Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

9
Kelebihan Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar Mengapakah perlunya pelajar-pelajar melawat ke hutan paya bakau? Pembelajaran di dalam kelas adalah bersifat teori dan abstrak, yang memerlukan kepada daya pemikiran imaginatif. Apabila guru menerangkan sesuatu perkara pelajar hanya diberikan gambaran dan memerlukan daya imaginasi untuk membayangkannya. Dengan lawatan ke hutan paya bakau pelajar-pelajar berpeluang melihat dengan mata kasar sendiri dan secara dekat flora dan fauna yang ada kaitan dengan pembelajaran mahupun tidak berkaitan dengan pelajaran. Terdapat banyak perbezaannya antara berimaginasi (abstrak) dengan melihat secara lansung (konkrit) dan ini akan meningkatkan pemahaman pelajar. Lawatan ke hutan paya bakau merupakan salah salah satu daripada kaedah pengajaran mata pelajaran non-formal. Tujuan kaedah lawatan ini ialah untuk memberikan satu kelainan dalam kaedah pembelajaran yang tidak lagi berlaku di dalam kelas sahaja seperti. Belajar sambil melawat ke hutan paya bakau ini memberikan kesempatan dan peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman serta mengalami keadaan sebenar (Nabors, Edwards, & Murray, 2009). Ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk menerokai dan menghargai alam

description

n

Transcript of Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

Page 1: Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

Kelebihan Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

Mengapakah perlunya pelajar-pelajar melawat ke hutan paya bakau? Pembelajaran di dalam

kelas adalah bersifat teori dan abstrak, yang memerlukan kepada daya pemikiran imaginatif.

Apabila guru menerangkan sesuatu perkara pelajar hanya diberikan gambaran dan memerlukan

daya imaginasi untuk membayangkannya. Dengan lawatan ke hutan paya bakau pelajar-pelajar

berpeluang melihat dengan mata kasar sendiri dan secara dekat flora dan fauna yang ada kaitan

dengan pembelajaran mahupun tidak berkaitan dengan pelajaran. Terdapat banyak perbezaannya

antara berimaginasi (abstrak) dengan melihat secara lansung (konkrit) dan ini akan

meningkatkan pemahaman pelajar.

Lawatan ke hutan paya bakau merupakan salah salah satu daripada kaedah pengajaran mata

pelajaran non-formal. Tujuan kaedah lawatan ini ialah untuk memberikan satu kelainan dalam

kaedah pembelajaran yang tidak lagi berlaku di dalam kelas sahaja seperti. Belajar sambil

melawat ke hutan paya bakau ini memberikan kesempatan dan peluang kepada pelajar untuk

mendalami ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman serta mengalami keadaan sebenar

(Nabors, Edwards, & Murray, 2009). Ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk

menerokai dan menghargai alam sekitar di sekeliling mereka dan mendedahkan diri kepada

suasana penyelidikan atau kajian lapangan.

Selain itu, kaedah ini membawa kesan yang besar kepada pelajar disebabkan penggunaan

pelbagai deria. Pelajar dapat menggunakan kesemua lima deria asas seperti lihat, dengar, sentuh

dan hidu. Berbeza dengan kaedah pembelajaran di dalam kelas, pelajar hanya menggunakan

deria lihat dan dengar sahaja. Menurut De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu

materi sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio

visual), sedangkan dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari

yang dibaca hanya 10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa

daya ingatan seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak:

Page 2: Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

i. 20% daripada apa yang mereka baca.

ii. 30% daripada apa yang mereka dengar.

iii. 40% daripada apa yang mereka lihat.

iv. 50% daripada apa yang mereka sebut.

v. 60% daripada apa yang mereka buat.

vi. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak

Justeru, ini dapat membuktikan bahawa kaedah lawatan sambil belajar dapat memberi kesan

positif terhadap daya ingatan pelajar kerana mereka dapat menggunakan pelbagai deria asas

mereka. Oleh itu, kaedah ini sudah tentu dapat memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara

atau topik yang diajar oleh guru.

Di samping itu, kaedah ini juga dapat memberikan pengalaman kepada pelajar.

Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar.

Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa lawatan sambil belajar tidak dapat dijual beli

dengan wang ringgit. Menurut Kolb (1983), pengalaman merupakan hal yang paling bernilai dan

guru yang paling baik adalah pengalaman diri sendiri kerana pengalaman membawa seseorang

secara terus terhadap perkara yang dibincangkan, difikirkan, diminati, dan seumpamanya.

Pengalaman yang berguna menjadi asas kepada pelajar untuk menghadapi keadaan-keadaan yang

lain dengan kegiatan-kegiatan lain kemudiannya.

Selain itu, kaedah ini akan membuat pelajar lebih sedar terhadap persekitaran di

sekeliling mereka. Aktiviti lawatan itu akan mengubah corak pemikiran mereka dengan sikap

yang lebih matang. Para pelajar dapat mengaitkan perkara yang dipelajari di bilik darjah dengan

keadaan yang sebenar di luar bilik darjah (Falk et al.,1978; Hudak, 2003). Mereka mula

memahami pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru mereka dan akan meningkatkan

kemahiran belajar dan minat terhadap mata pelajaran Sains. Jika sebelum ini pembejaran di

Page 3: Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

dalam kelas membosankan, dengan adanya lawatan ke hutan paya bakau pelajar-pelajar akan

lebih seronok dengan tumbuhan dan hidupan yang dilihatnya. Mereka akan lebih teruja untuk

mempelajari Sains pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-nilai murni

di kalangan pelajar. Amalan nilai-nilai murni sememangnya penting kepada pelajar agar mereka

dapat menjadi pelajar yang cemerlang. Penerapan nilai-nilai murni ini boleh diterapkan oleh guru

pengiring secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan

oleh guru ialah mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya. Contohnya,

nilai murni seperti bersatu-padu dan toleransi dapat diterapkan kepada para pelajar kerana

mereka sentiasa bergerak dalam kumpulan dan saling bekerjasama demi mencapai yang terbaik.

Selain itu, lawatan ke hutan paya bakau ini akan memberikan satu pendedahan baru

kepada pelajar dan bertujuan memupuk keperibadian seorang penyelidik. Para pelajar dapat

meningkatkan kemahiran pelajar memerhati,menganalisis dan membuat laporan. Lawatan ini

memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri dan meneroka flora dan fauna yang terdapat di

dalam hutan tersebut. Ini merupakan satu latihan kepada mereka dalam proses membuat sesuatu

kajian yang perlu mereka ketahui. Langkah-langkah tersebut akan meningkatkan kefahaman

pelajar terhadap pelajaran yang dipelajari di dalam kelas dan melalui buku teks.

Kelemahan Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

Selain kelebihan-kelebihan yang ada, kaedah lawatan ke hutan paya bakau juga memiliki

beberapa masalah ataupun kekurangan. Belajar sambil melawat memerlukan satu perancangan

yang teliti dan baik untuk menjayakannya. Ini bertujuan supaya objektif lawatan dan

matlamatnya tercapai dan tidak sekadar pergi membuang masa sahaja. Sekiranya perancangan

dibuat sambil lewa boleh menjejaskan kualiti lawatan ke hutan paya bakau dan menjadikan

Page 4: Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

lawatan sesuatu yang hambar dan tidak berfaedah kerana objektif yang ditetapkan tidak

terlaksana. Walaubagaimanapun, lawatan tetap berlaku cuma sekadar mencari keseronokkan.

Selain itu, lawatan ke hutan paya bakau memerlukan kos yang tinggi sekirannya jarak

hutan tersebut yang jauh dari sekolah. Lawatan juga berlangsung selama beberapa hari dan

sudah tentu mengambil masa yang lama disamping banyak prosedur yang perlu dilakukan. Guru

terpaksa mendapatkan kelulusan pihak-pihak tertentu seperti pengetua dan ibu bapa dan juga

bertanggungjawab terhadap keselamatan dan makan minum pelajar-pelajar (Mawdsley, 1999;

Scarce, 1997). Perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian dan diuruskan dengan cekap

untuk menjayakan misi lawatan tersebut dengan efisyen.

