kaedahstrukturalglobal-130114214511-phpapp02

16
KAEDAH STRUKTURAL Defnisi tikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti wata $iri-%iri Ke!ebihan memer!ukan pengetahuan tentang e!emen struktur bagi memuda terdapat perhubungan antara struktur-struktur ke menggunakan pendekatan indukti' mengutamakan unsur-unsur tertentu saha&a tidak mengutamakan bahan bantu menga&ar pembe!a&aran !ebih berpandukan guru unsur-unsur struktur diperkena!kan ter!ebih enguasaan murid terhadap karya ada!ah baik dan mantap# kiran renungan ke da!am diri imaginasi manipu!asi emosi penerapan pengetahuan da Kaedah Struktural

description

Kaedah Sastera

Transcript of kaedahstrukturalglobal-130114214511-phpapp02

Kaedah Struktural

KAEDAH STRUKTURALDefinisi Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan lain-lain lagi;.Ciri-ciri Kelebihanmemerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran.terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan, menggunakan pendekatan induktif, mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja, tidak mengutamakan bahan bantu mengajar pembelajaran lebih berpandukan guru, unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu. Penguasaan murid terhadap karya adalah baik dan mantap.membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).

Pengenalan Pendekatan struktural adalah merupakan pendekatan yang paling tua digunakan dalam mengkaji sastera. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan ini mempunyai sejarah yang lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis-garis ukuran terhadap berbagai-bagai genre sastera. Kaedah struktural juga adalah kaedah paling awal digunakan berpandukan kepada pendekatan struktural.Pengajaran menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepada struktur bahan yang diajar. Perkataan struktural hadir daripada perkataan struktur. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), struktur adalah cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur, atau aspek hingga menjadi satu pola, sistem, atau ayat tertentu. Kamarudin (1988) pula menyatakan bahawa kaedah struktural ini bertujuan untuk memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaan yang digunakan. Mina Sikana (1998) menyatakan struktural memberikan penekanan yang utama berdasarkan aspek-aspek dan unsur-unsur yang membina sesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di atas, jelaslah bahawa dalam konteks pengajaran menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur yang diperhatikan adalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terdapat di dalam karya tersebut. Terdapat beberapa komponen yang diperhatikan dalam pengajaran menggunakan kaedah ini. Kaedah struktural adalah kaedah pengajaran kesusasteraan dengan menggunakan aspek kajian tertentu seperti perwatakan, gaya bahasa, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai murni, dan sebagainya secara teratur atau satu persatu (Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguasai terlebih dahulu tentang bahan atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang membentuk struktur karya itu perlu dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu sendiri. Perkara ini sangat penting bagi memastikan perjalanan proses pengajaran guru menuju kepada objektif yang ingin dicapai pada sesi itu.

Ciri-Ciri Kaedah StrukturalKamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri yang terdapat dalam kaedah struktural antaranya adalah :i terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan, ii menggunakan pendekatan induktif, iii mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja, iv unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu. v pembelajaran lebih berpandukan guru, vi tidak mengutamakan bahan bantu mengajar vii memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran.

i. Ciri yang pertama adalah perlunya ada perhubungan antara struktur-struktur sastera. Perhubungan yang diketengahkan adalah hubungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik, gaya sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Oleh sebab itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman terhadap perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih.

ii. Kaedah ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif. Guru perlu membimbing pelajar agar menemui objektif tertentu. Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada ciri-ciri terlebih dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin (1988) menerangkan dalam bukunya bahawa pendekatan induktif menggunakan kaedah pencarian iaitu melihat, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan kemudian membuat keputusan atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji.

iii. Kaedah ini juga mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja. Aspek-aspek yang lain dalam sastera tidak diambil kira.

iv. Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

v. Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid dibenarkan membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun masih tidak boleh terkeluar daripada konsep yang telah ditetapkan oleh guru.

vi. Kaedah ini juga tidak mementingkan bahan bantu mengajar dalam memandu murid untuk mendapatkan jawapan bagi setiap unsur atau struktur tersebut.

vii. Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai digunakan kepada pelajar di peringkat tinggi.

Kelebihan Kaedah StrukturalKaedah struktural ini lebih tertumpu kepada penelitian terhadap struktur-struktur yang membina karya tersebut. Oleh itu, pembelajaran menggunakan kaedah ini akan memudahkan murid dan boleh memantapkan penguasaan murid berkenaan terhadap karya tersebut. Selain itu, kaedah ini juga boleh membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).

Aplikasi Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah karya contohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut secara menyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemen-elemen yang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot, latar, tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang diajukan tidak boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid sentiasa memberikan jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja. Kemudian, barulah melihat kepada elemen-elemen lain.

Kesimpulan Mudahnya, kaedah struktural ini sebenarnya kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran dan lain-lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan menggunakan kaedah ini tidak boleh dicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut. Perbincangan perlu dilakukan satu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.

Kaedah Global

Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas. Kurang memberikan penekanan secara terperinci terhadap struktur-struktur sesuatu karya.Penguasaan murid terhadap karya adalah baik dan mantap.membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).Kepentingan setiap komponen/strukturPenilaian dilakukan secara impression, am dan spontan.KAEDAH GLOBALDefinisi Ciri-ciri KelebihanCara kajian dilaksanakanSeparuh global :Melihat secara keseluruhan kemudan menjurus kepada bahagian yang ingin disentuh.Secara menyeluruh (global) :Menganalisis secara keseluruhan semua aspek-aspek.

