Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

download Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

of 8

Transcript of Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    1/8

    http://spc.upm edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/.

    PRINSIP DAN KAEDAH PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN

    PENGENALAN

    Sebagai komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan

    media seharusnya diselaraskan dengan beberapa prinsip asas penggunaannya supaya

    pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Terdapat empat faktor penting yang

    menjadi asas kejayaan dalam proses pengajaran iaitu :

    a. inisiatif

    b. dedikasi

    c. pengetahuan, dan

    d. kecenderungan

    Setiap guru harus faham jenis media pengajaran yang paling berguna untuknya dalamsatu-satu mata pelajaran yang dikendalikannya. Guru juga seharusnya dapat

    mengenalpasti dari mana sumber perolehan media itu, memahami tatacara

    penggunaannya, kesesuaian media itu untuknya, mengetahui kaedah mengawal dan

    menjaga serta mempunyai pengetahuan memperbaikinya jika berlaku sebarang kerosakan.

    Dalam konteks ini, guu haruslah memahami bahawa walau pun media pengajaran adalah

    komponen yang penting dalam pengajaran, ia tidak boleh menggantikan tempat guru

    secara mutlak. Justeru itu kejayaan dan kegagalan penggunaan media terletak kepada

    guru-guru sendiri. Kecekapan, kesungguhan dan pengetahuan guru untuk mengendalikan

    alatan tersebut dapat memberi keberkesanan dalam proses pengajarannya.

    Berdasarkan hakikat tersebut, guru harus terlebih dahulu memahami peranan dan

    kepentingan media serta mengetahui kaedah dan teknik penggunaan media tersebut.

    Guru-guru harus memahami akan prinsip-prinsip penggunaan dan pengendalian sesuatu

    alat sama ada perkakasan atau perisian sebelum digunakan di dalam bilik darjah. Ini

    penting agar guru-guru tidak menghadapi masalah atau kerumitan sewaktu

    menggunakannya. Ia juga penting supaya tahap penggunaan media secara maksimum

    dapat dilaksanakan bagi mewujudkan proses pengajaran yang menyeronokan dan

    berkesan. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa prinsip penggunaan, antaranay:

    1. Kesesuaian Media Pengajaran

    Media pengajaran yang digunakan seharusnya berkaitan dengan objektif pelajaran dan

    bahan yang hendak disampaikan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

    Umpamanya, rakaman bunyi ombak dan unggas daripada pita rakaman, adalah sesuai

    digunakan dalam induksi set bagi sesi deklamsi sajak. Tegasnya, kesesuaian media

    pengajaran itu bergantung kepada objektif dan tujuan bahan itu digunakan.

    2. Pelbagai Media Dalam Pengajaran

    Kepelbagaian penggunaan media adalah berhubungkait dengan kepelbagaian dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, berbagai-bagai

    http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/
  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    2/8

    kegiatan/pengalaman disesuaikan untuk membantu pembelajaran pelajar peringkat

    tertentu, daripada pengalaman langsung kepada salinan dan pengalaman yang

    didramakan. Disusuli pula dengan demontrasi, pameran, gambar-gambar dan rakaman.

    Pembelajaran juga boleh dimantapkan melalui filem-filem dan pada tahap yang tertinggi

    dengan menggunakan lambang-lambang bahasa (pertuturan).

    3. Mutu Media Pengajaran

    Pemilihan media pengajaran harus disesuaikan dengan bahan yang hendak disampaikan

    dalam pengajaran. Ia juga harus seimbang dengan peringkat umur dan kebolehan pelajar

    sasaran. Mutu media pengajaran juga bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya

    sebagai bahan pengajaran. Pemilihannya perlulah berlandaskan kepada pelbagai faktor-

    faktor seperti faktor teknikal, audio, visual, isi dan sebagainya.

    4. Kemahiran dan Kecekapan Menggunakan Media Pengajaran

    Selain daripada mutu, kecekapan dan kemahiran guru menggunakan sesuatu media

    pengajaran juga adalah penting bagi memberi kekesanan dalam sesuatu proses

    pengajaran. Dalam lain perkataan, ketidakcekapan seseorang guru menggunakan media

    pengajaran boleh mengganggu atau merosakkan pelajaran tersebut. Berdasarkan perkara

    tersebut, guru tidak seharusnya mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa untuk

    menggunakannya. Sebaik-baiknya, guru harus memastikan semua peralatan yang hendak

    digunakan dalam keadaan tersedia, sempurna dan boleh beroperasi sesuai dengan fungsi

    dalam proses pengajaran.

