Kahwinilah Orang Yang Lebih Menyintai Diri Kita Daripada Kita Mencintai Diri Orang Itu

3
kahwinilah orang yang lebih menyintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak mencintai diri kita sendiri kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yang tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit. bercintalah dengan pelajaran, nertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan. bercinta memang mudah. untuk dicintai juga memang mudah. tetapi untuk dicintai oleh seseorang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cenburu. cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta, namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu,

description

kahwin

Transcript of Kahwinilah Orang Yang Lebih Menyintai Diri Kita Daripada Kita Mencintai Diri Orang Itu

Page 1: Kahwinilah Orang Yang Lebih Menyintai Diri Kita Daripada Kita Mencintai Diri Orang Itu

kahwinilah orang yang lebih menyintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak mencintai diri kita sendiri kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yang tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

bercintalah dengan pelajaran, nertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

bercinta memang mudah. untuk dicintai juga memang mudah. tetapi untuk dicintai oleh seseorang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cenburu.

cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta, namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong, dan lain-lain perkara yang tercela. tetapi jika ia jatuh kepada tanah yanh subur, di sana akan tumbuh kesucian hati keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ hamka

siapapun pandai menghayati cinta tetapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar. sebaliknya cinta hanya akan ditilik melalui hati dan perasaan.

Lemparkan seseorang yang bahagia ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. lemparkan pula seseorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Page 2: Kahwinilah Orang Yang Lebih Menyintai Diri Kita Daripada Kita Mencintai Diri Orang Itu

minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta,malah sayang pun bukan cinta. tetapi, cinta itu adalah cinta.

jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala ,musim berganti. cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

jangan kerana cinta , kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika terus bersama.

kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. tetapi segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan megalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu CINTA. Alangkah misterinya cinta seseorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! aneh, tetapi itulah hakikatnya...

sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

hal yang menyedihkan dalam hidup adalah kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. hanya untuk menemukan bahawa akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.