Kaedah Pembinaan Item

145

Transcript of Kaedah Pembinaan Item

KAEDAH PEMBINAAN

ITEM

@ Hak Cipta LPM

5 PERKARA

5 PERKARA1. APA ITU KONSTRUK?2. BAGAIMANA?3. MENGAPA?4. CONTOH KONSTRUK5. CONTOH ITEM IKUT

KONSTRUK

KONSTRUK

Perkara yang ingin dibangunkan atau diperkembangkan dalam

diri pelajar menerusi pelaksanaan sesuatu kurikulum

DALAM PENTAKSIRAN

APA YANG DITAKSIR DALAM PENTAKSIRAN IALAH KONSTRUK

Pengenalpastian konstruk

KONSTRUK

DIDAPATI FPK DINYATAKAN SECARA EKSPLISIT

DALAM DOKUMEN KURIKULUM *Matlamat mata pelajaran

*Objektif mata pelajaran *Huraian sukatan

Langkah mengenalpasti

Rujuk sukatan pelajaran Tumpukan perhatian pada

objektif matapelajaran Fahami Kenalpasti apa yang dihasratkan Bincangkan dan senaraikan Kemudian hasilkan penerangan

CONTOH MATLAMAT MP PI

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAMMatlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal solah, beradab dan barakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan Negara.

CONTOH OM PI

1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid, untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al Quran.

CONTOH OM / KONSTRUK

1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid, untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al Quran.

KEMAHIRAN MEMBACA

CONTOH OM PI

Menghafaz ayat-ayat al quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.

CONTOH OM / KONSTRUK

Menghafaz ayat-ayat al quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.

KONSTRUK = HAFAZAN

CONTOH OM PI

Memahami maksud beberapa ayat al Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.

CONTOH OM / KONSTRUK

Memahami maksud beberapa ayat al Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.

KONSTRUK = KEFAHAMAN

CONTOH OM / KONSTRUK

Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tunggak budaya bangsa yang beramanah .

NILAI = BERAKHLAK MULIA

CONTOH OM BAK

Membolehkan pelajar bertutur dengan fasih dan lancar serta berkemampuan mengeluarkan pendapat dan hujjah-hujjah dalam situasi-situasi tertentu.

CONTOH OM BAT

Membolehkan pelajar membaca pelbagai bahan bacaan serta berkemampuan menganalisa, menilai dan merumus.

CONTOH OM / KONSTRUK

Mengetahui tatabahasa yang mudah

dan menggunakannya dalam pelbagai

bentuk komunikasi.

KEMAHIRAN LISAN

KONSTRUK LPM

DALAM KURIKULUM

PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN KEMAHIRAN NILAI/ ADAB

KONSTRUK PENGETAHUAN DAN

PEMAHAMAN

HASRAT KURIKULUMUntuk melahirkan insan yang

tahu dan faham sesuatu perkara setelah melalui

proses pengajaran - pembelajaran

KONSTRUK PENGETAHUAN DAN

PEMAHAMANDalam pentaksiran

KEBOLEHAN MENGINGAT, MENGENAL DAN

MEMAHAMI SESUATU YANG DIPELAJARI

CONTOH KONSTRUK PENGETAHUAN DAN

PEMAHAMAN

PENDIDIKAN ISLAM Kefahaman Tentang konsep

tauhid. Pengetahuan Dan Kefahaman

Tentang tentang ibadat-ibadat fardu ain dan fardu kifayah.

Pengetahuan Dan Kefahaman Tentang sirah

KONSTRUK KEMAHIRAN

HASRAT KURIKULUMUntuk melahirkan insan

yang boleh membuat sesuatu perkara

setelah melalui proses pengajaran - pembelajaran

CONTOH KONSTRUK KEMAHIRAN

BAHASA ARAB KOMUNIKASI. MEMBACA MENDENGAR LISAN MENTERJEMAH

CONTOH KONSTRUKKEMAHIRAN

PENDIDIKAN ISLAM Kemahiran Hafazan Kemahiran Bacaan al

Quran Kemahiran Mengaplikasi

KONSTRUK NILAI

HASRAT KURIKULUMUntuk melahirkan insan yang berakhlak mulia setelah melalui proses

pengajaran - pembelajaran

KONSTRUK NILAI

Kebolehan mengamalkan dan menghayati sesuatu yang

dipelajari

CONTOH KONSTRUKNILAI

PENDIDIKAN ISLAM Mengaplikasi nilai-nilai

murni dalam kehidupan. Nilai penghayatan adab dan

akhlak.

