Kaedah Terus Dan Kaedah Ajuk Hafaz

download Kaedah Terus Dan Kaedah Ajuk Hafaz

of 2

Transcript of Kaedah Terus Dan Kaedah Ajuk Hafaz

  • 8/6/2019 Kaedah Terus Dan Kaedah Ajuk Hafaz

    1/2

    Kaedah Terus dan Kaedah Ajuk Hafaz

    Kaedah Terus

    Kaedah ini merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh Michell dan Harald Palmer.Ini

    ialah kaedah yang mengajar bahasa asing khasnya bahasa moden dengan cara perbualan.Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah tentera kerana pernah digunakan oleh

    tentera Amerika semasa Perang Dunia Kedua. Kaedah ini lebih moden kerana

    mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan ilmu psikologi kanak-kanak.Idea utama dalam kaedah ialah asiosiasi perkataan dan ayat melalui tunjuk cara,lakonan

    dan lain-lain.

    Kaedah Terus ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai empat kemahiransecara berkesan dengan empat perkara asas iaitu

    a) antara perkataan dengan perkataan atau dengan ayat

    b)berkaitan pengalaman sedia ada muridc)menimbulkan perasaan ingin tahu

    d)melalui cara kanak-kanak belajar bahasa ibunda

    PenggunaanKaedah Terus ini juga ada kelemahannya seperti memerlukan masa yang

    panjang,guru mestilah benar-benar mahir,tiadanya teknik membaca,penerimaan murid

    yang tidak sama dan murid mungkin tidak dapat menulis dengan mahir kerana lebihmenumpukan kepada lisan.

    Teknik pengajaran Kaedah Terus ialah guru memilih bahan berdasarkan kepada

    pengalaman murid dan diajar perkataan itu dengan cara mengaitkannya dengan simbol.Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bahasa itu sendiri dan segala makna

    diterangkan dengan aksi atau lukisan serta lain-lainnya.

    Kaedah Ajuk Hafaz

    Kaedah Ajuk Hafaz juga disebut Kaedah Informat-Drill.Cara kaedah ini digunakan

    ada dua iaitu melalui demonstrasi dan latih tubi.Bagi cara demonstrasi ianya berkaitandengan pertuturan dan sebutan yang dilaksanakan oleh guru atau penutur jati

    di dalam kelas.Bagi cara latih tubi,penutur jati akan membaca ayat beberapa kali diikuti

    oleh murid-murid sehinggalah mereka hafal.Tatabahasa pula diajar dengan caramengemukakan ayat-ayat contoh.Murid tidak perlu menterjemah perkataan.

    Kelebihan kaedah ini ialah jika tiada penutur jati,rakaman boleh digunakan.

    Daripada:Norazila bt Mohd Daud

  • 8/6/2019 Kaedah Terus Dan Kaedah Ajuk Hafaz

    2/2