KAJIAN CORAK PERBELANJAAN-PROPOSAL

31
Penghargaan Sukacitanya kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak- pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang kami membuat kajian ini. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak kolej yang telah membenarkan kami melakukan kajian ini dalam kalangan pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching. Seterusnya ucapan terima kasih kami tujukan kepada penyelia kami iaitu Cik Lydia M. Pilik yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kami melakukan kajian ini sehingga berjaya. Kami juga berharap semua ilmu yang kami peroleh semasa penempatan ini dapat membantu kami dalam tugas kami nanti sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Awam yang terlatih di masa hadapan. Di kesempatan ini juga kami mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat mahupun secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami melakukan kajian ini. Akhir sekali, kami berharap kajian yang telah kami lakukan ini dapat memberi manfaat kepada pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching dalam pengurusan berhemah elaun mereka 1

description

this proposal was fully done by Marcel and Ferra. we're both taking diploma study under KKM with full study sponsorship. this research is part of what we need to fulfill before we left college. The research is about the expenditure patterns of students in our college.

Transcript of KAJIAN CORAK PERBELANJAAN-PROPOSAL

Penghargaan

Sukacitanya kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak- pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang kami membuat kajian ini.Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak kolej yang telah membenarkan kami melakukan kajian ini dalam kalangan pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching.

Seterusnya ucapan terima kasih kami tujukan kepada penyelia kami iaitu Cik Lydia M. Pilik yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kami melakukan kajian ini sehingga berjaya.

Kami juga berharap semua ilmu yang kami peroleh semasa penempatan ini dapat membantu kami dalam tugas kami nanti sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Awam yang terlatih di masa hadapan.

Di kesempatan ini juga kami mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat mahupun secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami melakukan kajian ini.

Akhir sekali, kami berharap kajian yang telah kami lakukan ini dapat memberi manfaat kepada pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching dalam pengurusan berhemah elaun mereka sepanjang mereka menuntut di kolej. Dengan adanya kajian ini dilakukan kami berharap pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching dapat mengamalkan pengurusan perbelanjaan yang berhemah dalam kehidupan mereka pada hari ini mahupun masa hadapan.

SENARAI ISI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURAT

Penghargaan1

Senarai Kandungan2

Bab 1:Pengenalan

1.1Latarbelakang3

1.2Kenyataan Masalah3-4

1.3Kajian Kepustakaan4-13

Bab 2:Objektif

2.1Objektif Umum14

2.2Objektif Khusus14

Bab 3:Metadologi15

3.1Jenis Kajian15

3.2Sampel16

3.3Pelan Pungutan Data16

3.4Pelan Pemprosesan data dan analisis16

3.5Pra uji16

Bab 4:Pengurusan Kajian

4.1Pelan Kerja

4.1.1 Senarai jadual tugasan17

4.1.2 Carta Gannt18

Bab 5:Perbelanjaan19

Bab 6:Apeks

6.1Senarai rujukan20-21

BAB 1

PENGENALAN

1.1 LatarbelakangKajian ini dijalankan di Kolej Kesihatan Awam Kuching Batu 7 Jalan Penrissen, Kota Sentosa, 93250 Kuching, Sarawak. Pengarah Kolej Kesihatan Awam Kuching ini ialah Encik Niponi Anak Undek. Terdapat 2 program yang ditawarkan di Kolej Kesihatan Awam Kuching ini iaitu program Diploma Kesihatan Persekitaran (DKP) dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam.. Terdapat 3 kelas program DKP iaitu DKP 15, DKP 16 dan DKP 17 manakala 2 kelas program SPKA iaitu SPKA 10 dan SPKA 11 pada tahun 2013. DKP 15 mempunyai pelatih sebanyak 44 orang, DKP 16 sebanyak 103 orang pelatih dan DKP 17 sebanyak 163 orang pelatih manakala SPKA 10 sebanyak 56 orang pelatih dan SPKA 11 sebanyak 63 orang pelatih.Kajian ini dpilih untuk mengkaji corak perbelanjaan elaun dalam kalangan pelatih DiplomaKesihatan Persekitaran (DKP) dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam (SPKA) pada setiap bulan. Pada setiap bulan setiap pelatih menerima elauan seperti yang telah dinyatakan di dalam borang perjanjian iaitu sebanyak RM 835 bagi pelatih DKP manakala RM 755.15 bagi pelatih SPKA pada setiap bulan. Dengan adanya kajian dilakukan dapat menunjukan cara sebenar perbelanjaan elaun pelatih. Melalui kajian ini juga dapat dilihat samada pelatih Diploma Kesihatan Persekitaran dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam membelanjakan duit secara berhemah ataupun tidak.

