KAIFIAT SUJUD SYUKUR

4
KAIFIAT SUJUD SYUKUR Bismillahirrahmanirrahim + Sollu 'ala Nabi Lafaz Bismillah - Dengan nama-Mu yang Maha Agung dan Maha Mulia - tinta ini dimulakan. SUJUD SYUKUR DEFINASI Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar. Waktunya Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya Dalilnya Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. Rukunnya

description

cara-cara melakukan sujud syukur

Transcript of KAIFIAT SUJUD SYUKUR

Page 1: KAIFIAT SUJUD SYUKUR

KAIFIAT SUJUD SYUKUR

Bismillahirrahmanirrahim + Sollu 'ala Nabi

Lafaz Bismillah - Dengan nama-Mu yang Maha Agung dan Maha Mulia - tinta ini dimulakan.

SUJUD SYUKUR 

DEFINASI 

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar. 

Waktunya 

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya 

Dalilnya 

Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. 

Rukunnya 

1 Niat 

2 Takbiratulihram 

3 Sujud 

Page 2: KAIFIAT SUJUD SYUKUR

4 Memberi salam 

Syarat-syaratnya 

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 

a. Suci dari hadath besar dan kecil 

b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 

c. Menghadap ke kiblat 

d. Menutup aurat 

Cara-cara melakukannya. 

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 

Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 

Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 

Bacaan dalam sujud 

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali 

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) 

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG

Page 3: KAIFIAT SUJUD SYUKUR

TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA 

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Sehingga itu sahaja.

Wabillahitttaufiq wal hidayah.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah!

SYUKRAN JAZIILAN KEPADA ANDA SEMUA DAN SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI KESEMPATAN LAIN. 

ILLIQOK MAAS SALAAMAH!!