Kaedah Tangani Histeria & Santau

59
Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin DKF 1.2, FKP, USIM 18 November 2014

Transcript of Kaedah Tangani Histeria & Santau

Page 1: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin

DKF 1.2, FKP, USIM

18 November 2014

Page 2: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Perkara Ghaibiyyat

Konsep Perubatan Islam

Ruqyah Syar’iyyah

Histeria & Santau

Kaedah Perlindungan Umum

Kaitan Perubatan Islam & Fenomena Sains

Page 3: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Menurut Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Maad bahawa perubatan Nabi s.a.w. ada tiga jenis:

Pertama: Ubat-ubatan Tabi'iah (Ubat-ubatan biasa)

Kedua: Perubatan Illahiyah (Ruqyah/jampi/doa-doa)

Ketiga: Gabungan kedua-duanya

Seiring dengan perkembangan semasa gabungan Perubatan Alopati dengan Perubatan Ruqyah perlu diperkasakan.

Perubatan Ruqyah tidak dikenali sebagai Perubatan Alternatif tetapi dikenali sebagai Perubatan Komplementari

Page 4: Kaedah Tangani Histeria & Santau

4

Page 5: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Keimanan terhadap perkhabaran-perkhabaran ghaib yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya beriman terhadap hari Akhirat, alam barzakh, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya

Aqidah yang benar dan iman yang selari dengan syarak merupakan asas terutama bagi seseorang muslim untuk meneruskan penghidupan yang diredhai di atas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu , di dalam kehidupan kita , termasuklah di dalam berubat sekalipun , Allah Ta’ala telah menetapkan peraturan-peraturan-Nya , contohnya :

Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah;

sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".

Page 6: Kaedah Tangani Histeria & Santau

6

Page 7: Kaedah Tangani Histeria & Santau

7

Makhluk halus ialah makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada: 1) Cahaya, iaitu malaikat, 2) Api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.

Page 8: Kaedah Tangani Histeria & Santau

8

HIKMAH DICIPTAKAN MAKHLUK HALUS i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

Page 9: Kaedah Tangani Histeria & Santau

9

iii. Untuk menguji iman manusia agar tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan. iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui. v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia

Page 10: Kaedah Tangani Histeria & Santau

10

Kalimah Jin adalah satu nama jenis dan berasal dari perkataan “Janna” yang bermaksud: 1) Tersembunyi : Jinan 2) Tertutup : Junun 3) Tidak dapat dilihat : Janin

Jinan: Hati yang tiada siapa dapat meneka isi hati seseorang Junun: Gila yang mana akal telah tertutup Janin: Anak di dalam kandungan

JIN

Page 11: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah RA:

ا وصف لكن .خلقث الوالئكة هي ىر وخلق الجاى هي هارج هي ار وخلق آدم هو

Terjemahannya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tsa’labah al-Khusyna RA:

ف حيات وعقارب ف لهن أجحة يطيروى في الهىاء وص الجي ثالثة أصاف صف يحلىى و يظعىى .وص

Terjemahannya: “Jin itu ada 3 (tiga) macam jenis: (1) Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, (2) jenis ular dan kala jengking, serta (3) jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

Page 12: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dari Mujahid, beliau berkata: “Ketika aku melakukan salat pada suatu malam, tiba-tiba berdirilah makhluk seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya. Ia pun berdiri dan melompat ke balik dinding hingga aku mendengar bunyi jatuhnya. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu”. Aakam al-Marjan, hal. 137.

Mujahid berkata: “Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka”. Dan diriwayatkan juga dari Mujahid, beliau berkata: “Syaitan itu lebih takut daripada salah seorang di antara kalian. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga akan menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi”. Aakam al-Marjan, hal. 137.

