kaedah kajian

3
4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang dilaksanakan. Kaedah kajian terbahagi kepada dua iaitu data primer dan sekunder. 4.1 DATA PRIMER Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data primer bermaksud maklumat pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah mengutip data primer ialah melalui pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Dalam kajian ini, pengkaji tidak akan menggunakan data primer ketika menjalankan kajian ke atas syarikat HPA Industries kerana syarikat ini jauh dari tempat tinggal pengkaji dan ianya memerlukan kos yang tinggi untuk pengkaji berulang alik ke tempat yang dikaji. 4.2 DATA SEKUNDER Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data sekunder merupakan maklumat sampingan yang boleh digunakan dalam melaksanakan kajian. Antara kaedah mengutip sumber sekunder ialah analisis dokumen, rujukan dan pembacaan dan tinjauan persuratan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber maklumat yang diperlukan iaitu melalui buku rujukan, laman sesawang dan laoran tahunan syarikat. 4.2.1 Buku Rujukan Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa buku dan antara buku rujukan yang digunakan ialah Marketing An Introduction yang ditulis oleh Armstrong, Gary & Kotler

description

haha

Transcript of kaedah kajian

Page 1: kaedah kajian

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang

dilaksanakan. Kaedah kajian terbahagi kepada dua iaitu data primer dan sekunder.

4.1 DATA PRIMER

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data primer bermaksud maklumat pertama

yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah mengutip data primer ialah

melalui pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Dalam kajian ini,

pengkaji tidak akan menggunakan data primer ketika menjalankan kajian ke atas syarikat

HPA Industries kerana syarikat ini jauh dari tempat tinggal pengkaji dan ianya memerlukan

kos yang tinggi untuk pengkaji berulang alik ke tempat yang dikaji.

4.2 DATA SEKUNDER

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data sekunder merupakan maklumat

sampingan yang boleh digunakan dalam melaksanakan kajian. Antara kaedah mengutip

sumber sekunder ialah analisis dokumen, rujukan dan pembacaan dan tinjauan persuratan.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber maklumat yang

diperlukan iaitu melalui buku rujukan, laman sesawang dan laoran tahunan syarikat.

4.2.1 Buku Rujukan

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa buku dan antara buku rujukan yang

digunakan ialah Marketing An Introduction yang ditulis oleh Armstrong, Gary & Kotler

(1994). Antara maklumat yang diambil dalam buku rujukan ini ialah definisi umum

campuran pemasaran, produk, penetapan harga dan promosi.

4.2.2. Laman Sesawang.

Menurut Mohd Ismail bin Hji Ismail dalam buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

(2005), laman sesawang merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting dalam internet.

Laman sesawang ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi

hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web. HTML digunakan untuk

membuat reka bentuk laman web. Dalam kajian ini, pengkaji telah melayari laman web untuk

mendapatkan dan mengumpulkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan.

Page 2: kaedah kajian

Antara laman sesawang yang dilayari oleh pengkaji ialah laman sesawang rasmi bagi syarikat

HPA Industries melalui pautan http://bisneshpa.wordpress.com dan http://duniaherbahpa.com

Pengkaji telah berjaya mendapatkan maklumat berkaitan dengan latar belakang, jenis produk

yang ditawarkan seperti produk fizikal dan perkhidmatan.

4.2.3 Laporan Tahunan

Dalam kajian ini, pengkaji juga mendapatkan maklumat serta data yang diperlukan melalui

laporan tahunan 2013 dan laporan tahunan 2014 yang diterbitkan oleh syarikat HPA

Industries. Antara maklumat yang diperolehi melalui laporan tahunan ini ialah berkaitan

dengan jualan syarikat pada tahun yang berkenaan, kewangan, dan juga jenis-jenis produk

yang dihasilkan dari masa ke semasa. Antara contoh produk ialah herba-herba, kopi dan

barangan sejuk beku.