1.2 Kenyataan MasalahWang amat penting dalam membantu kita dalam urusan harian kita. Wang dapat membantu dalam memenuhi keperluan asas kita dan memenuhi keinginan kita. Wang amat perlu dalam mencapai matlamat dalam hidup. Contohnya, pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara amat memerlukan sejumlah wang yang banyak bagi meneruskan pengajian serta keperluan sepanjang pengajiannya. Selain itu, wang juga dapat digunakan untuk membantu keluarga dalam perbelanjaan harian.Namun begitu, pengurusan wang yang tidak berhemah menyebabkan sesetengah individu mengalami masalah kesempitan wang. Hal inilah yang dialami oleh pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching. Walaupun mereka diberi elaun dengan jumlah RM835 sebulan bagi pelatih Diploma Kesihatan persekitan manakala RM755.15 sebulan bagi pelatih Sijil Pembantu Kesihatan Awam namun, masih kita dengar rungutan dan keluhan dalam kalangan pelatih setiap kali mereka menerima elaun. Ramai pelatih sering mengadu tidak cukup duit apabila tiba masanya untuk membayar makan di kafeteria, yuran kelab dan lain-lain. Masalah ini menyebabkan sebilangan pelatih terpaksa berhutang dan ada juga yang terpaksa meminjam dari sumber lain.Masalahnya di sini, bagaimanakah para pelatih membelanjakan elaun mereka pada setiap bulan. Adakah mereka membelanjakan untuk keperluan persendirian atau sebaliknya? Contoh keperluan persendirian termasuklah pembelian makan dan minum, pakaian, perapian diri, alat-alat kosmetik, hiburan, pengangkutan, peralatan sukan, telekomunikasi, tabungan dan saraan keluarga. Adakah pelatih membelanjakan elaun dari segi akademik? Contoh perbelanjaan akademik yang dimaksudkan termasuklah perbelanjaan buku rujukan, perbelanjaan alat tulis dan perbelanjaan fotostat nota. Selain itu, adakah pelatih membelanjakan elaun mereka untuk bayaran wajib seperti bayaran makan dan minum di kafe kolej? Juga adakah mereka menggunakan elaun mereka untuk membayar yuran wajib seperti yuran kelab? Adakah mereka menggunakan elaun mereka sendiri sepanjang menuntut di kolej ini? Atau adakah mereka mendapatkan wang perbelanjaan daripada sumber lain seperti keluarga, pasangan atau lain-lain sumber?Kesimpulannya, dengan adanya kajian ini dijalankan dapat mengkaji corak perbelanjaan elaun dalam kalangan pelatih DKP dan SPKA di Kolej Kesihatan Awam Kuching pada setiap bulan. Kajian ini juga dapat menunjukkan keutamaan pelatih semasa membelanjakan elauan mereka. Melalui kajian ini juga dapat menunjukkan kumpulan pelatih yang mana lebih banyak membelanjakan elaun mereka dan adakah mereka membuat tabungan pada setiap bulan untuk masa hadapan mereka.

1.3 Kajian Kepustakaan

1.3.1Pengenalan Corak PerbelanjaanCorak perbelanjaan merupakan bentuk dan kepelbagaian cara untuk menggunakan peruntukan wang untuk suatu tempoh waktu. Setiap individu mempunyai corak perbelanjaan yang berlainan antara satu dengan yang lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, corak bermaksud rupa, bentuk, sifat, keadaan, ciri- ciri dan sebagainya manakala perbelanjaan bermaksud perihal berbelanja. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan corak perbelanjaan seseorang indivudu sebagai bentuk berbelanja atau bentuk peruntukan wang seseorang untuk sesuatu jangka waktu sama ada perbelanjaan tersebut digunakan untuk memenuhi keperluan atau mendapatkan kehendak bagi sesuatu barang, perkhidmatan atau kemudahan.

Untuk kajian yang akan dijalankan, corak perbelanjaan yang dikaji adalah corak perbelanjaan wang elaun dalam kalangan pelatih DKP dan pelatih SPKA kerana setiap pelatih DKP dan pelatih SPKA masing- masing menerima sejumlah wang elaun yang sama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut Bahagian Pengurusan Latihan ILKKM (2012) bagi pelatih yang mengikuti Latihan Bertaraf Diploma, biasiswa yang diterima ialah sebanyak RM835 dan pelatih yang mengikuti Latihan Bertaraf Sijil menerima biasiswa RM755.15. Selain daripada biasiswa bulanan, para pelatih juga menerima elaun buku tahunan, elaun jahitan pakaian seragam dan lain- lain elaun.

