Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

65
PENGENALAN 1

description

matematik, kaji selidik, soal selidik, kajian, percentage

Transcript of Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Page 1: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

PENGENALAN

1

Page 2: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

PENGENALAN

Masalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau dalam

bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang,

mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti

yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam

bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.

Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan

pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain,

mengeluarkan kat-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam

bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti

yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap

persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan kenis

kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi

keselamatan psikologi para pelajar,kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku

masa depan mereka . Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku?

2

Page 3: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

FAKTOR-FAKTOR

MENYEBABKAN

MASALAH DISIPLIN

MURID SEMASA

PENGAJARAN

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH DISIPLIN MURID SEMASA

PENGAJARAN

3

Page 4: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Faktor pertama masalah disiplin ini adalah daripada guru itu sendiri di mana

pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai.

Sesetengah guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran

yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan

oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan

menimbulkan masalah disiplin. 

Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam

masalah disiplin ini. Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman

dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan

kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan

masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas.

Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga

merupakan salah satu faktornya. Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini

Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya

tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai

pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu,

pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi

mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan

pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa

percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran

4

Page 5: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

dan pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan

dikurangkan.

Faktor keempat seterusnya ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa.

Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak

berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah

tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar ,menyebabkan mereka

gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran

sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan

pembelajaran.

Selain itu, bilangan murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang

mendorong kepada masalah disiplin ini. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya

dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-

bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap

kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua

karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak

berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan

bergerak ke sana sini. 

5

Page 6: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti fenomena ponteng di kalangan

pelajar sekolah menengah. Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan

untuk :

1. Mengenal pasti sama ada faktor sikap pelajar merupakan faktor utama yang

menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.

6

Page 7: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

2. Mengenal pasti sama ada faktor suasana sekolah merupakan faktor utama yang

menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.

3. Mengenal pasti sama ada faktor guru merupakan faktor utama yang

menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.

4. Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor utama yang

menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.

5. Mengenal pasti sama ada faktor keluarga merupakan faktor utama yang

menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.

6. Mengenal pasti sama ada media elektronik merupakan faktor utama yang

menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.

7

Page 8: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

KUMPULAN

SASARAN

KUMPULAN SASARAN

Kajian yang saya jalankan ialah berkaitan dengan isu mengurangkan masalah

disiplin murid-murid semasa pengajaran di Sekolah Kebangsaan Chenein. Saya telah

membuat soal selidik dengan 60 orang responden yang terdiri daripada murid-murid

sekolah tersebut.

8

Page 9: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

9

Page 10: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

KAEDAH KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan dengan menyediakan borang soal selidik yang mengandungi

beberapa soalan yang berkaitan dengan isu masalah disiplin murid-murid semasa

pengajaran. Saya telah menyediakan satu set borang soal selidik yang mengandungi

beberapa soalan-soalan tentang latar belakang responden serta 10 soalan-soalan

mengenai isu yang dikaji. Borang soal selidik yang telah saya sediakan mengalami

perubahan dari segi soalan berdasarkan nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh

pensyarah pembimbing. Borang soal selidik yang telah diperbaiki soalannya telah

dicetak sebanyak 60 keping untuk diedarkan kepada 60 orang responden yang terdiri

daripada kalangan murid Sekolah Kebangsaan Chenein. Borang soal selidik tersebut

telah diedarkan kepada 60 orang responden. Borang soal selidik tersebut kemudian

telah dikutip untuk dianalisis bagi mengkaji hasil dapatan daripada kajian ini.

10

Page 11: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

BORANG SOAL SELIDIK

11

Page 12: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

BORANG SOAL SELIDIK

MENGURANGKAN MASALAH DISIPLIN MURID-MURID SEMASA PENGAJARAN

PENGENALAN

Saya sedang menjalankan satu kajian mengenai isu mengurangkan masalah disiplin

murid-murid semasa pengajaran. Sehubungan dengan itu saya amat mengharapkan

kerjasama yang baik daripada pihak Saudara/Saudari dalam memberikan maklum

balas yang begitu bermakna secara tulus dan ikhlas. Sila berikan maklum balas

Saudara/Saudari dengan selengkapnya borang selidik ini. Borang selidik ini

mempunyai 2 bahagian selengkapnya seperti yang berikut.