OBJEKTIF

1. Mengetahui konsep dan peranan kata tugas dalam item pentaksiran

2. Memahami kata tugas yang berkaitan dalam item pentaksiran

3. Menggunakan kata tugas yang sesuai dalam pembinaan item pentaksiran

1. Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

KATA TUGAS

Contoh kata tugas:Takrifkan / Definisikan Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas

tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi.

Nyatakan Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan

penerangan lanjut.

Senaraikan Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori

dan sebagainya secara spesifik tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya

1. Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

Contoh Kata Tugas:Terjemahkan Menukarkan suatu bentuk maklumat kepada suatu

bentuk maklumat lain tanpa mengubah makna maklumat tersebut.

Ringkaskan Memberi penerangan yang lebih padat daripada

pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan utama pernyataan itu

1. Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

Contoh penggunaan kata tugas:

Jelaskan usaha yang telah dilakukan oleh khalifah Abu Bakar As Siddiq untuk menyelamatkan perpecahan umat islam selepas kewafatan rasulullah.

4. Terdapat Kata Tugas yang memerlukan sokongan beberapa perkataan lain atau frasa untuk menjelaskan tugasan.

Hubungan konstruk dan Kata tugas

Tiada pembahagian jelas

Asas pertimbangan Tahu -Ingat Faham – situasi sama Aplikasi – penggunaan /situasi

baru Analisis - tentu/ pilih

Kata tugas konstruk pengetahuan

Takrifkan / Definisikan Senaraikan Namakan Sebutkan Tuliskan Nyatakan

Kata tugas konstruk kefahaman

Terangkan Terjemahkan Ringkaskan Laporkan Ulaskan bincangkan

Kata tugas konstruk kemahiran aplikasi

Binakan Susunkan Gunakan

“Ramai di antara kita yang sudah mati semasa muda tetapi dikuburkan sesudah

tua”

Renungan

KEPERLUAN MENULIS ITEM YANG BAIK

Tahu dengan baik konstruk atau perkara yang hendak ditaksir

Kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif mata pelajaran

Memahami psikologi pendidikan tentang individu yang diuji

Mahir komunikasi verbal

Berpengetahuan dalam pelbagai jenis item

Kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi

Aspek Pembinaan Item Subjektif

Merangkumi sukatan mata pelajaran Mencakupi pembelajaran Memenuhi Spesifikasi Ujian Memenuhi ketentuan konstruk Pendek dan jelas Mempunyai tugasan/ransangan Aspek-aspek penting pembelajaran Berdasarkan tajuk tertentu Menentukan tahap kesukaran Mengelak aspek-aspek sensitif Pertimbangan masa Penyediaan skema pemarkahan

ITEM SUBJEKTIF

Definisi:

Satu pernyataan bersifat pertanyaan yang terdapat dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pelajar/calon menghasilkan maklumat secara tulisan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif.

Aspek-aspek Item Subjektif

• Item yang digunakan dalam ujian subjektif mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.

• Jawapannya yang bersifat polikotomus.

• Pelajar digalakkan berfikir secara kreatif dan kritis.

Kata Tugas Wajib ada pada item subjektif Memandu calon menjawab dengan lebih spesifik Membantu merangka Peraturan Pemarkahan Kata tugas mendapatkan maklumat tentang

pengetahuan : “Apakah”, “Siapakah”, “Bilakah”, “Manakah”

selalu digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan

Kata tugas mendapatkan evidens bagi konstruk yang kompleks

“Bandingkan”, “Bezakan”, “Terangkan”, “Huraikan”, “Bincangkan”, “Rumuskan” dan “Simpulkan” digunakan untuk.