1.3.2Faktor- faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pelatihKepelbagaian corak pernbelanjaan adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah faktor latar belakang seseorang pelatih. Latar belakang pelatih yang kita nyatakan di sini boleh disimpulkan kepada latar belakang keluarga dari segi ekonomi dan belanjawan keluarga. Menurut Utusan Malaysia, (6 Mac 2008) Mengikut laporan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun lalu, pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia meningkat kepada RM3,686 sebulan pada tahun 2007 berbanding RM3,249 sebulan pada tahun 2004. Pendapatan isi rumah di kawasan bandar naik kepada RM4,356 sebulan pada tahun 2007 berbanding RM3,956 sebulan pada tahun 2004, manakala pendapatan isi rumah di luar bandar bertambah kepada RM2,283 sebulan berbanding RM1,875 sebulan. Ini telah membuktikan bahawa sekiranya dalam kelaurga pelatih, kedua- dua ibu bapa berpendapatan tinggi, ia lebih memudahkan mereka untuk mengagihkan wang saku kepada anak- anak walaupun mereka tahu anak mereka yang menjadi pelatih menerima biasiswa bulanan daripada KKM sepanjang tempoh menuntut di ILKKM. Saiz Keluarga pelatih juga turut memainkan peranan kerana saiz keluarga pelatih yang kecil dan tidak mempunyai adik- beradik ramai membuatkan kecenderungan seorang pelatih untuk meminta bajet atau wang saku lebih daripada ibu bapa mereka.Jadi corak perbelanjaan telah dipengaruhi kerana ada dalam kalangan pelatih KKAK yang lari dari landasan pengurusan wang elaun mereka dengan baik menyebabkan mereka mencari alternatif untuk meminta bantuan daripada ibu bapa.Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi corak perbelanjaan dalam kalangan pelatih adalah faktor demografi seperti jantina. Menurut Wang dan Xiao (2009), jantina turut mempengaruhi jenis perbelanjaan yang pelajar buat menggunakan wang yang mereka ada.Wanita lebih cenderung untuk membelanjakan lebih banyak wang pada pakaian, manakala lelaki pula lebih membelanjakan wang pada hiburan dan makan di luar.Ini merupakan tarikan sosiologikal kerana wanita mengalami tekanan untuk kelihatan menarik dan berbelanja untuk duit. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Nor Aini Haji Idris, Norlida Hanim Mohd Salleh dan Mohd Ali Mohd Noor (Universiti Kebangsaan Malaysia- 2009) Wanita dikatakan golongan yang lebih mementingkan penjagaan kesihatan berbanding kaum lelaki. Ini dibuktikan melalui penglibatan yang rendah kaum lelaki apabila diadakan ceramah mengenai kesihatan dan kekerapan mereka melakukan pemeriksaan kesihatan. Hal ini dapat dibuktikan kerana kaum wanita didapati lebih kerap membeli produk- produk kesihatan untuk menjaga kebersihan diri mereka berbanding dengan lelaki yang ala kadar sahaja.Menurut kajian yang dijalankan oleh Chen dan Volpe (2002) dalam menentukan pengetahuanumum kewangan peribadi, simpanan dan pinjaman, insurans dan pelaburan dengan 924 jawapan yang boleh digunakan, keputusan mereka menyokong penemuan sebelum ini bahawa terdapat perbezaan gender dalam celik kewangan.Pengaruh rakan sebaya turut menjadi faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan.Misalnya, terdapat pelatih yang didapati mula belajar merokok selepas terpengaruh dengan rakan pelatih yang memang merokok sebelumnya.Tidak mengira lelaki atau perempuan, masih terdapat pelatih yang membeli rokok dan merokok hanya di luar tetapi ini sebenarnya turut menjejaskan perbelanjaan mereka lebih- lebih lagi bagi mereka yang memang merokok atau yang baru merokok sudah ketagih dengan tabiat tersebut.Selain itu, pengaruh rakan sebaya bukan sahaja tertumpu kepada tabiat merokok. Pada era modenisasi ini, gajet dan telefon pintar menjadi kegilaan semua orang dan telah menjadi budaya dan trend semua pelatih untuk memakai telefon pintar yang paling canggih walaupun pada hakikatnya mereka belum lagi bergelar seorang penjawat awam dan belum mempunyai pendapatan yang menjaminkan kehidupan. Disebabkan ingin memenuhi kehendak, ada sesetengah pelatih sanggup membelanjakan wang elaun untuk membeli telefon pintar dan gajet lain seperti pemain video PSP dan sebagainya.Menurut wartawan Utusan Malaysia, Muhamad Amirul Afiq Mastor, Rosalinda Md. Said dan Norazrin Marzuki (12 Feb 2012), Ketagihan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar dikatakan semakin meningkat. Golongan ini sanggup berbelanja besar bagi tujuan berkenaan.Telefon pintar kini menjadi pilihan utama berbanding telefon bimbit biasa kepada mereka yang mahukan teknologi terkini dalam memenuhi cita rasa, gaya dan kemudahan yang diberikan.Statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati pada tahun 2010 sebanyak 4.7 juta telefon pintar digunakan di negara ini.Sudah pasti kini penggunaannya semakin meningkat dengan adanya model terbaru dan canggih dikeluarkan setiap bulan oleh syarikat pengeluar telefon bimbit.Model seperti Samsung, BlackBerry, HTC, Iphone dan Sony seakan mendominasi pasaran telefon bimbit negara dengan pelbagai ciri-ciri canggih yang ditampilkan bagi membezakan mereka dari jenama lain.Keinginan untuk bersaing memiliki sesuatu produk telah menyebabkan corak perbelanjaan pelatih meningkat dan terkeluar dari batasan bajet.Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menjelaskan Pengaruh jenama memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan perbelanjaan harian pengguna.Dalam hal ini, golongan remaja dikatakan mudah terpengaruh dengan penggunaan sesuatu jenama. Apabila sesuatu jenama terkenal berada di pasaran, para remaja akan berusaha membelinya dan apabila ia menjadi ikutan ramai, maka terbentuklah budaya mengagung-agungkan sesuatu jenama itu. Ramai remaja ingin memiliki seluar jeans, kemeja, t-shirt, jam tangan dan kasut berjenama. Antara jenama yang sering menjadi tumpuan remaja termasuklah Calvin Klein, Donna Karan New York (DKNY), Giorgio Armani, Guess dan sebagainya.Remaja dikatakan sanggup membelanjakan wang untuk mendapatkan sesuatu jenama yang mereka inginkan tanpa memikirkan kesannya.Pemberian wang berlebihan kepada remaja secara tidak langsung mendidik para remaja ke arah gejala perbelanjaan yang tidak sihat. Ini akan memberi kesan yang buruk terhadap corak perbelanjaan remaja di mana mereka akan mengamalkan sikap boros dan tidak berjimat cermat. 1.3.3Corak perbelanjaan mahasiswa universiti yang mendapat biasiswa dan sumber pinjaman lain.Walaupun bidang pendidikan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada kemakmuran dan kemajuan negara, semua pihak perlu sedar bahawa pendidikan khususnya pendidikan tinggi bukanlah percuma. Ia tidak lagi dapat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk memastikan semua golongan mendapatkan pendidikan yang seimbang, maka kerajaan dan badan bukan kerajaan ada menawarkan skim pinjaman pelajaran dan juga biasiswa bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya PTPTN, KPM, JPA, dan MARA. Namun begitu, menurut Siti Alida et.al (2007), pembiayaan kerajaan kepada para pelajar peringkat tinggi telah mengalami perubahan yang ketara semenjak sepuluh tahun yang lau, dimana bantuan kerajaan dalam bentuk biasiswa semakin berkurangan dan digantikan dengan program pinjaman pelajar. Pinjaman dan biasiswa ini adalah untuk menampung yuran pengajian, penginapan dan perbelanjaan harian pelajar di universiti.Namun begitu, pinjaman dan biasiswa yang diberikan kepada pelajar adalah terhad. Lebih-lebih lagi, dewasa ini kita dibebankan dengan kenaikan harga barangbarang keperluan yang mendadak. Ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kedudukan kewangan pelajar. Seperti yang telah dinyatakan awal tadi, kos perbelanjaan pendidikan tinggi hari ini semakin meningkat dan tidak lagi dapat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Selain dari perlu mengeluarkan wang untuk tujuan pembelajaran seperti membeli bahan ilmiah, alat tulis dan sebagainya, pelajar juga terkesan dengan kenaikan mendadak harga barang-barang keperluan seperti makanan dan lain-lain lagi dewasa ini. Ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada corak perbelajaan pelajar universiti.