Bahagian A : Profil Responden

Bahagian B: Isu mengurangkan masalah disiplin murid-murid semasa

pengajaran

Segala maklumat yang dikumpulkan nanti adalah sulit dan akan digunakan untuk kajian

semata- mata. Oleh yang demikian, kerjasama dari pihak Saudara/Saudari dalam

memberikan maklumat adalah amat saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

12

Page 13: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Arahan:

Bagi setiap item, sila tandakan ( / ) atau isi tempat kosong pada ruangan yang

disediakan yang berkaitan.

1. Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )

2. Umur : ( ) tahun

3. Kaum : Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain- lain ( )

BAHAGIAN B :

ISU MENGURANGKAN MASALAH DISIPLIN MURID-MURID SEMASA

PENGAJARAN.

Arahan :

Sila tandakan ( / ) untuk respon anda bagi setiap item mengikut skala yang berikut:

(1- Sangat tidak setuju / 2- Tidak setuju / 3- Kurang pasti / 4- Setuju / 5- Sangat setuju)

BIL PERKARA 1 2 3 4 5

1. Saya berasa seronok dengan pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

2. Saya dapat memahami apa yang diajar oleh guru.

3. Saya dapat mendengar dengan jelas semasa guru

mengajar di kelas.

4. Guru yang mengajar saya di kelas selalu memberi

bimbingan kepada saya dan rakan-rakan.

5. Guru saya berlaku adil di dalam kelas.

6. Kemudahan seperti meja dan kerusi di meja di kelas

saya mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

7. Guru saya akan menghukum saya dan rakan-rakan

yang berbuat bising dan bermain semasa belajar.

13

Page 14: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

8. Ibu bapa saya tidak mendorong saya untuk belajar

bersungguh-sungguh.

9. Ibu bapa saya tidak kisah sekiranya saya melakukan

kesalahan di sekolah.

10. Rakan saya selalu mengajak saya bermain di dalam

kelas semasa guru mengajar.

DAPATAN KAJIAN

14

Page 15: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

DAPATAN KAJIAN

Soalan 1

“Saya berasa seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh

guru.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

SangatTidak Setuju |||| |||| 10 17%

Tidak Setuju |||| |||| |||| |||| |||| 25 41%

Tidak Pasti |||| 5 8%

Setuju |||| |||| |||| | 16 27%

Sangat Setuju |||| 4 7%

Jumlah 60 100%

Jadual 1: Data Soalan 1

15

Page 16: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sangat Tidak Setuju17%

Tidak Setuju42%

Tidak Pasti8%

Setuju27%

Sangat Setuju7%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 1

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

30

Graf Bar Soal Selidik Soalan 1

Graf Bar Soal Selidik Soalan 1

Skala Likert

Bila

ngan

16

Page 17: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Mean = 10(1) + 25(2) + 5(3) + 16(4) + 4(5)

60

= 2.65

Mode = 2

Median = 2

Hasil dapatan yang telah saya perolehi daripada keputusan yang telah diberikan

oleh responden- responden melalui Soalan 1 yang dikemukakan iaitu ‘Saya berasa

seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru’, saya

mendapati bahawa sebanyak 10 orang responden (17%) mengatakan sangat tidak

bersetuju. Manakala, seramai 25 orang (41%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Selain itu, seramai 5 orang (8%) responden juga mengatakan mereka tidak pasti sama

ada mereka seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh

guru. Seramai 16 orang responden (27%) juga telah bersetuju mereka seronok dengan

pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru, manakala, seramai 4 orang

responden (7%) telah mengatakan mereka amat bersetuju dengan perkara yang

dikemukakan itu.

17

Page 18: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 2

“Saya dapat memahami apa yang diajar oleh guru.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| ||| 13 22%

Tidak Setuju |||| |||| |||| |||| |||| |||| || 32 53%

Tidak Pasti |||| 4 7%

Setuju |||| | 6 10%

Sangat Setuju |||| 5 8%

Jumlah 60 100%

Jadual 2: Data Soalan 2

18

Page 19: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

22%

53%

7%

10%

8%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 2

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

30

35

Graf Bar Soal Selidik Soalan 2

Graf Bar Soal Selidik Soalan 2

Skala Likert

Bila

ngan

19

Page 20: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Mean = 13(1) + 32(2) + 4(3) + 6(4) + 5(5)

60

= 2.3

Mode = 2

Median = 2

Bagi Soalan 2 yang telah kami dikemukakan kepada responden iaitu ‘Saya dapat

memahami apa yang diajar oleh guru’, secara holistiknya seramai 13 orang responden

(22%) sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini, manakala seramai 32 orang

responden (53%) pula tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Seramai 4 orang

responden (7%) pula mengatakan mereka tidak pasti sama ada mereka faham atau

tidak apa yang diajar oleh guru. Terdapat juga 6 orang responden (10%) yang setuju

dengan kenyataan tersebut dan 5 orang responden (8%) pula mengatakan mereka

amat bersetuju kerana mereka dapat memahami apa yang diajar oleh guru.