JENIS-JENIS ITEM SUBJEKTIF

Item Respons Terbuka

Item Respons TerhadItem Respon DibinaItem BerpanduItem Berstruktur

JENIS-JENIS ITEM SUBJEKTIF

Item Respons Terbuka

Penghasilan pelbagai kemungkinan jawapan bertulis

Bersifat polikotomus

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKA

Terletak kepada kemampuannya menguji kebolehan pelajar: Idea bebas Mengenal pasti, memilih,

mengorganisasi dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKA

Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran.

Menghasilkan sesuatu idea yang asli

Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKA

Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan masalah

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERBUKA Memerlukan masa yang panjang

untuk menskor berbanding dengan soalan objektif

Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk menskor

Perlu menyediakan satu set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif untuk tujuan menskor.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERBUKA

Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca

Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberi-kan kesan halo.

CONTOH ITEM RESPONS TERBUKA

1. Huraikan kejadian air pasang surut.

2. Terangkan kemajuan ilmu yang dicapai oleh Kerajaan Islam di Acheh pada abad ke-16.

3. Bincangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar masa kini.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA

Pastikan perkara yang hendak ditaksir

Peringkat mana perkara itu akan ditaksir

Aras kesukaran yang ditetapkan dan ciri item

Soalan yang bina hendaklah berdasarkan aspek penting dalam kurikulum

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA

Untuk menjaga kesahan soalan yang dikemukakan hendaklah meliputi tajuk yang luas dan pelbagai aras kemahiran.

Kata tugas yang digunakan untuk mentaksir perkara tertentu dengan menggunakan item respons terbuka seperti “Huraikan”, “Terangkan”, “Bincangkan”, “Bezakan”, “Bandingkan”, “Nilaikan”, “Rancangkan”, “Tunjukkan” dan sebagainya

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA

Untuk menjaga ciri keobjektifan dan kebolehpercayaan, peraturan markah hendaklah disediakan bersama-sama dengan item yang dibina

Rangkaikan soalan supaya tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar jelas

Tetapkan masa dan markah bagi setiap soalan

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA

Untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan hendaklah spesifik

Periksa dan uji kualiti soalan dengan mencuba dahulu menulis jawapan. Ini menolong mengenal pasti kerumitan yang dihadapi oleh pelajar

ITEM RESPONS TERHAD

Item jenis ini berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar

Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal.

panjangnya respons berasaskan ruangan jawapan yang disediakan.

Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu frasa, atau beberapa ayat atau satu perenggan

Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERHAD

Tidak sesuai untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi

Item jenis ini tidak dapat mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran berfikir pelajar

Kemungkinan banyak respons meneka Perlu menyediakan satu set peraturan

pemarkahan yang jelas dan komprehensif untuk tujuan menskor

CONTOH ITEM RESPONS TERHAD

Terangkan maksud wati subahah Bezakan antara kolonisasi dengan

penjelajahan. Berikan empat sebab utama

mengapa Melaka menjadi pelabuhan terpenting pada awal kurun ke-15

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERHAD

 Contoh : Senaraikan dua keburukan dan kebaikan membeli barang secara ansuran.

Item jenis respons terhad boleh dibina dengan dua bentuk, iaitu soalan atau lengkapan. Gubalan dalam bentuk soalan lebih jelas maksudnya.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERHAD

Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir pernyataannya.

Contoh : Sebuah gabus yang diletakkan dalam air akan terapung. Ini kerana .....................................................................................................….............................................................................................................................................................................................................................

ITEM RESPONS DIBINA

Item ini memerlukan pelajar menghasilkan jawapan yang berangkai dan tersusun berasaskan soalan dan tidak sekadar menjawab apa yang diketahui dan dialami.

Item jenis ini mungkin mempunyai hanya satu jawapan atau menerima pelbagai jawapan.

Item jenis ini mungkin dalam bentuk mengisi tempat kosong misalnya dalam bentuk petikan, menyelesaikan masalah matematik, menulis jawapan pendek, melengkapkan rajah, menyenaraikan langkah dan lain-lain.

