitmen kepimpinan ditinjau berdasarkan empat perlakuan pemimpin, iaitu

sifat empati, perkongsian, berpasukan dan berwawasan. Keempat-empat

perlakuan ini akan memberikan gambaran terhadap tahap komitmen yang

ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga.

3.4.1. Sifat Empati

Merujuk kepada perasaan setia atau akur individu komuniti RT terhadap

daripada gaya komunikasi kepemimpinan, iaitu bertimbang rasa, keterbukaan,

memberi sokongan dan penggalakkan penyertaan yang diamalkan oleh

kepimpinan KRT selaku pemimpin dalam sesuatu KRT. Komitmen terhadap

pemimpin dijangka akan dikecapi hasil daripada gaya komunikasi

Page 5: Kaedah kajian

72

kepemimpinan KRT dari sudut bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan

dan penyertaan dalam jabatan kerajaan oleh Ahli KRT.

Di antara soalan-soalan yang ditanya seperti, setakat manakah komitmen anda

dengan pemimpin kerana penyediaan persekitaran yang kondusif, setakat

manakah komitmen anda dengan pemimpin kerana kesediaan mendengar

pendapat anda, setakat manakah komitmen anda dengan pemimpin kerana

pengiktirafan kerja baik anda dan setakat manakah komitmen anda dengan

pemimpin kerana menggalakkan kerja kumpulan dalam organisasi.

3.4.2. Sifat Berpasukan

Kerja berpasukan yang berkesan dalam sesebuah organisasi adalah hasil

perlakuan komunikasi pemimpin yang berwajaran khususnya proses interaksi

kerja adalah sangat penting. Di antara ciri-ciri penting dalam pembentukan

pasukan kerja yang cemerlang adalah:

a. menjadikan suasana kerja yang boleh dianggap baik serta adil

oleh anggota organisasi,

b. mengamalkan penyertaan-mendengar serta mencerap idea-idea

yang disampaikan oleh pekerja dan mendapatkan penglibatan

mereka dalam perancangan kerja organisasi,

c. tunjukkan sifat empati kepada anggota organisasi sebagai

penyelia atau pengurus yang mewakili pihak atasan dan juga

Page 6: Kaedah kajian

73

mengambil kira isu-isu positif yang di kemukakan oleh pihak

subordinat,

d. berkomunikasi secara terbuka, terutama dalam proses

perkongsian maklumat melalui penglibatan semua peringkat

kerja.

3.4.3. Perkongsian

Merujuk kepada persepsi ahli KRT terhadap kepimpinan Rukun Tetangga dari

aspek sentiasa menunjukkan sikap tolak ansur, sentiasa menerima teguran yang

membina, sentiasa mendengar pendapat anda dan sentiasa berkongsi maklumat

mengenai aktiviti RT. Proses perkongsian maklumat yang dipupuk hasil daripada

interaksi dikalangan individu dalam menjalankan peranan kerja mereka.

Manakala teori sistem-interaksi pula memberi tumpuan kepada pola perlakuan

interaksi dalam kalangan ahli-ahli sesebuah organisasi (Krone, et al. 1987).

Dalam kajian ini perkongsian dalam amalan komunikasi dilihat sebagai kualiti

jalinan hubungan di pelbagai peringkat anggota organisasi dengan fokus kepada

persepsi terhadap interaksi yang bersifat jujur, ikhlas dan menyangga. Jalinan

hubungan ini bukan sahaja dilihat pada interaksi antara ketua dengan ahli-ahlinya,

tetapi juga melihat kualiti interaksi jalinan hubungan dan kualiti maklumat pada

peringkat yang lebih menyeluruh, antara RT dengan Jabatan Perpaduan dan

Integrasi Nasional, dan agensi-agensi kerajaan serta badan NGO yang lain.

Page 7: Kaedah kajian

74

3.4.4. Berwawasan

Merujuk kepada persepsi ahli KRT terhadap kepimpinan Rukun Tetangga dari

aspek sentiasa mengiktiraf kerja-kerja yang dilakukan, sentiasa menunjukkan

kemesraan, memaklumkan maklumat terkini aktiviti RT, sentiasa minta cadangan

sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan dan menggalakkan penglibatan komuniti.