1.3.4Pengurusan dan Perancangan Kewangan PelajarMenurut Ahmad Raflis Che Omar, Bany Ariffin dan Mohamad Abdul Hamid (2000) Semua manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa. Kerana itu kita dapat melihat di sekeliling kita ada sesetengah pihak yang terperangkap dengan hutang kad kredit dan hutang- hutang lain yang tertimbun. Sumber yang diperolehi daripada Generasi Pengguna Edisi Khas (Oktober 2011), menyatakan perancangan kewangan adalah tentang mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara- perkara yang ingin dilakukan seperti berkahwin, membeli asset- kereta, rumah, merancang melanjutkan pelajaran serta pelan persaraan. Melalui perancangan kewangan, anda dapat mengenal pasti cara- cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu.

Setiap individu memang ingin menjadi seorang pembeli yang bijak, tetapi hanya segelintir sahaja yang berjaya mencapai matlamat tersebut. Ini disebabkan kebanyakan item yang dibeli tidak menggambarkan keperluan hidup harian individu tersebut. Masalah yang timbul sebenarnya berpunca daripada kekeliruan dalarn pengenalpastian antara barang-barang yang diperlukan dan barang-barang yang diingini. Masalah akan menjadi ringan dan kita berupaya menjimatkan amaun wang yang banyak sekiranya berjaya rnembezakan keinginan daripada keperluan. Ini rnenunjukkan keperluan adalah senang untuk dikenalpasti. Keperluan adalah item-item yang diperlukan untuk kehidupan keluarga seperti perlindungan, makanan, pakaian, dan pengangkutan (Amy Dacyczyn, 2001).

Perrnasalahan ini turut dihadapi oleh golongan pelajar. Setiap pelajar memang sedar bahawa rnereka seharusnya bijak dalarn rnernbuat perancangan perbelanjaan dan pengurusan kewangan mereka. Namun begitu, masalah selalunya timbul kerana para pelajar tidak: mampu mengawal tabiat berbelanja secara rasional dan kurang arif dalam rnengenalpasti antara barang keperluan dan barang kehendak rnereka. Ini rnengakibatkan berlakunya pembaziran dalam setiap perbelanjaan bulanan mereka. Keadaan ini seterusnya membawa kepada permasalahan atau krisis belanjawan diri pelajar dan menyebabkan pelajar tersebut mengalami kemerosotan atau masalah kewangan. Masalah ini lebih meruncing dengan fenomena pendapatan biasanya tetap tetapi aliran keluaran makin bertambah dari hari ke sehari. Dengan kata lain, keperluan diri seseorang pelajar sentiasa rneningkat dan tiada hadnya. Sebaliknya pendapatan atau elaun yang diterima tidak selalunya meningkat. Namun, kehidupan yang selesa masih boleh dinikmati sekiranya setiap pelajar itu bijak berbelanja melalui pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang terancang.

Kebiasaannya, ramai yang berasa diri mereka memerlukan pengurusan dan perancangan kewangan, namun, kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai pengurusan dan perancangan kewangan menyebabkan kepentingannya diabaikan. Perkembangan ekonomi, perubahan struktur cukai, dan perubahan yang berlaku dalam rangka kerja sosial telah meningkatkan keperluan pengurusan dan perancangankewangan (Hallman dan Rosenbloom, 1993).

Kesedaran mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan harus dipupuk agar setiap individual pelajar dapat merancang dan mengurus sumber pendapatan mereka dengan sebaik-baiknya dan memperoJehi keuntungan dari aspek kewangan, ekonomi, dan social. Pendapat ini disokong oJeh penulis buku Financial Success for College Students: Climbing the Steps From Financial Dependence To Independence, FloraWilliams. Beliau mendapat ilham menulis buku ini daripada pemerhatian beliauterhadap kekurangan pengetahuan pengurusan kewangan di kalangan penuntut kolej dan keputusan yang dibuat oleh mereka dalam isu- isu kewangan adalah sangat lemah dan boleh mengancam masa depan mereka. Kenyataan ini boleh dikaitkan dengan keadaan para pelatih di KKAK yang tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan mereka. Pemberian biasiswa atau elaun daripada KKM bukan sahaja untuk meringankan tanggungan pengajian malah boleh dianggap sebagai latihan untuk para pelatih untuk menguruskan wang mereka lebih- lebih lagi sebelum memasuki alam pekerjaan.

Namun begitu menurut beliau, para pelajar sekarang semakin matang dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu-isu kewangan dan mereka juga ingin mengawal kehidupan seharian mereka melalui pengawalan kewangan mereka. Di samping itu, pelajar yang berada dalam lingkungan 20 dan 30 tahun, keadaan dan gaya kehidupan mereka adalah berbeza daripada pelajar-pelajar lain menurut Teppermen dan Dickinson (Reading Sociology: Canadian Perspectives - Arnaud Sales, Rejean Drolet, dan Isabelle Bonneau, 2001). Tambahan lagi, populasi pelajar masa kini terdiri daripada golongan yang berusia daripada peringkat umur ini. Satu pemerhatian di Kanada rnendapati peningkatan di dalam pendaftaran pelajar sepenuh masa yang terdiri daripada mereka yang berusia 25 tahun ke atas dan kumpulan ini mewakili 25% daripada populasi pelajar di Kanada.

Di Kolej Kesihatan Awam Kuching terdapat pelatih yang merupakan pelatih yang berdaftar di bawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dimana mereka ini adalah golongan yang sudah bekerja tetapi berpeluang menyambung pengajian di ILKKM. Kebanyakkan daripada mereka yang merupakan pelatih KPSL ialah merka yang sudah berkeluarga dan menerima gaji penuh. Meskipun begitu, mereka tetap perlu mengawal kewangan mereka kerana pendapatan bulanan mereka dibahagikan dengan keperluan diantara perbelanjaan keluarga dan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian di ILKKM.

Dalam buku Generasi Pengguna Edisi Khas (Oktober 2011) terdapat beberapa cara yang boleh untuk membantu para pelatih dalam mengurangkan perbelanjaan atau berbelanja secara berhemat agar corak perbelanjaan tidak lari daripada apa yang telah dibajetkan. Berikut adalah cara- caranya:

1. Membandingkan HargaMembandingkan harga barangan yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama

2. Beralih kepada barang generic atau jenama pasar rayaAnda boleh berjimat antara 15%- 40% jika menggunakan barang generic atau jenama pasar raya besar seperti GIANT. Biasanya kualiti barang generic dan barang berjenama tidak banyak perbezaannya.

3. Merancang pembelianSebelum membeli belah, sediakan senarai barangan yang perlu dibeli dan patuhi senarai tersebut.

4. Berhati- hati dengan gimik iklanJangan mudah terpengaruh dengan gimik iklan dan janji- janji manis penjual. Anda perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada anda memerlukan barang tersebut dan bukannya dipengaruhi oleh iklannya yang menarik.

5. Menyemak resitIni memastikan bahawa anda mengetahui apa yang dibelanjakan dibandingkan dengan bajet yang telah disediakan sebelum itu. Anda akan lebih berhati- hati semasa berbelanja. Anda juga boleh menyemak semula barang yang dibeli dengan resit untuk memastikan tiada kesilapan yang dibuat di kaunter pembayaran.