 

ITEM BERPANDU Item ini memerlukan pelajar

mengemukakan respons berdasarkan rangsangan.

Lazimnya menggunakan stimulus seperti gambar rajah, gambar foto, peta, carta dan lain-lainnya untuk memandu pelajar memberikan respons.

Dalam ujian bahasa selalunya digunakan catatan harian atau pun rangka esei.

ITEM BERSTRUKTUR Satu siri item yang berkaitan

dengan sesuatu proses yang dikemukakan satu persatu

Jawapan yang diberikan merupakan keseluruhan proses yang berkenaan

Soalan berstruktur adalah jenis item respons terhad.

Contoh Item BerstrukturSebatang lilin yang menyala ditutup dengan sebiji gelas.

 (a) Apakah yang anda dapat perhatikan selepas satu

minit? ...............................................................................

(b) Mengapakah kejadian di (a) boleh berlaku ...............................................................................

(C) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen di atas?

 ............................................................................

PERATURAN PEMARKAHAN (PP)

APA

KENAPA

BAGAIMANA

APA DIA PP?

Dokumen yang mengandungi panduan memberi markah bagi setiap item dalam sesuatu ujian

Mengandungi jawapan / contoh jawapan

Disediakan bersama-sama dengan soalan

Komponen penting item subjektif

KENAPA PP PERLU

Panduan spesifik pemberian markah memastikan: pemberian markah sepadan

dengan konstruk yang ditaksir dan tugasan

yang dilaksana calon

pemberian markah adil kepada calon pemarkahan antara pemeriksa

terselaras kebolehpercayaan skor

BAGAIMANA PP DIBINA?

Berdasarkan kata tugas dan tugasan

Berpandukan respons yang dijangka

Berdasarkan pembahagian markah

kata tugas..…

menentukan bentuk jawapan

mencerminkan kerencaman konstruk yang ditaksir

memberi panduan tentang pemberian markah yang wajar

Tahap-tahap pencapaian calon bagi sesuatu item disusun sebagai senarai respons yang diterima, beserta markah yang diperuntukkan bagi setiap tahap

Kemungkinan-kemungkinan jawapan calon diambil kira

RESPON YANG TIDAK DIJANGKA

pembahagian markah.…

ikut soalan ikut pecahan soalan ikut persembahan jawapan ikut agihan markah dalam format

kertas soalan

KAEDAH PEMARKAHAN

Pemarkahan Analitik Pemarkahan Holistik

Pemarkahan analitik… Markah diberi pada peringkat-

peringkat tertentu dalam persembahan jawapan calon

Markah diberi mengikut poin jawapan yang ditentukan

Setiap poin ditentukan pemberatan markah

Peraturan menolak markah/pemberian markah maksimum

Pemarkahan holistik…

Melihat mutu jawapan secara keseluruhan

Memberi perhatian kepada perkara-perkara yang harus dipertimbangkan

Menentukan tahap pencapaian keseluruhan

ARAS KESUKARAN Aras rendah

Item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan rendah, sederhana dan tinggi

Aras sederhana Item yang mampu dijawab oleh

calon berkebolehan sederhana dan tinggi

Aras tinggi Item yang mampu dijawab oleh

calon berkebolehan tinggi sahaja

PEMBINAAN ITEMAnika Pilihan

Boleh mengaplikasi prinsip pembinaan item

Kreatif

Mahir komunikasi verbal

KEPERLUAN PEMBINA

ITEM

Faham falsafah, matlamat dan objektif mata pelajaran

Tahu latar belakang psikologi pendidikan individu yang ditaksir

Tahu apa yang hendak ditaksir dan tujuannya

Menguasai kandungan mata pelajaran yang hendak ditaksir

Keratan Rentas Keratan Rentas IItemtem Anika PilihanAnika Pilihan

StimulusStemPilihan JawapanJawapanDistraktor

Suatu maklumat yang

berbentuk teks atau grafik

yang menjadi fokus

kepada situasi tugasan

yang berbentuk autentik

StimulusStimulusStimulus

StemStemPernyataan maklumat

yang diperlukan untuk menjawab item dan pernyataan tugasan

yang dinyatakan dalam bentuk soalan lengkap

atau tidak lengkap

PILIHAN JAWAPAN

Senarai cadangan jawapan atau penyelesaian dalam bentuk perkataan, angka, simbol, frasa , gambar rajah, jadual, graf dan bentuk komunikasi lain.