Dalam kajian ini pengharapan kepada kepimpinan yang berwawasan tinggi

diperihalkan sebagai usaha penyebaran dan perkongsian maklumat yang di

sebarluas oleh organisasi kepada semua peringkat kerja mengenai halatuju

organisasi. Selain paparan komitmen yang tinggi, dalam kajian ini, dimensi ini

diperihalkan akan kepentingan ahli KRT sebagai aset organisasi, kebebasan untuk

mencadangkan perubahan, pengiktirafan terhadap kejayaan, dorongan dan

bimbingan yang diberikan, pemakluman tentang maklumat perancangan strategik

organisasi dan maklum balas mengenai halatuju organisasi.

3.5. Kaedah Persampelan

Populasi kajian adalah seramai 3,000 ahli KRT dari negeri-negeri di Semenanjung

Malaysia, iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri

Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Cara pemilihan responden dibuat dengan

menggunakan kaedah persampelan rawak ringkas atau Simple Random

Sampling.

Page 8: Kaedah kajian

75

Kaedah persampelan rawak ringkas ini dilakukan dua peringkat, iaitu pada

peringkat pertama untuk mendapat bilangan KRT mengikut negeri dan daerah

yang bakal terpilih untuk dijadikan sampel, penyelidik menyenaraikan semua

KRT dalam bentuk angka dalam satu bekas kemudian dicabut secara rawak.

Pada peringkat kedua, kaedah yang sama juga digunakan untuk mendapatkan

responden, iaitu dengan menyenaraikan nama responden (KRT) yang diperolehi

daripada Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dalam bentuk

nombor, kemudian dicabut secara rawak. Bagi mendapatkan gambaran yang jelas

mengenai jumlah responden yang terpilih melalui kaedah persampelan rawak

ringkas dalam kajian ini untuk setiap negeri (lihat Jadual 3.1).

Jadual 3.1

Taburan Dan Jumlah Persampelan

Negeri

Jumlah Diedar Jumlah Diterima

Perlis 300 orang 300 orang

Kedah 400 orang 365 orang

Pulau Pinang 400 orang 400 orang

Perak

400 orang 400 orang

Selangor

400 orang 400 orang

Negeri Sembilan

200 orang 50 orang

Melaka

350 orang 350 orang

Kelantan

200 orang 101 orang

Terengganu

500 orang 350 orang

Jumlah 3000 orang 2716 orang

Page 9: Kaedah kajian

76

Menurut Abdullah (2000) dan Che Su (2000) sekiranya 40% responden

yang memberikan maklum balas terhadap soal selidik, ianya adalah mencukupi.

Oleh itu, penyelidik telah bertindak menghantar sebanyak 3000 soal selidik

kepada responden, iaitu negeri Perlis (300), Kedah (400), Pulau Pinang (400),

Perak ( 400), Selangor (400), Negeri Sembilan (200), Melaka (350), Kelantan

(200) dan Terengganu (500).

3.6. Unit Penganalisisan

Bagi tujuan memperolehi data-data mengenai kepuasan terhadap dimensi-dimensi

komunikasi serta tahap komitmen ahlu Rukun Tetangga, maka unit penganalisisan

digunakan adalah berasaskan kepada persepsi ahli Rukun Tetangga secara

individu. Sebagai satu kajian bersifat makro, data-data yang diperolehi akan di

análisis secara aggregate bagi melihat persepsi komuniti secara menyeluruh

terhadap gaya komunikasi kepimpinan, komitmen yang diamalkan serta

pencapaian aktiviti rukun tetangga.

3.7. Prauji

Prauji telah dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan soalan dalam soal

selidik difahami dengan baik oleh responden. Prauji tersebut dilakukan di

kawasan Rukun Tetangga di Pauh Perlis, dan Kawasan Changlon, Kubang Pasu,

Kedah Darulaman yang respondennya dipilih secara rawak seramai 50 orang.

Responden telah memberikan jawapan dan maklum balas terhadap soalan dalam

soal selidik tersebut menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi seperti dalam

Page 10: Kaedah kajian

77

Jadual 3.2. Setelah itu, penyelidik menghantar borang soal selidik kepada

responden sebenar.