Page 13: Kaedah Tangani Histeria & Santau

13

Jenis-jenis Jin 1. Iblis iaitu bapa dan pujaan kepada semua jenis jin, iblis dan syaitan 2. Al-Syaitan iaitu syaitan 3. Al-Maraddah iaitu peragu-ragu, was-was 4. Al-Afrit iaitu penipu 5. Al-A’waan iaitu pelayan-pelayan 6. Al-Tayaarun iaitu penerbang-penerbang 7. Al-Ghawwaasuun iaitu penyelam-penyelam 8. At-Tawaabi iaitu pengikut-pengikut atau pengekor 9. Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan (kawan) 10. Al-Ummaar iaitu pemakmur

Page 14: Kaedah Tangani Histeria & Santau

14

Gelaran Jin dalam Istilah Melayu 1. Pontianak 2. Orang Bunian 3. Jembalang Tanah 4. Pelesit 5. Polong 6. Hantu Raya 7. Langsuir 8. Penanggalan 9. Harimau Jadian

Page 15: Kaedah Tangani Histeria & Santau

15

AL-JINN

JINNI

JINNAH

SYAITAAN

IBLIS

IFRIT

Ertinya: Roh-roh Jahat Lagi Kotor Yang Melakukan Kejahatan Secara Tersembuyi Memusuhi Dan Menakutkan Anak Adam Dengan Berbagai-bagai Kemudaratan

Page 16: Kaedah Tangani Histeria & Santau

16

SYAITAN – SYAYATIN JINN – JINNAH QAREEN IBLIS IFRIT AL-KHANNAS

88 KALI

39 KALI

12 KALI

11 KALI

1 KALI

1 KALI

Page 17: Kaedah Tangani Histeria & Santau

17

AS-SUNNAH MENYEBUT: (SELAIN DARIPADA YANG DI ATAS)

1. Ummus Sibyan 2. Khinzab 3. Aamir 4. Ammar 5. Alwalhan 6. Mukhannath 7. Mukhannathun 8. Dan Lain-lain

Page 18: Kaedah Tangani Histeria & Santau

18

Nama Surah Bilangan No. Ayat Al-Baqarah 2 14, 23, 24, 34, 36, 102, 168, 169,

208, 256, 257, 268, 275 Ala Imran 3 14, 36, 155, 175, An-Nisa’ 4 38, 51, 60, 76, 83, 117, 118, 119,

120 Al-Maidah 5 60, 90, 91, Al-An’am 6 43, 68, 71, 100, 112, 121, 128, 130, 142 Al-Aa’raf 7 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 20,