JawapanPilihan jawapan yang betul

atau terbaik.Pilihan jawapan yang bukan

jawapan dan berfungsi untuk menarik perhatian calon yang

kurang atau tidak menguasai suatu objektif mata pelajaran atau

mempunyai salah konsep

DistraktorPilihan jawapan yang bukan

jawapan

Berfungsi menarik perhatian calon yang tidak menguasai

sesuatu bidang pembelajaran

Merupakan pernyataan yang memang salah, separuh salah

atau betul tapi tidak menepati kehendak tugasan (stem)

)A (ANEKA PILIHAN

Mempunyai satu jawapan sahaja yang betul atau terbaik daripada beberapa cadangan jawapan bagi soalan itu.

Contoh : Berbentuk soalan lengkap

Apakah tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896?

A Menyelaraskan pentadbiranB Mengembalikan kuasa sultanC Menghapuskan kuasa residenD Memperkenalkan sistem demokrasi

Contoh :Contoh : Bentuk melengkapkan Bentuk melengkapkan pernyataanpernyataan

Sultan Kedah bersetuju menyerahkan Sultan Kedah bersetuju menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris kerana Pulau Pinang kepada Inggeris kerana baginda memerlukanbaginda memerlukan

AAnasihat untuk mentadbir Kedahnasihat untuk mentadbir Kedah

B B perlindungan daripada seranganperlindungan daripada serangan

BelandaBelanda

CCbantuan kewangan memajukanbantuan kewangan memajukan

negerinegeri

DDbantuan ketenteraan menghadapibantuan ketenteraan menghadapi

serangan Siamserangan Siam

Contoh : Bentuk Stem Negatif

Antara berikut yang manakah tidak benar

tentang Tun Perak?

A Mengalahkan Siam di Batu Pahat

BSeorang raja yang teragung di Melaka

C Berasal daripada keluarga Bendahara

D Mendapatkan perlindungan Kerajaan Cina

Memerlukan calon memilih jawapan yang betul berdasarkan gabungan pernyataan yang betul dengan tugasan item

Contoh:

Antara berikut faktor manakah berkaitan dengan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?

IPentadbiran

IIPerdagangan

IIIKetenteraan

IVKeagamaan

AII dan IV sahaja

BI, II dan III sahaja

CI, II dan IV sahaja

DII, III dan IV sahaja

)B (ANEKA PILIHAN KOMPLEKS

PANDUAN PEMBINAAN ITEM ANIKA PILIHAN

Keseluruhan item

StimulusStemPilihan JawapanJawapanDistraktor

A.KESELURUHAN ITEM

1. Dibina berdasarkan spesifikasi ujian yang

ditetapkan dari segi:

Konstruk

Tajuk

Aras Kesukaran

Jenis Item

Klasifikasi Item

A.KESELURUHAN ITEM

.2Mentaksir perkara dicakupi oleh Sukatan Mata Pelajaran dan Huraian Mata Pelajaran

.3Semua calon berpeluang mempelajari perkara yang hendak ditaksir

4.Hendaklah mentaksir perkara yang penting bukan serpihan kecil daripada HSP

A.KESELURUHAN ITEM

Tidak bias kepada mana-mana kumpulanKebolehbacaan yang rendah dan sesuaiMeminimumkan masa membaca itemTidak bersifat perangkap muslihat

5. Hendaklah adil kepada kesemua calon dari segi:

A.KESELURUHAN ITEM

.6Penggunaan istilah yang tepat dan digunapakai dalam

kurikulum

7 .Fokus kepada satu tugasan atau masalah

B.STIMULUS

.1

Relevan

.2

Dinyatakan dalam bentuk yang paling berkesan

.3

Maklumat yang autentik

Stimulus Berajah

Fakta UtamaPeristiwa/kesan

Peristiwa/kesani)

A

xy

z

ii)

iii) Fakta Utama

I Maklumat AII Maklumat BIII Maklumat CIV X

Stimulus Berajah (samb.)