Jadual 3.2

Data kebolehpercayaan dalam prauji

(n = 35)

PEMBOLEH UBAH

CRONBACH ALPHA

Kepuasan Komunikasi Kepimpinan

Bertimbang rasa

Keterbukaan

Memberi sokongan

Penyertaan

Komitmen pemimpin

Empati

Perkongsian

Berpasukan

Berwawasan

0.96

0.96

0.96

0.96

0.96

0.96

0.96

0.96

3.8. Kaedah Pengumpulan Data.

Bagi mendapatkan data mengenai kajian ini, satu set soal selidik digunakan. Soal

selidik berbentuk self administered yang mengadungi 78 soalan. Terdapat dua

kaedah dalam usaha mendapatkan data dari soal selidik. Kaedah pertama adalah

dengan bantuan kakitangan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk

diedarkan kepada penduduk kampung yang terlibat. Dua negeri di pilih bagi

menggunakan kaedah pertama, iaitu negeri Kelantan dan Negeri Sembilan.

Page 11: Kaedah kajian

78

Kaedah ini didapati kurang berkesan. Kumpulan penyelidik telah menggunakan

kaedah kedua, iaitu dengan mengunakan pembanci bebas untuk mengedar serta

bersemuka secara langsung dengan ahli-ahli KRT. Kaedah ini digunakan bagi

kawasan Rukun Tetangga di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak,

Selangor, Melaka, Selangor dan Terengganu.

Kesemua responden yang terpilih adalah diambil kira juga jantina, umur, bangsa,

jenis kediaman rumah, kelulusan dan juga penglibatan dalam aktiviti Rukun

Tetangga bagi tujuan memenuhi objektif kajian ini. Responden diberi tempoh

selama sehari atau secara langsung untuk menjawab soalan yang dikemukakan

dan penyelidik/pembanci mengutip segala jawapan yang telah dijawab tersebut.

3.9. Instrumentasi Pengumpulan Data

Dalam aspek kepuasan komunikasi kepimpinan, set soal selidik Downs & Hazen

(1977 dan 1993) yang diubahsuai oleh Rosli (1998) dan instrumen yang

digunakan oleh Syd Abdul Rahman (2003) sebagai panduan. Soal selidik ini

dibahagikan kepada tiga bahagian. Persoalan yang dikemukakan adalah (1) data

peribadi, (2) kepuasan terhadap komunikasi kepimpinan ketua, (3) komitmen

ketua dan (3) pencapaian serta penyertaan dalam aktiviti Rukun Tetangga.

Page 12: Kaedah kajian

79

3.9.1. Bahagian Pertama: Data Peribadi

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan

maklumat peribadi responden. Sebanyak 7 item telah dimasukkan bagi tujuan

mengukur beberapa faktor demografik peribadi iaitu, umur, jantina, jenis

kediaman, kelulusan, penglibatan dan bilangan aktiviti yang dihadiri dalam

setahun.

3.9.2. Bahagian Kedua : Dimensi Kepuasan komunikasi kepimpinan

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mengukur tahap

kepuasan berkomunikasi kepimpinan berdasarkan dimensi-dimensi kepuasan

komunikasi kepimpinan, iaitu bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan

dan penyertaan. Sejumlah 17 soalan disediakan bagi tujuan pengukuran, daripada

jumlah ini soalan-soalan telah dikelompokan kepada empat seksyen kecil serta

mengikut empat faktor yang berkaitan dengan dimensi dalam kepuasan

berkomunikasi. Bagi dimensi bertimbang rasa sebanyak 4 item digubal untuk

mengukur tahap kepuasannya. Manakala dalam dimensi keterbukaan sebanyak 4

item telah dibentuk, begitu juga dalam mengukur dimensi penyertaan yang

diberikan oleh pemimpin RT.