    5. Perancangan Persediaan

    Sebelum menggunakan sesuatu media perancangan persediaan oleh guru juga adalah

    penting. Antara perancangan yang perlu diperhatikan ialah, perancangan dalam

    persediaan masa, persediaan tempat, persediaan diri, persediaan pelajar, persediaan media

    yang akan digunakan dan persediaan persekitaran.

    Berdasarkan beberapa prinsip yang dinyatakan di atas dapat dirumuskan bahawa media

    pelajaran mempunyai beberapa kelebihan tersendiri dan pengunaannya harus dilakukan

    dengan prinsip dan pertimbangan yang sewajarnya, agar ia dapat dimanfaatkan dengansempurna dan berkesan dalam pengajaran.

    KAEDAH PENGGUNAAN BEBERAPA BAHAN/MEDIA

    1. Penggunaan Papan Tulis (kapur)

    Penggunaan papan tulis dengan kapur merupakan asas dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Sejak dahulu hingga sekarang penggunaan media ini tetap dikekalkan

    kerana ia merupakan satu cara yang paling mudah dan menjimatkan.

    Sebelum papan tulis digunakan, perlulah perkara-perkara ini diambil perhatian, iaitu:

  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    3/8

    Rancangan pelajaran yang hendak diturunkan di papan tulis.

    Tulis kesimpulan dan lukis rajah-rajah penting sahaja.

    Proses-proses dan langkah penting sahaja yang harus disenaraikan.

    Keterangan-keterangan selanjutnya hendaklah diisikan terus ke dalam buku pelajar sama

    ada oleh pelajar sendiri atau dengan bantuan guru

    Tulisan hendaklah kemas dan besar supaya mudah dibaca dan ilustrasi hendaklah jwelassupaya dapat dilihat dan senang difahami.

    Guru janganlah berdiri dan bercakap betul-betul di hadapan tulisan atau ilustrasi hingga

    melindunginya.

    Pastikan bahawa tulisan dan ilustrasi tidak terlalu banyak.

    Gunakan warna yang berlainan untuk menghasilkan kontras.

    Guru tidak boleh lama membelakangi pelajar. Pelajar akan hilang minat dan menjadi

    resah kalau guru berbuat demikian.

    Pastikan bahawa guru tidak bercakap sambil menulis atau semasa menggunakan papan

    tulis. Percakapan guru itu tidak akan dapat didengari pelajar.

    Anggaplah bahawa papan tulis itu sebagai media perantara yang penting di antara guru-

    pelajar.Siapkan ilustrasi dan perkara-perkara yang rumit sebelum pengajaran bermula supaya

    tidak membuang masa.

    Padamkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran dari papan tulis.

    Jika perlukan cahaya gunakan lampu yang terang.

    Siapkan semua bahan dan perkakas seperti kapur-kapur warna, pemadam, pembaris dan

    sebagainya terlebih dahulu.

    Papan tulis hendaklah dibersihkan sesudah dipakai.

    Rancangkan ruang-ruang tertentu di papan tulis untuk menulis.

    2. Penggunaan Rakaman Audio

    Rakaman pita audio adalah mudah, murah dan merupakan satu media pengajaran bunyi

    yang mudah disimpan dan digunakan. Pita audio sering digunakan apabila bunyi itu

    secara tersendiri merupakan satu bahagian penting untuk maklumat yang hendak

    disampaikan seperti dalam pelajaran bahasa dan sastera.

    Prinsip penggunaan rakaman audio adalah sama seperti prinsip penggunaan media

    pengajaran yang lain. Untuk kegunaan dalam kumpulan besar atau kecil, guru haruslah

    menggunakan langkah-langkah berikut:

    2.1 Persediaan guru

    Semua pengajaran yang menggunakan apa jua jenis media pengajaran memerluka

    perancangan. Guru hendaklah terlebih dahulu membaca semua nota yang telah disediakan

    untuk sesuatu rakaman (jika rakaman itu bukan rakamana guru sendiri) dan guru

    hendaklah menyediakan bahan-bahan yang akan mengiringi pengajaran itu. Guru

    hendaklah mendengar rakaman itu terlebih dahulu, catatkan nota-nota dan maklumat-

    maklumat dari pita yang telah dirakamkan itu. Kemudian tentukan cara-cara bagaimana

    hendak menimbulkan minat pelajar dan perkara-perkara yang hendak dibincangkan. Jikaperlu beri penjelasan kepada pelajar sebelum mendengar rakaman atau selepas mendengar

  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    4/8

    rakaman, jika rakaman itu didapati sukar difahami pelajar.