YMaklumat 1

Maklumat 2

Maklumat 3

iv)

Rajah di atas merupakan ciri-ciri sebuah tamadun. Y ialah

v)

Rajah di atas merujuk kepada perubahan sistem Permerintahan di England pada kurun ke….

Mengapakah berlakunya perubahan tersebut?

A B C

Stimulus Berpetikan/Quotation

• Diambil daripada buku ilmiah bukannya buku teks

• Hendaklah disertakan sumber rujukan

• Menyentuh aspek-aspek yang dipelajari calon

• Mencakupi kefahaman calon

Tak Melayu Hilang Di DuniaSejarah Melayu

Stimulus BersenaraiMenyenaraikan butir-butir peristiwa atau fakta

• Ketidakseimbangan agihan ekonomi• Petempatan mengikut kaum• Mobiliti sosial yang terhad

Maklumat di atas merupakan antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei 1969

Mengapakah wujudnya perkara saperti di atas?

Stimulus Bergambar/Karton

Gambar Foto

Gambar Rajah

Karton Lukisan Sendiri

Karton Dari Penerbitan

Stimulus Berjadual

Peristiwa / Tokoh / Perkara

Negara / Sumbangan / Peratus

Tahun

     

     

     

• Maklumat bersifat statistik• Maklumat bersifat fakta• Maklumat bersifat perbandingan

Berdasarkan kepada jadual di atas apakah perbezaan/persamaan/kesimpulan daripada peristiwa /sumbangan … di atas?

Stimulus Berimaginasi/Aplikasi

Digunakan pada item jenis aplikasi

Anda sedang berada disebuah pelabuhan yang sibuk pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Anda perhatikan barang-barang yang diperdagangankan dibawa oleh pegagang dari pelbagai bangsa dan negara.

Antara berikut, manakah barangan dagangan yang paling laris dipasarkan di pelabuhan Melaka?

Stimulus Bentuk Dialog Dialog direka tetapi berkaitan dengan fakta atau aspek yang hendak ditanyaTokoh A: Birch nampaknya telah cuba merubah cara

hidup orang Melayu di kawasan Pasir Salak ini.

Tokoh B: Nampaknya kita mesti bertindak segera supaya tradisi budaya kita tidak dicemari mereka

Tokoh A: Apakah cadangan Tuan Hamba?

Tokoh B: Kita hapus sahaja Birch dari Pasir Salak ini.

Perbualan di atas mungkin berlaku di kawasan Pasir Salak, Perak.Berdasarkan dialog di atas, apakah cara hidup yang cuba diubah Birch?

C.STEM

.1Tugasan dinyatakan dengan jelas, tepat dan ringkas, tiada pembaziran

perkataan sebagai hiasan

.2Tidak memetik terus frasa daripada buku teks atau buku ulang kaji

.3Tidak memeberikan bayangan kepada jawapan seperti

penggunaan pertalian perkataan (words association)

C.STEM

.4Elakkan menyatakan tugasan dalam bentuk negatif. Sekiranya perlu penggunaanya perlu ditegaskan

.5Idea utama item perlulah dinyatakan pada stem bukan

stimulus atau pilihan jawapan

.6Elakkan item berasaskan pendapat

Lemah : Stem tidak lengkap dan jelas

Kecergasan fizikal ialahAciri individu yang sihat

Bukuran keaktifan seseorang individuCmelakukan aktiviti harian dengan cergasDmenjalankan senaman dalam tempoh yang

lama

Lebih baik : Stem lengkap dan jelas

Antara berikut yang manakah ciri individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi?

