Kaedah Rasm Uthmani Dalam Quran
-
Upload
nazrinayan -
Category
Documents
-
view
528 -
download
30
Transcript of Kaedah Rasm Uthmani Dalam Quran
FAKULTI:PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER/TAHUN:MEI 2012
KOD KURSUSHBQE 1203
TAJUK KURSUS
RASM UTHMANI
NAMA: MOHD NAZRI BIN MAT NAYAN
NO MATRIKS: 791006086129002
NO KAD PENGENALAN: 791006086129
NO TELEFON: 019-9502457
EMAIL: [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN: OUM PAHANG
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. MUKADIMAH3
2. PENGENALAN SUMBER ILMU RASM UTHMANI4
3. KAEDAH AL-HAMZDALAM PENULISAN RASM
UTHMANI8
4. KAEDAH AL-DABT DALAM
PENULISAN RASM UTHMANI10
5.
HURAIAN KAEDAH AL-HAMZ DAN AL-DABT
DALAM SURAH AN- NABA’13
6. PENUTUP 16
7. RUJUKAN 17
2
KAEDAH RASM UTHMANI DALAM AL-QURAN
1.MUKADIMAH
Al-Qur’an merupakan sebuah kitab suci yang bersifat syumul, diturunkan oleh Allah s.w.t.
sebagai panduan bagi manusia yang merangkumi semua aspek kehidupan mereka. Ia bukanlah buku
sains dan tidak pula buku sejarah, tetapi ia menyentuh semua perkara sama ada secara tafsili
(terperinci) atau secara mujmal (umum). Terpulanglah kepada setiap individu untuk membuat kajian
dan rujukan dalam bidang masing-masing.
Pelbagai takrif dan definisi al-Qur’an telah banyak dikemukakan oleh para ulama’. Di mana
definasi yang telah disepakati oleh ulama ialah Kitab Allah yang mempunyai mukjizat, diturunkan
kepada Nabi Muammad s.a.w. dengan perantaraan malaikat Jibril a.s., termaktub di dalam Mushaf,
yang dipindahkan secara mutawatir, dimulakan dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah
al-Nas serta mendapat pahala membacanya.
Al-Qur’an bukan sahaja mempunyai kelebihan sebagai Kalam Allah yang qadim tetapi
orang yang membaca, mendengar, menghafaz, belajar dan mengajar al-Qur’an, mereka semua dapat
menikmati kelebihan dan fada’il al-Qur’an.
Satu kaedah penulisan yang unik dan istimewa. Sekiranya kaedah penulisan ini tidak
bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., sudah tentu ia tidak sesuai lagi
digunakan dalam penulisan mushaf kerana secara zahirnya seolah-olah terdapat beberapa kesalahan
yang berlaku dalam penulisan. Jelasnya tedapat banyak rahsia dan hikmah yang terkandung dalam
penulisan ini sehingga Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. begitu mengambil berat terhadap
penulisan ini.
3
2. PENGENALAN SUMBER ILMU RASM UTHMANI
Rasm Uthmani.
Rasm Uthmani ialah tulisan mushaf-mushaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh
Sayyidina Uthman r.a. untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga
ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antar mushaf-mushaf Rasm Uthmani
dengan Rasm Qiyasi. Dr. Sya‘ban Muhammad Ismail berpendapat Rasm Uthmani ialah satu
keterangan yang membicarakan mengenai mushaf-mushaf yang ditulis pada zaman Sayyidina
Uthman r.a. dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu. Di mana kaedah penulisannya merangkumi
tujuh huruf al-Qur’an, ditulis tanpa titik dan baris serta terdapat
dalam mushaf dan bacaan semasa semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaan.
Dikenali sebagai Rasm Istilahi atau Rasm Uthmani yang bersifat tawfiqi iaitu penulisan
menurut kaedah-kaedah tertentu yang menyalahi kaedah penulisan biasa dari sudut sebutan, kerana
menggunakan beberapa kaedah lain seperti hazf (membuang), ziyadah (menambah), ibdal
(mengganti), wasl wa fasl (menyambung dan memisah), dan penulisan hamzah yang dinisbahkan
kepada para sahabat menulis wahyu dengan menggunakan rasm tersebut di bawah pemerhatian dan
pengawasan Rasulullah s.a.w. sendiri.