    2.2 Menyediakan Pelajar

    Pelajar-pelajar haruslah disediakan supaya berminat mendengar rakaman, komen-komenatau soalan-soalan yang akan menarik perhatian pelajar berhubung dengan topik rakaman

    audio harus dibincangkan terlebih dahulu untuk menimbulkan minat dan perasaan ingin

    tahu pelajar-pelajar.

    Guru hendaklah juga:

    Memberitahu pelajar, topik atau jenis rancangan, penyampaian atau pesertanya.

    Memberitahu pelajarlatar belakang perkara-perkara tentang topik dan rakaman

    Membacakan soalan-solan yang harus dijawab oleh pelajar setelah mendengar rakaman.

    Menjelaskan perkara-perkara yang mungkin tidak akan difahami.

    Mengaitkan rakaman audio dengan kehidupan sehari-hari.

    2.3 Mendengar Rancangan

    Pelajar-pelajar diberi masa yang sesuai mendengar rakaman

    Galakan pelajar-pelajar:

    Mendengar dengan senyap dan bersopan.

    Menumpukan pendengaran mereka kepada perbincangan yang didengar dalam rakaman

    serta mengamati perkara-perkara yang diperbincangkan dalam pita rakaman.

    Mengambil perhatian perkara-perkara yang berlawanan dengan pendapat mereka sendiri

    dan perkara-perkara ini haruslah didengar dengan sabar dan difahami maksudnya.

    Mengaitkan rancangan audio itu dengan perkara-perkara, soalan-soalan atau tugasan yang

    telah dibincangkan sebelum rakaman itu didengar.

    2.4 Kajian sesudah mendengar rancangan

    Setelah mendengar rakaman, satu perbincangan tentang rakaman tersebut haruslah

    diadakan. Soalan-soalan seperti sama ada pelajar-pelajar setuju dengan pendapat-

    pendapat yang terdapat dalam rancangan hendaklah dikemukakan. Segala soalan panduandan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar mendengar rakaman

    hendaklah dibincangkan bersama sebelum memperdengarkan rakaman. Betulkan perkara-

    perkara yang pelajar-pelajar kurang faham. Jika perlu rancangan audio tadi boleh diulang

    dengar untuk pendengaran kali kedua.

    3. Penggunaan Bahan Tayang Lutsinar.

    Alat-alat tayangan lutsinar O.H.P. (overhead projector) membolehkan penayangan imej-

    imej yang telah dilukis di pamerkan. Penyampaian pengajaran dengan menggunakan

    projektor lutsinar memerlukan bahan lutsinar yang diletakkan di atas permukaanprojektor. Sistem kanta projektor lutsinar direka bentuk supaya projektor itu boleh

  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    5/8

    diletakkan di depan bilik darjah. Dengan menggunakan kanta sudut jauh, jarak tayangan

    dari projektor adalah berhampiran. Projektor lutsinar boleh digunakan di bilik darjah yang

    bercahaya biasa. lampu projektor yang tinggi keamatannya boleh digunakan untuk

    setengah-setengah projektor di mana cahaya di bilik darjah adalah lebih cerah atau pun

    apabila jarak projektoer dari tayangan adalah lebih jauh.

    Antara kaedah penggunaan projektor lutsinar ialah:

    Menggunakannya di depan bilik darjah sambil berhadapan dengan pelajar.

    Lutsinar yang diletakkan seperti tulisan biasa di permukaan pentas projektor lutsinar

    boleh dibaca oleh guru dengan mudah dan boleh digunakan sebagai nota oleh guru ketika

    mengajar.

    Guru boleh menunjukkan dengan jari atau alat tulis tentang sesuatu perkara di lutsinar dan

    petunjuk ini boleh kelihatan dalam bentuk bayang yang jelas.

    bahan-bahan tambahan boleh dituliskan atau dipadamkan sambil mengajar.

    Rancangan-rancangan pengajaran mudah diubahsuaikan dengan membuangkan atau

    memasukkan lutsinar baru.Pelbagai kaedah persembahan dan teknik penghasuilan lutsinar.

    Persembahan lutsinar boleh melibatkan para pelajar dan interaksi mereka.

    Persediaan awal bahan-bahan lutsinar dapat dibuat bagi menjimatkan masa.

    Penggunaan warna, gerak dan bunyi dapat dibuat untuk lebih menarik persembahan guru.

    4. Penggunaan Media Cetak

    Media cetak antara lain termasuklah bahan stensilan, potongan akhbar, poster, risalah,

    majalah, gambar atau gambar foto, poskad dan lukisan.

    Dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu penggunaan media cetak amat diperlukan

    terutama dalam pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti dalam menjalankan aktiviti

    dalam perbincangan sama ada berpasangan atau berkumpulan, perbengkelan, kuiz,

    seminar dan sebagainya.

    Oleh itu penggunaan media cetak dapat memberi manfaat kepada pelajar yang antaranya

    ialah:

    Pelajar-pelajar boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri.Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari

    tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.

    Pendapat-pendapat yang berbeza serta aspek-aspek yang berlainan boleh dikajipada satu

    masa yang sama dan boleh diulangi, dikaji kembali atau dirujuk oleh pelajar beberapa kali

    jika perlu.

    Pelajar-pelajar boleh belajar di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang sesuai.

    Bahan-bahan tercetak boleh ditanda atau digaris oleh pelajar sebagai panduan atau

    rujukan untuk dirinya sendiri pada satu masa nanti.

    Tidak memerlukan alat yang kompleks dan mahal untuk menyampaikan maklumat.

    Gambar-gambar (foto dan rajah) dapat memberi penerangan lebih lanjut tentang konsep,

    hujah-hujah daan untuk menambah minat pelajar.

  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    6/8

    Penggunaan media cetak dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu amat penrting untuk

    mencapai objektif yang diharapkan di samping dapat digunakan bagi tujuan membuat

    latihan atau penilaian.

    5. Penggunaan Gambar

    Gambar juga boeh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan

    Melayu. Ini terutamanya untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang hendak

    diajar pada hari tersebut. Penggunaannya sebagai induksi set juga amat berkesan dalam

    pengajaran. Namun perkara-perkara di bawah iniperlu diambil kira iaitu:

    Jangan menggunakan terlalu banyak gambar. Pelajar-pelajar biasanya memerlukan masa

    untuk melihat gambar dan mereka tidak patut digesa cepat melihat gambar. Gambar-

    gambar yang banyak hanya boleh digunakan untuk mengulangkaji perkara-perkara yang

    telah dipelajari.

    Gunakan soalan-soalan tertentu semasa mengajar menggunakan gambar supaya pelajarberfikir sambil meneliti gambar.

    Pilih gambar-gambar yang mempunyai ciri-ciri persamaan perbezaan dan penyatuan satu

    peristiwa atau pengalaman dan aturkan gambar-gambar tersebut untuk tujuan menarik

    perhatian dan menggalakkan pelajar-pelajar berfikir.

    Gambar boleh diguakan untuk

    Pengajaran apabila ditunjukkan di depan bilik darjah.

    Diletakkan dalam fail kotak supaya pelajar dapat meneliti sendiri pada satu masa

    kemudian.

    Disusun di papan pamer dan mengemukakan soalan, nota-nota dan sebagainya dengan

    cara yang sesuai.

    Ditayangkan dengan menggunakan projektor legap supaya semua pelajar dapat melihat

    (jika gambar itu kecil) dan seterusnya untuk diperbincangkan bersama-sama kemudia.

    Dapat digunakan dalam menghasilkan 'buku skrap' untuk pembelajaran kendiri dan

    sebagainya.

    6. Guru Sebagai Media

    Guru juga boleh berperanan sebagai media. Inilah hakikatnya bila kita memahami konsep

    media itu sendiri. Ini banyak digunakan dalam pengajaran yang berpusatkan guru.

    Menurut Atan Long (1980:117) dalam bukunya "Kaedah am mengajar" menyatakan:

    "Mengikut konsep pengajaran dan pembelajaran tradisional guru adalah seolah-olah

    menuangkan isi pelajaran ke dalam otak murid-murid yang dianggap pasif. Konsep ini

    dikenali sebagai cara yang mementingkan guru (teacher centred) atau mementingkan

    palajaran (subject centred)."

    Petikan tersebut jelas menunjukkan bahawa pengajaran yang berpusatkan guru

    meletakkan guru sebagai sumber utama dalam segala kegiatan di bilik darjah. KBSM danKBSR lebih banyak menumpukan kepada pemusatan pelajar. Namun, sama ada

  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    7/8

    pertimbangan yang wajar perlu diberikan oleh guru dalam memilih pendekatan-

    pendekatan yang berkenaan. Antara pengajaran yang sering digunakan dalam model

    pengajaran ini ialah kaedah syarahan, tunjuk cara (demontrasi), latih tubi (drill), dan soal

    jawab (questioning)

    6.1 Teknik Syarahan

    Teknik mengajar dengan cara bersyarah atau berkuliah ini telah digunakan sejak zaman

    purba di negeri China lagi.

    Teknik syarahan berkuliah sebagai pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru

    dengan cara lisan, sama ada berhadapan dengan pelajar atau penggunaan media elektronik

    lain seperti melalui radio dan TV. Teknik ini banyak menerimatentangan kerana murid

    dikatakan terlalu pasif dan ia merupakan proses satu hala. Guru mungkin mengulang

    perkara-perkara yang mudah difahami oleh murid dengan cara membacanya sendiri.

    Teknik syarahan bukanlah bermakna guru hanya membaca sahaja daripada teks tetapiguru perlu menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea serta

    konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Ini akan memudahkan murid-murid

    memahami prinsip-prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Teknik syarahan

    ini akan lebih menarik jika guru atau penyampainya dapat menggunakan kaedah

    penyampaian yang benar-benar menarik seperti menggunakan bahasa, ntonasi dan gerak

    gaya yang baik, menarik dan berkesan.

    6.2 Teknik latih tubi

    Teknik latih tubi satu teknik yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum

    masihi. Teknik ini banyak digunakan untuk memperolehi kemahiran dengan mengulang-

    ulangkan sesuatu pergerakan atau perkara yang sama berkali-kali hingga menjadi

    semacam sebati dengan yang melakukannya. Ia juga banyak digunakan dalam latihan

    ketenteraan. Pada masa itu, teknik ini dapat digunakan secara amat berkesan sekali.

    Pengulangan fakta-fakta atau kecekapan sesuatu kemahiran yang dipelajari bertujuan

    untuk mencapai satu tahap kemahiran atau penguasaan yang berkekalan. Kaedah ini boleh

    juga digunakan untuk latihan daya ingatan dan daya pengecaman yang teliti.

    6.3 Tunjuk cara

    Tunjuk cara atau demontrasi sebagai teknik pengajaran yang dapat memusatkan perhatian

    pelajar kepada langkah-langkah, atau peraturan yang terlibat dalam sesuatu proses

    'manual'. Tunjuk cara boleh melibatkan guru atau pakar-pakar yang dijemput,

    umpamanya tunjuk cara pergerakan di atas pentas dalam latihan drama dan tunjuk cara

    bagaimana menyebut sesuatu ungkapan secara 'mantara'. Sesudah sesi tunjuk cara, para

    pelajar pula dikehendaki melakukannya.

  • 8/2/2019 Kaedah Penggunaan Bahan Pengajaran OK

    8/8

    6.4 Teknik bersoal jawab

    Teknik bersoal jawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan

    paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah. Ia adalah kaedah yang digunakan oleh

    Socrates dan Plato. Kaedah ini boleh mengwujudkan interaksi antara pelajar-guru.

    Melalui pelbagai soalan guru akan cuba memandu para pelajar untuk mencapai tujuanpengajarannya.

    Teknik ini juga mempunyai kelebihan kerana ia menjadi teras kepada pembinaan konsep-

    konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan

    percaya diri di kalangan pelajar.

    Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan pelajar

    memberi tindak balas yang sewajarnya. Biasanya soalan-soalan yang digunakan adalah

    terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencungkil fikiran,

    teknik ini juga bertujuan untuk membuka fikiran dan celik akal para pelajar supaya

    mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kebolehanguru merancang soalan-soalan dan berupaya menyusun soalan-soalan baru dengan serta-

    merta ekoran daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar akan menjamin

    kejayaan penggunaan teknik ini.

    7. Media alam dan manusia

    Guru juga seharusnya menggunakan alam dan persekitaran pelajar sebagai bahan

    pengajarannya. Lawatan-lawatan ke pinggir sungai, bandar dan desa boleh melahirkan

    kesan mengalami-menghayati dalam diri pelajar.

    Guru juga seharusnya mengeksploitasi dengan baik sumber manusia ke dalam

    pengajarannya. Penyajak, pengarang dan pakar rujuk umpamanya boleh diguna dan

    dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    8. Teks

    Teks adalah rujukan dan bahan pengajaran utama dalam bilik darjah dan telah digunakan

    sejak dari dahulu lagi. Teks penting kerana ia mengandungi isi kandungan pelajaran yang

    perlu dipelajari oleh pelajar.

    Guru boleh gunakan teks dalam pelbagai aktiviti untuk tujuan memahami, pengukuhan,penilaian dan penikmatan pelajar. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu dan

    Kesusasteraan Melayu, guru boleh menggunakan petikan-petikan tertentu dari novel,

    cerpen, puisi atau drama bagi aktiviti dalam dan luar bilik darjah.