KAEDAH KOMUNIKATIF.doc

7
KAEDAH KOMUNIKATIF Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari- hari.Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks Bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Transcript of KAEDAH KOMUNIKATIF.doc

KAEDAH KOMUNIKATIF

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.

Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.

Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.

Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks Bahasa.

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.

Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.

Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaranKAEDAH AUDIOLINGUAL Pada peringkat permulaan, pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini bertujuan untuk ketenteraan iaitu satu program pembelajaran bahasa bagi tentera-tentera yang akan dihantar ke negara-negara luar.

kaedah audio-lingual adalah lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam konteks pendidikan hari ini, kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur. Pengajaran dan pembelajaran lisan adalah kemahiran asas berbahasa yang seharusnya dikuasai dahulu oleh pelajar sebelum mereka dapat belajar membaca dan menulis dengan sempurna. Jadi, kaedah audio-lingual merupakan satu alternatif dalam pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran membaca dan menulis. Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio), dan juga piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana contohnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan, berita, syair dan lain-lain lagi. Oleh itu, kaedah audio lingual yang dijalankan ini adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah mencadangkan beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan menyebut bunyi. Dalam kemahiran ini, murid-murid dapat mengenal, membeza, megajuk bunyi yang diperdengar di samping mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah audio lingual ini dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang dinyatakan tersebut akan terus berkembang ke peringkat yang seterusnya dan lebih baik. Sebagaimana yang diketahui, kaedah audio-lingual ini menggunakan bahan bantu mengajar seperti rakaman berita daripada radio. Apabila kaedah ini digunakan terhadap murid-murid sebagai salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar memahami serta menghayati apa yang terkandung dalam berita tersebut kemudian murid tersebut dapat menerangkan semula apa yang difahami berdasarkan berita yang didengari tersebut. Apabila murid dapat menguasai kaedah ini, secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah apabila murid tersebut mendengar berita di radio atau televisyen murid dapat memahami serta memahami dengan jelas apa yang terdapat dalam berita tersebut dan dapat memberitahu orang di sekelilingnya mengenai berita yag didengarinya itu. Ini menunjukkan kaedah audio-lingual ini memenuhi matlamat yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut adalah mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal. Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan, frasa, ayat yang didengar termasuklah nada serta intonasinya secara latih tubi. Kemudian, murid akan dilatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan ataupun secara berkumpulan. Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih mengingati apa yang didengar. Selain itu, ingatan murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula apa yag dirakam serta berbincang dengan rakan-rakan. Selain itu, murid-murid juga akan mudah mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan

TEKNIK LATIH TUBI Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :

1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.

2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.

3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku.

4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz .

Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting. Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.TEKNIK BERSOAL Teknik bersoal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan. Teknik ini mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan dilaksanakan dengan cara mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam pengajaran ini memerlukan murid berfikir di samping menggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan perasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar. Kelebihan teknik bersoal jawab ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan murid dapat bertindak balas dengan segera. Selain itu juga teknik ini dapat mengenalpasti tahap pengetahuan berbahasa murid dan menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, lojik dan kritis.