Sumber Rasm Uthmani
Terdapat banyak faktor yang boleh dijadikan sandaran untuk memperkukuhkan kenyataan
ini. Antara faktor-faktor yang dimaksudkan itu ialah kaedah penulisannya adalah Tawqifi daripada
Rasulu1lah s.a.w., juga merupakan salah satu daripada rukun bacaan al-Quran, penulisannya
merangkumi tujuh huruf al-Quran yang meliputi semua wajah-wajah qiraat yang mutawatirah, di
samping ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.
w. Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasu1u1lah s.a.w. kepada para
sahabat. Ini bermakna bahawa rasm ini sebenarnya datangnya daripada Allah s.w.t., kerana
sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa Rasu1ullah s.a.w. tidak akan mengajarkan sesuatu
kepada para sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t., firman Al1ah
s.w.t. yang berbunyi :
4
Surah al-Najmi (53) : 1-4.
Yang bermaksud : “Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi
Muhammad s.a.w. yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah
ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan
kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang
berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya
sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”
Kenyataan tersebut ada1ah merupakan pegangan kebanyakkan u1ama semenjak dahu1u
sehingga1ah sekarang. la lebih diyakini di sebabkan bukan sahaja para u1ama yang berpegang
dengannya, ma1ah para sahabat Rasulu1lah s.a.w. yang terdahulu juga turut
mengama1kannya dan mereka tidak pernah mengingkarinya. Sungguh pun ada pendapat yang
bertentangan dengan kenyataan di atas, namun pendapat itu perlu ditolak kerana kaedah
penu1isannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang kukuh
Latar belakang penulisan Rasm Uthmani.
Setelah Khalifah Abu Bakar r.a. wafat pada tahun 13 hijrah, beliau digantikan oleh Khalifah
‘Umar bin al-Khattab r.a. dan tugas untuk menyimpan suhuf Abu Bakar diambil alih oleh beliau.
Sepanjang masa pemerintahan Khalifah Umar r.a., suhuf tersebut tetap dijadikan sebagai rujukan
dalam pembacaan al-Quran, tetapi dalam masa yang sama para sahabat dan kebanyakan umat Islam
di zaman tersebut tetap mengutamakan hafazan dalam pembacaan al-Quran. Selepas kewafatan
Khalifah Umar r.a., suhuf tersebut disimpan pula oleh anak perempuannya iaitu Hafsah bt. Umar.
Beliau terus menyimpan suhuf itu sehinggalah beliau meninggal dunia. Kemudian suhuf itu diambil
oleh Marwan bin al-Hakam bin Abi al-‘As bin Umayyah yang menjadi gabenor di Madinah al-
Munawwarah pada ketika itu dan terus membakamya. Perkara ini dilakukannya selepas suhuf
tersebut dijadikan rujukan untuk menulis mushaf al-lmam pada zaman Sayyidina Uthman r.a..
5
Sayyidina Uthman al-Affan r.a. telah dilantik menjadi Khalifah Islam yang ketiga pada tahun 23
hijrah selepas Sayyidina Umar al-Khattab wafat. Pada zaman tersebut, penaklukkan Islam ke
beberapa buah negara di sekitamya begitu hebat berlaku dan kesannya ramai penduduk-penduduk
negara yang ditawan itu memeluk Islam. Pada masa yang sama, amalan pembacaan al-Quran tetap
menjadi ibadah yang utama dalam kehidupan mereka sehari-harian. Penduduk-penduduk di setiap
kota Islam itu mempelajari kaedah-kaedah pembacaan al-Quran daripada para sahabat yang
masyhur di sisi mereka. Penduduk Damsyik mempelajarinya daripada al-Miqdad bin al-Aswad,
penduduk Syam mempelajarinya daripada Ubai bin Ka‘ab, penduduk Kufah pula mempelajarinya
daripada Abdullah bin Mas‘ud, sementara penduduk Basrah mempelajarinya daripada Abu Musa
al-Asy‘ari. Bacaan mereka itu berbeza antara satu sama lain, di sebabkan perbezaan wajah-wajah
qiraat.
Faktor Penulisan Mushaf.
i. Pada tahun yang ke dua puluh lima hijrah iaitu di sekitar dua atau tiga tahun zaman
pemerintahan Khalifah ‘Uthman r.a.. penduduk-penduduk negeri Syam dan Iraq telah
keluar beramai-ramai untuk memerangi negeri Armania dan Azarbaijan. Salah seorang
sahabat yang turut serta dalam serangan itu ialah Huzaifah al-Yaman.
ii. Sebagaimana amalan kebiasaannya. mereka akan membaca al-Quran secara berkumpulan
sebelum melancarkan serangan. Oleh kerana cara bacaan kedua.dua penduduk negeri
tersebut berlainan di sebabkan mereka mempelajari al-Quran daripada guru dan qiraat
yang berbeza. maka terjadilah satu peristiwa yang boleh membawa kepada perpecahan
dan perbalahan di kalangan mereka. Tiap-tiap satu pihak mendakwa bahawa bacaan
mereka sahaja yang betul dan bacaan yang lain salah. mereka saling caci mencaci.