Bagi setiap item dalam soal selidik pada bahagian ini terdapat lima (5) pilihan

jawapan yang dapat mengambarkan tahap kepuasan responden terhadap amalan

Page 13: Kaedah kajian

80

komunikasi ketua. Skala likert lima peringkat digunakan bagi tujuan pilihan

kepada responden, iaitu dari sangat tinggi kepada sangat rendah. Skor yang tinggi

mengambarkan tahap kepuasan yang tinggi dan taburan skor yang rendah

mengambarkan tahap kepuasan yang rendah dalam aspek kepuasan

berkomunikasi.

3.9.3. Bahagian Kedua : Dimensi komitmen yang diamalkan oleh

Pemimpin Rukun Tetangga (RT)

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mengukur tahap

komitmen yang diamalkan oleh kepimpinan RT berdasarkan dimensi-dimensi

komitmen, iaitu sifat empati, perkongsian, berpasukan dan berwawasan. Sejumlah

17 soalan disediakan bagi tujuan pengukuran, daripada jumlah ini soalan-soalan

telah dikelompokan kepada empat (4) faktor yang berkaitan. Bagi dimensi empati

sebanyak 4 item digubal untuk mengukur tahap amalannya. Dalam dimensi

perkongsian sebanyak 4 item telah dibentuk, begitu juga dalam mengukur dimensi

berpasukan yang diberikan oleh pemimpin RT. Manakala lima (5) item dibentuk

untuk mengukur sama ada pemimpin mempunyai wawasan.

Bagi setiap item dalam soal selidik di bahagian ini terdapat lima (5) pilihan

jawapan yang dapat mengambarkan tahap kepuasan responden. Skala likert lima

peringkat digunakan bagi tujuan pilihan kepada responden, iaitu dari sangat tinggi

pada sangat rendah. Skor yang tinggi mengambarkan tahap kepuasan yang tinggi,

Page 14: Kaedah kajian

81

dan taburan skor yang rendah mengambarkan tahap kepuasan yang rendah dalam

aspek komitmen yang ditunjukkan oleh pemimpin.

3.9.4. Bahagian Ketiga : Persepsi terhadap aktiviti dan pencapaian

matlamat RT

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mengukur

persepsi responden terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh RT dan persepsi

responden terhadap pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga. Sejumlah

8 soalan disediakan bagi tujuan pengukuran. Daripada jumlah ini soalan-soalan

sebanyak 8 item digubal untuk mengukur tahap penglibatan dalam aktiviti RT.

Manakala tujuh (7) item dibentuk untuk mengukur sama ada aktiviti RT mencapai

matlamat penubuhannya.

Bagi setiap item dalam soalselidik pada bahagian ini terdapat lima pilihan

jawapan yang dapat mengambarkan tahap penglibatan dan persepsi responden

terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga. Skala likert lima (5)

peringkat digunakan bagi tujuan pilihan kepada responden, iaitu dari sangat tinggi

kepada sangat rendah. Skor yang tinggi mengambarkan tahap persepsi yang

positif tinggi dan taburan skor yang rendah mengambarkan tahap penglibatan

komuniti terhadap aktiviti RT.

Page 15: Kaedah kajian

82

3.10. Kaedah analisis data

Pemprosesan data akan dilakukan dengan komputer menggunakan perisian

Statistical Package for The Social Science atau SPSS versi 12.0. Di samping

itu, analisis deskriptif berbentuk peratus banyak digunakan bagi melihat profail

responden, iaitu jantina, umur dan kelulusan serta komunikasi kepemimpinan,

komitmen yang ditunjuk oleh pimpinan RT dan pencapaian matlamat penubuhan

RT.

Kesemua kaedah ini digunakan bertujuan untuk menjawab objektif dan ujian

hipotesis yang dibentuk dalam penyelidikan ini. Manakala aras keertian atau

Significance level yang ditetapkan adalah 0.05.

3.11. Kaedah temubual

Dalam penyelidikan ini kaedah temu bual juga digunakan. Mereka yang

terlibat dalam temu bual ini adalah mewakili responden. Penyelidik bertemu dan

berbincang dengan beberapa individu yang terlibat dengan menyediakan soalan

dan dijawab oleh mereka yang terpilih. Temu bual ini dilakukan bagi

memperkukuhkan dan mendalami lagi data kuantitatif yang diperolehi hasil

daripada kajian ini.