Kaedah Kajian

2
Kaedah Kajian Data primer akan dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya melalui sesi soal selidik dengan responden rawak. 1. Lawatan Lawatan merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kajian yang dijalani. Semasa cuti Tahun Baru Cina, kami mengambil kesempatan menyinggah di satu-satunya gedung IKEA di Malaysia yang bertempat di Damansara. Kami telah melihat perabot-perabot yang dipamerkan. Data sekunder merupakan data yang diperoleh dari penelitian orang lain atau sumber yang dipublikasikan sehinnga data tersebut telah disediakan. Dalam kajian ini, kami banyak menggunakan data sekunder dalam pengumpulan maklumat yang diperlukan. 1. Internet Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Dengan adanya kemudahan internet kami dapat mencari maklumat tentang syarikat dan peta-peta syarikat yang dikaji. Kami telah melawat portal rasmi syarikat IKEA untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Kami juga telah menggunakan profil syarikat untuk tujuan mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan dan latar belakang syarikat IKEA dari peringkat awal hingga peringkat globalisasi dengan lebih tepat. 2. Majalah Majalah merupakan bahan bacaan yang meliputi artikel-artikel dari pelbagai penulis dan seterusya diterbit oleh sesebuah media publikasi secara berskala dalam tempoh yang ditentukan. Berdasarkan Majalah Niaga yang diterbit pada 16 February 2011 yang ditulis oleh Mazlan Mohamad, pengkaji dapat tahu cara-cara

description

a

Transcript of Kaedah Kajian

Page 1: Kaedah Kajian

Kaedah Kajian

Data primer akan dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam

kajiannya melalui sesi soal selidik dengan responden rawak.

1. Lawatan

Lawatan merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan gambaran yang jelas

mengenai kajian yang dijalani. Semasa cuti Tahun Baru Cina, kami mengambil

kesempatan menyinggah di satu-satunya gedung IKEA di Malaysia yang bertempat di

Damansara. Kami telah melihat perabot-perabot yang dipamerkan.

Data sekunder merupakan data yang diperoleh dari penelitian orang lain atau sumber yang

dipublikasikan sehinnga data tersebut telah disediakan. Dalam kajian ini, kami banyak

menggunakan data sekunder dalam pengumpulan maklumat yang diperlukan.

1. Internet

Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan

pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai

maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Dengan adanya kemudahan internet kami

dapat mencari maklumat tentang syarikat dan peta-peta syarikat yang dikaji. Kami telah

melawat portal rasmi syarikat IKEA untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Kami juga telah menggunakan profil syarikat untuk tujuan mengenal pasti aktiviti perniagaan

yang dijalankan dan latar belakang syarikat IKEA dari peringkat awal hingga peringkat

globalisasi dengan lebih tepat.

2. Majalah

Majalah merupakan bahan bacaan yang meliputi artikel-artikel dari pelbagai penulis dan

seterusya diterbit oleh sesebuah media publikasi secara berskala dalam tempoh yang

ditentukan. Berdasarkan Majalah Niaga yang diterbit pada 16 February 2011 yang ditulis

oleh Mazlan Mohamad, pengkaji dapat tahu cara-cara tersendiri syarikat IKEA untuk

meletakkan harga terhadap produknya pada harga yang berpatutan.

Nathijahnya, kaedah yang telah dipilih adalah kaedah yang memudahkan kami memperoleh

maklumat serta membuat analisis dengan lebih tepat dan lancar tanpa sebarang kesamaran

pada maklumat yang diperoleh.