Kaedah Penilaian Bahasa

6
Kaedah Penilaian Bahasa Terdapat enam kaedah penilaian bahasa dalam bahasa Melayu. Secara umumnya, kaedah penilaian bahasa ialah kaedah yang digunakan untuk menilai keberkesanan pengajaran dalam bahasa Melayu. Kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas ialah kaedah yang sering digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran oleh seorang guru terhadap para pelajarnya.

description

kaedah penilaian bahasa dalam bahasa Melayu

Transcript of Kaedah Penilaian Bahasa

Kaedah Penilaian Bahasa

Terdapat enam kaedah penilaian bahasa dalam bahasa Melayu.

Secara umumnya, kaedah penilaian bahasa ialah kaedah yang digunakan untuk

menilai keberkesanan pengajaran dalam bahasa Melayu. Kaedah-kaedah yang

dinyatakan di atas ialah kaedah yang sering digunakan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran oleh seorang guru terhadap para pelajarnya.

Kaedah Penilaian BahasaPenilaian Melalui PortfolioPenilaian Melalui PemerhatianPenilaian Melalui Kontrak PembelajaranPenilaian Melalui Soal JawabPenilaian Melalui ProjekPenilaian Melalui Kertas Kerja

Penilaian Bahasa Melalui Portfolio

Kita sering mendengar seseorang individu atau sesebuah organisasi menggunakan

portfolio bagi menyimpan segala maklumat yang berkaitan dengan individu atau

sesebuah organisasi tersebut. Portfolio bukan sahaja digunakan oleh sesorang

individu atau sesebuah organisasi untuk menyimpan maklumat bahkan turut

digunakan oleh para guru untuk membuat penilaian terhadap pelajarnya.

Sebelum merungkai dengan lebih lanjut tentang pelaksanaan kaedah

penilaian bahasa melalui portfolio ini, adalah penting untuk diketahui apakah itu yang

dimaksudkan dengan portfolio. Portfolio merujuk kepada folder atau file yang

didalamnya terkandung maklumat-maklumat atau bahan-bahan yang dikumpulkan

bagi suatu tempoh masa. Maklumat-maklumat atau bahan-bahan yang dikumpulkan

ini akan menjelaskan akan perkembangan kognitif penyedia bahan atau maklumat

tersebut sama ada penyedia mencapai tahap kognitif yang diinginkan atau tidak

sepanjang menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Portfolio juga

merupakan satu cara atau kaedah yang digunakan oleh para guru untuk menumpul

dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa tertentu.

Ciri-ciri Portfolio

Portfolio yang baik dan memenuhi kehendak dan kriteria yang ditetapkan perlulah

menepati ciri-ciri penyediaan portfolio yang telah digariskan. Terdapat beberapa ciri-

ciri penyediaan portfolio yang baik

Ciri portfolio yang pertama ialah dokumentasi berstruktur yang memerlukan

pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Hal ini bermakna, untuk

menghasilkan portfolio yang baik, penyedia perlulah merancang penyediaan

portfolianya. Pelaksanaan portfolio yang mempunyai perancangan yang baik akan

menjamin kualiti portfolio. Perancangan dan penilaian yang teliti akan memastikan

bahawa setiap aspek yang dibincangkan dalam tugasan dikumpul di dalam portfolio.

Ciri portfolio yang seterusnya ialah proses pembelajaran secara portfolio

dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman mendokumentasikan

pemikiran secara kritis dan kreatif. Semasa menyediakan portfolio, penyedia

perlulah sentiasa merujuk kepada pihak yang akan memeriksa portfolio dari semasa

ke semasa agar portfolio dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan. Proses

kolaborasi juga akan menjamin portfolio didokumentasikan dengan pemikiran yang

kkritis dan kreatif. Pendokumentasian meliputi aspek persembahan dan kandungan

portfolio.

Seterusnya, pemilihan maklumat dan fakta perlulah direkodkan dari peringkat

awal sehingga akhir tugasan. Hal ini bagi memastikan segala aspek perbincangan

tidak ditinggalkan daripada proses penilaian. Selain itu, ciri portfolio ialah

menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan

daripada pihak luar. Pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan

pihak luar akan dapat membantu meningkatkan kefahaman terhadap tugasan dan

melakukan penambahbaikkan terhadap portfolio.

Berikutnya, kandungan portfolio mestilah terdiri daripada maklumat secara

berurutan dan mestilah logik. Maklumat di dalam portfolio yang disusun secara

berurutan akan memudahkan proses penilaian. Hal ini kerana maklumat akan

diterangkan secara berperingkat dan memudahkan kefahaman pemeriksa. Portfolio

juga perlu bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio

Terdapat tiga jenis portfolio, di dalam kedah penilaian bahasa melalui portfolio.

Jenis portfolio yang pertama ialah portfolio kerja harian. Portfolio kerja harian

bermaksud portfolio yang digunakan untuk menyimpan bahan-bahan tugasan yang

diberikan secara harian dalam satu jangka masa tertentu.

Jenis portfolio yang kedua pula ialah portfolio hasil terbaik. Portfolio hasil

terbaik merujuk kepada portfolio yang mengumpul bahan terbaik yang diambil

daripada portfolio harian. Portfolio jenis ini berbentuk sumatif.

Jenis portfolio yang ketiga ialah portfolio dokumen. Portfolio dokumen

merujuk kepada hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan

pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.

Penilaian Portfolio

Penilaian terhadap portfolio yang dihasilkan bersifat lebih terbuka iaitu broad case

dan seimbang. Hal ini adalah kerana, penilaian portfolio mementingkan aspek

proses penyediaan dan bukannya hasil.

Seterusnya, penilaian portfolio boleh dijalankan dengan dipantau melalui

peta. Bahan-bahan bukti lain juga seperti jadual dan rajah boleh dijadikan sebagai

alat untuk memantau dan melaksanakan penilaian terhadap portfolio.

Proses penilaian perlu dilakukan secara berterusan supaya dapat

mencerminkan perkembangan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa

sepanjang proses penyediaan portfolio dengan mengikut kriteria yang dipersetujui

bersama.

Kepentingan Portfolio

Terdapat beberapa kepentingan portfolio. Salah satu kepentingan portfolio ialah

membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot iaitu rekod

senarai semak guru untuk membuat penilaian secara holistik terhadap pelajar.