Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani

45
SPE4800 – Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Biodata 1 2.0 Pengenalan 2 - 3 3.0 Perbandingan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 3 - 5 4.0 Perbandingan Kandungan 6 - 10 5.0 Perbandingan Pentaksiran 11 - 13 6.0 Kesimpulan 14 7.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 2 15 8.0 Strategi, Kaedah Dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2 16 - 21 9.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4 22 10.0 Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan 23 - 30 1

description

Portfolio Pendidikan Jasmani & Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Jasmani

Transcript of Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani

SPE4800 Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani

BILISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0Biodata1

2.0Pengenalan2 - 3

3.0Perbandingan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)3 - 5

4.0 Perbandingan Kandungan6 - 10

5.0 Perbandingan Pentaksiran

11 - 13

6.0Kesimpulan

14

7.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSRTahun 215

8.0Strategi, Kaedah Dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran PendidikanJasmani Tahun 216 - 21

9.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSRTahun 422

10.0Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran PendidikanJasmani Tahun 423 - 30

11.0Penutup

31

12.0Lampiran

1.0 BIODATA

1.1 NAMA :

1.2 NO. MATRIK :

1.3 PROGRAM : BACELOR PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN (PPG) MAJOR PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, MINOR BAHASA MELAYU (KOHORT SEMESTER 6)

1.4 BERTUGAS :

1.5 MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN : TAHUN 2 & TAHUN 4

1.6 HARI , WAKTU & TAHUN (PENDIDIKAN JASMANI) : SELASA : 740 810 PAGI / TAHUN 2W 810 840 PAGI / TAHUN 4G KHAMIS : 740 810 PAGI / TAHUN 2W 840 910 PAGI / TAHUN 4G

1.7 HARI, WAKTU & TAHUN (PENDIDIKAN KESIHATAN) ; KHAMIS : 910 940 PAGI / TAHUN 2W JUMAAT : 840 910 PAGI / TAHUN 4G

1.8 GAMBAR :

2.0 PENGENALAN Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah digubal berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai dan dicapai oleh murid. Standard kandungan di sini merupakan pernyataan spesifik tentang sesuatu perkara yang harus diketahui oleh murid dan mesti dilaksanakan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran pula adalah penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard kandungan. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah digubal untuk melahirkan murid yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal pada masa yang sama menuju ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Selain itu, ia juga adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Jadi, kurikulum ini berupaya menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Terdapat empat tunjang Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah iaitu kecergasan, kemahiran, kesukanan dan olahraga. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu dasar baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan. PBS ini adalah satu pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Semua penilaian dan pentaksiran adalah dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Semua sekolah dikehendaki melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen-komponen seperti kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Pendidikan Jasmani merupakan salah satu daripada mata pelajaran ini. Dengan berpandukan PBS, markah seseorang murid akan terjejas sekiranya dia tidak menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan. Setiap murid dikehendaki mencapai semua markah berdasarkan PBS apabila tamat sesuatu tempoh perlaksanaan. PBS adalah dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Biasanya, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan bagi menjamin kualiti pelaksanaan PBS untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut.

3.0 PERBANDINGAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Pada 23hb. Mei 2008, Kurikulum Kebangsaan telah mengalami satu proses tranformasi yang diterajui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut KPM (2011), perubahan kurikulum tersebut adalah satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya diperingkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta masa depan yang akan datang. Sehubungan itu, KPM telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan tranformasi kurikulum sekolah rendah. Tranformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan tranformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus tranformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira 3M, sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses tranformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penanda aras dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibubapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada tahun 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.Jadual Perbezaan KBSR dan KSSR