sehinggalah kepada peringkat saling kafir mengkafir di antara satu sama lain. Melihat
perbalahan yang sedang berlaku, Huzaifah al-Yaman pun segera mengadap Kha1ifah
‘Uthman r.a. untuk menceritakan keadaan itu dan beliau mendesak supaya masalah
tersebut segera ditangani sebelum umat Islam terus berpecah belah di sebabkan perbezaan
cara bacaan mereka sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah.
iii. Dengan sebab itu. Sayyidina Uthman r.a. pun menghimpunkan sekalian sahabat yang
terkemuka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah perbincangan yang panjar lebar
diadakan, akhirnya mereka bersepakat untuk menulis sebuah mushaf yang dinamakan
sebagai mushaf al-Imam. Selepas itu beberapa lagi buah mushaf yang lain ditulis 6
berpandukan kepada Mushaf al-lmam untuk dihantar ke setiap kota Islam pada ketika itu,
supaya mushaf-mushaf tersebut boleh dijadikan rujukan yang utama apabila terdapat
perselisihan dalam keadah pembacaan al-Quran.
iv. Untuk melaksanakan tugas yang sangat berat ini, Kha1ifah Uthman r.a. telah melantik
empat orang sahabat yang terkemuka. yang diketuai oleh Zaid bin Thabit dan dibantu oleh
Abdullah bin al-Zubair, Sa‘id bin al-‘As dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam.
Mereka yang bertiga ini adalah dari kalangan Quraisy. Menurut sebahagian riwayat, para
sahabat yang dilantik untuk melaksanakan tugas tersebut adalah seramai dua belas orang
yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar dan di antara mereka ialah Ubai
bin Ka‘ab.
v. Khalifah ‘Uthman r.a terus menghantar utusan bertemu dengan Hafsah bt. Umar untuk
meminjam suhuf Abu Bakar yang ada dalam simpanan beliau. Setelah suhuf itu diterima,
beliau pun terus memerintahkan kepada empat orang sahabat yang ditugaskan itu supaya
menulis semula a1-Quran berpandukan kepada suhuf tersebut. Setelah selesai menyalin
suhuf tersebut, Sayyidina Uthman r.a. memerintahkan supaya ia dipulangkan semula
kepada Hafsah.
Kaedah-kaedah penulisan mushaf-mushaf Uthmani.
Rasm ‘Uthmani adalah merupakan satu kaedah tulisan yang diwahyukan oleh Allah s.w.t
kepada Rasulullah s.a.w, dan ianya jauh berbeza dengan kaedah penulisan biasa yang dikenali
dengan Rasm Qiyasi. Oleh itu para ulama telah bertungkus lumus untuk mengkaji perbezaan-
perbezaan tersebut dan akhimya mereka mendapati bahawa terdapat enam kaedah yang digunakan
dalam penulisan Rasm ‘Uthmani ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah al-Hazf (buang), al-Ziyadah
(tambah), al-Humaz (penulisan huruf-huruf Hamzah), al-lbdal (tukar), al-Wasl wa al-Fasl
(menyambung dan memisahkan) serta apa yang mengandungi dua wajah qiraat, ditulis berpandukan
salah satu daripadanya.
7
3. Kaedah Al-Hamz dalam Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani
Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Hamzah al-Wasl Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya terletak pada
permulaan kalimah-kalimah tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja dan
gugur ketika menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif.
Contohmya seperti
2. Hamzah al-Qat' Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan,
pertengahan ataupun di hujung kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan
padanya ataupun menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Contohnya seperti
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam bentuk yang
berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'.
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sama ada
dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila bentuknya dikekalkan, maka ia ditulis dengan
surah huruf Alif seperti Kalimah dan sebagainya.
Akan tetapi terdapat juga beberapa keadaan di mana surah Hamzah al-Wasl itu perlu dibuang.
Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu iaitu:
1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il) dan ia terletak di antara huruf
Waw / Fa' dan Hamzah al-Qat'. Contohnya seperti:
8
2. Hamzah al-Wasl pada kalimah yang menjadi Fi'il al-Amr (perbuatan suruhan) dan
sebelumnya terdapat huruf Waw atau Fa'. Contohnya seperti:
3. Hamzah al-Wasl pada Lam al-Ta'rif yang didahului oleh Lam al-Jar atau Lam al-Ibtida'.
Contohnya seperti:
4. Hamzah al-Wasl pada Fi'il yang didahului oleh Hamzah Istifham. Contohnya seperti:
5. Hamzah al-Wasl pada kalimah isim yang didahului dengan huruf Ba' al-Jar dan disertai
dengan kalimah selepasnya. Contohnya seperti:
9
Kaedah penulisan Hamzah Qata’
Hamzah al-Qati ialah huruf hamzah yang terletak sama ada di permulaan,pertengahan atau
pun di hujung kalimah.Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya ataupun
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.