Pengenalan Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan. Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah global pula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang menyeluruh. Ia tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah dan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988).Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu adalah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidak mendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagai pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988) menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutama apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan. Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan semasa menilai sesuatu karya iaitu :i. Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu secara keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci. ii. Secara (menyeluruh) global. Melalui cara ini, karya dianalisis dengan melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut dibincangkan secara berasingan.

Ciri-ciri Kaedah Global Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu :i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan membentuk kesatuan karya. ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu, penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya. Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen.

Kelebihan Kaedah Global :Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya adalah membolehkan penilaian terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan menyentuh semua struktur yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahaja boleh dinilai pada aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalam aspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain lagi. Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya akan membuatkan penilai memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen-komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai dapat menjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal.

Aplikasi Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara kajiannya. Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara ini agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar dengan melihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yang boleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah di bawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini.

Peringkat AwalABCBABBCC

Peringkat Perkembangan

Peringkat Akhir

A = Alam luas luar sekitar MelakaB = Daerah-daerah di luar MelakaC = Melaka sepenuhnya

Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global). Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema, persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain. Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan kelemahannya.

Kesimpulan Kaedah global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluas tentang sesuatu karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karya tidak diberi penekanan secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh kulit luar sahaja pada struktur-struktur tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sastera menggunakan kaedah ini untuk mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.

Refleksi

Kerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu kali ini lebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran. Komponen-komponen itu adalah pendekatan, kaedah, dan teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan kesan yang berbeza-beza. Dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponen-komponen ini perlu digunakan dan dikombinasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memperoleh hasil pengajaran yang berkesan. Perkara ini sama seperti pendapat yang diberikan oleh Esah Sulaiman (2004) yang menyatakan bahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-guru perlu menguasai komponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif yang diinginkan. Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini sangat bersesuaian dengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang mantap akan membawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah satu wadah yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih kepada teori berkenaan dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar saya dapat mengaplikasikannya di sekolah kelak. Sebagai seorang guru yang menginginkan sesi pengajaran dan pembelajarannya menjadi menarik dan menyeronokkan, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar perlulah diaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada guru, bahkan murid juga mendapat keuntungan yang banyak sekiranya kepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa seronok, bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan mudah.

Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan pendedahan kepada saya tentang peranan seorang guru yang mengajar matapelajaran kesusasteraan ini. Guru banyak memainkan peranan penting agar murid-murid minat mempelajari tentang kesusasteraan ini. Sebagai contoh peranan penting yang perlu dimainkan oleh guru adalah guru perlu bertindak sebagai penggerak atau pembimbing di dalam kelas. Perbincangan yang dilakukan didalam kelas perlu dibimbing oleh guru agar murid dapat memahami, menghayati dan menikmati bahan-bahan kesusasteraan yang dipelajari. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dan inovatif untuk membentuk soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang dinamis, idea-idea spontan yang menarik dan sebagainya. Ciri-ciri penting ini perlu ada dalam diri guru-guru yang mengajar kesusasteraan ini. Selain itu juga, seorang guru juga perlulah menggunakan teori-teori pembelajaran yang baik, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan kesemua ini perlu diselaraskan agar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu sekaligus mencapai tujuan utama pengajaran kesusasteraan diadakan di sekolah.Dari sudut kepentingan pengajaran sastera ini, setelah melaksanakan kerja kursus ini juga sebenarnya memberikan satu gambaran jelas bahawa betapa pentingnya matapelajaran kesusasteraan ini diajar kepada murid-murid di sekolah. Matapelajaran ini sebenarnya merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini kerana, sastera adalah karya-karya yang direka dan dihasilkan bukan setakat untuk hiburan dan jenaka semata-mata. Sebenarnya karya-karya sastera sarat dengan mesej-mesej yang tersirat yang perlu difahami dan dihayati oleh orang ramai. Persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa karya-karya sastera adalah sudah lapuk dan tidak sesuai dengan peredaran zaman perlu diperbetulkan kerana ternyata mesej-mesej dalam setiap karya tersebut masih sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Malah, sekiranya pengajaran kesusasteraan ini dapat diaplikasikan dengan baik dan berkesan, masyarakat Melayu bakal menjadi masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai budaya dan estetika yang tinggi.

Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbatas pada nilai-nilai murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkan sebenarnya pengajaran sastera mampu membantu murid-murid dan orang lain meningkatkan kemahiran dan perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karya sastera itu sendiri, terdapat banyak perkataan-perkataan yang jarang digunakan dalam seharian hidup kita. Kita berasa janggal untuk menggunakan perkataan tersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya wujud dan sering digunakan dalam bidang-bidang lain. Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah satu rancangan pengajaran yang wajib disediakan oleh semua guru-guru. Melalui kerja kursus ini juga, saya turut mendapat pendedahan tentang cara membuat RPH dan mengajar mata pelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik yang telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara saya dan rakan-rakan saya Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang disediakan kelihatan begitu menarik dan menyeronokkan. Selain itu, gandingan idea-idea daripada kami bertiga juga membuatkan RPH tersebut menepati kehendak soalan kerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang dalam RPH tersebut menerapkan unsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan sebenar pengajaran Komsas diwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini seharusnya diketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar Bahasa Melayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai objektif dengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas keizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak.

Bibliografi

Kamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti(Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang. Cerdik Publiction Sdn. Bhd.Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan Pendekatan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti