KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

5
KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang saya telah lakukan, saya telah memilih sebuah program pendidikan awal kanak-kanak terbaru serta paling terkemuka yang terdapat di Malaysia iaitu Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA). PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Program ini meliputi 3 program iaitu Permata Negara, Permata Insan, dan Permata Seni. Program ini diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Holistik bermaksud menyeluruh. Justeru itu, saya memilih program PERMATA ini kerana ia juga mencakupi perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan kognitif serta moralnya. Dari aspek perkembangan Kognitif pula, kanak kanak dibawah program PERMATA didedahkan dengan teknik pembelajaran yang merangsang minda kanak-kanak melalui kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian , interaksi dan komunikasi , pemikiran dan bacaan ,

description

KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Transcript of KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Page 1: KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang saya telah lakukan, saya

telah memilih sebuah program pendidikan awal kanak-kanak terbaru serta paling

terkemuka yang terdapat di Malaysia iaitu Program Asuhan dan Didikan Kanak-

Kanak (PERMATA). PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang

bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan

komuniti. Program ini meliputi 3 program iaitu Permata Negara, Permata Insan, dan

Permata Seni.

Program ini diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’, anak-anak

PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan

pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum PERMATA berbeza

kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara

holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Holistik

bermaksud menyeluruh. Justeru itu, saya memilih program PERMATA ini kerana ia

juga mencakupi perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan kognitif serta

moralnya.

Dari aspek perkembangan Kognitif pula, kanak kanak dibawah program

PERMATA didedahkan dengan teknik pembelajaran yang merangsang minda

kanak-kanak melalui kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti

permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan

bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian , interaksi

dan komunikasi , pemikiran dan bacaan , memberi kuasa kepada kanak-kanak

melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanak-

kanak serta belajar melalui bermain sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang

sihat.

Kurikulum Permata melihat perkembangan kognitif (intelek) sebagai

perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia (knowledge and understanding

of the world), dan bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata.

Kurikulum Permata menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara

bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.

Kanak-kanak pada tahap umur 1-4 tahun ini berada pada peringkat pra operasi di

Page 2: KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

mana mereka di ajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit.

Contohnya melalui aktiviti “hands-on”, kanak-kanak membancuh susu sendiri untuk

mengukuhkan koordinasi motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu, kanak-

kanak juga sentiasa diberikan arahan yang mudah dan jelas untuk setiap aktiviti

yang dijalankan oleh guru. Di sini, guru PERMATA juga akan melakukan

demonstrasi cara melakukan sesuatu aktiviti mengikut langkah yang sistematik

selain arahan yang diberikan. Menurut kajian yang telah dilakukan melalui

penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI berkaitan perkembangan intelek

(kognitif) kanak-kanak mendapati bahawa, 85% kanak-kanak PERMATA mencapai

kemahiran pra-sains berbanding 50% lagi adalah kanak-kanak bukan di bawah

program PERMATA. Ini menunjukkan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak

di bawah program Permata ini sememangnya telah berjaya di bentuk mengikut

acuannya seperti fokus utama program ini sendiri iaitu penekanan terhadap

pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-

emosi, komunikasi dan fizikal.

Dari aspek perkembangan moral kanak-kanak pada usia 1-4 tahun, kanak-

kanak masih berada pada tahap 1 iaitu pra konvensional di mana tahap ini

merupakan tahap yang paling bawah dalam penakulan moral.

Antara institusi yang memainkan peranan dalam mempengaruhi

perkembangan moral kanak-kanak ialah institusi kekeluargaan (ibu bapa) dan

sekolah. Justeru itu, program PERMATA telah meletakkan peranan ibu bapa

sebagai salah satu teras utama dalam kurikulumnya, iaitu dalam konteks ini

penglibatan ibu bapa di pusat Permata diwajibkan sekurang-kurangnya empat jam

sebulan. Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan moral anak-anak sangat

penting di mana ibu bapa bertanggunjawab memberi asuhan yang baik dan

membimbing anak untuk menjadi individu yang harmonis, bertanggungjawab dan

mematuhi nilai-nilai moral yang diajar oleh ibu bapa. Hubungan positif dua belah

pihak ini semestinya akan menyumbang kepada perkembangan moral kanak-kanak

yang positif.

Selain itu, pihak sekolah atau pusat PERMATA juga memainkan peranan

penting kerana kanak-kanak menghabiskan sebahagian waktu siang mereka di

pusat PERMATA. Justeru, institusi ini dilihat memainkan peranan dari segi kurikulum

Page 3: KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

tersembunyi contohnya seperti dalam Kurikulum PERMATA Insan. "Pelaksanaan

Permata Insan ini mengambil inspirasi daripada sejarah Islam dahulu yang

dibanggakan dengan lahirnya ramai teknokrat Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Ibn

Khaldun dan ramai lagi yang merupakan ilmuan tersohor dalam bidang mereka di

samping mempunyai asas agama yang mantap terutama ilmu yang berkaitan

dengan ilmu Al-Quran serta Pendidikan Islam dan Moral. Selain itu juga, guru yang

mengajar subjek lain seperti matematik, sains dan pendidikan seni juga harus

menerapkan nilai murni secara implisit dalam pengajaran mereka. Dapatan ke atas

hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI berkaitan

perkembangan rohani dan moral kanak-kanak PERMATA adalah menunjukkan

kanak-kanak di bawah program PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam

berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembagan adalah merujuk kepada perubahan yang bersifat

kualitatif iaitu yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti

perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, moral, cara mereka bersosial

dan lain-lain yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan

dan pembelajaran. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan

terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan

pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada

yang seterusnya. Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif

dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev

Vygotsky. Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi

bakal guru yang lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita

dalam memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kogniti kanak-kanak.

Dari aspek perkembangan moral pula, Kolhberg (1972) dianggap sebagai pelopor

utama dalam menghuraikan tentang teori perkembangan moral kanak-kanak.

Kesimpulannya, pembentukan moral kanak-kanak yang lebih ke arah sudut yang

positif akan mempengaruhi minda dan hidup kanak-kanak itu sendiri khususnya

kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir