KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM...

13
KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK MIKROORGANISMA TAHUN 5 Sylvester Jonny 2014 ab Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, 91000, Malaysia b Universiti Malaysia Sabah, 88400, Malaysia d SK. Taman Tawau, 91000, Malaysia ABSTRAK Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah ‘Video Kartun Kita’ terhadap penguasaan dan minat murid dalam mempelajari konsep sains bagi topik mikroorganisma Tahun 5. Bagi mengkaji minat murid penyelidik menggunakan instumen borang soal selidik, manakala bagi menyelidik penguasaan murid instrumen ujian pra pasca dan temubual digunakan. Dapatan penyelidikan menunjukkan peningkatan murid dalam penguasaan konsep sains bagi topik mikroorganisa tetapi hanya daapt menguasai soalan kemahiran berfikir aras rendah sahaja. Selain itu, hasil penyelidikkan menunjukkan minat murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan “Video Kartun Kita”. ABTRACT This study aims to identify the effect of “ Video Kartun Kita” to pupils’ compentency and interest in learning science concepts in microorganism topic Year 5. Pre-post-test and interviews instrument were used to test the pupils compentency, while questionares utilised to test the pupil’s interest. Research findings show an increase in pupil’s compentency in science concepts for topics mikroorganism but only able to master the topics well at lower-order thinking skills only. In addition, the research results show the interest of students in science learning could be improved by using the "Video Kartun Kita". 1.0 Pengenalan 1

description

KAJIAN TINDAKAN YANG BERTAJUK KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK MIKROORGANISMA TAHUN 5

Transcript of KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM...

Page 1: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK

MIKROORGANISMA TAHUN 5

Sylvester Jonny2014

abInstitut Pendidikan Guru Kampus Tawau, 91000, MalaysiabUniversiti Malaysia Sabah, 88400, Malaysia

d SK. Taman Tawau, 91000, Malaysia

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah ‘Video Kartun Kita’ terhadap penguasaan dan minat murid dalam mempelajari konsep sains bagi topik mikroorganisma Tahun 5. Bagi mengkaji minat murid penyelidik menggunakan instumen borang soal selidik, manakala bagi menyelidik penguasaan murid instrumen ujian pra pasca dan temubual digunakan. Dapatan penyelidikan menunjukkan peningkatan murid dalam penguasaan konsep sains bagi topik mikroorganisa tetapi hanya daapt menguasai soalan kemahiran berfikir aras rendah sahaja. Selain itu, hasil penyelidikkan menunjukkan minat murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan “Video Kartun Kita”.

ABTRACT

This study aims to identify the effect of “Video Kartun Kita” to pupils’ compentency and interest in learning science concepts in microorganism topic Year 5. Pre-post-test and interviews instrument were used to test the pupils compentency, while questionares utilised to test the pupil’s interest. Research findings show an increase in pupil’s compentency in science concepts for topics mikroorganism but only able to master the topics well at lower-order thinking skills only. In addition, the research results show the interest of students in science learning could be improved by using the "Video Kartun Kita".

1.0 Pengenalan

Pendidikan subjek sains khasnya perlu disemai bagi memantapkan pemikiran logik dan pengetahuan tentang alam yang amat berguna dalam kehidupan seharian dan masa depan. Negara Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dengan pesat dalam semua aspek terutamanya dari segi teknologi. Pelbagai kemudahan ini telah banyak membantu dalam pembangunan ini terutamanya daripada aspek pendidikan. Antaranya adalah penggunaan komputer, Internet, media sosial dan sebagainya. Teknologi komputer ciptaan Howard telah membuka ruang yang lebih luas dalam pendidikan berbanding ciptaan kertas oleh Cai Lun ketika tamadun China dahulu.

1

Page 2: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

Persembahan multimedia yang pelbagai boleh menarik minat penggunanya dari semua peringkat usia dan jantina. Multimedia yang sering digunakan dalam pendidikan dalam bilik darjah menggunakan kemudahan ini adalah dari segi visual dan audio. Bagi menarik minat golongan yang lebih muda animasi kartun lebih baik digunakan berbanding video biasa. Golongan yang lebih muda terutamanya murid-murid di sekolah mempunyai imaginasi dan semangat inkuiri yang amat tinggi. Persembahan video biasa tidak mampu memuaskan keinginan murid yang mengimpikan lebih dari yang biasa. Melalui animasi yang mengambil kira idea murid dan struktur muka murid diharapkan mampu memberi pengalaman yang baru dalam bilik darjah.

2. Penyataan Masalah

Berdasarkan latihan praktikal keguruan tahap satu dan dua di sekolah yang lepas, penyelidik mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan cemerlang akibat daripada beberapa masalah. Antara masalah yang terjadi adalah, murid sukar untuk menguasai konsep sains yang diajar oleh penyelidik. Ini menyebabkan banyak masa dihabiskan ketika fasa penstrukturan idea sehingga murid mampu menguasai sepenuhnya yang diajar. Akibat masa tidak mencukupi, sukatan pembelajaran yang banyak, pelajar lemah dan bebanan kerja yang banyak, pembelajaran berpusatkan murid sukar dilakukan (Norazilawati et al., 2013). Ini menyebabkan pembelajaran konstruktivisme tidak dapat dilakukan untuk melatih murid menjana idea mereka sendiri.

Selain itu, rata-rata murid di dalam kelas telah dikenal pasti memahami isi pembelajaran yang diajar secara pemerhatian dan soalan lisan guru. Namun, analisis lembaran kerja murid menunjukkan yang sebaliknya iaitu tidak semua murid mampu menguasai apa yang diajar dengan cemerlang. Jumlah yang berjaya dalam mencatat penguasaan tinggi berdasarkan lembaran kerja adalah amat sedikit sekali, sebahagian besar murid hanya mampu menjawab soalan aras rendah sahaja. Ini menunjukkan murid tahu, tetapi tidak dapat menguasai sepenuhnya konsep sains yang diajar.

Masalah lain yang sering timbul adalah murid sukar menumpukan sepenuhnya perhatian mereka kepada penyelidik ketika mengajar. Minat murid untuk belajar adalah amat penting kerana mampu memberi impak yang positif terhadap penguasaan sesuatu isi pembelajaran (Min, Omalson & Horton, 2011). Antara faktor kejadian ini timbul mungkin kerana teknik pengawalan kelas penyelidik tidak berjaya, ataupun aktiviti dalam pengajaran dijalankan oleh penyelidik membosankan murid. Faktor lain juga mungkin disebabkan murid juga sering berpendapat bahawa subjek sains amat sukar dan bertindak untuk mengendahkannya menyebabkan mereka tidak berminat untuk terlibat dengan segala aktiviti yang dijalankan (Espinosa, 2005).

Apabila perhatian murid teralih daripada guru, mereka akan membuat kerja-kerja seperti bermain dan mengganggu kawan. Aktiviti bermain adalah tidak salah, kerana perlu untuk kanak-kanak membina fizikal, mental, emosi dan hubungan sosial mereka semasa

2

Page 3: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

bermain, tetapi perlulah bermain pada masa-masa yang tertentu sahaja. Tambahan lagi, tumpuan sepenuhnya amat diperlukan dalam fasa penstrukturan idea, ini amat penting kerana segala miskonsepsi murid dapat dibaiki atau dielakkan. Menurut Piaget (1946, dalam Gauvain & Cole, 1997), manusia membina pengetahuan berdasarkan skema yang sedia ada dengan rangsangan dari luar. Jika fasa ini terganggu, pembelajaran pada hari tersebut akan menyebabkan skema baharu tidak terbina atau miskonsepsi mungkin berlaku.

3. OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Objektif khusus bagi tujuan penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan penguasaan konsep sains bagi topik mikroorganisma dengan menggunakan kaedah “Video Kartun Kita”.

ii. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sains bagi topik mikroorganisma menggunakan kaedah “Video Kartun Kita”.

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Model yang digunakan adalah Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946), bermula dengan mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan implementasi, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi. Ujian pra telah dijalankan bagi mengambil data mengenai penguasaan murid sebelum intervensi dijalankan. Selepas kesemua intervensi tamat dijalankan ujian pasca, temubual dan borang soal selidik digunakan bagi menyelidik kesan intervensi terhadap responden. Kaedah ‘Video Kartun Kita’ digunakan dalam fasa penstrukturan idea bagi setiap intervensi yang telah dijalankan. Penyelidik membahagikan kelas kepada lima kumpulan, setiap kumpulan berpeluang bersama-sama guru menyumbang idea membuat video kartun yang digunakan dalam sesi pembelajaran seterusnya. Selain itu, struktur muka kumpulan tersebut digunakan untuk karakter-karakter kartun di dalam video pengajaran. Penyelidik mula mengajar menggunakan kaedah tradisional menggunakan papan putih dan bahan bantu belajar bukan berbentuk video animasi pada fasa penstrukturan idea bermula minggu kedua hingga minggu ke tiga. Ujian pra dilakukan selepas topik selesai di ajar bagi minggu ke dua dan ketiga tersebut.

Selepas responden dikenal pasti, penyelidik membuat intervensi pada minggu ke empat dengan menggunakan ‘Video Kartun Kita’ pada fasa penstrukturan idea. Intervensi dilakukan selama empat kali selama dua minggu. Data ujian pasca dan borang temu bual dianalisis. Setelah kesemua intervensi dilakukan, borang soal selidik dan ujian pasca diagihkan kepada 17 orang responden bagi mengenal pasti keberkesanan intervensi yang telah dilakukan. Tambahan lagi, penyelidik telah memilih empat orang responden untuk temu bual. Dua orang responden mewakili murid berpenguasaan tinggi dan dua orang lain lagi mewakili responden tahap rendah berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca. Data ujian pra, ujian pasca, borang soal

3

Page 4: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

selidik dan temu bual direkodkan dan dianalisis bagi menulis laporan dan refleksi penyelidikan.

5. Dapatan dan Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.2 Peningkatan Penguasaan Responden Dalam Topik Mikroorganismaa. Ujian Pra dan PascaPenyelidik telah menjalankan ujian pra dan pasca bagi mengkaji kesan kaedah “Video Kartun Kita” terhadap penguasaan konsep sains bagi topik mikroorganisma. Keputusan markah pra dan pasca telah dianalisa secara manual menggunakan kalkulator bagi mengira min dan sisihan piawai data tersebut.

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 R16 R170

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

0

15 15 1520

25 25 25 2530 30 30

35 35 3540 40

50

40

70 70

80

65

80 80

90

70 7075

70

8085 85

90

Series 1 Series 2

Rajah 5.1: Graf Bagi Markah Ujian Pra dan Pasca

Perbandingan markah bagi ujian pra dan pasca ditunjukkan dalam rajah 5.1. Berdasarkan graf tersebut kesemua 17 responden menunjukkan peningkatan markah yang mendadak. Pada mulanya seramai 15 orang responden memperoleh markah yang sangat lemah iaitu kurang dari 40% dan 2 orang murid pada markah sederhana iaitu 40% pada ujian pra. Ini bermakna sebelum intervensi dijalankan, penguasaan responden adalah pada tahap yang amat rendah. Namun selepas intervensi dilakukan, ujian pasca menunjukkan peningkatan yang mendadak terhadap tahap penguasaan murid terhadap tajuk mikroorganisma.

Dalam ujian pasca semua murid mendapat markah lulus, seorang responden mendapat markah lulus minima iaitu 40 %, manakala lapan orang responden mendapat lingkungan markah 50% hingga 79%, dan lapan orang responden mendapat lingkungan markah 80% ke atas. Secara keseluruhannya kesemua responden mendapat peningkatan markah ujian yang mendadak selepas intervensi dijalankan. Merujuk jadual 5.1, menunjukkan analisis bagi nilai min dan sisihan piawai bagi markah responden.

Jadual 5.1: Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai Skor Responden.

4

Page 5: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

Ujian Min Sisihan PiawaiPra 25.88 14.06Pasca 73.53 53.77Perbezaan 47.65 39.71

Berdasarkan jadual 5.1 skor min markah pada ujian pra adalah sebanyak 25.88. Min pada peringkat ini menunjukkan penguasaan responden amat rendah dan sebahagian besar antara mereka di bawah markah lulus iaitu 40%. Manakala pada ujian pasca, responden mendapat min yang tinggi iaitu sebanyak 73.53. Min yang tinggi tersebut menunjukkan penguasaan responden juga tinggi. Jika dibandingkan antara ujian pra dan pasca markah ujian responden menunjukkan peningkatan min yang mendadak iaitu sebanyak 47.65 selepas intervensi dilakukan. Perbezaan yang ketara antara ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa intervensi telah banyak menyumbang kepada perbezaan tahap penguasaan responden terhadap tajuk sains mikroorganisma Tahun 5.

Manakala menurut sisihan piawai dalam jadual 5.1, skor markah responden terserak lebih jauh pada ujian intervensi. Ini bermakna selepas intervensi dilakukan skor sisihan piawai meningkat sebanyak 39.71. Markah responden lebih banyak bersifat homogenous berbanding heterogenous. Malah pada ujian pasca jurang antara markah yang paling tinggi dan paling rendah amat besar berbanding ujian pra.

Pendek kata, selepas intervensi dilakukan, tahap penguasaan murid terhadap tajuk sains mikroorganisma telah banyak meningkat ke arah yang lebih positif. Tambahan lagi, melalui sisihan piawai yang tersebar lebih jauh menunjukkan dengan lebih mendalam jurang peningkatan penguasaan antara responden.

b. TemubualJadual berikut menunjukkan tahap penguasaan responden yang telah dianalisis.

Jadual 5.2: Aras Tahap Penguasaan Responden.Subtema Kod Responden

R1 R2 R3 R4Mengingat Ri Baik Rendah Rendah BaikMemahami Rh Baik Rendah Rendah RendahMengaplikasi Tp Baik Rendah Rendah RendahMenganalisis Ti Rendah Tiada Tiada TiadaMengevaluasi Tv Tiada Tiada Tiada TiadaMencipta Tc Tiada Tiada Tiada TiadaKeseluruhan Sederhana Rendah Rendah Rendah

Berdasarkan jadual 5.2, responden satu dapat menjawab soalan peringkat aras rendah dengan sangat baik iaitu bagi tahap mengingat dan memahami. Manakala bagi kemahiran berfikir aras tinggi, responden satu hanya mampu menjawab soalan aplikasi dan menganalisis. Secara keseluruhan, tahap penguasaan responden satu adalah pada tahap yang sederhana. Selain itu, merujuk kepada responden dua dan tiga, mereka hanya mampu menjawab kedua-dua soalan aras kemahiran tahap rendah dengan lemah. Manakala bagi

5

Page 6: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

soalan kemahiran berfikir aras tinggi, mereka hanya mampu menjawab satu tahap sahaja iaitu mengaplikasi dengan lemah. Secara umum tahap penguasaan responden dua dan tiga adalah lemah.

Selain itu, responden empat juga hanya mampu menjawab soalan kemahiran berfikir aras rendah sahaja iaitu tahap mengingat dengan baik tetapi tahap memahami dengan lemah. Bagi soalan kemahiran aras tinggi, responden ini tidak mampu menjawab mana-mana soalan yang telah diajukan oleh guru. Secara umumnya, tahap penguasaan responden ini adalah rendah.

Secara umumnya, tahap tertinggi kemahiran berfikir yang responden mampu capai adalah menganalisis, iaitu oleh responden satu. Secara keseluruhannya tahap penguasaan responden menguasai tajuk mikroorganisma menggunakan teknik video kartun kita majoritinya adalah pada aras kemahiran berfikir rendah, minoriti responden dalam tahap sedehana, dan tiada pada tahap yang tertinggi.

5.2.3 Minat Responden Terhadap Kaedah Yang Telah Digunakana. Borang Soal SelidikJadual 5.3 menunjukkan taburan responden mengikut aspek minat terhadap kaedah “Video Kartun Kita” yang digunakan sebagai intervensi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran penyelidik.

