Kaedah Mengalami

2
Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam Sastera Kaedah ini dikemukakan oleh Googman (1962) supaya sesuatu pengalaman itu dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri. Individu itu ada pengalaman tersendiri. Ada hasil daripada pengalaman yang dilalui dan ada nilai pengalaman itu sendiri. Tekankan apa yang dialami oleh pembaca dan sejauh mana pembaca dapat menghayati rakaman penulis melalui bahasa yang disampaikan. Kaedah ini lebih menekankan penikmatan. Aspek sastera yang dikaji perlu dirasai dan dihayati sepenuhnya. Guru menggunakan semua himpunan pengalaman pelajar bagi mendapat sesuatu pengalaman baru. Pelajar biasanya didedahkan dengan beberapa persoalan di dalam sesuatu aspek yang dikaji. Persoalan diinterpretasi sehingga ia benar-benar dapat dirasakan. Pengajaran tidak ditumpukan kepada objektif tertentu tetapi lebih kepada mencungkil pengalaman pelajar. Guru perlu cekap menarik perhatian dan menarik minat pelajar kepada cerita yang dikemukakan. BBM penting bagi menyuburkan imaginasi pelajar. Perlu dilatih berfikiran kritis dan kreatif – memberi pendapat, pertimbangan wajar, penilaian, kritikan dan sebagainya. Pelajar boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman mendalam. Kajian intrinsik – kerohanian, jiwa, nilai, hati nurani, kemanusiaan dan kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan seni halus akan menusuk ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar menggunakan pengalaman masing-masing dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera. Ciri Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam Sastera Ciri-ciri Kaedah Mengalami Menghayati • Setiap individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan. • Guru membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya. • Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan. Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal akan membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran. • Pelajar perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen- elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung dalam perbincangan tentang keindahan karya.

description

pendekatan

Transcript of Kaedah Mengalami

Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam SasteraKaedah ini dikemukakan oleh Googman (1962) supaya sesuatu pengalaman itu dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri. Individu itu ada pengalaman tersendiri. Ada hasil daripada pengalaman yang dilalui dan ada nilai pengalaman itu sendiri. Tekankan apa yang dialami oleh pembaca dan sejauhmana pembaca dapat menghayati rakaman penulis melalui bahasa yang disampaikan.

Kaedah ini  lebih menekankan penikmatan. Aspek sastera yang dikaji perlu dirasai dan dihayati sepenuhnya. Guru menggunakan semua himpunan pengalaman pelajar bagi mendapat sesuatu pengalaman baru. Pelajar biasanya didedahkan dengan beberapa persoalan di dalam sesuatu aspek yang dikaji. Persoalan diinterpretasi sehingga ia benar-benar dapat dirasakan. 

Pengajaran tidak ditumpukan kepada objektif tertentu tetapi lebih  kepada mencungkil pengalaman pelajar. Guru perlu cekap menarik  perhatian dan menarik minat pelajar kepada cerita yang dikemukakan. BBM penting bagi menyuburkan imaginasi pelajar. Perlu dilatih berfikiran kritis dan kreatif – memberi pendapat, pertimbangan wajar, penilaian, kritikan dan sebagainya. 

Pelajar boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman mendalam.   Kajian intrinsik – kerohanian, jiwa, nilai, hati nurani, kemanusiaan dan kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan  seni halus akan menusuk ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar menggunakan pengalaman masing-masing dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera.

Ciri Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam SasteraCiri-ciri Kaedah Mengalami Menghayati

• Setiap individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan. • Guru membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya.• Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan. Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal akan membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran.• Pelajar perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen-elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung  dalam perbincangan tentang keindahan karya.• Para pelajar juga dilatih menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif. Ini dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik – soalan mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan dan penilaian para pelajar. Jawapan guna daya kreatif dan imaginasi masing-masing.• Aktiviti-aktiviti  pelajar bersama-sama bimbingan guru  amat dipentingkan. Para pelajar digalakkan melakonkan episod-episod sendiri dan membincangkan  persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran masing- masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Ini akan menentukan penglibatan para pelajar secara menyeluruh.• BBM amat penting  dalam mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek sebenar tentang sesuatu perkara. • Pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup. Para pelajar juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

http://rujuknota.blogspot.com/2012/11/kaedah-mengalami-menghayati-dalam.html