4.0 PERBANDINGAN KANDUNGAN KBSR berasaskan kepada tiga bidang utama iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. Di dalam komponen komunikasi KBSR, terdapat kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan aspek utama pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Dalam aspek ini, matapelajaran yang terlibat adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, peranan sebagai pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap satu, murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap dua pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Mata pelajaran Bahasa Malaysia bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aspek yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling. Aspak kedua ini mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap satu, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajar manakala pada tahap dua, Sains dan Kajian Tempatan. Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral meliputi beberapa nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Contohnya, pada tahap satu, murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain lagi. Manakala, pada tahap dua pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Aspek yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Aspek ini bertujuan bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara matapelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dalam reka bentuk kurikulum KSSR, tranformasi dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang releven dengan keperluan setiap tunjang. Jika dilihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses mengabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantaraan yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis sahaja. Tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada keupayaan konsep pembangunan berterusan dan pembangunan sumber tenaga berterusan. Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Disamping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-kedua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Bagi Tunjang Sains dan Teknologi, ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal releven dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Pencarian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secar berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengalaman dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun peringkat kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangankan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

5.0 PERBANDINGAN PENTAKSIRAN Perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta membuat keputusan. Secara kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul dan digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekaan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga Peperikasaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiraan 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara matapelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi matapelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat berdasarkan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara matapelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan matapelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam peperiksaan KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiaran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibubapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian pretasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibubapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibubapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.6.0 KESIMPULAN PBS adalah satu bentuk pendidikan masa hadapan yang diperkenalkan untuk menggantikan pendidikan yang berorientasi peperiksaan. PBS ini ditadbir sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah. Guru yang membina instrumen tersebut dan mentadbirkannya. Guru yang bertanggungjawab menyediakan laporan perkembangan seseorang murid dan disahkan oleh guru besar. Pengenalan PBS ini dalam pendidikan jasmani telah diterima oleh kebanyakan guru di sekolah walaupun terdapat segelintir guru yang menentang tentang pengenalan PBS atas sebab-sebab seperti penambahan beban kerja, tidak tahu menggunakan komputer dan sebagainya. Dengan adanya PBS dalam pendidikan jasmani sememangnya mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Namun, sekiranya pelbagai pihak berusaha menangani kelemahan yang terdapat dalam pengenalan PBS dalam pendidikan jasmani, saya percaya kelemahan ini tidak akan menjadi kekangan dalam pelaksanaan PBS dan sebaliknya boleh doatasi. Jadi, marilah kita bersama-sama menerima dan melaksanakan pendidikan jasmani untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 2Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 12hb. Februari 2015 (Khamis)Masa : 7.40 pagi 8.10 pagi Kelas : 2 WawasanBil. Murid : 10 Lelaki / 8 Perempuan

Aspek : Pergerakan Lokomotor ( Mencongklang )Fokus : Konsep Kemahiran

Standard Kandungan : 1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. 2.2 Berkebolehan mengaplikasi pengetahuan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 5.2 Mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.Standard Pembelajaran : 1.2.1 Melakukan pergerakan mencongklang (galloping). 2.2.3 Menyatakan postur yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.

Hasil Pembelajaran : Berkebolehan mencongklang pelbagai arah dengan lakuan yang betulPengalaman Sedia Ada : Murid telah mengetahui perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas seperti berlari dalam memberikan respon terhadap perkara asas.

Peralatan : Skital, tin kosong, dan CD Lagu KSSR Muzik Tahun 2 Trek 35 : See the Pony Galloping.Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

9.0 Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun2

Aktiviti 1 : Mencongklang Individu Mencongklang bebas ke pelbagai arah dan kelajuan sambil memegang tin kosong. (Memegang ton kosong seperti memegang tali kekang kuda)

Strategi : Strategi Berpusatkan Murid1. Guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.2. Komunikasi yang berlangsung adalah komunikasi dua hala.3. Mengutamakan kaedah kumpulan dan penglibatan penuh murid.

Kaedah : Kaedah Induktif1. Mengemukan contoh yang khusus dan seterusnya membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut.

Teknik : Teknik Simulasi1. Teknik ini memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi.

Aktiviti 2 : Mencongklang Bulatan Trek 35 : See The Pony Galloping Berdiri dan membentuk satu bulatan besar. Mencongklang dalam bulatan mengikut arah jam dengan iringan muzik.

Strategi : Strategi Berpusatkan Guru1. Memperlihatkan guru sebagai individu yang memainkan peranan utama dalam menguasai dan mengawal segala bentuk aktiviti yang dijalankan.Kaedah : Kaedah Deduktif1. Mengajar yang bermula daripada sesuatu diikuti dengan aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus.

Teknik : Masteri1. Bertujuan memastikan semua murid menguasai kemahiran pergerakan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum maju ke unit seterusnya

3. Permainan Kecil : Perlumbaan Kuda Murid dibahagi kepada 2 kumpulan. Murid mengambil giliran untuk mencongklang secara zig-zag melalui skital. Pasukan yang menang adalah peserta yang mencongklang ke garisan penamat. Strategi : Strategi Berpusatkan Bahan1. Murid dan guru perlu cekap menggunakan bahan (skital, tin kosong, gelung) secara maksimum untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.2. Strategi ini menekankan keseluruhan aspek iaitu aspek fizikal, kognitif dan afektif.3. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan.

Kaedah : Kaedah Kumpulan1. Melatih murid-murid bertanggungjawab serta memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan disamping menggalakkan proses penularan antara murid serta proses penularan dan penyimpangan tingkah laku di kalangan murid-murid.

Teknik : Teknik Permainan1. Bermain adalah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal.2. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak.3. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan.

4. Pentaksiran Memberi lembaran kerja kepada murid untuk tujuan pentaksiran.

Strategi : Strategi Berpusatkan Bahan1. Strategi ini menggunakan bahan sebagai medium utama untuk penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran.2. Bahan-bahan tersebut terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran yang disediakan oleh guru (powerpoit, carta, gambar rajah) dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid (buku teks, lembaran kerja, peralatan sukan, radas dan sebagainya).

Kaedah : Kaedah Penyelesaian Masalah1. Dalam kaedah ini, murid adalah aktif dan guru sebagai konsultan dalam aktiviti penyelesaian masalah.

Teknik : Teknik Simulasi1. Dalam proses ini, murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

9.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 12hb. Februari 2015 (Khamis)Masa : 8.40 pagi 9.10 pagi Kela : 4 GemilangBil. Murid : 20 Lelaki / 15 Perempuan

Aspek : Pergerakan BeriramaFokus : Konsep Kecergasan Standard Kandungan : 1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama. 2.5 Berkebolehan mengaplikasikan konsep pergerakan mengikut irama. 5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.Standard Pembelajaran : 1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan pergerakan mengikut muzik yang didengar. 1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta mengikut muzik yang didengar. 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar. 5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.

Hasil Pembelajaran : Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama

Pengalaman Sedia Ada : Mempunyai pengetahuan asas cara-cara sesuatu permainan dimainkan.Peralatan : CD Dunia Muzik Tahun 2: Trek 18 Mari Mencari, Tab Mudah alih, dan pemain cakera padat.Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

10.0 Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4

Aktiviti 1 : Apakah Permainan Saya? Guru menyuruh murid keluar untuk melakukan aksi permainan yang mereka sukai. Murid-murid lain akan cuba meneka apa permainan yang diaksikan oleh murid tersebut. Murid mengambil giliran untuk melakukan aksi permainan mereka.

Strategi : Strategi Berpusatkan Murid1. Komunikasi yang berlangsung adalah komunikasi dua hala.2. Kepimpinan adalah berbentuk demokratik di mana murid digalakkan untuk memberikan pendapat.3. Murid bersikap lebih kreatif dan inisiatifKaedah : Kaedah Induktif1. Kaedah yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentaksir maklumat-maklumat dan seterusnya membuat generalisasi dan kesimpulan.2. Mengemukakan contoh yang khusus dan seterusnya membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut.

Teknik : Teknik Simulasi1. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan tugasan.

Aktiviti 2 : Ikut Aksi Saya Guru memimpin murid-murid melakukan aksi atau pergerakan permainan seperti tenis, berenang dan bola keranjang. Murid akan melakukan aksi atau pergerakan permainan secara turutan : Mulanya dengan tenis, dikuti dengan berenang dan diakhiri dengan aksi permainan bola keranjang. Guru akan memainkan CD1 Dunia Muzik Tahun 2, Trek 18 Mari Mencari. Murid-murid akan melakukan pergerakan aksi permainan secara turutan mengiringi lagu dan irama.Strategi : Strategi Berpusatkan Guru1. Strategi pemusatan guru memperlihatkan guru sebagai individu yang memainkan peranan utama dalam menguasai dan mengawal segala bentuk aktiviti yang dijalankan.2. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.3. Komunikasi antara murid dan guru adalah sehala sahaja.4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.5. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafaz tetapi kurang upaya untuk membuat interprestasi.6. Interaksi antara murid adalah pasif dan pergaulan sosial murid terbatas.7. Kebolehan dan minat murid tidak diambil kira.8. Murid menjadi kurang kreatif dan tidak diberi peluang untuk menjana idea.