AMampu melakukan latihan fizikal yang ringan

BMampu mengawal pernafasan dengan singkat

CMampu mengatasi cabaran dalam aktiviti fizikal seharian

DMampu memberikan tumpuan pada aktiviti yang mudah

Lemah : Menggunakan ayat atau keterangan yang tidak perlu

Melihat kepada perkembangaan masa kini dalam bidang perhubungan dan teknologi , beberapa

kemajuan pesat telah dicapai. Merenung kembali sumbangan yang sangat besar ertinya, yang

manakah sumbangan pereka terkenal Alexander Graham Bell?

AKapalBKeretaCTelefonDJambatan

Lebih baik : Stem lebih padat dan jelas

Antara berikut yang manakah direka oleh Alexander Graham Bell?

AKapal

BKereta

CTelefon

DJambatan

D.PILIHAN JAWAPAN.1Semua pilihan jawapan harus bebas

antara satu sama lain. Elakkan opsyen yang saling bercanggah atau

mempunyai makna yang sama

.2Semua pilihan jawapan hendaklah homogen dan selari dengan opsyen

yang lain

3Elakkan pengulangan perkatan yang serupa dalam semua opsyen

D.PILIHAN JAWAPAN

4.Elakkan pilihan jawapan yang negatif

5.Semua pilihan jawapan dinyatakan dengan tatabahasa

yang selaras dengan tugasan terutamanya jenis pelengkap

D.PILIHAN JAWAPAN

6.Susun pilihan jawapan dalam susunan yang logis berdasarkan:

Urutan nomborKronologi peristiwaPilihan jawapan yang serupa

dalam pasanganSusunan huruf ikut putaran jam,

atas ke bawah atau kiri ke kanan

D.PILIHAN JAWAPAN7.Gunakan bilangan pilihan jawapan

yang sesuai bagi mengurangkan calon mendapatkan “skor nasib” dengan meneka secara rambang

8.Elakkan menggunakan perkataan penentu seperti selalu, sangat,

lebih kurang, dll.

Elakkan Pilihan Jawapan Bertindih

Berapakah jumlah penduduk Malaysia?

A Melebihi 10 juta

B Melebihi 12 juta

C Melebihi 14 juta

D Melebihi 17 juta

Lebih Baik : Pilihan Jawapan Tersendiri

Berapakah jumlah penduduk Malaysia?

A10 jutaB12 jutaC14 jutaD17 juta

Lemah : Menggunakan perkatan yang berulang-ulang dalam pilihan jawapan

Antara berikut apakah fungsi kalori meter bom?

AAlat untuk mengukur tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan

BAlat untuk mengukur kandungan nutrien dalam sampel makanan

CAlat untuk mengukur kadar respirasi organisma kecil

DAlat untuk mengukur denyutan nadi

Lebih baik : Perkataan tidak diulang dalam pilihan jawapan

Kalori meter bom berfungsi untuk mengukur

A tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan

B kandungan nutrien dalam sampel makanan

C kadar radiasi organisma kecil

D mengukur denyut nadi

D.PILIHAN JAWAPAN

9.Bagi item aneka pilihan kompleks elakkan

menggunakan suatu cadangan jawapan pada

setiap pilihan jawapan

Lemah : Setiap pilihan jawapan mempunyai cadangan jawapan yang samaPilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris

dengan betul

ISani menolak guni berisi gula itu dengan bantuan Kim

IIAyah menolak jemputan ke majlis makan malam kerana tidak sihat

IIIKhairil menolak basikalnya apabila memasuki kawasan sekolah

IVSalmah menolak semangatnya untuk mencapai kejayaan

AI dan II sahajaBI dan IV sahajaCI, II dan III sahajaDI, II, III dan IV

Nombor satu roman wujud dalam semua jawapan

Lebih baik : Tiada cadangan jawapan yang sama dalam setiap pilihan jawapan

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

ISani menolak guni berisi gula itu dengan bantuan KimIIAyah menolak jemputan ke majlis itu makan malam

kerana tidak sihatIIIKhairil menolak basikalnya apabila memasuki

kaawasan sekolahIVSalmah menolak semangatnya untuk mencapai

kejayaan

AI dan II sahajaBIII dan IV sahajaCII dan III sahajaDI dan IV

Kombinasi jawapan pelbagai

D.PILIHAN JAWAPAN

10.Elakkan menggunakan pilihan jawapan “semua di atas

betul”, “Tiada satupun betul” atau “Saya tidak pasti”