20

Page 21: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 3

“Saya dapat mendengar dengan jelas semasa guru mengajar di kelas.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| 10 17%

Tidak Setuju |||| |||| ||| 13 22%

Tidak Pasti |||| |||| |||| |||| | 21 35%

Setuju |||| |||| 9 15%

Sangat Setuju |||| || 7 11%

Jumlah 60 100%

Jadual 3: Data Soalan 3

21

Page 22: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

17%

22%

35%

15%

12%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 3

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

22

Page 23: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

Graf Bar Soal Selidik Soalan 3

Graf Bar Soal Selidik Soalan 3

Skala Likert

Bila

ngan

Mean = 10(1) + 13(2) + 21(3) + 9(4) + 7(5)

60

= 2.83

Mode = 3

Median = 2

23

Page 24: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Bagi Soalan 3 yang melibatkan soalan dalam aspek keberkesanan makanan

yang diambil iaitu ‘Saya dapat mendengar dengan jelas semasa guru mengajar di

kelas.’ Menurut responden- responden kami, seramai 10 orang (17%) dari kalangan

mereka mengatakan bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan penyataan yang

telah diutarakan. Manakala, 13 orang responden (22%) pula tidak setuju. Terdapat juga

21 orang responden (35%) yang mengatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada

mereka dapat mendengar dengan jelas semasa guru mengajar di kelas. Selain itu, ada

juga yang bersetuju dengan penyataan ini. Buktinya seramai 9 orang responden (15%)

sejutu bahawa mereka dapat mendengar dengan jelas semasa guru mengajar di kelas

dan 7 orang responden (11%) sangat bersetuju dengan pernyataan yang telah

diketengahkan ini.

24

Page 25: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 4

“Guru yang mengajar saya di kelas selalu memberi bimbingan kepada saya dan rakan-

rakan.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| |||| 14 23%

Tidak Setuju |||| |||| |||| |||| |||| ||| 28 47%

Tidak Pasti ||| 3 5%

Setuju |||| |||| 9 15%

Sangat Setuju |||| || 6 10%

Jumlah 60 100%

Jadual 4: Data Soalan 4

23%

47%

5%

15%

10%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 4

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

25

Page 26: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

30

Graf Bar Soal Selidik Soalan 4

Graf Bar Soal Selidik Soalan 4

Skala Likert

Bila

ngan

Mean = 14(1) + 28(2) + 3(3) + 9(4) + 6(5)

60

= 2.42

Mode = 2

Median = 2

26

Page 27: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 4 yang telah kami kemukakan kepada responden ialah ‘Guru yang

mengajar saya di kelas selalu memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan.’.

Menurut 14 orang responden (23%) mereka sangat tidak bersetuju bahawa banyak

pilihan makanan yang disediakan di kafeteria. Manakala, 28 orang responden (47%)

lagi mengatakan tidak setuju dengan penyataan tersebut. Selain itu, 3 orang (5%)

menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang penyataan ini . Selain itu, terdapat juga

9 orang (15%) responden yang menyatakan bahawa mereka bersetuju bahawa guru

yang mengajar mereka di kelas selalu memberi bimbingan kepada mereka dan rakan-

rakan. Manakala, selebihnya iaitu 6 orang (10%) responden sangat bersetuju bahawa

guru yang mengajar mereka di kelas selalu memberi bimbingan kepada mereka.

27

Page 28: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 5

“Guru saya berlaku adil di dalam kelas.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| |||| ||| 18 30%

Tidak Setuju |||| |||| |||| |||| |||| |||| |||| || 37 62%

Tidak Pasti | 1 2%

Setuju || 2 3%

Sangat Setuju || 2 3%

Jumlah 60 100%

Jadual 5: Data Soalan 5

30%

62%

2%3% 3%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 5

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

28

Page 29: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

30

35

40

Graf Bar Soal Selidik Soalan 5

Skala Likert

Bila

ngan

Mean = 18(1) + 37(2) + 1(3) + 2(4) + 2(5)

60

= 1.88

Mode = 2

Median = 2

29

Page 30: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Dengan berpandukan analisis yang telah dibuat, kajian telah menunjukkan

bahawa seramai 18 orang responden (30%) sangat tidak bersetuju dengan Soalan 5

telah kami tujukan kepada mereka iaitu ‘Guru saya berlaku adil di dalam kelas’.