21, 22, 27, 30, 38, 175, 179, 184, 200, 201

Page 19: Kaedah Tangani Histeria & Santau

19

Al-Anfaal 8 48, 11,

Huud 11 119,

Yusuf 12 5, 42, 100

Ibrahim 14 22,

Al-Hijr 15 6, 17, 18, 27, 39

An-Nahl 16 36, 63, 98, 99, 100

Al-Israa’ 17 27, 53, 61, 62, 64, 65, 88

Al-Kahf 18 50, 63

Maryam 19 44, 45, 68, 83

Toha 20 116, 117, 120

Al-Anbiaa’ 21 82, 83

Al-Hajj 22 3, 4, 52, 53

Al-Mu’minuun 23 25, 70, 97, 98

An-Nuur 24 21

Al-Furqan 25 29

As-Syuraa 26 27, 95, 210, 211, 212, 221,

222, 223, 224

Page 20: Kaedah Tangani Histeria & Santau

20

An-Naml 27 10, 17, 24, 39

Al-Qasas 28 15, 31

Al-Ankabut 29 38

Luqman 31 21

A-Sajadah 32 13

Sabaa 34 8, 12, 13, 14, 20, 21, 41, 46

Faatir 35 6

Yaasin 36 60, 62

As-Saffaat 37 7, 8, 9, 10, 36, 65, 158

Saad 38 37, 38, 41, 74, 75, 76, 77, 87, 79,

80, 82

Az-zumar 39 17

Fussilat 41 12, 19, 20, 25, 29, 36

Az-Zukhrof 43 36, 37, 38, 62

Ad-Dukhan 44 14

Al-Ahqaaf 46 18, 29, 30, 31, 32, 119

Page 21: Kaedah Tangani Histeria & Santau

21

Muhammad 47 25

Az-Zariat 51 39, 52, 56, 57

At-Tuur 54 9

Ar-Rahmaan 55 40, 14, 15, 26, 31, 33, 39, 41, 56,

74

Al-Mujaadalah 58 10, 19

Al-Hasyr 59 16, 17

Al-Mulk 67 5

Al-Qalam 68 51

Al-Jinn 72 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12,

13, 14, 15, 16, 17, 18, 19

At-Takweer 81 22, 25

Al-Falaq 113 2, 4, 5

An-Naas 114 4, 5, 6

JUMLAH KESEMUA AYAT

216

Rujuk Kertas Kerja Makhluk Halus Menurut al-Quran dan as-Sunnah ( TG Dr Haron Din)

Page 22: Kaedah Tangani Histeria & Santau

22

Page 23: Kaedah Tangani Histeria & Santau

23

Asas Perubatan Asas perubatan mengandungi dua perkara, iaitu penjagaan diri dan

rawatan. Penjagaan diri adalah lebih baik daripada merawat penyakit. Setiap penyakit ada ubatnya. Allah yang menjadikan penyakit. Dialah yang

menyediakan ubatnya. Setiap penyakit yang Allah berikan adalah ujian untuk kita.

Ujian Allah Sebagai Kaffarah Kaffarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh

hambanya. Ujian Allah itu boleh berlaku yang mungkin melibatkan kematian orang yang tersayang, kehilangan harta benda atau penyakit yang kritikal.

Dalam menghadapi ujian Allah kita diminta bersabar, seperti firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab” (az-Zumar: 10)

Page 24: Kaedah Tangani Histeria & Santau

24

Sayyidatina Aisyah RA berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,

ataupun lebih daripada itu,melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa”

Dalam hadith, daripada Suhaib RA berkata Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya menakjubkan keadaan orang Mukmin, kerana

segala urusannya sangat baik baginya, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi orang Mukmin. Apabila memperoleh kesenangan, dia bersyukur, yang demikian

itu baik baginya. Dan apabila tertimpa kesusahan dia juga bersabar, yang demikian itupun baik baginya” Hadith riwayat Muslim dalam

sahihnya [Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq no.hadith 7500]

Page 25: Kaedah Tangani Histeria & Santau

25

Ajal Ditentukan Oleh Allah Allah yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan. Doa dan Rawatan Allah menyuruh hambanya agar sentiasa berdoa kepadaNya. Orang yang berdoa bererti dia mengingati Allah. Setiap amalan yang dibuat mesti niat kerana Allah supaya amalan tersebut dikira sebagai ibadat termasuk amalan rawatan

Page 26: Kaedah Tangani Histeria & Santau

26

Ikhtiar / Doa

Page 27: Kaedah Tangani Histeria & Santau

27

Page 28: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Bacaan jampi untuk sembuhkan penyakit

Samada menggunakan ayat-ayat Quran, zikir-zikir, ataupun doa.

Dibenarkan oleh syarak menggunakan jampi dengan syarat-syarat tertentu.

Page 29: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Ruqyah yang dibenarkan (Ruqyah Syar’iyyah) mempunyai beberapa syarat menurut pandangan ulama.

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa sesuatu jampi itu HARUS dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Menyebut Nama Allah dengan berzikir menggunakan Nama-Namanya 2. Dengan bahasa Arab dan dapat difaham maknanya 3. Beriktikad bahawa tidak berkesan apa-apa melainkan dengan takdir Allah swt" - [Fatawa Mu'asyirah, 1/189].

Ada juga ulama-ulama yang menyatakan bahawa jampi tersebut boleh dibaca didalam apa-apa bahasa asalkan tahu maknanya dan bebas dari unsur-unsur syirik.

Page 30: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Malaikat Jibril a.s sendiri pernah menjampi Baginda Rasulullah s.a.w :

Daripada Abi Sa’id , beliau menceritakan : Malaikat Jibril pernah mendatangi Baginda Nabi s.a.w lalu bertanya : “ Wahai Muhammad ! Adakah dikau sakit ? “. Lalu dijawab oleh Baginda s.a.w : “ Ya ! “ . Lalu Jibril pun membaca : “ BISMILLAHI ARQIKA MIN KULLI SYAIIN YU’DZIKA , MIN KULLI NAFSIN AU ‘AININ HASIDIN , ALLAHU YASHFIKA , BISMILLAHI ARQIKA “ ~

Ertinya : Dengan Nama Allah , aku menjampimu daripada segala sesuatu yang boleh menyakitimu , dan daripada kejahatan semua diri ataupun mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu . Dengan Nama Allah , aku menjampimu.

Hadis Sahih riwayat Imam Muslim (rh) – Kitab As-Salam : 4056.

Page 31: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan lagi mengenai KEHARUSAN BERJAMPI SECARA SYAR’IE ini dengan sabdanya :

Ertinya : Telah berkata Abu Zubair , aku pernah mendengar Jabir Bin Abdullah berkata : “Seorang lelaki daripada kalangan kami telah disengat kala jengking dan walhal ketika itu kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w . Maka berkatalah seorang lelaki : Wahai Rasulullah ! Bolehkan saya menjampinya ? . Maka baginda s.a.w pun bersabda : Sesiapa sahaja di kalangan kamu semua yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia melakukannya ! “.

Hadis Sahih riwayat Imam Muslim rh di dalam Sahihnya, Kitab As-Salam : 4076 .

Page 32: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie , beliau berkata : “ Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan

jampi-mentera , lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w : Wahai Rasulullah ! Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini ? . Maka Baginda s.a.w pun bersabda : Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik , maka tidaklah mengapa !“.

Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) &

Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).

Page 33: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Ma’ad: 4/167-169): Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.

Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim (amal al-Muawwizat sebelum tidur)

Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim: (Kisah Said al-Khudry)

Page 34: Kaedah Tangani Histeria & Santau

34

Page 35: Kaedah Tangani Histeria & Santau

35

Apa yang dimaksudkan dengan rasukan? Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalaniy: “Tidak sedarkan diri (rasukan) adalah disebabkan sesuatu faktor, yang mengakibatkan berlakunya halangan anggota badan utama dari berfungsi secara sempurna tetapi ianya bersifat sementara sahaja.” Rujuk Kitab Wiqayatu al-Insan (Sheikh Wahid Abd Salam Bali) Menurut Tuan Guru Dr Haron Din: “Kemuncak gangguan personaliti yang menyebabkan kehilangan fungsi jasmani, biarpun tanpa adanya tanda-tanda kecacatan jasmani yang nyata. Ia mungkin berpunca daripada gangguan psikologi atau mungkin tekanan hidup yang berlarutan atau sebab-sebab yang lain. Namum ia juga boleh berlaku disebabkan makhluk halus.” Rujuk Buku Rawatan Penyakit Rohani (TG Dr Haron Din)

Page 36: Kaedah Tangani Histeria & Santau

36

Jenis-jenis Gangguan: 1. Membisikkan suara-suara ganjil 2. Mengekori manusia 3. Mimpi yang menakutkan 4. Histeria 5. Rasukan Jin/Syaitan Rujuk Buku Rawatan Penyakit Rohani (TG Dr Haron Din)

Bentuk-bentuk Rasukan: 1. Rasukan secara keseluruhan 2. Rasukan secara sebahagian 3. Rasukan secara tetap 4. Rasukan sekejap Rujuk Kitab Wiqayatu al-Insan (Sheikh Wahid Abd Salam Bali)

Page 37: Kaedah Tangani Histeria & Santau

37

Simpton-simpton Gangguan Semasa Tidur: 1. Tidak lelap tidur 2. Seringkali terjaga dari tidur dengan keadaan cemas, berdebar-debar dan gelisah 3. Rasa sesak nafas 4. Bermimpi dengan mimpi ngeri (seperti jatuh dari tempat tingggi) 5. Bermimpi bertemu binatang-binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dna tikus 6. Mengertap-ngertap gigi ketika sedang tidur 7. Bermimpi dengan mimpi ketawa, menangis atau menjerit-jerit 8. Bermimpi mengerang-ngerang (seperti kesakitan) 9. Mengigau 10. Bermimpi berada di tanah perkuburan, pembuangan sampah atau di tempat sunyi 11. Bermimpi melihat lembaga yang pelik

Page 38: Kaedah Tangani Histeria & Santau

38

Semasa Jaga: 1. Sering mengalami pening-pening kepala (kecuali berpunca dari penyakit mata, telinga, hidung, gigi atau perut)

2. Terhalang dari cuba berzikir, solat atau ibadah lain

3. Selalu rasa stress

4. Lemah tubuh dan tidak bermaya

5. Tidak sedar (kekejangan urat saraf)

6. Sakit pada anggota badan (teknologi perubatan moden tidak dapat mengesan) Rujuk Kitab Wiqayatu al-Insan (Sheikh Wahid Abd Salam Bali)

Page 39: Kaedah Tangani Histeria & Santau

39

Teknik Memulihkan Rasukan

Peringkat Pertama: Sebelum Memulakan Rawatan 1. Pastikan keadaan rumah yang baik (tiada patung, alat muzik yang melalaikan dll) 2. Keluarkan azimat atau tangkal 3. Jelaskan tentang aqidah (konsep penyembuhan yang betul, larangan berjumpa dengan ahli sihir dll) 4. Jika berlainan jantina, pastikan ada mahram 5. Batasan aurat (pastikan pesakit menjaga aurat dengan sempurna)

Page 40: Kaedah Tangani Histeria & Santau

40

Peringkat Kedua: Proses Menjalankan Rawatan 1. Letakkan tangan kanan anda di atas kepala pesakit dan baca dengan tartil ayat ruqyah: a. Surah Al-Fatihah b. Surah Al-Baqarah (1-5) c. Surah Al-Baqarah (163-164) d. Surah Al-Baqarah (255-257) e. Surah Al-Baqarah (285-286) f. Surah Ali Imran (18-19) g. Surah Al-A’raaf (54-56) h. Surah Al-Mukminun (115-118) i. Surah As-Soffat (1-10) j. Surah Al-Ahqaf (29-32) k. Surah Ar-Rahman (33-36) l. Surah Al-Hasyr (21-24) m. Surah Al-Jin (1-9) n. Al-Muawwizat

Page 41: Kaedah Tangani Histeria & Santau

41

Peringkat Ketiga: Peringkat Selepas Rawatan 1. Sentiasa menjaga solat berjemaah 2. Jauhkan dari mendengar muzik dan nyanyian yang melalaikan 3. Sentiasa berwuduk & membaca ayat al-Kursi sebelum tidur 4. Baca surah al-Baqarah di dalam rumah selama 3 hari 5. Baca Surah Al-Mulk sebelum tidur 6. Baca Surah Yasin pada waktu subuh atau dengar rakaman 7. Dekatkan diri dengan orang soleh 8. Manjaga batasan aurat 9. Sentiasa mendengar bacaan al-Quran (2 jam sehari) 10. Amalkan Basmallah sebelum lakukan aktiviti harian 11. Elakkan dari tidur bersendirian 12. Zikir 100x sehari selepas Subuh

ال إله إال هللا وحده ال شريك له له الملك وله الحمد يحيى ويميت وهو على كل قدير

Page 42: Kaedah Tangani Histeria & Santau

42

Page 43: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Definisi Santau Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 Santau ditakrifkan sebagai sejenis racun yang berbahaya, yang diperbuat daripada pelbagai jenis ramuan Menurut takrifan pengamal perubatan yang melibatkan diri dalam rawatan gangguan makhluk halus, santau didefiniskan sebagai bahan yang terdiri daripada 3 unsur iaitu: 1) Ramuan / adunan bahan beracun 2) Unsur-unsur sihir dan pemujaan 3) Penglibatan makhluk halus

Konklusinya, Santau ialah sejenis sihir yang disediakan daripada ramuan yang boleh menyakiti dan mencederakan seseorang, dipuja melalui mantera-mantera dan kaedah tertentu bagi menghadirkan jin, demi menyeksa mangsa sehingga mati secara perlahan-perlahan dalam keadaan terseksa

Page 44: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Jenis-jenis Santau

Jenis Keterangan

Santau Angin

- Cara ia disebarkan melalui arus angin - Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku tangan mereka dan membuangnya di khalayak ramai

Santau Tuju

- Ditujukan kepada seseorang. - Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan mengetahui tarikh lahir mangsa bertujuan untuk mencari hari yang mangsa lemah.

Santau Makan & Minum

- Dimasukkan ke dalam makanan & minuman

Santau Langkah

- Diletak di pintu atau mana-mana tempat dengan menyebut mangsa yang dituju

Santau masuk melalui 2 cara 1) Mulut – iaitu makan, minum & angin 2) Langkah / pijak – iaitu santau langkah

Page 45: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Tujuan Santau Santau dibuat bertujuan untuk 1) Amalan diri - Pembuat atau penyebar santau biasanya hendak

mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal

2) Mempertahankan diri 3) Membalas dendam 4) Menimbulkan huru-hara

Page 46: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Ramuan Santau Bahan-bahan Berbisa 1)Air ulat sintuk atau ulat gonggok berwarna kehitam-hitaman 2) Hempedu katak puru Bahan-bahan Gatal 1) Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung 2) Sabut pada batang Pokok Enau 3) Rambut 4) Kacang babi (Kacang Dieng) Bahan-bahan Tajam 1) Sumbu pelita minyak tanah (habuknya) 2) Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu 3) Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya) 4) Tembikar lama 5) Tulang binatang yang mati beragan (bukan disebabkan oleh penyakit)

Page 47: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Tanda Terkena Santau 1) Batuk yang berterusan

2) Muntah darah

3) Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum

4) Demam panas

5) Sakit kepala

6) Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan

7) Tiada selera makan

8) Susah nak tidur malam

9) Kerap mengantuk di siang hari

10) Gatal-gatal badan

11) Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)

12) Pelupa

Page 48: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Samb. Tanda Terkena Santau 13) Resdung 14) Barah 15) Kayap 16) Lumpuh 17) Lemah tenaga batin 18) Kudis 19) Penyedih 20) Penakut 21) Pembenci 22) Pemalas 23) Fikiran tidak tenteram 24) Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai) 25) Sakit perut dan sakit belakang.

Page 49: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Kesan Terkena Santau:

1) Merosakkan jasmani - Badan menjadi susut akibat tiada selera makan - Organ menjadi rosak (lumpuh, kanser dll) 2) Merosakkan rohani - Malas beribadat - Lemah semangat 3) Merosakkan psikologi - Fikiran buntu - Ganggu rumah tangga

Page 50: Kaedah Tangani Histeria & Santau

Rawatan Penyakit Santau 1) Kaedah tepuk dengan Daun Nangka 2) Mengamalkan herba - Ubat Rebusan Dukung Anak (dalaman) - Ubat Gaulan (penghabisan) 3) Mengamalkan zikir/ruqyah 4) Berpantang - Makanan: limau, cuka, nenas dan rebung. Kurangkan makan makanan berminyak, pedas, air batu dan buah-buahan masam/jeruk - Perbuatan: Bekerja atau mengangkat bebanan berat

Page 51: Kaedah Tangani Histeria & Santau

51

Page 52: Kaedah Tangani Histeria & Santau

52

Kaedah untuk menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus 1. Sentiasa istiqamah dengn zikir yang diwariskan oleh Rasulullah 2. Apabila rasa seram atau ngeri ketika berada di tempat tinggi, hendaklah membaca basmallah 3. Apabila hendak mencurah air panas, maka bacalah basmallah 4. Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap 5. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing 6. Jangan tidur bersendiri. Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa 7. Jangan membuang air di merata tempat terutama di lubang-lubang 8. Jangan merayau-rayau di tengah malam seorang diri Rujuk Kitab Wiqayatu al-Insan (Sheikh Wahid Abd Salam Bali)