Dalam mashaf-mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut adalah
berbeza antara satu dengan yang lain. Kedudukan Hanzah Qata’ ada tiga tempat iaitu:
i. Pada awal kalimah
ii. Pada pertengahan kalimah
iii. Pada akhir kalimah
4. Kaedah al-Dabt dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani
Al-Dabt pada maknanya bermaksud menjaga sesuatu. Pada istilah bermaksud satu disiplin
ilmu yang membincangkan simbol-simbol atau tanda yang diciptakan oleh ulama untuk membantu
dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran. Ia merangkumi cara
menulis baris , perletakan titik-titik untuk membezakan huruf-huruf dan simbol-simbol yang
menunjukkan wajah bacaan tertentu.
Para Ulama telah berijktihad mencari kaedah tertentu bagi memudahkan al-Quran dapat dibaca oleh
orang bukan berbangsa Arab berdasarkan tulisan dan bacaan Al-Quran yang telah disepakati.
Kepentingan kaedah Al-Dabt dalam penulisan Al-Quran
Al-Quran boleh dibaca dengan betul seperti mana yang telah disepakati ulama’
Menghilangkan sebarang kesamaran bentuk bacaan yang pelbagai riwayat
Mempelajari ilmu tajwid dengan lebih berkesan
Para pembaca Al-Quran boleh membacanya dengan baik sebelum mengenali hukum-
hukum tajwid secara khusus dengan hanya mengenali beberapa tanda yang
menunjukkan cara bacaan seperti dengung, bacaan panjang, saktah dan sebagainya
Nuqat dalam Rasm Uthmani
Kerangka tanda titik atau dikenali dengan nuqat al-‘ikjam. Kaedah ini telah mahsyur
sebelum penulisan Rasm Uthmani lagi.Titik digunakan bagi huruf-huruf tertentu
yang menandakan perbezaan bunyi.
Tanda diakritikal atau nuqat al-ikrab. Kaedah ini dikatakan dicipta oleh Abu Aswad
Adduali (10 sebelum Hijrah 69 hijrah/611-688M).Ia dalam bentuk baris yang berasal
dari huruf Alif yang dicondongkan dan wau yang dikecilkan mewakili bunyi
tertentu.Tanda itu dikenali dengan fathah, dhommah dan kasrah.Nuqat10
Jenis-jenis Dabt Dalam Rasm-Uthmani
Tanda-tanda baris
Ia terbahagi kepada tiga tanda yang asas, iaitu fathah, kasrah dan dhommah.Tanda ini
berasal daripada huruf alif dan wau.Rasionalnya apabila ia di madkan maka akan terbitlah
huruf alif begitu juga dengan dhommah yang menerbitkan huruf wau.
Baris tanwin
Tanwin bermaksud meletakkan baris yang sama di atas baris yang sedia ada iaitu fathah,
kasrah dan dhommah.
Kedua-duanya di atas huruf sebelum huruf alif
Kedua-duanya diletak di atas huruf alif
Terdapat pelbagai tanda lain di dalam Rasnm Uthmani antaranya :
Tanda bulat bujur
Tanda ini hanya terletak di atas huruf alif, wau dan ya’. Menunjukkan huruf tambahan yang
hanya ada pada tulisan tidak ada pada bacaan.
Tanda bulat meninggi (0)
Diletakkan di atas huruf alif. Ia tidak dibaca ketika bacaan sambung hanya menjadi Mad
ketika wakaf
Tanda bulat tumpah/penuh
Menunjukkan bacaan tashil iaitu membunyikan antara huruf hamzah dan alif. Hanya ada
satu tempat sahaja di dalam al-quran menurut bacaan Imam Asim riwayat Hafs iaitu pada
surah Fussilat.
Tanda hamzah wasal
11
Tanda ini hanya terletak di atas huruf hamzah wasal sahaja untuk menunjukkan huruf ini
tidak berfungsi ketika menyambung bacaan tetapi akan dibunyikan ketika memulakan
bacaan
Contoh :
Tanda sukun ( )
Dalam Rasm Uthmani tanda ini menunjukkan bacaan Izhar pada hukum mim dan nun
sakinah.Jika sebaliknya ia menunjukkan bacaan dengung.