Manakala, 37 orang (62%) lagi mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju. Seorang

responden (2%) telah menyatakan bahawa dia tidak pasti sama ada guru mereka

berlaku adil atau tidak di kelas. Selain itu, 2 orang responden (3%) telah bersetuju

dengan penyataan ini manakala 2 orang responden (3%) juga sangat bersetuju

bahawa guru mereka berlaku adil di dalam kelas.

30

Page 31: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 6

“Kemudahan seperti meja dan kerusi di meja di kelas saya mencukupi dan berada

dalam keadaan yang baik.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| |||| || 16 27%

Tidak Setuju |||| |||| |||| |||| |||| ||| 28 47%

Tidak Pasti || 2 3%

Setuju |||| |||| | 11 18%

Sangat Setuju ||| 3 5%

Jumlah 60 100%

Jadual 6: Data Soalan 6

31

Page 32: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

27%

47%

3%

18%

5%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 6

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

32

Page 33: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

30

Graf Bar Soal Selidik Soalan 6

Graf Bar Soal Selidik Soalan 6

Skala Likert

Bila

ngan

Mean = 16(1) + 28(2) + 2(3) + 11(4) + 3(5)

60

= 2.28

Mode = 2

Median = 2

33

Page 34: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Mengikut Soalan 6 seterusnya yang dikaji, iaitu ‘Kemudahan seperti meja dan

kerusi di meja di kelas saya mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik’. Seramai

16 orang responden (27%) sangat tidak bersetuju bahawa kemudahan seperti meja dan

kerusi di meja di kelas mereka mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

Selain itu, 28 orang (47%) responden tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala,

2 orang (3%) mengatakan bahawa mereka tidak pasti dengan keadaan kemudahan

yang berada di kelas mereka. Di samping itu juga, terdapat 11 orang responden (18%)

yang bersetuju mengatakan segala kemudahan meja dan kerusi di kelas mereka dalam

keadaan yang baik dan mencukupi, dan dalam masa yang sama, analisis juga telah

menunjukkan bahawa 3 orang (5%) responden sangat bersetuju bahawa kemudahan-

kemudahan tersebut masih elok dan mencukupi.

34

Page 35: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 7

“Guru saya akan menghukum saya dan rakan-rakan yang berbuat bising dan bermain

semasa belajar.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| |||| ||| 18 30%

Tidak Setuju |||| |||| |||| | 16 27%

Tidak Pasti |||| || 7 11%

Setuju |||| |||| 10 17%

Sangat Setuju |||| |||| 9 15%

Jumlah 60 100%

Jadual 7: Data Soalan 7

30%

27%

12%

17%

15%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 7

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

35

Page 36: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju02468

101214161820

Graf Bar Soal Selidik Soalan 7

Graf Bar Soal Selidik Soalan 7

Skala Likert

Bila

ngan

Mean = 18(1) + 16(2) + 7(3) + 10(4) + 9(5)

60

= 2.60

Mode = 1

Median = 2

36

Page 37: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 7 yang telah kami kemukakan kepada mereka ialah ‘Guru saya akan

menghukum saya dan rakan-rakan yang berbuat bising dan bermain semasa belajar’.

Daripada keputusan analisis serta kajian yang telah kami peroleh, 18 orang (30%)

daripada mereka mengatakan bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan

kenyataan tersebut. Manakala, 16 orang (27%) tidak setuju dengan kenyataan itu.

Selain daripada itu, terdapat juga responden yang mengatakan bahawa mereka tidak

pasti sama ada guru akan mengenakan tindakan hukuman sekiranya mereka berbuat

bising dan bermain semasa mengajar. Jumlah mereka yang dikenal pasti ialah seramai

7 orang (11%). Seramai 10 orang responden (17%) setuju dengan pernyataan bahawa

guru mereka mengenakan hukuman sekiranya mereka mengganggu P&P dengan

membuat bising di dalam kelas. Manakala, terdapat juga 9 orang responden (15%) dari

kalangan mereka yang sangat bersetuju dengan perkara yang telah kami kemukakan

ini.

37

Page 38: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 8

“Ibu bapa saya tidak mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| 10 17%

Tidak Setuju |||| |||| |||| 14 23%

Tidak Pasti |||| 5 8%

Setuju |||| |||| |||| |||| ||| 23 39%

Sangat Setuju |||| ||| 8 13%

Jumlah 60 100%

Jadual 8: Data Soalan 8

17%

23%

8%

38%

13%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 8

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

38

Page 39: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

Graf Bar Soal Selidik Soalan 8

Graf Bar Soal Selidik Soalan 8

Skala Likert

Bila

ngan

Mean = 10(1) + 14(2) + 5(3) + 23(4) + 8(5)

60

= 3.08

Mode = 4

Median = 3

39

Page 40: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Menurut graf yang telah dihasilkan daripada analisis yang telah dikaji, Soalan 8

yang telah kami dikemukakan ialah soalan yang memerlukan responden memberi

maklumat mengenai keprihatinan keluarga respnden terhadap pelajaran mereka iaitu

‘Ibu bapa saya selalu mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh’. 10 orang

(17%) daripada jumlah responden telah mengatakan bahawa mereka sangat tidak

bersetuju dengan pernyataan itu. Manakala, 14 orang (23%) lagi tidak bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Terdapat juga 5 orang (8%) responden yang mengatakan bahawa

mereka tidak pasti sama ada ibu bapa mereka mendorong mereka untuk belajar atau

tidak. Manakala, 23 orang (39%) setuju bahawa ibu bapa mereka tidak memberi

dorongan agar mereka belajar bersungguh-sungguh dan 8 orang (13%) daripada

mereka mengatakan bahawa mereka sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.

40

Page 41: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 9

“Ibu bapa saya tidak kisah sekiranya saya melakukan kesalahan di sekolah.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| | 6 10%

Tidak Setuju |||| |||| || 12 20%

Tidak Pasti |||| || 7 12%

Setuju |||| |||| |||| |||| |||| ||| 28 46%

Sangat Setuju |||| || 7 12%

Jumlah 60 100%

Jadual 9: Data Soalan 9

10%

20%

12%47%

12%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 9

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

41

Page 42: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

30

Graf Bar Soal Selidik Soalan 9

Graf Bar Soal Selidik Soalan 9

Skala Likert

Bila

ngan

Mean = 6(1) + 12(2) + 7(3) + 28(4) + 7(5)

60

= 3.30

Mode = 4

Median = 3

42

Page 43: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 9 telah kami kemukakan kepada responden-responden ialah ‘Ibu bapa

saya tidak kisah sekiranya saya melakukan kesalahan di sekolah’. Seramai 6 orang

responden (10%) telah mengatakan bahawa mereka sangat tidak bersetuju kerana ibu

bapa mereka sangat kisah sekiranya mereka melakukan kesalahan di sekolah.

Manakala, terdapat juga 12 orang responden ( 20%) tidak setuju dengan pernyataan ini.

Selain itu, 7 orang (12%) responden yang tidak pasti sama ada ibu bapa mereka kisah

atau tidak dengan kesalahan yang mereka lakukan disekolah. Keputusan analisis juga

telah membuktikan bahawa 28 orang (46%) dalam kalangan mereka bersetuju dengan

pernyataan tersebut manakala, 7 orang ( 12%) sangat bersetuju kerana ibu bapa

mereka tidak kisah sekiranya mereka melakukan kesalahan di sekolah.

43

Page 44: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 10

“Rakan saya selalu mengajak saya bermain di dalam kelas semasa guru mengajar.”

Skala Likert Tally Bilangan Peratus

Sangat Tidak Setuju |||| |||| |||| 14 23%

Tidak Setuju |||| |||| |||| |||| ||| 23 39%

Tidak Pasti ||| 3 5%

Setuju |||| |||| || 12 20%

Sangat Setuju |||| ||| 8 13%

Jumlah 60 100%

Jadual 9: Data Soalan 9

23%

38%

5%

20%

13%

Carta Pai Soal Selidik Soalan 10

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

44

Page 45: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Sanga

t Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

PastiSe

tuju

Sanga

t Setu

ju0

5

10

15

20

25

Graf Bar Soal Selidik Soalan 10

Graf Bar Soal Selidik Soalan 10

Axis Title

Axis Title

Mean = 14(1) + 23(2) + 3(3) + 12(4) + 8(5)

60

= 2.62

Mode = 2

Median = 2

45

Page 46: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Soalan 10 yang diutarakan kepada responden-responden iaitu ‘Rakan saya

selalu mengajak saya bermain di dalam kelas semasa guru mengajar’. Berdasarkan

carta pai yang telah dibuat terdapat 14 orang (23%) responden telah mengatakan

bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa rakan mereka yang

mengajak mereka bermain di kelas. Manakala, 23 orang (39%) responden mengatakan

bahawa mereka tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Selain itu, 3 orang (5%)

daripada mereka tidak pasti sama ada rakan mereka yang mendorong mereka untuk

bermain di dalam kelas atau tidak. Di samping itu, terdapat 12 orang (20%) responden

yang setuju dengan pernyataan ini. Manakala, 8 orang (13%) sangat bersetuju bahawa

rakan mereka yang sering mengajak mereka bermain di dalam kelas semasa guru

mengajar.

46

Page 47: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

CADANGAN

KAJIAN

CADANGAN KAJIAN

47

Page 48: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Berdasarkan kajian yang telah dibuat melalui responden, carta pai telah

menunjukkan bahawa 41% responden tidak bersetuju kerana mereka tidak seronok

dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Jumlah ini

merupakan jumlah yang paling banyak daripada jumlah yang lain. Manakala, jumlah

yang paling sedikit adalah sebanyak 7 % responden yang mengatakan bahawa mereka

sangat bersetuju kerana mereka seronok berada di dalam kelas semasa guru

mengajar. Keputusan yang diperolehi berbeza adalah disebabkan kemahiran guru

untuk menarik minat murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Secara

tuntasnya, apa yang dapat dinyatakan di sini ialah dengan berpandukan jumlah yang

paling banyak iaitu ramai pelajar yang tidak bersetuju dan tidak seronok dengan

pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, pihak sekolah

harus mengadakan banyak kursus dan bengkel khusus untuk meningkatkan kemahiran

guru-guru agar mereka bijak mengendalikan kelas yang menyeronokkan bagi murid

supaya murid-murid tidak akan melakukan masalah disiplin. Hal ini adalah kerana guru

yang dapat mengawal perhatian dan minat murid-murid pada masa yang sama dapat

mengawal keadaan kelas. Guru-guru juga seharusnya memotivasikan diri agar

mempunyai konsep kendiri untuk menilai kekurangan dan kelebihan P&P yang

dijalankan agar murid-murid tidak berasa bosan sehinggakan mereka melakukan

masalah disisplin seperti bising di dalam kelas.

Seperti yang kita sedia maklum, pemahaman pelajar terhadap isi pengajaran

yang disampaikan oleh guru merupakan aspek yang paling dititikberatkan oleh seorang

pelajar. 53% responden tida setuju bermakna mereka tidak memahami apa yang diajar

48

Page 49: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

oelh guru. Manakala, berdasarkan keputusan kajian yang telah dibuat, didapati hanya

8% responden sahaja yang sangat bersetuju dengan pernyataan yang telah kami

utarakan ini iaitu mereka sangat bersetuju dan mereka faham dengan apa yang diajar

oleh guru. Setelah kajian dibuat, ramai yang tidak dapat memehami apa yang diajar

oleh guru mungkin kerana cara pengajaran guru tersebut tidak berkesan. Oleh sebab

inilah bilangan yang tidak setuju lebih ramai daripada bilangan responden yang

mengatakan bahawa mereka bersetuju. Bagi mengatasi masalah ini, cara yang boleh

digunakan adalah sama dengan cadangan penyelesaian masalah Soalan 1 tadi. Punca

permasalahan disiplin ini berlaku berpunca daripada pengajaran yang disampaikan oleh

guru tidak dapat difahami. Apabila murid-murid tidak dapat memahami isi pengajaran,

murid-murid bertindak untuk melakukan maslah disiplin semasa pengajaran. Justeru,

gurulah yang perlu bertindak untuk membaiki kelemahan tersebut.

Sebanyak 35% tidak pasti sama ada mereka dapat mendengar dengan jelas

semasa guru mengajar di kelas. Jumlah ini adalah jumlah yang paling besar yang

melebihi jumlah-jumlah yang lain. Manakala, terdapat juga responden yang sangat

bersetuju bahawa mereka mendengar dengan jelas guru mengajar di kelas walaupun

jumlahnya agak sedikit iaitu hanya 11% sahaja. Responden yang tidak pasti tersebut

mungkin sebenarnya tidak memberi perhatian semasa guru mengajar berbanding

dengan responden yang sangat bersetuju dengan pernyataan soalan 3. Setelah dikaji,

cara yang dapat dilaksanakan ialah guru haruslah peka dengan murid-murid di dalam

kelas. Hal ini adalah kerana peranan guru sangat penting untuk mengawal murid agar

mereka memberi seluruh perhatian dengan pengajaran. Selain itu, suara guru

49

Page 50: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

hendaklah jelas dan lantang supaya murid-murid dapat menerima pengajaran dengan

mudah dan pasti mereka tidak akan menimbulkan masalah sengan melakukan masalah

disiplin semasa pengajaran.

Di samping itu, carta pai juga telah menunjukkan bahawa 28 orang responden

iaitu dengan 47% yang telah mengatakan mereka tidak bersetuju dengan penyataan

bahawa guru yang mengajar mereka di kelas selalu memberi bimbingan kepada

mereka dan rakan-rakan. Jumlah ini merangkumi jumlah yang paling besar dalam carta

pai bagi soalan yang keempat yang diajukan kepada responden. Kemungkinan besar,

responden tidak berpuas hati dengan sikap guru mereka yang tidak prihatin dengan

mereka dan tidak mewujudkan hubungan yang baik dengan murid-murid. Manakala,

terdapat 6 orang responden (10%) sangat bersetuju bahawa guru yang mengajar

mereka di kelas selalu memberi bimbingan kepada mereka. Responden jenis ini

kemungkinan berada dalam kelompok yang sememangnya rapat dengan guru mereka

dan selalu berkomunikasi dengan guru mereka. Responden kelompok ‘sangat tidak

setuju’ tadi wujud mungkin kerana mereka tidak dapat perhatian dan bimbingan

daripada guru mereka. Oleh itu, mereka bertindak untuk melakukan masalah disiplin

semasa pengajaran di kelas untuk mendapatkan perhatian daripada guru tersebut.

Namun, ramai guru yang membuat kesimpulan membabi buta dengan melabelkan

murid tersebut sebagai murid yang bermasalah tegar dan meminggirkan mereka.

Justeru, pihak sekolah haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan

silaturahim antara murid dengan guru agar murid-murid berani untuk berkongsi masalah

dan membina hubungan yang baik dengan guru. Antaranya ialah program mentor

50

Page 51: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

mentee iaitu guru sebagai mentor dan murid-murid sebagai mentee. Program ini bukan

sahaja memberi ruang untuk guru dan murid membina hubungan yang akrab malah

dapat mengurangkan masalah disiplin semasa pengajaran.

Secara holistiknya, jika kita lihat pada keputusan carta pai yang dikaji, soalan

yang diajukan kepada responden mengenai keadilan guru di kelas responden adalah

seramai 37 orang bersamaan dengan (62%) yang tidak setuju. Setelah di kaji daripada

pelbagai sudut, masalah yang dapat diketengahkan ialah bagaimana layanan guru

memberi kesan kepada berlakunya masalah disiplin yang berlaku semasa pengajaran?

Apabila dikaji, majoriti responden berpendapat bahawa guru mereka berlaku tidak adil

di dalam kelas menyebabkan mereka melakukan masalah disiplin kerana tidak berpuas

hati dengan layanan guru tersebut. Permasalahan ini sebenarnya berpunca daripada

sikap guru itu sendiri. Justeru, setiap guru haruslah bersikap adil agar murid-murid tidak

memberontak dan menimbulkan masalah disiplin semasa pengajaran.

Menurut kajian yang telah dilakukan, 28 orang responden (47%) telah

mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju kerana kemudahan seperti meja dan

kerusi di kelas mereka tidak mencukupi dan tidak berada dalam keadaan yang baik. Hal

ini bersesuaian dengan jumlah responden yang sangat bersetuju iaitu 3 orang

responden (5%) sahaja. Perbezaan ketara ini jelas menunjukkan bahawa ramai murid

yang mengeluh dengan keadaan kemudahan di kelas yang tidak mencukupi dan tidak

elok dan disebabkan hal tersebut mereka melakukan masalah disiplin semasa

51

Page 52: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

pengajaran kerana tidak selesa berada di kelas. Cadangannya, pihak sekolah perlu

peka dengan kemudahan-kemudah di kelas seperti meja dan kerusi agar murid-murid

berasa selesa untuk belajar di kelas dan tidak semangat untuk belajar.

Seterusnya ialah soalan yang berkaitan dengan skala keputusan responden

‘sangat tidak setuju’ iaitu 18 orang (30%) mengenai tindakan guru yang akan

menghukum murid-murid yang berbuat bising dan bermain semasa belajar.

Kemungkinan murid-murid tidak dikenakan hukuman oleh guru mereka sekiranya

mereka bermain dan berbuat bising. Oleh itu, murid-murid tidak takut untuk melakukan

masalah disiplin kerana mereka tidak diberi pengajaran oleh guru-guru mereka.

Berikutan dengan masalah ini, cara untuk mengatasinya ialah dengan tindakan

mengenakan hukuman oleh guru-guru yang melihat perlakuan kesalahan disiplin

semasa pengajaran. Selain itu, pihak sekolah perlu menegaskan kepada murid-murid

mengenai undang-undang larangan berbuat masalah disiplin. Selain itu, pihak pentadbir

seperti guru besar juga boleh melakukan rondaan semasa sesi pengajaran. Hal ini

adalah kerana cara ini berkesan untuk mengelakkan murid-murid menimbulkan

masalah disiplin semasa pengajaran kerana takut dan segan dengan guru besar.

Faktor ibu bapa juga merupakan sebab murid-murid melakukan masalah disiplin.

Hal ini dibuktikan dengan hasil soal selidik responden yang menyatakan seramai 23

orang (23%) responden setuju bahawa ibu bapa mereka tidak mendorong mereka

untuk belajar bersungguh-sungguh. Daripada hasil dapatan ini kita dapat simpulkan

52

Page 53: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

bahawa ibu bapa mereka tidak peka dan tidak ambil kisah dengan pelajaran anak-anak

mereka menyebabkan murid-murid tidak serius dengan pelajaran mereka. Murid-murid

akhirnya tidak mengambil berat dengan pelajaran lalu melakukan masalah disiplin

semasa pengajaran. Langakah penyelesaiannya ialah pihak sekolah haruslah

bekerjasama dengan ibu bapa bagi meningkatkan kesedaran murid-murid tentang

kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Melalui PIBG, guru-guru dan ibu bapa dapat

bertukar fikiran bagi mengurangkan masalah disiplin murid-murid semasa pengajaran di

kelas. Selain itu, Hari Permuafakatan merupakan platform terbaik untuk guru-guru dan

ibu bapa membuat penilaian dan menyelesaikan permasalahan murid bersama-sama.

Soalan ke 9 juga berkenaan dengan ibu bapa mengenai keprihatinan ibu bapa

terhadap anak-anak mereka. Menurut carta pai, sebanyak 46% responden yang setuju

bahawa ibu bapa mereka tidak kisah sekiranya mereka melakukan kesalahan di

sekolah. Jumlah ini merupakan kesinambungan daripada peratusan responden yang

menyatakan ibu bapa mereka kisah sekiranya saya melakukan kesalahan di sekolah,

sebanyak 10% sahaja. Kita dapat nilai di sini ibu bapa tidak ambil kisah dengan

kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka menyebabkan murid-murid berani

untuk melakukan masalah disiplin dan mengulanginya. Justeru, guru-guru haruslah

memberi keaunseling kepada murid-murid yang bermasalah disiplin semasa

pengajaran dan disarankan untuk memanggil ibu bapa agar mereka bolah mencapai

penyelesaaian masalah tersebut.

53

Page 54: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

Rakan-rakan juga menjadi faktor berlakunya masalah disiplin semasa

pengajaran. Menurut carta pai, jumlah peratusan tertinggi iaitu 39% responden tidak

setuju dengan pendapat tersebut. Oleh itu, rakan-rakan tidak memberi pengaruh yang

cukup kuat untuk murid-murid melakukan kesalahan dan masalah disiplin semasa

pengajaran.

54

Page 55: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya

masalah disiplin dalam bilik darjah ini. Lantaran itu, langkah-langkah berkesan haruslah

dikaji dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini. Penting untuk seorang guru

itu mangawal disiplin pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang

sesuai agar dapat membentuk sahsiah pelajar yang berahklak dan berpekerti mulia.

55

Page 56: Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

56