1.3.5 Kepentingan Perbelanjaan Berhemat

Sumber dari laman web 1Pengguna menerangkan objektif perbelanjaan berhemat adalah supaya pengguna mampu Menerangkan perbezaan antara barang keperluan dan kehendak, serta barang penggenap dan barang pengganti barang, menghuraikan konsep "beli apabila perlu", membuat pilihan berasaskan keutamaan semasa berbelanja dan belanja secara sederhana. Turut dijelaskan perbezaan antara barang keperluan dan barang kehendak. Barang keperluan merujuk kepada barangan yang perlu digunakan untuk kelangsungan hidup seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Manakala barang kehendak ialah barang yang menjadi pelengkap dalam kehidupan seperti televisyen, pakaian berjenama, kereta mewah, bangle. Laman web 1Pengguna juga membincangkan perbezaan antara barang penggenap dan barang pengganti. Barang penggenap ialah barang yang digunakan bersama- sama seperti teh dengan gula, kereta dengan tayar. Manakala barang pengganti ialah barang yang boleh saling menggantkan fungsi, seperti kopi boleh menggantikan teh dan roti boleh menggantikan nasi.Menurut FOMCA (19 Julai 2011), Kita bebas membuat pilihan dan keputusan mengenai kewangan agar tidak terikat dengan bebanan hutang, kuasa beli, liabiliti jangka panjang dan psikologi krisis kewangan. Sedarkah kita bahawa, walaupun kita mempunyai kebebasan dalam kewangan, namun kita juga memerlukan perancangan kewangan yang betul. Perancangan kewangan adalah mengenai mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti berkahwin, membeli asset seperti kereta atau rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak kita. Melalui perancangan kewangan, kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Selain itu juga, ia adalah panduan untuk membantu anda mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan.Turut dijelaskan oleh Sandy Donovan dalam buku Budgeting Smarts:How to Set Goals, Save Money, Spend Wisely, and More, sesetengah remaja perlu bekerja untuk mendapatkan wang sementara ada juga yang mendapat elaun yang besar daripada ibubapa mereka. Perbelanjaan berhemat dapat membantu anda untuk mencapai matlamat.Perbelanjaan secara berhemat juga dapat memastikan setiap wang elaun yang diperolehi oleh pelatih tidak dibelanjakan kesemuanya malah terdapat wang lebihan yang boleh dimasukkan ke dalam akaun simpanan bank. Risalah 3K- Kempen Konsumer Kebangsaan yang dijalankan dibawah FOMCA (2009) ada mengatakan simpanan itu adalah sangat penting. Simpanan kewangan boleh diibaratkan sebagai suatu transaksi perniagaan. Anda menukar ganti peluang anda untuk berbelanja sekarang dengan perbelanjaan yang bakal anda hadapi. Maka tujuan utama menabung adalah untuk menampung perbelanjaan mungkin anda hadapi. bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan.Berbelanja dengan berhemat dapat membantu kita menabung dengan lebih efektif. Sekiranya, jumlah pendapatan bulanan anda tidak menentu, anda boleh menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda dari memyimpan suatu jumlah yang ditetapkan.

BAB 2

OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM:

Mengkaji corak perbelanjaan elaun dalam kalangan pelatih Diploma Kesihatan Persekitaran dan pelatih Sijil Pembantu Kesihatan Awam di Kolej Kesihatan Awam Kuching.

OBJEKTIF SPESIFIK:

1. Mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan dalam kalangan para pelatih.

2. Mengenalpasti bagaimana cara para pelatih membelanjakan wang elaun.

3. Membandingkan perbezaan corak perbelanjaan di antara Pelatih DKP dan Pelatih SPKA di KKAK.

4. Menentukan dan mencadangkan langkah- langkah perbelanjaan berhemah dalam kalangan pelatih.

BAB 3

METADOLOGI3.1 Jenis kajian

3.1.1 Borang kaji selidik Borang kaji selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat terhadap respondan yang terdiri daripada pelatih DKP 15 dan SPKA Kolej Kesihatan Awam Kuching. Borang kaji selidik ini akan diedarkan kepada respondan dari setiap kelas. Setiap kelas hanya memerlukan 20 respondan.

3.2.1 Perbincangan Berbincang dengan penyelia kumpulan kajian iaitu Cik Lydia M. Pilik mengenai corak perbelanjaan elaun pelatih DKP dan SPKA.

3.3.1 Pemerhatian Dalam pemerhatian yang dijalankan menunjukkan pelatih DKP dan SPKA mempunyai corak perbelanjaan yang pelbagai.

3.2 Sampel Bagi sampel kajian ini kami menggunakan respondan yang terdiri daripada pelatih DKP dan SPKA. Setiap kelas hanya memerlukan 20 orang respondan. Berikut merupakan senarai kelas yang terlibat dalam kajian ini:Bil.KelasJumlah pelatih

1.Pelatih DKP 1544 orang

2.Pelatih DKP 16103 orang

3.Pelatih DKP 17163 orang

4.Pelatih SPKA 1056 orang

5.Pelatih SPKA 1163 orang

3.3 Pelan pungutan data Pelan pungutan data penting untuk mengumpul data yang sempurna. Data-data borang kaji selidik yang telah diedarkan di kumpul untuk diproses dan dianalisis untuk melihat hasil kajian.

3.4 Pelan pemprosesan data dan analisis Data-data yang diterima akan dikumpul dan disimpan di tempat yang selamat. Kemudian, data-data ini akan dianalisis.Analisis data perlu bagi memastikan semua maklumat yang diperlukan disimpan dan dikumpul dengan teratur. Analisis dilakukan agar hasil kajian dapat dibuat dengan mudah dan lebih teratur. Aspek penting dalam melakukan analisis ini ialah: Urutan data Komputer Masa yang diperlukan dalam menganalisis data yang telah terkumpul dan menghasilkan hasil kajian yang lengkap.