Menurut Hudak (2003), dari segi keselamatan, bilangan pelajar yang ramai juga menjadi

kesukaran bagi pihak guru untuk mengawal tingkah laku mereka. Guru bertanggungjawab

sepenuhnya untuk menjaga setiap pelajar yang ada. Namun begitu, nisbah guru dan pelajar

adalah sangat jauh berbeza. Oleh itu, guru pengiring harus sentiasa berwaspada dan sentiasa

memerhatikan pergerakan dan tingkah laku pelajar kerana merupakan satu risiko yang besar bagi

pihak guru dan sekolah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Selain itu, kekangan masa

juga merupakan kelemahan untuk kaedah ini. Kebiasaannya, masa tidak mengikut tentatif yang

ditetapkan kerana pelbagai perkara yang tidak dapat dijangka mungkin berlaku. Contohnya,

masalah pengangkutan seperti kelewatan bas hadir ke lokasi. Oleh itu, guru harus bijak

mengendalikan pelajar dan sentiasa menepati masa mengikut tentatif yang ditetapkan dan tiada

pembaziran masa berlaku supaya setiap saat yang digunakan menjadi bermanfaat. Saayah Abu

(2007) menyatakan bahawa guru perlu tegas dalam memberikan arahan dan undang-undang

supaya pelajar tidak bersikap sambil lewa dan lebih berdisiplin.

Dari segi pembelajaran, pelajar-pelajar akan kurang berminat terhadap pembelajaran

dalam kelas kerana tidak berminat mendengar guru mengajar dan sebaliknya suka kepada aktiviti

lawatan yang telah mereka lalui itu. Perhatian dan tumpuan dalam kelas makin berkurangan

Page 5: Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

kerana terpengaruh dengan lawatan yang telah mereka pergi sebelum ini. Mereka lebih berminat

sekiranya perkara yang diajar itu disertakan dengan bukti-bukti konkrit di depan mata. Ini akan

mengganggu tumpuan pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun kaedah ini tidak dapat

dilakukan secara kerap oleh kerana kosnya yang tinggi dan prosedurnya yang sukar. Oleh itu,

sumber atau bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan

minat pelajar, mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran

lebih menarik. Menurut Haliza dan Joy (2009), pengurusan bilik darjah merujuk kepada semua

tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang

tersusun untuk mengalakkan pembelajaran yang berkesan.

Kesimpulannya, lawatan ke hutan paya bakau boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar

kerana aktiviti seperti ini memberikan keseronokkan disamping pelbagai maklumat baru dan

meninggalkan kesan kepada pelajar-pelajar. Untuk menjadikan sesuatu lawatan itu berjaya dan

lebih bermakna ia perlulah disepadukan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah

dilaksanakan di dalam bilik darjah.. Namun begitu, terdapat juga kelemahan bagi kaedah ini

yang perlu diberi perhatian dan difikirkan untuk diatasi. . Guru memainkan peranan penting

dalam menentukan keberjayaan kaedah ini. Perancangan yang rapi, teliti dan sistematik perlu

dibuat supaya lawatan tersebut mencapai objektif dan matlamatnya.

Page 6: Kaedah Pengajaran Lawatan Sambil Belajar

RUJUKAN

Falk, J. H., Martin, W. W., & Balling, J. D. (1978). The novel field trip phenomenon: Adjustmentto novel settings interferes with task learning. Journal of Research in Science Teaching,15(2), 127–134

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hudak, P. (2003). Campus field exercises for introductory geoscience courses. Journal of Geography, 102(5), 220-225.

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Kolb, D. (1983). Experiential learning, experiences as the source of learning and development. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Mawdsley. R. D. (1999). Legal issues involving fieldtrips. School Business Affairs, 65(9), 28-31.

Nabors, M.L., Edwards, L.C., & Murray, R.K. (2009). Making the case for field trips:What research tells us and what site coordinators have to say. Education 129(4), 661-667.

Saayah Abu (2007). Education, Preschool Kuala Lumpur : PTS Professional