Suhu badan orang yang sihat ialahA98.00 FB98.40 FC99.00 FD99.40 F

Semua Pilihan Jawapan Boleh Diterima

Lemah

Lemah : Pilihan jawapan tidak seragam panjangnya

Gred merupakan petunjuk kepadaA prestasi pelajar dalam ujianB Kebolehan menjawab soalan dengan tepat C Pemahaman pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran guruD Kebolehan pelajar yang diukur dengan instrumen dan teknik psikometrik

Lebih Baik : Pilihan Jawapan diseragamkan panjangnya

Gred merupakan petunjuk kepada

A prestasi calon dalam ujian

B kebolehan calon menjawab soalan

C pemahaman calon dalam pembelajaran

D teknik pengukuran pengetahuan calon

E. JAWAPAN

1. Tepat atau paling sesuai dan tidak boleh dipertikaikan

2. Homogen dengan opsyen yang lain dan tidak menonjol sebagai jawapan seperti sentiasa panjang atau diiringi dengan penjelasan

Lemah: Jawapan lebih daripada satu

Antara berikut yang manakah punca penyakit jantung?

A Kolesterol tinggiB Merokok berlebihanC Tekanan darah yang tinggiD Makan terlalu banyak protein

Baik: Jawapan satu sahajaAntara berikut yang manakah punca penyakit jantung?

A Makan buahan yang manisB Makanan yang berlemakC Makanan yang bersiratD Makanan berprotein

Lemah : Perhubungan ketara (clue) antara stem dengan pilihan jawapan dari segi perkataan yang digunakan

Antara berikut agensi kerajaan manakah bertanggungjawab terhadap alam sekitar?

A Kementerian Buruh

B Kementerian Pertanian

C Kementerian Sains dan Alam Sekitar

D Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

Lebih Baik : Tiada perhubungan (clue) ketara antara stem dengan pilihan jawapan dari segi perkataan yang digunakan

Antara berikut agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap masalah penebangan hutan yang berleluasa?

A Kementerian PertanianB Kementerian Perusahaan UtamaC Kementerian Sains dan Alam SekitarD Kementerian Kebudayan dan Pelancongan

E. DISTRAKTOR

1. Gunakan hanya distraktor yang berfungsi berdasarkan ciri:

Munasabah Tidak terpencil Salah konsep yang biasa Maklumat yang biasa (familiar)

tetapi bukan jawapan

2 Elakkan distraktor yang tidak logis

3. Gunakan pernyataan yang betul tetapi bukan sebagai jawapan

4. Elakkan menggunakan pernyataan yang melucukan

5. Bagi item jenis kuantitatif (eg. Matematik, Fizik), semua distraktor dibina daripada kaedah penghitungan yang munasabah

E. DISTRAKTOR

Lemah : Menggunakan pilihan jawapan yang tidak homogen dan tatabahasa yang tidak tekal dengan stem

Penilaian berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian adalah untuk

A pencapaian objektif sesebuah sekolah ditentukan

B menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajar

C prestasi individu dibandingkan dengan piawai kebangsaan

D menginterpretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu

Lebih Baik : Menggunakan pilihan jawapan yang homogen dan tatabahasa yang tekal dengan stem

Penilaian berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian adalah untuk

A menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajar

B menentukan tahap pencapaian sesuatu objektif sesebuah sekolah

C membandingkan prestasi individu dengan prestasi piawai kebangsaan

D menginterpretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu

Lemah : Pilihan jawapan tidak sama jenis

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bungaA rayaB emasC cempakaD kertas

Lebih Baik : Pilihan jawapan sama jenis

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bungaA rayaB melurC rosD anggerik

RENUNGAN

Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan alasan.

KALAU ADA SUMUR DI LADANG BOLEH HAMBA MENUMPANG MANDIKALAU ADA UMUR YANG PANJANG

BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.