Jadual 5.3: Analisis Borang Soal Selidik

BIL. ITEM %

SETUJU TIDAK

1 Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan berbantukan Video Kartun Kita kerana ianya menarik

(17)100 0

2 Saya lebih suka mempelajari topik pengajaran Sains dengan berbantukan Video Kartun Kita berbanding menggunakan buku teks sahaja

(16) 94 (1)6

3 Penggunaan Video Kartun Kita dalam pengajaran Sains akan menjadikan sesi pengajaran Sains lebih menarik berbanding penggunaan buku teks sahaja.

100 0

4 Saya lebih suka mempelajari Sains dengan menggunakan Video Kartun Kita

100 0

5 Saya lebih suka mempelajari topik mikroorganisma menggunakan buku teks berbanding menggunakan Video Katun Kita

(1)6 (17)94

Sumber : Khairuddin Nisa & Abd. Latif Haji Gafor. 2012

Analisis borang soal selidik menunjukkan semua responden iaitu 100% murid mengatakan “YA” bagi item 1 (Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan

6

Page 7: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

berbantukan Video Kartun Kita kerana ianya menarik), item 3 (Penggunaan Video Kartun Kita dalam pengajaran Sains akan menjadikan sesi pengajaran Sains lebih menarik berbanding penggunaan buku teks sahaja.), dan item 4 (Saya lebih suka mempelajari Sains dengan menggunakan Video Kartun Kita). Bagi item 2 iaitu (Saya lebih suka mempelajari topik pengajaran Sains dengan berbantukan Video Kartun Kita berbanding menggunakan buku teks sahaja) 94 % murid menjawab “YA” manakala 6% murid lagi menjawab “TIDAK”. Sebanyak 4%menjawab “YA” dan selebihnya iaitu 96% orang menjawab “TIDAK” bagi item 5 (Saya lebih suka mempelajari topik mikroorganisma menggunakan buku teks berbanding menggunakan Video Katun Kita).

Berdasarkan analisis soal selidik tersebut, jelas menunjukkan bahawa semua murid lebih menggemari menggunakan “Video Kartun Kita” sebagai media pengajaran guru. Manakala jika dibandingkan dengan pengajaran yang hanya menggunakan buku teks shaja dan “Video Kartun Kita” lebih banyak murid memilih untuk menggunakan kaedah “Video Kartun Kita” sebagai media pengajaran..

6. Rumusan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan penguasaan dan minat murid dalam konsep sains bagi topik mikroorganisma. Rumusannya jelas menunjukkan terdapat perbezaan penguasaan dan minat murid sebelum dan selepas kaedah “Video Kartun Kita” digunakan. Ini terbukti melalui keputusan ujian pra dan pasca yang telah dijalankan. Walaubagaimanapun, melalui temubual mendapati bahawa penguasaan murid hanya dapat ditingkat pada kemahiran berfikir aras rendah sahaja. Selain itu, borang soal selidik mendapati bahawa kaedah ini juga dapat membantu meningkatkan minat murid dalam pembelajaran sains. Berdasarkan kedua-dua objektif tersebut, penyelidik mendapati bahawa kedua-dua objektif iaitu minat dan tahap penguasaan responden mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Ini kerana apabila murid berminat dengan kaedah yang telah dijalankan penguasaan responden semakin meningkat. Jika dibandingkan kaedah menggunakan buku teks sahaja, kesemua responden lebih minat untuk belajar menggunakan “Video Kartun Kita”. Kaedah yang telah digunakan bukan hanya mampu meningkat penguasaan murid malah, dapat menghasilkan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik berbanding kaedah tradisional (Azidah et al., 2011).

6.0 Implikasi dan Cadangan KajianKajian ini mampu memberi beberapa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah multimedia dalam subjek Sains bagi topic mikroorganisma. Ini kerana, kaedah tradisional yang hanya menggunakan papan putih dan buku teks sahaja tidak mampu menarik minat dan merangsang responden untuk lebih bersemangat belajar. Apabila dibandingkan kaedah tradisional seperti buku teks, mereka lebih menggemari kaedah baru yang digunakan iaitu “Video Kartun Kita”. Apabila penyelidik menggunakan kaedah yang mereka minat iaitu video yang berbentuk kartun, minat dan penguasaan responden semakin positif. Menngunakan kaedah “Video Kartun Kita” responden menjadi lebih bersemangat untuk belajar di dalam kelas. Kaedah tersebut dapat meningkatkan tahap penguasaan murid pada aras rendah kemahiran berfikir. Walaubagaimanapun, kaedah

7

Page 8: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

tersebut tidak banyak mengubah aras kemahiran tahap berfikir tahap tinggi responden. Malah, responden amat teruja dan berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran setiap kali video tersebut digunakan. Penyelidik berharap dapatan ini boleh menjadi rujukan mana-mana pendidik yang ingin menggunakan kaedah yang serupa dengan “Video Kartun Kita” kepada murid mereka.

Menurut Wyk (2012), kartun dapat meningkatkan pembelajaran konstruktif, koperatif dan kolaboratif dalam kelas. Kenyataan seperti ini belum mampu dijawab oleh penyelidik secara lebih dalam. Diharapkan penyelidikan akan datang dapat mengkaji bagaimana kaedah seperti “Video Kartun Kita” ini mampu mempengaruhi perlakuan dan suasana murid di dalam kelas.Tambahan lagi, sampel kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah terdiri daripada murid yang lemah. Oleh itu, berharap kajian akan datang boleh dijalan bagi melihat kesan peningkatan penguasaan dan minat dengan menggunakan kaedah “Video Kartun Kita” ke atas murid yang mempunyai aras kognitif yang lebih tinggi.

Pendek kata, penyelidik berharap penyelidikan ini dapat membantu penyelidikan pada masa akan datang pada waktu yang sama ia mampu meningkatkan penguasaan dan kepuasan murid terhadap pengajaran guru di sekolah. Ini supaya warga pendidik dapat menghasilkan generasi akan datang yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia.

RUJUKAN

Azidah Abd Ziden, Issham Ismail, Robitah Spian & Kumutha, K. (2011). The efffects of ICT use in teaching and learning on students’ achievement in science subject in a primary school in Malaysia. Malaysia Journal of Distance Education, 13, 19-32.

Aziz Nordin & Lin Hui Ling. (2011). Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Journal of Science & Mathematics Educational, 2, 89-101.

Gauvain, M., & Cole, M. (1997). Readings on the Development of Children. New York. W.H. Freeman and Company.

Jerome, N. (2013). Application of the Maslow’s hierarchy of need theory; impacts and implications on organizational culture, human resource and employee’s performance. International Journal of Business and Management Invention, 2(3), 39-45 33

Khairuddin Nisa & Abd. Latif Haji Gafor. 2012. Keberkesanan GeoTV Terhadap Pencapaian dan Minat Pelajar Dalam Topik Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 2 (2), 1-14.

8

Page 9: KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN SAINS TOPIK  MIKROORGANISMA  TAHUN 5

Mai & Ken Tse-Kian. (2010). Students’ perceptions in developing a multimedia project within a constructivist learning environment: A Malaysian experience. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 9(1), 176-183.

Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar mansor, Noraini Mohamed Noh & Norul Haida Reduzan. (2013). Konstruktivisme dari kaca mata guru sains dan matematik. Dalam World Conferences.net (Ed.) Proceeding of the International Conference on Social Science Research. 18-20. 34

Tan Choon Keong & Carol Abu. (2013). Pengaplikasian video Youtube: Bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial. Dalam Universiti Malaysia Sabah (Ed.), Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013. 255-263

Wyk, M. M. V. (2012). The use of cartoons as a teaching tool to enhance student learning in economic education. Journal of Social Science, 26(2), 128-130.

Yaman, Havva. (2010). Cartoons as a teaching tool: a research on Turkish language grammar teaching. Education Science Theory & Practice Journals, 10, 1231-1242.

9