3.5 Pra uji Kaedah pra uji digunakan semasa kajian ini untuk melihat sejauh mana pelatih-pelatih memahami soalan-soalan yang diutarakan di dalam borang kaji selidik. 10 orang pelatih DKP 15 akan diberi borang soal selidik ini.

BAB 4

PENGURUSAN PROJEK4.1 Pelan Kerja

4.1.1Senarai Jadual Tugasan

Bil.TugasanFerra EznaMarcel George Levi

1.Muka surat depan

2.Latarbelakang

3.Kenyataan masalah

4.Literature review

5.Objektif

6.Metodologi

7.Persampelan kajian

8. Penyediaan soal selidik

9.Analisis data

10.Pembentangan hasil kjian

11.Penyediaan laporan

12.Draf laporan

13.Laporan akhir

14.Penghantaran laporan

4.1.2Carta Gant Kajian

BAB 5

PERBELANJAAN

Justifikasi perbelanjaan bag kajian ini termasuk perbelanjaan pra uji:

PerkaraBelanja

Alatulis RM 5.00

Pengangkutan/perjalanan RM 30.00

Borang soal selidikRM 15.00

Pra uji RM 5.00

JUMLAHRM 55.00

BAB 6APEKSRujukan1. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan. Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kuala Lumpur2. Nor Aini Haji Idris, Norlida Hanim Mohd Salleh dan Mohd Ali Mohd Noor (2009).Faktor Penentu Perbelanjaan Kesihatan di Kalangan Golongan Bekerja.Pusat Pengajian Ekonomi dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan .Universiti Kebangsaan Malaysia.3. Jeff Wang and Jing J. Xiao (2009)."Buying Behavior, Social Support and Credit Card Indebtedness of College Students."International Journal of Consumer Studies.Issue published online: 8 JAN 2009. Article first published online: 3 SEP 20084. Amy Dacyczyn (2001). The Complete Tightwad Gazette.Random House, Inc .5. Siti Alida Johan Abdullah dan Halimah@NasibahAhmad.(2007). Kewangan & Pelajar IPT.Utusan Publicatian & Distributors Sdn Bhd:Kuala Lumpur.

6. G. Victor Hallman & Jerry S. Rosenbloom. (Date:May 28, 2003). Personal Financial PlanningPublication Publisher:McGraw-Hill; 7 edition.

7. Chen Volpe (2002), Gender Differences in Personal Financial Literacy Among CollegeStudents, Financil Service Review

8. Lorne Tepperman(Author),Harley Dickinson(Author). (Feb 13 2007) Reading Sociology: Canadian Perspectives. Publisher:Oxford University Press; 1 edition.

9. Lee Boon Keng & Andy Ong. (2001). Personal Financial Planning in Malaysia. AFPJ Pte Ltd. Singapore.

10. Louis E.Boone, David L.Kurtz & Douglas Hearth. (2006). Planning Your Financial Future Fourth Edition. USA: Thomson South-Western.

11. Sandy Donovan (2012). Budgeting Smarts: How to Set Goals, Save Money, Spend Wisely, and More. USA TODAY Teen Wise Guides: Time, Money, and Relationships Series. Twenty-First Century Books, 2012 (page 6). USA

12. Yu Kin Len, Foon Weng Lian, Mohana Priya, Bahagian Gerakan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Bahagian Kokurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia) (2011). Generasi Pengguna Edisi Khas- Kepentingan Pengurusan Kewangan. Penerbit: Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan FOMCA. Selangor

13. Ahmad Raflis Che Omar, Bany Ariffin dan Mohamad Abdul Hamid (2000). Mengurus Kewangan. PTS Publications dan Distributors Sdn. Bhd. Selangor.

14. Nurul Izzah Sidek (2008). Remaja dan tabiat berbelanja.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2NIu27MrM

15. Muhamad Amirul Afiq Mastor, Rosalinda Md. Said dan Norazrin Marzuki (2012). Telefon Pintar Kegilaan Masa Kini.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia& ec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm#ixzz2NNcHMaWe

16. http://www.1pengguna.com/gps/modul-pengurusan-kewangan/80-modulkewangan/74-perbelanjaanberhemat

17. Laman rasmi 3K FOMCA. http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/portal-pengguna/penerbitan/risalahbrochure/125-pengurusan-kewangan.html

18. Laman Rasmi Bahagian Pengurusan Latihan. http://latihan.moh.gov.my/

21