Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

23
Kaedah Penyelidikan dalam Psikologi

Transcript of Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Page 1: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kaedah Penyelidikan

dalam Psikologi

Page 2: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Antara kaedah yang sering digunakan

• Pemerhatian Naturalistik

• Kajian Kes

• Tinjauan

• Korelasi

• Eksperimen

Page 3: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Pemerhatian Naturalistik

Mengkaji tingkah laku secara sistematik dalam suasana semulajadi dan bukan dalam makmal yang terkawal

Contoh:

• Pemerhatian tingkah laku di sebuah bilik darjah

• Pemerhatian tingkah laku di kilang

• Bersama satu keluarga untuk mengkaji tingkah laku ahli-ahlinya

Page 4: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kelebihan

Tingkah laku yang diperhatikan lebih semulajadi, spontan dan pelbagai.

Contoh dapatan:

Manusia lebih gemar berkawan dengan mereka yang tinggal berdekatan

Page 5: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kelemahan

Bias pemerhati:-

Tafsiran yang dibuat mungkin dipengaruhi oleh jangkaan atau bias pemerhati.

Masalah di atas boleh dikurangkan dengan:

• Rakaman pita video

• Laporan daripada beberapa pemerhati

Biasanya kaedah ini digunakan bersama dengan kaedah lain. Berguna kerana melibatkan kehidupan sebenar.

Page 6: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kajian Kes

Pemerhatian ke atas tingkah laku sebenar seorang subjek atau beberapa orang subjek pada masa tertentu.Beberapa teori Psikologi telah dihasilkan melalui kajian kes.

Sigmund Freud (kajian ke atas pesakit)

-teori psikoanalisis

Jean Piaget(kaji anak-anak beliau)

-teori perkembangan kognitif

Page 7: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kelebihan

Boleh menghasilkan maklumat/ pengetahuan yang berguna

Kelemahan

Bias pemerhati

Sukar membuat kesimpulan berdasarkan satu kes

Page 8: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Tinjauan (Surveys)

Penyelidikan tinjauan

Sekumpulan subjek yang terpilih diminta menjawab soal selidik secara bertulis atau melalui temubual. Kaedah tinjauan membolehkan penyelidik mendapat maklumat tentang sesuatu perkara.

Contoh• Dalam satu tinjauan didapati 65% remaja membaca akhbar setiap hari.

• 30% remaja yang merokok menyatakan mereka terpengaruh dengan rakan sebaya.

Page 9: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Tinjauan boleh menghasilkan banyak maklumat yang menarik dan berguna dengan kos yang rendah.

Tetapi untuk mendapatkan maklumat yang tepat, soalan mestilah jelas dan subjek yang ditinjau mesti dipilih dengan cermat.

Page 10: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Data tentang tingkah laku, kepercayaan, pendapat dan sikap boleh didapati melalui tinjauan.

Tetapi seperti pemerhatian dan kajian kes, kaedah tinjauan bukanlah kaedah yang terbaik untuk membuat ramalan dan tidak sesuai untuk menerangkan atau menentukan sebab-sebab tingkah laku.

Page 11: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kajian Korelasi

Satu teknik yang mengkaji hubungan semulajadi antara dua atau lebih pemboleh ubah

Contoh

Seorang ahli psikologi diminta untuk meramalkan pemohon program latihan juruterbang yang manakah yang akan menjadi juruterbang yang baik.

Page 12: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Page 13: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Ratusan pelatih akan diberi pelbagai ujian bakat dan personaliti. Keputusan dari ujian ini dibandingkan dengan prestasi mereka di sekolah juruterbang.

Pendekatan ini dapat memberitahu sama ada terdapat ciri-ciri tertentu yang ada hubungan dengan kejayaan seseorang itu sebagai juruterbang

Page 14: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Contohnya juruterbang yang berjaya mendapat markah yang lebih tinggi daripada juruterbang yang tidak berjaya dalam ujian ‘mechanical aptitude’.

Ada korelasi antara tret ini dengan kejayaan sebagai juruterbang pelatih.

Page 15: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Ahli psikologi menerangkan hubungan antara kemahiran juruterbang dan bakat mekanikal. Hubungan ini boleh digunakan untuk meramal pelatih mana yang boleh menjadi juruterbang yang mahir

Tetapi kajian korelasi tidak boleh membuat kesimpulan tentang sebab dan kesan.

Page 16: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Walaupun ada batasan, kajian korelasi dapat menerangkan banyak fenomena psikologi.

Contohnya

1. Mereka yang mengalami tekanan yang tinggi lebih cenderung mendapat penyakit fizikal

2. Anak-anak kepada ibu bapa yang menghidap Schizophrenia lebih cenderung mendapat penyakit ini berbanding dengan kanak-kanak lain.

Page 17: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kajian Eksperimen

Satu teknik kajian di mana penyelidik secara sengaja memanipulasi suasana tertentu dan kemudiannya mengukur kesan manipulasi ke atas tingkah laku tertentu.

Subjek atau responden Individu yang mengambil bahagian dalam kajian

Page 18: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Pembolehubah bebas (Independent variable)

Pembolehubah yang dimanipulasi untuk menguji kesannya ke atas pembolehubah bersandar.

Pembolehubah bersandar

Pembolehubah yang diukur untuk melihat bagaimana ianya berubah dengan manipulasi pembolehubah bebas.

Page 19: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Contoh

Penyelidik mahu menerangkan mengapa ingatan pelajar pada hari Isnin sangat lemah berbanding dengan hari-hari lain.

Berdasarkan pengalaman dan temubual dengan pelajar, andaian yang boleh dibuat ialah pelajar tidur lambat pada hujung minggu dan sukar mengingat fakta dan idea dalam kelas kerana kurang tidur.

Page 20: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Hipotesis ini kelihatan bermakna tetapi penyelidik perlu membuktikan ianya benar.

Dua kumpulan kajian

Kumpulan Eksperimen

Kumpulan Kawalan

Page 21: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kumpulan eksperimen – dikawal masa tidurnya (dibenarkan tidur selama tiga jam sahaja)

Kumpulan kawalan - dibenarkan tidur pada bila-bila masa

Pembolehubah bebas – masa tidur

Pembolehubah bersandar- prestasi dalam ujian ingatan

Page 22: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kedua-dua kumpulan terdiri daripada bilangan subjek lelaki dan perempuan yang sama, sama umur dan kebolehan yang sama dari segi pencapaian dalam peperiksaan.

Sekiranya keputusan dalam ujian ingatan menunjukkan prestasi kumpulan eksperimen berbeza daripada kumpulan kawalan, perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh masa tidur pada malam sebelumnya.

Page 23: Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi

Kebaikan kaedah eksperimen

Menerangkan hubungan sebab dan kesan antara satu pembolehubah dengan yang lain.

Kelemahan kaedah eksperimen

Bias penyelidik

Banyak pembolehubah tidak dapat dikawal

Keadaan makmal yang terkawal boleh mempengaruhi tingkah laku subjek