Page 53: Kaedah Tangani Histeria & Santau

53

Perisai Kebal Untuk Menangkis Serangan Syaitan 1. Ikhlas (rujuk surah Al-Hijr ayat 39-40) 2. Berjemaah: Hidup berjemaah sangat dibenci oleh syaitan. “Barangsiapa yang ingin menikmati kenikmatan syurga, maka hendaklah dia melazimkan dirinya dengan jemaah, kerana sesungguhnya syaitan itu akan bersama orang yang keseorangan dan jauh sedikit sekiranya berduaan” Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmidzi 3. Sentiasa menjaga Solat Jemaah: “Tiadalah mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat secara berjemaaah meskipun penduduknya Cuma 3 orang sahaja, melainkan mereka telah dijajah oleh syaitan, oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing yang bersendirian” Riwayat Abu Daud

Page 54: Kaedah Tangani Histeria & Santau

54

4. Beriltizam dengan Al-Quran dan As-Sunnah 5. Memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah. “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah” (Al-A’raaf: 200) 6. Melindungi keluarga dan harta benda (boleh amalkan al-Muawwizat sebelum tidur ) 7. Surah al-Baqarah: “Bacalah Suarah al-Baqarah di dalam rumah kamu, kerana sesungguhnya rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim & at-Tirmidzi) 8. Ayat al-Kursi: 10 ayat surah al-Baqarah: Kenyataan Ibnu Mas’ud “Sesiapa yang membaca 10 ayat dari surah al-Baqarah pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya pada malam tersebut; 4 ayat awal, ayat al-Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat terakhir dari surah itu” 9. Al-Muawwizat ( baca 3 Qul tiga kali sehari atau sebelum tidur )

Page 55: Kaedah Tangani Histeria & Santau

SENTIASA BERDOA DAN BERWIRID

1) Sentiasa berdoa dan berwirid

2) Jadikan Taqwa sebagai benteng

3) Rajin beribadat wajib / sunat

4) Jangan melakukan dosa / maksiat

5) Selalu bertaubat

6) Pelihara amalan wajib / menutup aurat dengan sempurna

Page 56: Kaedah Tangani Histeria & Santau

56

Page 57: Kaedah Tangani Histeria & Santau

1. Molekul air yang disebut dengan perkataan yang baik – Ruqyah

2. Skizofrenia – Gangguan makhluk halus

3. Pseudosiesis atau phantom pregnancy – Hilang kandungan

Page 58: Kaedah Tangani Histeria & Santau

1) Makhlus halus adalah benar wujud. Wajib percaya. Namun sikap melampau dalam menafikan dan juga mengaitkan semua perkara dengan makhluk halus perlu dihindari.

2) Ruqyah adalah salah satu ikhtiar yang diharuskan oleh Islam

3) Segala mudarat yang diperolehi melalui histeria/santau/sihir adalah dengan izin Allah. Dan ia menjadi ujian untuk mendekatkan diri kepada Allah

4) Islam anjurkan untuk kita mengamalkan zikir/wirid/ruqyah yang dibenarkan oleh syarak sebagai pendinding, perawatan

Page 59: Kaedah Tangani Histeria & Santau

1) Tn Hj. Mokhtar Kassan, Kaedah Merawat Santau

2) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, al-Soorimu al-Battar fi at-Tasoddi LilSihrati al-Asyraar (terj)

3) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, Wiqayatu al-Insani Min al-Jinni wa asy-Syaitani (terj)

4) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Akibat Sihir

5) Dato’ Dr Haron Din, Pengenalan Makhluk Halus

6) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Rohani

7) Dato’ Dr Haron Din, Konsep Perubatan Islam

8) Dato’ Dr Haron Din, Makhluk Halus Mengikut al-Quran & as-Sunnah

9) http://mufakkir-islami.blogspot.com/2013/02/buang-perangai-takut-hantu.html

10) ahkam.net

11) www.darussyifabbst.blogspot.com