Kaedah : Kaedah Demonstrasi1. Kaedah demonstrasi adalah satu jenis pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru memperjelaskan, memperlihatkan atau mempertontonkan suatu demonstrasi bagaimana cara melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar.2. Perhatian pelajar dapat difokuskan kepada guru.3. Memudahkan proses pembelajaran kerana murid belajar dari pengalaman.

Teknik : Teknik Syarahan1. Juga dikenali sebagai teknik kuliah.2. Teknik syarahan bermaksud seseorang guru yang mempunyai ilmu pengetahuan memberi pengajaran kepada murid secara syarahan.

Aktiviti 3 : Tayangan Video 5-a-day Fitness All Sports Routine Guru menunjukkan tayangan video 5-a-day Fitness All Sports Routine melalui tab mudahalih. Murid-murid akan dapat menyaksikan pergerakan-pergerakan acara-acara Olympic- In Celebration of the London 2012 Olympic, mengikut muzik yang dimainkan. Sambil menyaksikan tayangan video, guru akan mengadakan sesi soal-jawab dengan murid.

Strategi : Strategi Berpusatkan Bahan1. Strategi ini menggunakan bahan sebagai medium untuk penyampaian isi pangajaran dan pembelajaran.2. Guru perlu cekap menggunakan bahan (tab mudahalih) secara maksimum untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.3. Melibatkan interaksi antara murid dengan bahan.4. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan.5. Strategi ini mementingkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman sebenar.

Teknik : Teknik Soal Jawab1. Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan.2. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan.3. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindakbalas yang sewajarnya.4. Melalui kaedah ini, kita akan dapat mengenali dan mendampingi pelajar dengan sebaiknya.5. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaik-baiknya.

4. Pentaksiran Guru memberi lembaran kerja kepada murid di dalam kelas untuk tujuan pentaksiran.

Strategi : Strategi Berpusatkan Bahan1. Strategi ini menggunakan bahan sebagai medium utama untuk penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran.2. Bahan-bahan tersebut terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran yang disediakan oleh guru (powerpoit, carta, gambar rajah) dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid (buku teks, lembaran kerja, peralatan sukan, radas dan sebagainya).

Kaedah : Kaedah Penyelesaian Masalah1. Dalam kaedah ini, murid adalah aktif dan guru sebagai konsultan dalam aktiviti penyelesaian masalah.

Teknik : Teknik Simulasi1. Dalam proses ini, murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

PENUTUP Untuk Pendidikan Jasmani, guru perlu menggabungkan ketiga-ketiga strategi iaitu pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Guru perlu membahagikan slot pengajaran dengan cuba menggunakan ketiga-ketiga strategi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh hanya memberi arahan dan bercakap sepanjang waktu kerana murid-murid tidak boleh menerima arahan terlalu banyak dan secara berterusan. Prosedur penggunaan strategi pengajaran dapat dilihat melalui rajah di bawah :

Guru menyampaikan isi pengajaran(Berpusatkan guru) Penerangan / Demonstrasi

Guru memberi arahan kepada murid untuk membentuk kumpulan(Berpusatkan guru dan Kumpulan / Simulasiberpusatkan murid)

Murid melakukan aktiviti ikut arahan yang diberikan.(Berpusatkan murid) Penyelesaian masalah /latih tubi / permainan

Murid menggunakan bahan yang disediakan oleh guru.(Berpusatkan murid dan Permainan / latih tubiberpusatkan bahan)

Berbincang dan rumusan(Berpusatkan guru dan Perbincangan / penyoalanberpusatkan murid30