Contoh :
Huruf mati yang tidak bertanda sukun ( )
Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan selepasnya terdapat huruf
bertashdid, maka hendaklah diidghamkan huruf pertama kepada huruf yang berikutnya
secara idgham kamil.
Sekiranya terdapat sukun yang tidak bertanda dan selepasnya tidak terdapat huruf
bertashdid, hendaklah diidghamkan huruf pertama kepada huruf berikutnya secara
idgham naqis
Contoh :
Huruf mim kecil
Menunjukkan bacaan Iqlab iaitu menukarkan nun sakinah atau tanwin kepada mim ringan
dengan bacaan dengung
Contoh :
Tanda tanwin
Tanda baris dua yang selari dan baris dua hadapan yang diterbalikkan tanda baris yang
keduanyamenunjukkan bacaan izhar
5. Kaedah Hamz dan Dabt dalam surah Naba’
12
,
KALIMAHBILANGANTANDA
3Tanda bulat bujur
TiadaTanda bulat meninggi
TiadaTanda bulat tumpat/penuh
Tanda Hamzah Wasal
68Tanda sukun
179Tanda sukun yang tidak bertanda
1Huruf mim kecil
51Tanda Tanwin
27Huruf-hurul kecil alif,wau, ya dan nun
14
Tiada
Tiada
Tanda sin kecil yang terletak di atas atau di bawah
huruf sod
10Tanda mad
40Bulatan perhiasan
TiadaTanda bintang berbucu lapan
TiadaGaris panjang
TiadaTanda seperti intan
TiadaTanda sin kecil
1Kepala huruf Ya dan huruf Wau kecil
3Tanda Wakaf yang masyur dan mushaf
15
1. Penutup.
Kaedah Rasm Uthmani ini mempunyai kelainnya yang tersendiri sehinggakan ianya terlalu
sukar untuk diperkatakan. Hanya mereka yang mengkaji dan memperhalusinya sahaja yang
akan dapat menafsirkan keunikannya ini. Berdasarkan kepada rea1iti dan apa yang telah dikaji
oleh para ulama, oleh itu sebahagian besar di ka1angan mereka berpendapat bahawa Rasm
Uthmani ini ada1ah suatu kaedah penu1isan yang wajib dipelihara dan diama1kan. Ada1ah
menjadi suatu kesa1ahan yang besar dan berdosa kepada sesiapa yang mengingkari atau tidak
mahu beramal dengannya.
Wa1au pun di sana terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kaedah penulisan Rasm
Uthmani ini tidak wajib diama1kan, namun pendapat tersebut ditolak oleh kebanyakkan ulama
kerana ia boleh membawa kepada penambahan atau pengurangan huruf-huruf a1-Quran serta
mendedahkan a1-Quran kepada perubahan dan penyelewengan. Diharapkan semuga dengan
terhasi1nya kertas kerja ini, ianya sedikit sebanyak akan membuka minda kita untuk terus
berama1 dan meyakini sepenuhnya Rasm Uthmani ini, kerana dengan mempertikaikan
kesahihannya, bermakna seseorang itu telah mempertikaikan huruf-huruf a1-Quran. Sekian
terima kasih, wassa1am.
16
Rujukan.
Al-Quran.
Tafsir Pimpinan al-Quran (JAKIM).
Syaykh Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani (1988), Manahil al-Urfan fi Ulum al-Quran.
Ahmad Syams al-Din (ed.), j. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Dr. Subhi al-Saleh (1988), Mabahith fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayi.
Abd al-Fattah al-Qadi (1977), Tarikh al-Mushaf al-Syarif. al-Kaherah: al-Jihaz al-Markazi li
al-Kutub al-Jam‘iyyah wa al-Madrasiyyah wa al-Wasa’il al-Ta‘limiyyah.
Manna’ al-Qattan (1999), Mabahith fi Ulum al-Quran. c. 2. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Husayni Syaykh Uthman (t.t.), Haq al-Tilawah. Jordan: Maktabah al-Manar.
Abd al-Fattah al-Qadi (1981), al-Budur al-Zahrah fi al-Qiraat al-Asyr al-Mutawatirah min
Tariq al-Syatibiyyah wa al-Dura. Beirut : Dar al-Kutub al-Arabi.
___________________ ( 1977), al-Wafi fi Syarh al-Syatibiyyah fi al-Qiraat al-Sab‘. Kaherah:
Dar al-Sya‘b.
Al-Hafiz Abi al-Kayr Muhammad bin Muhammad bin al-Jazari al-Dimasqiy (t.t.), al-Nasyr fi
al-Qiraat Aysr. Ali Muhammad Diba‘ (ed.), Mesir: Dar al-Fikri.
17